Syukur ke hadrat Illahi dengan izinnya saya mampu menyempurnakan ” LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 2009/10. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada
NAMA : NURUL SYUHAIDA BINTI MD. YUSOFF NO. K/P : 860219-30-5168 TARIKH LAHIR : 19 FEBRUARI 1986 KOLEJ : KOLEJ RISDA MELAKA JURUSAN : DIPLOMA SAINS PERTANIAN ( UPM ) NO. MATRIK : M03001040 SEMESTER : SEMESTER 5 2010 / 2011 ALAMAT : NO.24, JALAN 2/3, TAMAN PANDAN JAYA 75250 MELAKA TEMPAT LATIHAN INDUSTRI : PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG MELAKA
PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG MELAKA
BAB 1
LATAR BELAKANG ORGANISASI PELAN PEMBANGUNAN PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG, MELAKA 1.
TUJUAN Tujuan kertas ini adalah untuk menyediakan pelan pembangunan Kompleks
Pertanian Pulau Gadong sebagai pusat kecemerlangan di dalam pengamalan teknologi pertanian, latihan dan destinasi pelancongan dan lawatan sambil belajar. 2.
PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG Kompleks Pertanian Pulau Gadong adalah dibawah perkhidmatan persekutuan
terletak lebih kurang 9 km dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. Pusat ini telah dibuka pada tahun 1950’an dikenali sebagai Stesen Penyelidikan Padi di kelolakan bersama Jbatan Pertanian Negeri dan Persekutuan yang mana menumpukan kepada aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih padi sehingga tahun 1970’an. Jenis tanah di pusat ini adalah jenis asid sulfat. Pada masa ini, kompleks ini adalah dibawah pengurusan kerajaan persekutuan yang mana telah menempatkan pegawai dan kakitangan Bahagian teknikal Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Diantara Bahagian yang terlibat : 1.
Bahagian Pembangunan Komoditi ( Bahagian Buah – buahan, Bahagian Sayuran & Tanaman Ladang dan Bahagian Tanaman Industri dan Ladang )
2.
Unit Pengurusan Tanah
3.
Unit Perlindungan Tanaman
4.
Unit Pesticide
Setiap bahagian utama diketuai oleh seorang ketua. Fungsi utama kompleks ini adalah sebagai pusat sumber teknologi pertanian, pengeluaran benih sayuran dan buah – buahan dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada Jabatan Pertanian Negeri Melaka. 3.
MAKLUMAT ASAS PERTANIAN
Status tanah pusat ini adalah “ tanah rizab Persekutuan atau “crown land” dibawah Pekara 166(3), Perlembangan Persekutuan. Luas keseluruhan pusat ini adalah 42.32ha. Kompleks ini terletak di daerah Melaka Tengah. Peta lokasi Kompleks Pertanian Pulau Gadong seperti lampiran 1, Peta kadestra seperti di lampiran 2. Jenis tanah di kompleks ini adalah jenis asid sulfat, siri sedu dan siri carey. Tanah jenis ini sesuai ditanam dengan kelapa sawit, koko, buah – buahan dan padi. Pada amnya, pusat ini mengalami 1 atau 2 bulan musim kering setahun. Mengalami musim hujan pada bulan Ogos dan September. 4.
OBJEKTIF KOMPLEKS PERTANIAN PULAU GADONG : Diantara objektif pembangunan pusat ini adalah : 1. Sebagai pusat pembelajaran teknologi tanaman khususnya mangga MA224, Perladangan organik dan fertigasi secara hand – on.. 2. Memberi sokongan pembangunan industri melalui perlaksanaan petak pemerhatian, petak promosi dan ladang komersil. 3. Pusat pembiakan / pengeluaran bahan tanaman. 4. Pusat repository / tanaman ciku. 5. Pusat kecemerlangan latihan pertanian kepada pegawai, usahawan, dan murid sekolah. 6. Inkubator usahawan belia dalam projek fertigasi. 7. Sebagai destinasi pelancongan pertanian.
5.
STATUS SEMASA PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG.
Dibawah disertakan Peta Kawasan Kompleks Pertanian Pulau Gadong.
5.0.2
PENYATAAN MASALAH
2.0
JENIS – JENIS LATIHAN YANG DI JALANKAN
PEMBIAKAN ANAK POKOK BUAH - BUAHAN. PENDAHULUAN Anak pokok buah - buahan tempatan yang terdapat di negara ini boleh dibiakkan dengan dua cara. Yang pertama ialah Mengawan dan yang keduannya Tak Mengawan.
Cara yang pertama hanyalah dilakukan dengan membiak daripada biji buah, manakala cara yang kedua dilakukan dengan mencantumkan tunas atau ranting baka terpilih kepada pokok penanti atau digalakkan perakaran ranting yang lebih dikenali sebagai Pembiakan Tampang. Pembiakan tampang mengandungi dua cara utama iaitu : •
Dimana mata tunas atau ranting baka terpilih yang hemdak dibiakan itu tidak dipisahkan daripada pokok asalnya sehinggalah cantuman yang dibuat itu sempurna.
•
Dimana tunas atau ranting baka terpilih dipisahkan daripada pokok asalnya dan dicantumkan kepada pokok penanti.
Cara yang pertama tadi termasuklah cantuman lidah, sandingan dan cantuman pelana atau lain –lain lagi. Manakala cara yang kedua pula, termasuklah cantuman tepi, cantuman baji, cantuman layang dan cantuman tunas seperti H, T, Forket dan sebagainya. Disamping itu, cara pembiakan yang ketiga juga boleh dibuat iaitu dengan menggalakkan ranting baka terplih mengeluarkan akar seperti tut dan keratan.
PEMBIAKAN
Mengawan (semai dari biji
Tak Mengawan
Pembiakan Tampang
Perakaran
Cantuman
Keratan
Tunas atau ranting baka terpilih tidak dipisahkan dari pokok asal sehingga cantuman itu sempurna. Sandingan Cantuman Lidah Cantuman Pelana
Tu t
Tunas atau ranting baka terpilih dipisahkan dari pokok asal dan dicantumkan kepada pokok penanti. Cantuman Tepi Cantuman Baji Cantuman Layang
Perakaran
Cantuman
Keratan
Tunas atau ranting baka terpilih tidak dipisahkan dari pokok asal sehingga cantuman itu sempurna. Sandingan Cantuman Lidah Cantuman Pelana
Tu t
Tunas atau ranting baka terpilih dipisahkan dari pokok asal dan dicantumkan kepada pokok penanti. Cantuman Tepi Cantuman Baji Cantuman Layang Cantuman Tunas - H, T, Forket dan Patch
GAMBARAJAH 1 : PELBAGAI CARA PEMBIAKAN Dalam melakukan cantuman pokok, pokok – pokok penanti diperlukan. Pokok – pokok penanti yang digunakan hendaklah sesuai dan subur. Pokok penanti yang sesuai digunakan ialah pokok yang berumur antara 6 bulan hingga 9 bulan. Manakala kerja – kerja perakaran biasanya dibuat pada ranting – ranting pokok yang telah besar. Semasa membuat cantuman, beberapa perkara perlu diberi perhatian : 1. Pokok penanti hendaklah sesuai dan subur. 2. Umur pokok penanti hendaklah antara 6 bulan hingga 9 bulan. 3. Ranting baka atau tunas hendaklah subur. 4. Ranting baka dan batang pokok penanti seelok – eloknya sama besar bagi menjaminkan kejayaannya.
5. Ranting baka dan pokok penanti tidak mempunyai pokok pucuk muda supaya pengaliran lembapan adalah pada kadar optima. 6. Perkakas yang digunakan hendaklah tajam dan bersih. 7. Jangan berlengah – lengah semasa membuat kerja – kerja cantuman. Cantuman yang biasa dibuat adalah seperti berikut : 1. Sandingan 2. Cantuman Lidah 3. Cantuman Pelana 4. Cantuman Tepi 5. Cantuman Baji 6. Cantuman Layang 7. Cantuman Tunas
-H - T atau T terbalik - Patch - Forket
Alatan yang diperlukan. Semasa membuat kerja – kerja pembiakan alat – alat dan bahan – bahan hendaklah lengkap dan sesuai digunakan. Cantuman a) Pisau yang tajam b) Plastik yang terang c) Gunting pembiakan yang tajam ( secatcurs ) Tut
a) Pisau yang tajam b) Plastik membalut yang terang c) Tali rapia d) Gunting e) Kompos yang lembap Keratan a) Gunting b) Hormon penggalak akar
Jenis latihan yang telah diberikan kepada saya semasa menjalani Latihan Industri di Pusat Pertanian Pulau Gadong Melaka ialah melatih saya membiasakan diri untuk membuat pembiakan anak pokok samaada buah – buahan atau bungaan. Latihan pertama yang diajar adalah melakukan pembiakan melalui cantuman tepi. Saya membuat cantuman tepi ini pada anak pokok mangga. Berikut adalah cara – cara membuat cantuman tepi pada pokok mangga : a) Cantuman Tepi
i.
Batang pokok penanti yang subur ditorehkan pada tepi batangnya sedalam 1/3 bahagian batang itu. Panjang torehan itu lebih kurang 4 – 6 cm. Seeloknya