ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN DUNIA
KRISIS PEMAKANAN
Menurut statistik hasil kajian bank dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 700% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras kenaikan tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga akan memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan.
PUNCA KRISIS Masalah pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang pastinya tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan sumber-sumber yang ada.
Kemiskinan Misalnya,di
negara-negara seperti India dan Brazil,20 peratus penduduk yang berpendapatan paling rendah hanya mendapat setengah daripada per kapita kalori yang diperolehi oleh golongan atasan (WHO,1976)
Kemelesetan ekonomi
Golongan miskin terkesan dengan masalah ini Harga barang menjadi mahal Punca kemelesetan ekonomi dunia disebabkan oleh ekonomi yang tidak menentu di negara Amerika Syarikat.
faktor kebolehan pengeluaran
Terjejas akibat bencana alam seperti El Nino dan La Nina, pencemaran alam sekitar dan perubahan yang ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara keseluruhan Australia telah dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007.
Kenaikan harga minyak memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum untuk dihasilkan.Minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera. Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia Jika dulunya negara-negara cenderung menyimpan simpanan stok makanan yang lebih, tetapi kini, oleh sebab kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Oleh itu, misalnya, pada Februari 2008 simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat.
22 NEGARA HADAPI MASALAH KEKURANGAN MAKANAN( Friday, 08 October 2010 13:00 ) Agensi Makanan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa 166 juta orang di 22 buah negara di dunia ini menghadapi kebuluran atau kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mencukupi. Peperangan, bencana alam dan pengurusan yang lembap telah menyebabkan kekurangan makanan dan zat yang berterusan di negaranegara tersebut, termasuk Afghanistan, Haiti, Iraq, Somalia dan Sudan. Di antara 22 negara ini, penduduk yang mengalami kekurangan zat makanan adalah tiga kali lebih tinggi daripada negara-negara membangun. Menurut Pegawai PBB, 1,800 kalori per sehari dianggap sebagai pengambilan tenaga minimum untuk sehari. Sesesiapa yang tidak dapat memenuhi keperluan ini akan dianggap kekurangan zat atau menghadapi kelaparan ‘kronik’. Pada masa ini, sebahagian besar bantuan untuk negara-negara ini dalam bentuk bantuan kemanusiaan sahaja. Sebagai contoh, di Somalia, bantuan kemanusian sebanyak 64 peratus.
Negara lain yang turut mengalami krisis makanan adalah: Angola, Burundi, Republik Afrika Tengah, Chad, Congo, Korea Utara, Republik Demokratik Congo, Eritrea, Ethiopia, Guinea, Pantai Gading, Kenya, Liberia, Sierra Leone, Tajikistan, Uganda dan Zimbabwe . FAO mengatakan pada bulan September 2010, jumlah orang yang mengalami kebuluran di seluruh dunia telah menurun daripada 1 bilion kepada 925 juta orang.
den Salaad, 2 tahun ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.
ihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya Keadaan haiwan ternakan di Somalia. seberat 3.4 kg.
Kesan krisis pemakanan
Penduduk dunia menderita akibat kekurangan zat protein dan kalori.(kwashiorkor dan marasmus) Sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketatnya Negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan.
Kesan marasmus
Cara mengatasinya
Kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada rakyat. penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan sistem pertanian kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah lapang secara percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada mereka.
ISU ALAM SEKITAR
JENIS-JENIS PENCEMARAN 2 jenis pencemaran: 1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya
2.Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah: a. Pencemaran Udara . gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka
b . Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . c . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Faktor atau Punca Kejadian Pencemaran Alam Sekitar
a)
Perkilangan
kilang-kilang yang melepaskan asap dari serombong asap di kilang masing-masing tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. . cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
.
b) Kenderaan Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
c) Pembakaran terbuka Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai d) Perlombongan Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak mengakibatkan pencemaran air. memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik
e)Pembangunan secara tidak sistematik Terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang dibersihkan mengalir ke dalam sungai atau laut. Pencemaran bunyi oleh jentera berat
Kesan Kejadian Pencemaran kepada Manusia
a) Kesihatan terjejas Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.
Kesan Kejadian Pencemaran kepada Alam Sekitar
Hujan asid Hujan asid akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuhtumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
Jerebu satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.
Punca - Punca Jerebu
Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :Nilai IPU
Status
0 - 50
Baik
51-100
Sederhana
101-200
Tidak sihat
201-300
Sangat tidak sihat
301-500
Berbahaya
Suhu meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
d) Air tercemar Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid. kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan
LANGKAH PENYELESAIAN 1. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. 2. M emeperluas gerakan untuk melakukan peghijaun bumi