Kebaikan kemasukan pendatang asing Kesan positif akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia
• Mempercepat proses pembangunan Negara.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infrastruktur, dan prasaran yang sistematik.oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara.dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara.sungguhpun begitu,Malaysia menalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.
• Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan dan pertanian.
Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan. Punca-punca kedatangan pendatang asing
Salah satu punca ialah kekurangan pekerja di pelbagai sektor dalam Malaysia seperti sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perladangan dan pembinaan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk tempatan mempunyai pilihan untuk bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lumayan, selesa dan tidak bahaya. Oleh itu,majikan tempatan terpaksa mengambil pekerja asing untuk bekerja di sektorsektor tersebut supaya tidak berlaku kekosongan.
Selain itu,majikan tempatan suka menggaji mereka disebabkan gaji mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Dengan kos upah yang rendah, majikan tempatan boleh menjimatkan kos pengeluaran dan mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Sebaliknya, pekerja tempatan meminta gaji yang tinggi dan kebajikan untuk melindungi mereka, menyebabkan majikan tempatan perlu membelanjakan sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi kepentingan pekerja dan mengurangkan keuntungan majikan.
NAMA: Ang Pey Wen Nombor Matrik: 206483 DPP: Muamalat
Di samping itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal pendatang asing. Mereka terpaksa bekerja di negara kita untuk menyara seisi keluarga di kampung mereka yang miskin. Kebanyakan pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Disebabkan kemiskinan dan pengangguran di negara asal mereka, pekerja asing rela bekerja apa saja dan tidak kira berapa yang dibayar kerana di dalam negera mereka tidak mempunyai pekerjaan. Walaupun bekerja membanting tulang, diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebahagian besar dari mereka tetap memilih bekerja di luar negara daripada menganggur di kampung-kampung.