Sekolah Menengah Integrasi Masjid Darul Ehsan
KERJA KURSUS GEOGRAFI PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA DI KAWASAN SS15, SUBANG JAYA DAN NEGARA
PERBANDINGANNYA
SHINJUKU, JEPUN
Nama Murid: xxxxxxxxxxx No I/C
: xxxxxx-xx-xxxx
Tingkatan
: xxxxx
DI
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN
.....................
PENDAHULUAN
.....................
OBJEKTIF KAJIAN ..................... KAWASAN KAJIAN ..................... KAEDAH KAJIAN
.....................
DAPATAN KAJIAN
......................
RUMUSAN
......................
LAMPIRAN
......................
RUJUKAN
......................
PENGHARGAAN Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan Folio Geografi ini. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu dan pihak sekolah yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama kepada saya. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua, Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan iaitu Puan Nurulashikin binti Rahman kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Siti Nor, guru Sejarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya. Mereka telah memberikan banyak pertolongan dan galakan kepada saya. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang rajin dan bekerjasama melaksanakan folio ini. Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 1, semua murid tingkatan 1 wajib menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Tajuk kajian yang telah saya pilih ialah Petempatan dan Perkembangannya. Saya dan rakan-rakan telah memilih SS15, Subang Jaya kerana kawasan kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya. Selain itu, kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan awam dan mempunyai pelbagai sumber yang dapat diperolehi. Kami juga harus membuat perbandingan di Negara lain. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih Bandar Shinjuku,Tokyo di Jepun. Saya dan rakan-rakan telah diberikan tempoh untuk menyiapkan kajian ini selama dua bulan sahaja. Kami juga hendaklah sentiasa bekerjasama dengan erat untuk memastikan kajian kami dapat dijalankan dengan cepat dan tepat.
OBJEKTIF KAJIAN Antara Objektif Folio Geografi dijalankan adalah untuk:a) Mengenal pasti petempatan dan perkembangan penduduk di SS15, Subang Jaya b) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan penduduk di SS15, Subang Jaya c) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi petempatan penduduk di SS15, Subang Jaya
KAWASAN KAJIAN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
SEJARAH
Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 1,000,000 orang. Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
KEGIATAN EKONOMI
Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan.Subang Jaya juga dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Kolej Intindan Kolej Metropolitan di Subang Jaya. Ini merupakan punca perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.
BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi di kawasan SS15 adalah kawasan jenis tanah pamah. Pada zaman dahulu, ramai manusia datang ke kawasan ini kerana tanah pamah bagus untuk penanaman pokok. Mereka telah menanam pokok kelapa sawit. Akhirnya mereka membina rumah untuk tinggal di kawasan SS15.
JENIS DAN POLA PETEMPATAN Pola petempatan di SS15, Subang Jaya adalah jenis pola berpusat. Di SS15 mempunyai pelbagai perkhidatan . Di SS15 juga terdapat banyak perkhidmatan awan seperti hospital, sekolah, masjid, stesen minyak dan lain-lain lagi. Manakala Shinjuku, Tokyo juga jenis pola petempatan yang sama seperti di SS15, Subang Jaya. Pola petempatan di Shinjuku adalah jenis pola petempatan berpusat. Di Shinjuku juga mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti kedai 24 jam, hospital, sekolah, stesen minyak dan pelbagai lagi.
KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah:a) Rujukan Saya telah merujuk kepada internet ,buku dan majalah. Kaedah kajian ini digunakan untuk mendapat maklumat tentang Petempatan dan Perkembangannya di SS15, Subang Jaya dan Negara perbandingannya di Shinjuku ,Tokyo. b) Soal Selidik Seramai 15 orang responden telah dipilih daripada kalangan penduduk SS15,Subang Jaya untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan. Soal selidik ini digunakan untuk mendapat maklumat tentang Petempatan dan Perkembangannya di SS15, Subang Jaya. c) Pemerhatian Kaedah ini dijalankan untuk melihat dan megkaji maklumat tentang Petempatan dan Perkembangannya di SS15, Subang Jaya.
DAPATAN KAJIAN FUNGSI PETEMPATAN Kawasan SS15 mempunyai pelbagai fungsi petempatan. Fungsi petempatan yang ada di SS15 adalah perniagaan. Ini melibatkan ramai penduduk tinggal di kawasan SS15. Perniagaan yang terdapat di SS15 adalah seperti Subang Parade, Carefour dan banyak lagi. Seterusnya, tempat pelancongan juga terdapat di SS15. Ini menyebabkan ramai bangsa asing datang ke SS15. Contoh kawasan pelancongan yang terdapat di SS15 adalah di Subang Parade kerana ramai bangsa asing pergi membeli belah. Selain itu, banyak pengangkutan dan perhubungan yang ada di kawasan SS15. Ini dapat memudahkan para penduduk di kawasan SS15. Pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di kawasan SS15 adalah sistem perhubungan yang canggih, KTM, lebuhraya dan sebagainya. Pendidikan juga adalah fungsi petempatan yang ada di kawasan SS15. Ini dapat membantu para penduduk di kawasan SS15 terutama para pelajar. Pendidikan yang ada di SS15 adalah sekolah rendah, sekolah menegah, kolej, universiti dan sebagainya. Akhir sekali, Shinjuku, Tokyo pula mempunyai fungsi petempatan yang sama seperti di kawasan SS15.Di Shinjuku juga mepunyai pelbagai kemudahan dan perhubungan yang canggih. Seperti kereta api bawah tanah, lebuhraya bertingkat dan sebagainya.
MASALAH PETEMPATAN Kawasan SS15 tidak memepunyai banyak masalah petempatan. Peluang pekerjaan di kawasan SS15 sangat banyak.Ini menybabkan banyak pernigaan yang ada di kawasan SS15. Seperti contoh di Subang Parade, Carefour dan lain-lain lagi Seterusnya, kawasan SS15 tidak mempunyai kekurangan infrastuktur. Ini di sebabkan oleh kawasan SS15 mempunyai pelbagai infrastruktur. Contohnya, jaringan pengangankutan yang canggih, KTM,lebuhraya dan banyak lagi. Selain itu, kawasan SS15 kerap berlakunya kesesakkan lalulintas. Ini menyebabkan penduduk kawasan SS15 lewat ke tempat kerja atau ke sekolah. Waktu berlakunya kesesakan lalulintas adalah pada waku pagi dan pada waktu petang. Kawasan SS15 tidak mempunyai kekurangan tempat tinggal. Ini di sebabkan oleh banyak penbinaan dan penjualan rumah. Seperti rumah kondominium,flet,banglo,teres,teres dua tingkat dan lain- lain lagi. Kawasan SS15 tidak mempunyai bencana alam tetapi mempunyai pencemaran udara. Ini di sebabkan oleh asap daripada kenderaan. Seperti kereta, motosikal, bas, lori, van dan banyak lagi.
Ahkir sekali, Shinjuku, Tokyo mempunyai masalah petempatan yang sama dengan kawasan SS15.Tetapi di Shinjuku mengalami pelbagai bencana alam. Ini menyebabkan Negara Jepun berada di zon lingkaran api pasifik. Contoh bencana alam yang ada di Shinjuku adalah gempa bumi, rebut taufan, banjir besar dan pebagai lagi. RUMUSAN Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati kawasan SS15 adalah jenis pola berpusat. Ini disebabkan oleh banyak kemudahan asas seperti stesen minyak , pusat membeli belah dan sebagainya. Manakala di Shinjuku pula mempunyai pola petempatan yang sama di SS15. Di SS15 dan Shinjuku mempunyai fungsi petempatan yang sama. Fungsi petempatan yang ada di SS15 dan Shinjuku adalah perniagaan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, dan pendidikan. Masalah SS15 dan Shinjuku amat berbeza kerana Shinjuku terletak di zon lingkaran api pasifik. Masalah yang ada di SS15 adalah kesesakan lalulintas ,pencemaran dan lain-lain lagi. Di Shinjuku pula mempunyai masalah petempatan yang berbeza seperti bencana alam. Kesimpulannya, melalui kajian ini, saya dapat memahami petempatan dan perkembangannya di SS15 dan Shinjuku dengan lebih jelas. Saya bersyukur dan amat bangga kerana bersekolah di kawasan SS15.
LAMPIRAN
RUJUKAN Buku ilmiah •
Chong Mui Seng, 2007, TOTAL PRO PMR geografi, Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor
Internet •
http://www.wikipedia.com/kawasanss15subangjaya
•
http://www.wikipedia.com/shinjukutokyojapan
•
http://www.google.com/shinjukumap