EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah 1 ( 09/07/04 ) Penyelidikan ialah “ ........... a scholarly person of the highest integrity ..............” ( Best, 1981) -
jujur dalam kajian wibawa dalam kajian
samada dapatan +ve atau –ve , mesti dilaporkan juga PENYELIDIKAN : - Ialah suatu proses pengumpulan dan penganalisisan maklumat (data) secara sistematis bagi menambah pemahaman kita tentang fenomena yang kita minati atau yang kita khuatiri. Kumpul maklumat Maklumat dalam bentuk data Untuk fahamkan tentang sesuatu fenomena yang kita minat atau fenomena yang kita rasa khuatir ttgnya. - Penemuan yang sistematis untuk mendapatkan jwpan kepada sesuatu masalah. - Penemuan yang sistematis utk menambahkan ilmu / pengetahuan dan kefahaman dgn menggunakan analisis secara logik.
SISTEMATIS: - Tersusun, teratur, mengikut kaedah tertentu secara tradisinya dipanggil Kaedah Saintifik. --- ada urutan yang perlu dilakukan. SUMBER PENGETAHUAN: - Blh didapati daripada: i. Pengalaman - Sumber yang paling kerap digunakan. - Melalui pengalaman , seseorang mendapat sesuatu pengetahuan. Kelemahan: - agak relatif ( bkn semua org blh dpt pengalaman/ pengetahuan yg sama) - perlu mengalami sesuatu – baru mendapat sesuatu pengetahuan.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
1
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
ii.
Autoriti @ pihak berwibawa. - Pengetahuan blh juga diperolehi drpd pihak-pihak tertentu. - Cth : ejaan/ makna --- kamus Perangkaan kelulusan ---- KPM Masalah disiplin --- penolong kanan HEM sekolah --- kaunselor --- guru disiplin Buku ( perlu disebutkan penulisnya) Akhbar blh juga digunakan tetapi perlu mendapat sokongan daripada lain-lain bahan yg lebih konkrit.
iii.
Tradisi -
Peraturan , nasihat, pendekatan menyelesaikan masalah telah dipindahkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain ( dari satu generasi ke generasi yang baru ).
Kelemahan: - Menghapuskan keperluan mendapatkan ilmu dengan kaedah lain. - Pergantungan kepada tradisi menyusahkan penerimaan ilmu baru dan tindakan untuk menyoal amalan sedia ada.
iv.
Penaakulan - membentuk tanggapan / reasoning. a. Taakulan Induktif ( lebih ditekankan dalam penyelidikan) Spesifik kepada umum (generalisasi) Cth:
P
P
P
P
P
Kesimpulan
Generalisasi umum / teori -
Pengetahuan dibentuk berdasarkan kesimpulan umum tentang sekumpulan objek / subjek berasaskan fakta
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
2
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
yang diperolehi daripada berbilang objek/ subjek yang dicerap @ diperhatikan. -
Cth: Setelah melihat di sekeliling kita, didapati kucing berkaki empat maka kesimpulannya = semua kucing berkaki empat.
b. Taakulan Deduktif - Umum kepada saintifik. - Pemikiran logik yang menghasilkan kesimpulan @ pengetahuan baru berdasarkan sesuatu yang umum. ( banyak digunakan dalam sains) - Berguna untuk mengaitkan teori dengan pemerhatian / cerapan yang dilakukan. - Cth: Generalisasi umum / teori
P
P P P ( Cth dikaitkan dgn generalisasi / teori )
P
Kesimpulan.
v.
Kaedah saintifik ( * lebih ditekankan) - Suatu pendekatan untuk memperolehi pengetahuan secara objektif ( paling tepat / mendapat dapatan yang sama di mana saja ia digunakan), sistematis ( ada kaedah / urutannya), boleh diuji ( hipotesis disediakan untuk diuji ) , dan selalunya tidak dipengaruhi oleh kepercayaan , pandangan dan perasaan sendiri ( tidak bias).
Ciri –Ciri Pendekatan Saintifik: 1. Kawalan - elemen terpenting dalam kaedah saintifik – membolehkan saintis mengenal pasti sebab kepada apa yang diperhatikannya. -
-
Cth: Eksperimen – untuk mengenalpasti mengapa sesuatu kejadian berlaku ( pembolehubah yang mana perlu dikawal?). Ada dua kumpulan: i. Kumpulan kawalan ii. Kumpulan sampel ( eksperimen).
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
3
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Cth: Kumpulan A
Kumpulan B
Kawalan
Eksperimen
- Kumpulan A dan B diajar dengan kaedah yang berbeza ( kumpulan A – kaedah biasa) ( kumpulan B – Kaedah baru) - Kumpulan A sebagai kawalan dan kumpulan B merupakan kumpulan yang dieksperimenkan. - Jika keputusan kumpulan B lebih baik – kaedah yang baik telah digunakan - kaedah saintifik yang telah digunakan - kaedah yang digunakan telah menunjukkan peningkatan. - Jika keputusan A dan B sama – kaedah baru tidak boleh dianggap sebagai kaedah saintifik. 2. Definisi Operasi (* perlu „declare‟kan operasi yang hendak dilakukan dan apa ukuran yang hendak digunakan). - Terma yang digunakan perlu ditakrifkan secara operasi supaya tidak boleh dipertikaikan. - Cth: kerisauan – ketegangan vs kerisauan merujuk kepada skor dalam ukuran mengikut tahap kriteria skala kerisauan. 3. Replikasi ( * salinan) - Memerlukan data yang boleh dipercayai ( yang sah). - Cth: Keputusan yang sama mesti diperolehi jika kajian diulang. - Untuk mendapatkan data yang boleh dipercayai, perlu menggunakan instrumen yang boleh dipercayai supaya orang lain boleh „replicate‟. - Cth : Kajian yang sama Instrumen yang sama Tempat yang sama
Keputusan yang sama jika diulang.
4. Pengujian Hipotesis: - Penyelidik perlu menggubal hipotesis secara sistematis dan lakukan ujian ke atasnya. - samada nak terima atau menolak - nak ubah hipotesis kepada hipotesis yang lain.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
4
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah 2 ( 16 July 2004 ) KEKUATAN KAEDAH SAINTIFIK - Terdapat 2 kekuatan yang paling utama: i. Ketepatan - pengukuran ketepatan dibuat secara kuantitatif dan boleh dipercayai. ii. Kawalan - melalui aspek persampelan dan reka bentuk. a. Dalam aspek persampelan - perlu dikawal - Cth: lelaki ada 12 orang dan perempuan ada 16 orang ( perlu ambil sampel seramai 7 orang ( 3 lelaki dan 4 perempuan). Dengan itu cara kawalan adalah diperlukan dengan meletakkan nama-nama mereka ke dalam 2 bekas mengikut jantina untuk mengelakkan berlakunya kebarangkalian bilangan pelajar perempuan lebih ramai. b. Melalui aspek reka bentuk - Cth: Perlukan kumpulan yang boleh dibuat perbandingan. Dengan itu memerlukan 2 kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pada peringkat awal diberikan ujian kepada keduadua kumpulan untuk mengambil tahap „banchmark‟ kumpulan masing-masing. - Cth: Pada peringkat awal kedua-dua diajar melalui kaedah pembelajaran yang sama dan apabila eksperimen dijalankan, satu kumpulan menjalankan pembelajaran secara tradisi ( biasa) dan sekumpulan lagi menggunakan kemahiran komputer. Jika di akhir program ( selepas ujian akhir diambil), didapati kedua-duanya menunjukkan peningkatan tetapi perlu dilihat teknik pengajaran yang mana lebih berkesan. Tujuan kumpulan kumpulan yang diajar secara biasa ialah sebagai perbandingan bagi 2 kaedah yang digunakan. iii. Eksperimentasi mengarah kepada penjelasan tentang sebab – kesan. - Cth : Kawalan sistematis sesuatu pembolehubah boleh ditunjukkan sebagai pemberi kesan ke atas sesuatu pembolehubah yang lain, jika satu pembolehubah yang lain dikawal atau dibuang. - Drpd Cth di atas: menggunakan komputer adalah sebab ( kaedah p & p) peningkatan pencapaian adalah kesannya.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
5
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
- Seberapa boleh pembolehubah perlu dikawal supaya hanya sebab dan kesan sahaja yang tinggal. Jika sesuatu sampel berlebihan, perlu dibuang untuk mengelakkannya daripda menganggu kesan kepada kajian.
iv. Pengujian hipotesis dan penggunaan data kuantitatif membolehkan analisis statistik dijalankan. - lebih tepat - lebih ditekankan - bagi penyelidikan kualitatif tidak boleh menggunakan kaedah statistik. - Jika hendak melihat perkaitan antara dua pembolehubah, boleh menggunakan kaedah korelasi. KAEDAH SAINTIFIK DALAM SAINS ( PENYELIDIKAN): 1. Mengenal pasti masalah - apa masalah yang wujud 2. Menggubal / membentuk hipotesis untuk diuji. 3. Memilih strategi untuk menguji hipotesis. - Cari strategi untuk mengumpul data dan diuji hipotesis tersebut. 4. Menjalankan eksperimen ( mengumpul data, menganalisis, mengintepretasikan data). - Bergantung kepada jenis penyelidikan. 5. Membuat pengitlakan / generalisasi (kesimpulan) dan membuat keputusan ke atas hipotesis. - Jika dapatan eksperimen sama dengan hipotesis, oleh itu terpaksalah diterima dan jika berbeza perlu ditolak hipotesis tersebut. * Jika penyelidikan berkaitan dengan penerokaan, tiada masalah hendak dikaji. Oleh itu langkah ke 2 perlu diabaikan.
KAEDAH MENYEDIAKAN THESIS: 1. Kenal pasti masalah 2. Hipotesis yang berkemungkinan 3. Bagaimana hendak kumpul data - cari sample - cari instrumen 4. Kumpul dan analisis data 5. Kesimpulan.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
6
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN Sebelum menyediakan kertas cadangan proposal, perlu menyelidik dahulu untuk melihat pelbagai permasalahan yang boleh dikaji . Setelah memilih masalah: FORMAT MENULIS KERTAS CADANGAN / LAPORAN Nota : Semua maklumat yang dalam huruf tegak adalah untuk kertas cadangan penyelidikan. 1. TAJUK - Nyatakan tajuk penyelidikan anda - Tajuk : Perkataan-perkataan yang membayangkan idea/ masalah yang dikaji / disampaikan.. - Hendaklah pendek, sempurna dan mudah difahami. Cth: Keberkesanan Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Masteri Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Di Sekolah Menengah Bestari. - penyelidikan sebab-kesan. 2. SINOPSIS / ABSTRAK - Rumusan yang menyeluruh mengenai isi laporan kajian - Penting kerana ia membuka selera pembaca – menentukan samada hendak meneruskan pembacaan atau tidak. - Ada had tertentu cth: 300 perkataan. 3. BAB 1 : PENGENALAN KAJIAN i. Latar Belakang Kajian - Nyatakan latar belakang kajian. - Biasanya ditulis berdasarkan kepada data sekunder ( daripada data-data dalam kajian lepas/ jurnal, laporan –laporan kerajaan atau potongan akhbar ( data dari sumber mana ) sesuai digunakan tetapi jika data untuk sensasi sahaja tanpa ada sumbernya yang sah adalah tidak sesuai. - Ditulis secara objektif berdasarkan pertimbangan fakta dan bukan atas pertimbangan nilai atau menggunakan bahasa beremosi. - Apa senario yang ada mengenai kajian. - ‘Pendekatan teori’ Di sini penulis perlu membuat andaian bahawa pembaca tidak mengetahui bidang yang dikaji, dari itu, penulis harus melengkapkan dan membincangkan latar belakang kajian dengan menuju kepada teori-teori khusus yang berkaitan dengan kajian itu (secara ringkas, detailnya dalam bab2 ). - Nyatakan dengan ringkas teori yang tepat yang akan dijadikan asas dalam kajian ( teori-teori lain dimasukkan dalam bab 2 secara menyeluruh). - Nyatakan intipati teori dan alasan mengapa teori tersebut dipilih.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
7
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
- Cth: Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Inggeris. - Nyatakan kelemahan (senario yang ada) pada research yang lama ( dengan bukti yang kukuh) - „highlight‟kan dalam bahagian latar belakang - Nyatakan secara umum ( meluas ) dulu dan seterusnya berubah menjadi lebih terperinci dan lebih detail. Kuliah 3 ( 23/07/04 ) ii. Pernyataan Masalah - Bahagian ini adalah perlu ditumpukan kepada isu yang hendak dikaji. - Apa masalah yang wujud, menyebabkan kajian ini perlu dilakukan. - Fokuskan kepada apa masalah yang wujud bagi sesuatu research. - Nyatakan beberapa kebaikan penggunaan komputer supaya jelas dalam research tersebut berpandukan research yang lalu ( secara detail dan khusus). - Cth: Daripada umum kepada khusus - kelemahan secara umum di kawasan luar bandar dan bandar ( dgn bukti) - Bagi yang khusus pulak , jelaskan pencapaian yang baik mengenai komputer (kebaikannya berpandukan bukti ) secara detail. - Cth : Pelajar tingkatan empat lemah dalam pencapaian bahasa inggeris walaupun sudah 9 tahun belajar. Kaedah penggunaan komputer secara umum di semua kawasan (bandar dan luar bandar)
masalah ???? ( 3 halaman sahaja ) - menonjolkan sedikit mengenai latar belakang. - Terangkan tentang mustahaknya masalah yang hendak dikaji dan implikasi jika ia dibiarkan ---- biasanya pendek. ---- kenapa hendak fokuskan masalah ini??? ---- perenggan terakhir kaitkan masalah dengan objektif . - Dalam bahagian ini juga boleh timbulkan soalan-soalan yang hendak dijawab oleh penyelidik ---- kenapa berlaku ? ---- mengapa terjadi begini ? - Berapa panjang? -----Untuk penaja biasanya pendek, tetapi untuk kajian ilmiah, lebih panjang. ----- Kalau hendak kaitkan pernyataan dalam latar belakang, tidak perlu ambil semua tetapi nyatakan secara ringkas dan nyatakan „trend‟nya.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
8
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
iii. Tujuan/ Objektif Kajian - Perincikan secara khusus apa yang hendak dicapai (diselesaikan) di akhir penyelidikan. - Objektif kajian mestilah sesuatu yang dapat menjelaskan/ menghuraikan/ mengatasi masalah yang dikaji. - Dinyatakan dalam 2 bentuk: a. Objektif umum --- tidak dinyatakan pun tidak mengapa. b. Objektif khusus --- lebih penting --- Cth: di mana? Tingkatan berapa? Siapa? --- perlu khusus (spesifik). - Tujuan kajian --- merupakan kesinambungan kepada persoalan kajian dalam pernyataan masalah. - Objektif khusus --- tujuan terperinci dan dinyatakan secara tegas --- hendaklah mempunyai pertalian langsung dengan keputusan kajian. - Ciri yang baik untuk objektif: a. Menggariskan skop kajian --- Cth: Kalau hendak meminta pandangan guru, nyatakan mengenal pasti pandangan guru sekolah --- kenal pasti adalah kesan meninjau sejauh mana? b. Memberi gambaran cara-cara untuk melaksanakan kajian. --- Cara mana hendak laksanakan kajian - cara meninjau - cara eksperimen dll. c. Membayangkan sifat hasil yang akan diperolehi. d. Memperkenalkan siapa yang akan menjadi subjek kajian. --- guru, pelajar, orang ramai dsb. --- lebih fokuskan ( dinyatakan). iv. Soalan Kajian atau / dan hipotesis kajian - Dinyatakan dalam bentuk soalan - Kajian berbentuk penerokaan tiada hipotesis, hanya kemukakan soalan kajian. - Masalah kajian dikemukakan sebagai soalan sebagai fokus kepada penyelidikan - Boleh dibuat soalan mengikut objektif kajian - Cth: Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi mengikut ras dan jantina. Cth soalan: --- 1 objektif 1 soalan @ --- 1 objektif , tetapi lebih dari satu soalan ( jika objektif yang lebih meluas). - Jika kajian untuk tujuan penerokaan – tidak perlu ada hipotesis tetapi jika mengukur pencapaian --- ada pengukuran/ pengujian --- perlu ada hipotesis untuk mengetahui samada ianya bererti ataupun tidak.
_____________________________________________________________________ ABU BAKAR MAMAT
9
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Ciri-ciri soalan kajian yang baik: a. Mesti yang ‘feasible’ ( yang boleh dikaji dengan tidak mengambil terlalu banyak masa, tenaga dan perbelanjaan). b. Mesti ‘jelas’ ( kebanyakan orang bersetuju akan makna kata kunci yang terdapat pada soalan.) c. Adalah ‘signifikan’ (penting untuk dibuat) (bernilai/ bererti) untuk diselidiki dan akan menambah ilmu pengetahuan. d. Mesti ‘Ethical’ ( tidak akan menyebabkan kecederaan fizikal dan psikologikal kepada sesiapa @ kepada alam semulajadi @ sosial). v. Hipotesis Kajian - Hipotesis pelulah boleh diuji. - Dinyatakan dalam 2 bentuk hipotesis a. Hipotesis Nol b. Hipotesis Alternatif - Kajian penerokaan – hanya hendak dapatkan maklumat, dengan itu tidak perlu ada hipotesis. - Kalau kajian yang perlukan pengujian --- mesti ada hipotesis. Hipotesis: -
Pernyataan tentatif (sementara) tentang penyelesaian kepada masalah. Pernyataan tentatif tentang hubung kait antara dua atau lebih pembolehubah. Pernyataan tentatif tentang keadaan sesuatu fenomena (kejadian).
Kriteria Hipotesis: Borg & Gall (1989) mengenalpasti 4 kriteria: a. Perlu menerangkan perkaitan yang dijangkakan antara dua atau lebih pembolehubah. - jika kita yang buat hipotesis untuk melihat apa yang hendak kita kaji, ianya dipanggil hipotesis penyelidik – seperti yang penyelidik hendak capai. b. Sepatutnya boleh diuji – mesti gunakan pernyataan yang berlawanan dengan hipotesis penyelidik. - Terdapat perbezaan ( yang hendak dilihat ). - Tidak terdapat perbezaan – utk diuji mestilah –ve daripada yang dikehendaki. - „statement‟ yang –ve kepada hipotesis kita dipanggil hipotesis Nol. c. Penyelidik patut mempunyai sebab yang kukuh berdasarkan kepada bukti atau teori bagi menentukan hipotesis yang patut diuji. - mesti ada asas (bukti) daripada research yang elpas. - Cth: „base on research‟ yang lepas sebagai bukti.
_____________________________________________________________________ 10 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
d. Sepatutnya seringkas mungkin tetapi jelas.
Jenis Hipotesis: a. Hipotesis Nol = Hipotesis statistik = hipotesis tiada perbezaan @ hipotesis tiada perkaitan = Ho b. Hipotesis Alternatif = Hipotesis penyelidik = HA c. Hipotesis berarah Vs Hipotesis tidak berarah
-HA dan Ho boleh menjadi hipotesis berarah atau hipotesis tidak berarah. - Kalau hubungan +ve atau –ve ------ hipotesis berarah dan jika terdapat hubungan sahaja tanpa ada +ve atau –ve ---- merupakan hipotesis tidak berarah. - Cth: Terdapat hubungan +ve antara pembolehubah A dan pembolehubah B ---- Hipotesis Alternatif ( berarah) Tidak terdapat hubungan +ve antara pembolehubah A dan pembolehubah B ----- Hipotesis Nol (berarah) Terdapat hubungkait antara pembolehubah A dan pembolehubah B. ---- Hipotesis Alternatif ( tidak berarah). - Cth hipotesis: Pelajar pintar mempunyai sikap yang baik terhadap sekolah. ---- Hipotesis Alternatif ( berarah) tetapi tidak spesifik ---- terlalu umum dan tiadak ada pengukuran Bandingkan: Terdapat hubungan +ve antara skor dalam ujian IQ (tertentu) dengan inventori sikap (tertentu) bagi pelajar berumur 11 tahun. ---- lebih baik (spesifik) ---- kaedah pengukuran ditunjukkan. -
-
Pada kelok normal, untuk hipotesis berarah ditunjukkan pada satu-satu bahagian hujung sahaja samada +ve atau –ve. Bagi hipotesis tidak berarah pula ditunjukkan pada kedua-dua bahagian hujung kelok normal tersebut.
vi. Kepentingan Kajian - Nyatakan mengapa kajian ini penting dan penting kepada siapa - Mengapa kajian ini penting? - Penting kepada siapa? - Penting dikaji kerana apa? ----- semua ini perlu dijelaskan. - Nyatakan dengan jelas mengapa kajian ini penting dikaji
_____________________________________________________________________ 11 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
- Boleh dilihat dari dua sudut iaitu: a. kepada pertambahan ilmu @ teori b. maklumat penting kepada siapa?
vii. Batasan Kajian - Nyatakan apa batasan kajian? - Cth: - Hasil dapatan kajian terbatas hanya untuk kawasan itu sahaja @ boleh digunakan untuk semua kawasan bergantung kepada ciri - cirinya. - Mesti tahu setakat mana boleh di‟generalise‟kan. - Nyatakan had-hadnya.
Kuliah 4 ( 30/07/04) viii. Definisi Operasi - Penerangan tentang pembolehubah yang digunakan dalam kajian dan nyatakan bagaimana pembolehubah itu diukur. - Bagaimana pembolehubah diukur? - Cth : skop terhadap IT ---- definisi ---- sikap ---- IT - Konstitutif (definisi konsep) ---- kamus ---- buku-buku teks ---- jurnal - Untuk research, ikut apa yang didefinisikan oleh diri sendiri. - ( Permulaan ayat) gunakan “ Dalam Kajian ini”, ---- kita „operate‟ kita punya definisi ---- skor yang diperolehi daripada instrumen sikap. - „declare‟ kan instrumen. - Skor yang diperolehi oleh individu ---- mengikut instrumen apa? - Definisi operasi mestilah berdasarkan kepada instrumen yang digunakan. - Cth: SES ( Social Economic Status) ---- dapatkan maklumat --- dapatkan skala pendapatan ---- definisikan mengikut yang bersesuaian Cth: ---- kita boleh ukur pendapatan dengan menggunakan jumlah pembayaran bil elektrik. - Dalam definisi operasi --- kita kena „declare‟ apa instrumen yang digunakan, pembolehubah apa, pengukuran apa yang kita gunakan?
_____________________________________________________________________ 12 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
4. BAB 2 : SOROTAN KAJIAN (TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN) -Selalunya panjang. A. Pengenalan - Perjelaskan bagaimana bab di susun. - mungkin hanya satu perenggan sahaja. - Cth: sejarah (dari artikel) sejarah teori definisi. - Apa yang perlu dilakukan semasa meninjau „literature review‟: --- memberitahu apa yang telah diketahui dan apa yang belum diketahui (sudah dibuat dan belum dibuat) ---- yang belum dibuat itu perlu difokuskan. --- Strategi yang perlu dipakai adalah untuk memindahkan penyelidikan orang lain ( gunakan maklumat (dapatan) penyelidikan orang terdahulu kepada masalah yang kita hendak kaji / itu yang dimaksudkan dgn perkataan “pindahkan”) kepada masalah yang sedang dikaji. --- Perlu melaporkan maklumat secukupnya bagi memberitahu pembaca setakat mana kajian yang sedang dilakukan dan kajian yang dilaporkan adalah secocok / seiring. ----- samada ada kaitan (co-respond) dengan apa yang orang sudah buat. (perlu di‟highlight‟kan). ----- cari rujukan yang terkini (kajian) ----- teori, sejarah, definisi ---- blh rujukan yang lama (kalau terlampau lama, perlu ditambahkan lagi). B. Subtajuk-Subtajuk: i.
Perbincangan bagi kajian-kajian lepas yang berkaitan perlu dilakukan dan diadakan kesimpulan bagi perbincangan tersebut. --- Bila buat kesimpulan, jangan pecah-pecahkan. --- A kata ini, B kata itu tetapi kita boleh gabungkan jika kesimpulannya ada kesinambungan. --- Boleh juga dibincangkan seorang demi seorang tetapi menggunakan perkataan “ dapatan ini disokong oleh................”
ii.
Perkara yang dibincangkan mestilah diatur berdasarkan tema mengikut subtajuk-subtajuk. --- sejarah --- teori yang berkaitan.
iii.
Perlu ditulis dalam bentuk sintesis kepada bahan di bawah sesuatu tema atau subtajuk. --- Taksonomi Bloom : a. Pengetahuan b. Kefahaman c. Aplikasi
_____________________________________________________________________ 13 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
d. e. f. ---
Analisis --- dicerai-ceraikan Sintesis --- digabungkan Penilaian Mana yang ada rujukan yang hampir sama dengan dapatan, perlu digabungkan --- bahagian yang berbeza perlu di‟highlight‟kan. iv.
Sebutan rujukan (jika banyak), perlu disusun mengikut urutan masa penerbitan. --- boleh buat ikut tahun turutan menaik dan blh juga diletakkan tahun menurun. --- pastikan jika menaik, yang lain-lain pun turut menaik --- cth: 1980, 1984, 2002.
v.
Perkara yang boleh dibincangkan adalah dari segi rekabentuk kajian, penggunaan sampel, saiz sampel, batasan kajian tersebut dan ringkasan dapatan. --- saiz sampel cth: dapatan ini daripada sampel yang kecil.
vi. vii.
Nyatakan kesimpulan tentang isu-isu yang telah dikemukakan. Menyediakan kerangka konseptual (teoritis) bagi kajian dan memberi sedikit penjelasan tentang kerangka yang dibentuk .
Fungsi Sorotan Kajian i.
Mengenalpasti kajian yang berkaitan yang telah dibuat sebelum ini. -- Seberapa boleh bila buat kajian--- mungkin ada yang sama dengan orang yang sudah buat ------ cari penambahan supaya terdapat penambahan ilmu. -- Kalau hendak buat perkara yang sama --- jangan buat di kawasan yang sama, sampel yang sama dll. (duplicating) -- Pastikan ada kelainan --- kalau guna instrumen yang sama tetapi sampel yang berlainan --- dibenarkan (replicating) kerana ciri-ciri yang berbeza).
ii.
Mengelakkan duplikasi ( buat sama dengan apa yang orang lain buat), beritahu apa yang telah diketahui dan yang belum diketahui.
iii.
Memberi idea tentang pembolehubah –pembolehubah yang akan membantu dalam penggunaan hipotesis.
iv.
Mendapatkan idea berguna untuk kajian. -- Kalau idea-idea dalam penulisan – boleh ditambah dalam penulisan kita. Membantu dalam menjelaskan definisi konsep dan terma -- Boleh guna yang orang lain buat (definisi).
v.
vi.
Memberi penjelasan mengapa dapatan kajian lepas berbeza. -- mungkin saiz sampel berbeza.
_____________________________________________________________________ 14 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
vii.
Boleh membantu penyelidik dalam mengintepretasi dapatan yang diperolehi daripada penyelidikannya.
viii.
Memberi kepakaran tentang tajuk kepada penyelidik.
Sumber-Sumber Utama Kajian a. b. c. d. e.
Educational Research Information Center ( ERIC ) Abstrak Index (educational index) Reviews Jurnal & Buku.
Rujukan: - Contoh yang diperolehi daripada APA Style ( terbaru) i.
Buku Brown, F.G. (1983). Principles of educationand psychological testing. New York: Holt, Rinehart dan Winston. Tajuk buku „diitalic‟kan.
ii.
Chapter in book Zimmerman, B.J. (1989). Models of sel-regulated learning and academic achievement. In B.J.Zimmerman & D.H. Schunk (Eds), self –regulated learning and academic achievement: Theory, research and practice (PP. 1260. New York : Academic Press. Tajuk buku di‟Italic‟kan.
iii.
Jurnal Seni Bin Khamis (2000). Kajian meningkatkan kemahiran proses sains (inferens) berdasarkan kemahiran bersifat secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 2, 15 – 30. - Nama jurnal di „Italic‟ kan
iv.
Tesis Wong,S.L.(2002), Development And Validation Of An Information Technology (IT) based instrument to measure teachers‟ IT preparedness. Unpublished doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. - Tajuk tesis di „italic‟kan.
_____________________________________________________________________ 15 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
v.
www. D‟Apollonia,S.,Galley, D. & Simpson, M. (1996). Formal reasoning and conceptual development. Retrieved April 21, 2004,from the World Wide Web: http://www.place.dowson colleage.qc - Tajuk artikel di „Italic‟kan
Cara Menulis: --- Tanpa membuat perubahan --- Tanpa pandangan penyelidik - Kalau kesimpulan tidak apa buat perubahan - Jangan buat pandangan sendiri - Mesti ada bukti. --- kaitkan kepada penyelidikan yang dikemukakan. --- Laporkan hanya yang releven kepada penyelidikan yang dicadangkan. --- Tonjolkan ketidaksamaan @ perbezaan antara dapatan kajian. --- Guna stail garis panduan yang betul – the latest. --- sedar akan kepincangan yang wujud dalam penerbitan ( kajian tiada hubungan / perbezaan selalunya tidak diterbitkan).
Kuliah ke 5 6 Ogos 2004
5. BAB 3 : METADOLOGI A. Pengenalan - Perjelaskan bagaimana bab di susun B. Reka bentuk kajian - base to tajuk dan objektif - Nyatakan reka bentuk kajian yang telah ditetapkan, dihuraikan. C. Tempat kajian - Berikan penjelasan tentang di mana kajian dilakukan. Huraikan ---- samada dipilih secara rawak atau sample of convenient (tidak jauh). - Perlu diberitahu tempat itu ---- cth : sekolah mana, jenis apa, bilangan pelajar/guru dsb. ---- maklumat tempat tersebut ---- supaya orang dapat tahu secara umum tempat tersebut. D. Populasi & Persampelan - Bagaimana sample diperolehi dan saiz ditentukan ---- cara memilih sample ---- tentukan apa jenis dan saiz sampel
_____________________________________________________________________ 16 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
E. Instrumentasi / alat ukur yang digunakan - Alat kajian – bincangkan bentuk alat ukur, kaedah „scoring‟; bagaimana kesahan dan kebolehpercayaannya ditentukan. - cara untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan F. Prosedur mengumpul data - Nyatakan cara pengumpulan data di lakukan G. Penganalisisan data - Bagaimana data dicadangkan akan dianlisiskan, jenis statistik yang akan digunakan. ---- bila data telah dikumpulkan ---- apa jenis statistik yang digunakan ---- lebih kurang 2 perenggan.
6. BAB 4 : DAPATAN KAJIAN A. Pengenalan - Perjelaskan bagaimana bab disusun. B. Bahagian lain Bab - Cara membuat penjelasan - Dicadangkan mengikut objektif kajian atau soalan kajian --- jika soalan kajian lebih banyak daripada objektif kajian , lebih baik ikut soalan kajian. --- one to one --- kalau soalan kajian ada pecahan lagi, gunakan soalan kajian supaya lebih mudah. - Bahagikan bab ini mengikut kaedah termudah untuk membuat penjelasan.
7. BAB 5 : RUMUSAN , PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN A. Pengenalan - Perjelaskan bagaimana bab disusun B. Rumusan / Kesimpulan - „Highlight‟kan kesimpulan kepada dapatan kajian --- cth: di dalam dapatan kajian „ pelajar lelaki perform better than female‟. --- Dalam rumusan, „highlight‟kan hanya yang signifikan. C. Perbincangan - Berdasarkan kesimpulan dapatan sekarang ---- dikaitkan dengan dapatandapatan yang lepas ( samada sama atau bertentangan). - Setakat mana samada „ in line‟ or „ not in line‟. - Dapatan orang yang mirip dengan kita atau berbeza ( kena „highlight‟kan )
_____________________________________________________________________ 17 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
D. Implikasi - Ada sedikit kaitan kepentingan kajian di dalam bab 1. ---- penting kepada siapa. - Implikasi sebagai tambahan kepada hasil dapatan - implikasi jika tidak dilaksanakan --- kepada siapa? ---- apa yang akan berlaku jika ianya tidak dilaksanakan. ---- implikasi kepada „teacher educators‟. ---- implikasi kepada „parent‟ ---- apa yang kita katakan di dalam implikasi ada kesinambungan di dalam cadangan E. Cadangan - Selepas dapat dapatan dan kesimpulan, so what is next? - future research --- apa yang perlu dilakukan untuk research akan datang --- kelemahan-kelemahan dalam kajian yang kita lakukan supaya research akan datang akan melakukan apa yang kita tidak lakukan @ kita tertinggal.
8. BIBLIOGRAFI 9. JADUAL KERJA
- daripada mula hingga siap research. --- cth: Januari – literature review Februari - mantapkan bab 1 Mac - Literature review ( bab 2 ) April - Siapkan instrument Mei - Dapatkan data Jun – Ogos - Analisis dapatan kajian ( bab 5 ) 10. LAMPIRAN-LAMPIRAN.
_____________________________________________________________________ 18 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah ke 6 27 Ogos 2004 (Sambungan bab 3: metadologi bahagian rekabentuk kajian) REKABENTUK KAJIAN - Sebagai satu rancangan kita “plan to attack” ---- macam mana kita hendak selesaikan masalah yang telah dikenalpasti. - Suatu pendekatan/ strategi yg. Dilaksanakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data supaya objektif penyelidikan tercapai - Merupakan kaedah yang dipilih untuk melaksanakan penyelidikan anda --- apakah langkah-langkah ? --- apakah strategi ? --- apakah kaedahnya ?
JENIS PENYELIDIKAN - secara umunya terbahagi kepada dua iaitu: a. Penyelidikan asas - Bertujuan semata-mata untuk menambah ilmu tentang alam sekeliling tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang mendesak Cth: --- Pavlov – anjing dgn loceng dan rangsangan air liur --- Skinner – kucing --- banyak research yang berlaku di dalam makmal juga menrupakan penyelidikan asas kerana ianya bukan untuk menyelesaikan masalah yang mendesak. --- Pelaziman instrumental lebih banyak tertumpu kepada program construction. b. Penyelidikan gunaan - Bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah , bagi memperbaiki kehidupan manusia - Kita menggunakan teori , kaedah yang didapati daripada penyelidikan asas. - Bertujuan untuk mengguna prinsip-prinsip sedia ada bagi menyelesai masalah yang wujud - Mungkin menghasilkan teknologi atau kaedah baru yang lebih cekap, berkesan dan menjimat kos serta masa. --- Contoh: ( pelbagai bidang boleh menggunakannya ) - Kajian mempercepat proses pembelajaran - Kajian mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya - Kajian menambahkan pengeluaran makanan - Diklasifikasikan mengikut reka bentuk atau metodologi: i. Penyelidikan deskriptif ii. Penyelidikan korelasi iii. Penyelidikan ex post facto iv. Penyelidikan eksperimen (true vs quasi) --- Pre, true dan quasi
_____________________________________________________________________ 19 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
v. Penyelidikan kualitatif (kajian kes, penyelidikan perkembangan, kajian sejarah, etnograf) --- Ini juga boleh termasuk di dalam penyelidikan deskriptif --- lebih fokus kepada kaedah.
i, ii, iii, iv merupakan penyelidikan kuantitatif.
Kuliah 7 3 September 2004
i. Penyelidikan diskriptif - Contoh: - Persepsi pengetua terhadap guru lepasan UPM - Laporan keputusan peperiksaan spm 2000 - Masalah peperiksaan 2000 - Kajian status pengajaran mata pelajaran sains pertanian dari persepsi guru Kenapa perlu buat kajian deskriptif? a. Untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan status terkini (semasa) fenomena b. Untuk menentukan keadaan situasi yang wujud ketika kajian dilaksanakan c. Biasa dijalankan apabila berlaku situasi bermasalah dalam amalan & penyelidik hendak mengetahui „status quo‟ --- jika kajian deskriptif, maka boleh menggunakan ini sebagai rekabentuk. --- rujuk (a). --- jika buat survey masalah p & p tingkatan 4 dan maklumatnya disimpan, 3 tahun kemudian baru digunakan. ---- maklumat tidak boleh digunakan kerana dalam rekabentuk deskriptif, maklumat semasa sahaja digunakan. d. Biasanya melibatkan berbilang pembolehubah --- biasanya ada soalan demografi ( umur, bilangan anak, pendapatan berapa, sekolah di bandar atau di luar bandar ) e. Tidak melibatkan pengendalian dan pengawalan rawatan / treatment seperti dalam kajian eksperimen --- tidak „kawal‟ (control) apa-apa – dalam penyelidikan cuma untuk mendapatkan maklumat sahaja. --- rawatan (treatment) hanya untuk reka bentuk eksperimen sahaja.
_____________________________________________________________________ 20 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
- Penyelidikan diskriptif berlainan jenis berdasarkan bagaimana data dikumpulkan: a. Melalui laporan sendiri (self report) --- selalunya maklumat diperolehi daripada individu dengan menggunakan alat ukur seperti soal selidik, temubual, skala sikap terpiawai. --- borang soal selidik diisi dan di serahkan kepada penyelidik --- responden menjawab soalan-soalan yang berkaitan. --- penyelidik pergi ke kg, jumpa dengan orang buta huruf, maklumat yang diberikan juga merupakan laporan sendiri. --- pergi ke sesuatu tempat , buat pemerhatian dan tulis laporan. b. Melalui pemerhatian / cerapan --- Data dikumpul melalui pemerhatian terus (kedua-dua kaedah kadang kala digunakan bersama dalam sesuatu research yang dibuat) i. Penyelidikan deskriptif (self report) a. Kajian survei / tinjauan b. Kajian susulan c. Kajian kes d. Analisis trend e. Kajian Korelasi ( * akan dibincangkan kemudian) a. Kajian Survei / Tinjauan Tujuan survei / tinjauan: 1. Untuk mengumpul maklumat terperinci yang menjelaskan fenomena terkini. 2. Untuk mengenal pasti masalah atau menberi justifikasi keadaan semasa dan amalannya 3. Untuk membuat perbandingan dan penilaian 4. Untuk menentukan apa orang lain telah lakukan jika timbul masalah atau situasi yang sama, dan mendapat menfaat daripada pengalaman mereka untuik rancangan masa hadapan
Pengumpulan data kajian survei: 1. Melalui dokumen - Kita cuma menyemak dokumen tanpa mendapatkan responden. - Cth: kita hendak membuat survei mengenai kesalahan pelajar dari tahun 2000 hingga 2005, kita hanya perlu semak rekod di sekolah-sekolah tersebut. Kita survei dokumen saja. Tiada orang yang membuat laporan khusus, dan kena gunakan kaedah / sistem gundalan. 2. Melalui pos atau mel ( sama dengan pos tetapi lebih mahal) - instrumen yang digunakan dan diedarkan kepada sampel (responden) untuk dijawab. - Bila responden menjawab, kita tengok berapa banyak yang dipulangkan
_____________________________________________________________________ 21 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
kepada kita. - Kalau kita yang menghantarnya sendiri adalah lebih mudah. - Kita boleh menghantar kepada responden melalui: a. by hand b. melalui mel. c. melalui pos - kebaikan melalui pos: a. lebih murah b. kita blh hantar kepada banyak kawasan. - keburukan melalui pos: a. Kemungkinan hilang b. kurang mendapat sambutan. c. mesti disertakan bersama sampul surat yang beralamat sendiri dan stem untuk mendapatkan pulangan soal selidik. - Kalau pulangan dokumen masih sedikit, kita kena hantar „reminder‟ dan jika 3 kali hantar reminder masih lagi sedikit, ambil nama responden yang tidak pulangkan soalselidik dan buat secara rawak semula dan pergi cari sendiri responden tersebut. - kena tengok hasil soalselidik tersebut, adakah terdapat perbezaan jawapan di antara responden yang dulu dengan responden yang baru isi. --- jika tidak berbeza – boleh dicantumkan dengan yang lama. --- jika berbeza – perlu dipisahkan populasinya dengan yang lama. 3. Melalui temu bual (interview) - secara kumpulan - secara individu - kebaikan: a. Bila bertanya kepada responden, sukar untuk berbohong kerana boleh dikenali melalui „body language‟nya. --- jika tidak dapat mempastikan samada berbohong atau tidak, letakkan tanda soal. b. cepat habis - keburukan: a. tidak mampu untuk mencari semua responden. b. perlu lantik pembantu --- perlu menentukan kebolehpercayaan pembantu-pembantu tersebut melalui latihan yang diadakan. --- interator realibility. --- cara menguji: -- Panggil seorang ke depan, seorang tanya soalan dan yang lain mencatat. Jawapan setiap orang dibuat analisis. -- Jika banyak perbezaan, maka kebolehpercayaannya rendah -- teruskan latihan sehingga rating keputusan adalah baik. c. Ada responden yang dominan jika dibuat dalam bentuk berkumpulan. -- untuk mengatasinya, panggil nama responden. * semua ini perlu diperjelaskan di dalam bab 3.
_____________________________________________________________________ 22 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
b. Kajian Susulan - Dijalankan selepas sesuatu program dilaksanakan - Tidak semestinya satu penilaian ( boleh dapatkan maklumat sahaja dan membuat penilaian. - Mengunakan keadah kajian deskriptif biasa c. Kajian Kes - Mengkaji secara intensif ( mendalam ) latar belakang, status semasa, dan interaksi sesuatu unit sosial: --- individu, --- kumpulan, --- institusi, --- atau komuniti. * Dalam satu kawasan. - Contoh: Kajian piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak
d. Kajian Trend ( berdasarkan pattern (pola)) - Dibuat berdasarkan data terkumpul yang berbentuk longitudinal ( yang telah dibuat beberapa lama) --- apa yang telah berlaku dahulu, pola situasi ditunjukkan sekarang, dan berdasarkan data yang ada ini meramal apa yang akan berlaku akan datang. --- Contoh kajian trend: 1. 283 inst. yang respon kpd. Soal selidik yang dihantar kepada 332 institusi menunjukkan enrolmen, kesan kaedah yang digunakan untuk menarik pelajar, bantuan kewangan yg. diberikan, keadaan kewangan institusi akan menentukan kemajuan kolej komuniti 2. Trend dalam kaedah sokongan kewangan kepada pendidikan awam 3. Perkembangan penglibatan ahli-ahli sukan dalam program bacelor pendidikan (pendidikan jasmani) --- tengok trend dahulu, sekarang dan akan menentukan trend akan datang. --- banyak digunakan dalam ekonomi dan kurang digunakan di dalam pendidikan. Langkah-langkah penyelidikan deskriptif: 1. Definisikan masalah 2. Nyatakan hipotesis 3. Mengumpul data 4. Menganalisis data 5. Membuat kesimpulan & laporan
sama seperti kaedah saintifik.
_____________________________________________________________________ 23 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Langkah-langkah pengendalian: 1. Terangkan objektif kajian dengan jelas dan khusus - Apakah fakta dan ciri-ciri yang perlu diselidiki? 2. Reka bentuk pendekatan - Bagaimana data hendak dikumpul? - Bagaimana sampel dipilih untuk mewakili populasi? - Apakah instrumen yang akan digunakan? Baru? Ubahsuai? - Kaedah mengumpul data perlu diuji? Latih pengumpul? 3. Kumpul data 4. Laporkan keputusan/dapatan
Kesalahan dalam penyelidikan deskriptif 1. Gagal membentuk objektif khusus yang jelas 2. Gagal mendapatkan data khusus untuk menyelesai masalah kajian (kadang kala terlalu umum) – tidak terperinci. 3. Mengguna sample of convenience 4. Tidak merancang analisis sehingga data telah terkumpul 5. Menstrukturkan instrumen supaya dapatan menyokong kehendak penyelidik. -- „bias‟.
e. Kajian Korelasi ( perkaitan / hubungan) cth: Nasir & Salmah - Boleh diklasifikasikan di bawah kajian deskriptif ataupun berasingan. - Jika deskriptif: --- perkaitan antara sesuatu pembolehubah --- kaedah deskriptif – cara menganalisis kaedah korelasi. - Jika korelasi: --- Hubungan atau perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang diberikan. --- cth: Skor math dan sains yang diajar dalam bahasa inggeris. - Untuk mengkaji setakat mana variasi dalam satu faktor berhubung dengan variasi ke atas satu atau lebih faktor lain berdasarkan nilai pekali (coefficient) --- Jika hampir dengan 1 ( merujuk kepada perkaitan yang kukuh)
-1 sempurna (-ve)
0 Sederhana (-ve)
tiada perkaitan
1 sederhana
sempurna (+ve)
- Cubaan untuk menentukan sama ada wujud perkaitan, dan tahap kekuatan antara dua atau lebih pembolehubah kuantitatif - Bertujuan untuk menentukan kewujudan hubung kait (atau tidak) atau untuk menggunakan hubung kait bagi meramal - Contoh kajian korelasi --- Mengkaji hubungan antara gred yang diperolehi melalui rujukan kriteria dengan beberapa pembolehubah ( rujukan normal, rujukan kriteria). ---- rujukan normal – boleh diubah kedudukan bergantung
_____________________________________________________________________ 24 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
kepada tahap kesukaran. ---- rujukan kriteria – ada kriteria tertentu yang telah di‟set‟kan. Cth: perlu pandai tahap satu dulu sebelum masuk tahap dua. --- Kajian untuk meramal kejayaan di peringkat siswazah berdasarkan pola interkorelasi pembolehubah- pembolehubah di peringkat prasiswazah ---Hubung kait antara pencapaian dalam bahasa inggeris dan matematik --- Pembolehubah-pembolehubah yang berhubung teguh vs pembolehubah penyebab kepada satu pembolehubah lain (contoh: bilangan tahun bersekolah dan pendapatan pada umur 40) ---- tidak boleh satu pembolehubah menjadi penyebab kepada satu pembolehubah yang lain. GRAF SEBARAN KORELASI: 1. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
2. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
_____________________________________________________________________ 25 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
3. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
4. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
5. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
_____________________________________________________________________ 26 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
6. GRAF SEBARAN MENGIKUT NILAI ‘r’
- tiada arah - tidak ada perkaitan. Contoh soalan: Yang berikut, manakah menunjukkan hubungan yang paling kukuh? A. B. C. D.
0.76 – 0.89 0.53 0.88
--- Hubungan yang paling kukuh ialah B sebab paling hampir dengan nilai 1. Penanda -ve tidak diambilkira kerana ianya hanya menunjukkan samada hubungan tersebut +ve atau negatif, yang diambilkira ialah nombornya sahaja.
_____________________________________________________________________ 27 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah 8 10 September 2004 iii. PENYELIDIKAN ‘EX POST FACTO’ - Kajian yang dibuat selepas sesuatu kejadian itu berlaku. - Juga dikenali dengan penyelidikan sebab musabab --- sebab musabab yang mungkin menyebabkan. --- dikenali juga sebagai kajian perbandingan sebab ( causes comparative) - Bertujuan untuk mengkaji hubungan sebab musabab yang mungkin wujud dengan memerhati „kesan‟ yang wujud dan menyemak semula data bagi mengetahui faktor penyebab --- selepas fakta itu sudah berlaku ( penyeldidikan terkebelakang) --- sudah ada sebab baru kita selidik sebab penyebabnya. - Berbeza dengan penyelidikan eksperimen yang mengumpul data melalui keadaan yang terkawal ( satu kumpulan dikawal dan satu kumpulan eksperimen). - Contoh: a. Mengenal pasti atribut guru berkesan yang didefinisikan oleh penilaian prestasi serta data daripada fail peribadi dan membandingkannya dengan pencapaian pelajar sepanjang 10 tahun kebelakangan b. Melihat pola tingkah laku dan pencapaian yang berkait dengan perbezaan umur semasa masuk ke sekolah, menggunakan data deskriptif tentang tingkah laku dan skor ujian-ujian dalam rekod kumulatif pelajar yang berada di tahun 6 c. Melihat pola tingkah laku dan pencapaian pelajar tahun satu yang telah mengikuti atau yang tidak mengikuti tadika sebelum masuk ke sekolah - Penyelidik akan mengambil satu atau lebih „kesan‟ dan mengkaji data dengan mengimbas kembali kejadian masa lepas untuk mendapatkan jawapan kepada sebab, hubung kait dan penjelasannya
Kekuatan penyelidikan ex post facto: 1. Sesuai untuk keadaan di mana penyelidikan eksperimen yang lebih kukuh tidak mungkin dapat dilaksanakan: - Jika keadaan faktor pemilihan, kawalan dan memanipulasi pemboleh ubah tidak dapat dilaksanakan untuk melihat sebab-dan-kesan secara terus/langsung - Jika kawalan makmal bagi tujuan penyelidikan tidak praktikal, terlalu mahal, atau tidak etikal jika dilakukan 2. Kaedah ini memberi maklumat berguna tentang fenomena yang telah berlaku: a. Apa pemboleh ubah yang berkaitan dengan apa pemboleh ubah b. Di bawah keadaan yang bagaimana c. Bagaimanakah urutannya dan polanya
_____________________________________________________________________ 28 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kelemahan penyelidikan ex post facto: 1.Utama -– kekurangan kawalan ke atas pemboleh ubah bebas -– tiada peluang memanipulasi pemboleh ubah yang mempengaruhi „kesan‟ -– dari itu perlu menkaji sebanyak sebab yang mungkin yang boleh menghasilkan dapatan -– masalah tidak dapat kepastian sebab-kesan --- Dalam ex post facto pembolehubah bebas tidak boleh dikawal sepenuhnya. Contohnya masa dia merokok mungkin tempohnya lebih daripada masa yang dinyatakan seperti responden kata lima tahun tetapi yang sebenarnya dia merokok lima tahun lebih... 2. Masalah kepastian bahawa faktor penyebab telahpun dimasukkan dalam kajian --- mungkin lebih banyak faktor penyebab / mungkin ada sebab lain. 3. Komplikasi tiada satu faktor menjadi penyebab – mungkin kombinasi beberapa faktor atau interaksi beberapa faktor yang menjadi penyebab Langkah-langkah penyelidikan ex post facto: 1. Definisikan masalah 2. Survei bahan berkaitan 3. Nyatakan hipotesis 4. Senaraikan andaian-andaian yang menjadi dasar kepada hipotesis 5. Pendekatan a. Pemilihan subjek b. Pemilihan teknik untuk mengumpul data c. Tentukan kategori bagi mengklasifikasikan data yang kurang jelas tetapi mungkin boleh menampakkan perkaitan 6. Semak kesahan teknik mengumpul data 7. Beri penjelasan, penganalisisan, dan interpretasi dapatan
_____________________________________________________________________ 29 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
IV. PENYELIDIKAN EKSPERIMEN - Tidak seperti kajian ex post facto dan korelasi yang menekankan perkaitan, kajian eksperimen boleh menjelaskan hubungan sebab-kesan antara pemboleh ubah. - Reka bentuk yang melibatkan memanipulasi satu pemboleh ubah treatmen diikuti dengan pemerhatian kepada kesan manipulasi ke atas satu atau lebih pemboleh ubah bersandar. - Pemboleh ubah yang akan dimanipulasikan dipanggil pemboleh ubah eksperimen atau pemboleh ubah treatmen atau pemboleh ubah bebas - Kebanyakkan penyelidikan eksperimen dalam pendidikan menggunakan kumpulan perbandingan yang tidak menerima treatmen = kumpulan kawalan --- kumpulan kawalan tidak diberikan treatmen --- kumpulan eksperimen diberikan treatmen Jenis-jenis eksperimen: ( Rujuk kepada „hand out‟ ) 1. Rekabentuk pre-eksperimen i. Ujian Pra dan ujian pasca satu kumpulan O1 X O2
X = diberikan treatmen
- ada satu kumpulan sahaja ( kurang bagus) 2. Rekabentuk eksperimen tulin i. Ujian Pra Ujian Pasca kumpulan kawalan (R) (R)
Ke KK
Ke KK -
= Kumpulan Eksperimen = Kumpulan Kawalan = Tidak diberikan treatmen sebab dia adalah kumpulan kawalan. = Rawak serah = diberikan treatmen
(R) X ii.
O1 O1
X -
O2 O2
Solomon empat kumpulan (R) (R) (R)
Ke KK KK2
(R)
KK3
O1 O1
X X
-
O2 O2 O2 ( tidak ada pre test sebab bimbang ia dijadikan punca untuk menjadi tempat belajar ) O2
_____________________________________________________________________ 30 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
3. Rekabentuk eksperimen Quasi / Kuasi i. Ujian Pra Ujian Pasca kumpulan kawalan tidak rawak. Ke KK
O1 O1
X -
O2 O2
Kita ambil ikut kumpulan bukannya secara individu seperti dalam eksperimen tulin tetapi kumpulan itu mesti hampir sama/ setara. Masalah dalam eksperimen : – menentukan kawalan yang sesuai supaya segala perubahan dalam ujian pasca boleh dipastikan disebabkan oleh treatmen yang telah dimanipulasikan oleh penyelidik
Kesahan Dalaman Penyelidikan Eksperimen - Setakat mana pemboleh ubah luaran (extraneous) dapat dikawal oleh penyelidik. - Jika pemboleh ubah luaran tidak dapat dikawal, penyelidik tidak boleh pasti bahawa kesan perubahan ke atas kump. Eksperiman adalah disebabkan oleh treatmen atau pemboleh ubah luaran. Pembolehubah Luaran Yg Menjadi Ancaman Kpd Penyelidikan Eksperimen 1. Sejarah - Situasi / kejadian selain treatmen eksperimen mungkin berlaku antara pengukuran pertama dan kedua. 2. Kematangan - Perubahan (biologi / psikologi) yang mungkin berlaku kepada subjek mengikut masanya. 3. Ujian Pra - Menjawab ujian pra sebelum treatmen mungkin menganggu prestasi subjek dalam ujian kedua. 4. Instrumentasi Pengukuran - Mungkin berpunca daripada instrumen yang tidak boleh dipercayai, perubahan instrumen, perubahan tahap kesukaran. 5. Regresi statistik (hanya akan berlaku jika menggunakan extreme score) - Kemungkinan pelajar yang mencapai skor amat tinggi atau amat rendah dalam ujian pra akan mencapai skor mendekati min semasa ujian pasca walaupun tiada treatmen ( regreassion toward the mean).
_____________________________________________________________________ 31 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
6. Perbezaan pemilihan - Mungkin memang wujud perbezaan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebeleum treatmen diberikan. --- walaupun pada jangkaan kita kedua-dua kumpulan adalah sama. 7. Mortaliti eksperimen - Pengurangan bilangan dalam kumpulan. --- mungkin ada pelajar yang membuat pre test tetapi tidak datang untuk post test. --- mungkin ada pelajar yang tidak membuat pre test tetapi buat post test. --- mungkin ada pelajar yang selepas diberikan treatmen, berpindah ke tempat lain. 8. Interaksi pemilihan-kematangan - cth: Stail pembelajaran pelajar fakulti lain dengan fakulti pendidikan ( berbeza stailnya).
Pembolehubah Luaran Yang Menjadi Ancaman Kepada Penyelidikan Eksperimen: 1. Kesan Eksperimenter - Eksperimenter „bias‟ --- jika ada eksperimenter di belakang kelas, pelajar bersikap tidak normal ( spt: menunjuk-nunjuk) 2. Kesan Subjek - Hawthorne Effect --- berlaku di A.S. ( Hawthorne General Elektric).
_____________________________________________________________________ 32 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah ke 9 17 September 2004
POPULASI & SAMPEL 1. Populasi
– semua individu dalam satu kumpulan yang mempunyai ciri yang sama (satu atau lebih) yang hendak dikaji oleh penyelidik. - boleh jadi mempunyai satu ciri atau lebih yang sama. - Contoh: i. semua guru matematik; ii. semua guru lelaki di sekolah menengah; iii. semua pelajar upm
2. Sampel
– sebahagian daripada populasi yang dipilih untuk diperhati dan dianalisis - Dengan memerhati ciri-ciri sampel (yang dirawak dengan betul) beberapa inferensi (menjelaskan) tentang ciri populasi asal dapat dilakukan --- sampel convinience tidak boleh digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu sebab ia adalah sampel yang pincang.
BEZA SAMPEL, SUBJEK DAN RESPONDEN a. Subjek - orang yang kita hantar soal selidik. b. Responden – orang yang memulangkan soal selidik yang telah dijawab. PARAMETER & STATISTIKS a. Parameter - ialah nilai yang diperolehi daripada populasi. b. Statistik - ialah nilai yang diperolehi daripada sampel. --- µ (miu) = min bagi populasi --- σ (sigma) = sisihan piawai bagi populasi --- µ, σ = parameter untuk populasi. --- s = sisihan piawai bagi sampel (juga utk statistik) --- X --- X, s
= min bagi sampel. (juga adalah statistik) = statistik untuk sampel.
RAWAK - Asas kepada pemerhatian dan penyelidikan saintifik. --- ini merupakan kekuatan bagi saintifik approach. --- konsep rawakan – semua individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih (rawakan asas). - Andaian --- walaupun kita tidak boleh meramal dengan tepat kejadian tertentu (cth: pencapaian individu), tetapi ia boleh meramalkan dengan tepat purata pencapaian kumpulan
_____________________________________________________________________ 33 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
RAWAKAN SAMPEL - Sampel yang dirawak mungkin tidak mewakili populasi --- contoh: nisbah lelaki : perempuan yang diperlukan ialah 3 : 5 tetapi setelah diambil secara rawak didapati 2 : 6 atau 1 : 7, itu yang dikatakan sampel yang tidak mewakili populasi dan berlaku ralat persampelan. - Variasi boleh wujud, dipanggil ralat persampelan ---Variasi ini bukan satu kesalahan yang berpunca daripada penyelidik tetapi berlaku dalam proses persampelan. --- Kalau berpunca daripada penyelidik --- sampel pincang. --- kalau tidak berpunca daripada penyelidik --- boleh dikira sebagai konsep sampel dan boleh digunakan.
RALAT PERSAMPELAN - Merujuk kepada variasi secara kebetulan yang berlaku dalam persampelan; - Dengan rawakan, variasi ini boleh dijangkakan dan diambil kira dalam teknik analisis data ---- boleh diperbaiki (adjust), cthnya kita asingkan mengikut jantina, lelaki dan perempuan di dalam bekas yang berasingan dan pilih secara rawak mengikut bilangan yang dikehendaki, cth: 3 : 5. JENIS PERSAMPELAN A. Persampelan Kebarangkalian i. Rawak mudah ii. Persampelan sistematik iii. Persampelan berlapis iv. Persampelan kelompok ---- lebih baik daripada sample of convinience. B. Persampelan bukan Kebarangkalian
Asas Rawakan Sampel i. Rawak Mudah - Semua individu dalam kumpulan mempunyai peluang yang sama untuk dipilih --- tidak pincang - Pemilihan satu subjek adalah bebas --- tidak bergantung kepada yang lain (semua mempunyai peluang yang sama) --- cth rawakan mudah, (kita berikan sesuatu itu nombor atau nama atau no. Matrik sebagai mewakili seseorang ) cth: no.1 – no.16 --- itu yang dipanggil Rangka Persampelan.
_____________________________________________________________________ 34 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Rangka persampelan - Senarai nama semua individu dalam populasi. - Jika pada rangka tidak diberikan nombor, berikan nombor kepada semua individu. - Dengan menggunakan rangka ini, sampel dipilih. Rawak Mudah - 3 kaedah untuk membuat rawakan mudah. Dengan menggunakan: a. Cabutan nama/nombor = teknik „fish bowl‟ b. Jadual nombor rawak --- lihat di bahagian belakang buku research – ada jadual no. rawak. --- pilih nombor secara rawak (pejam mata dan tandakan) --- kena gunakan digit nombor populasi, bukannya nombor persampelan. c. Komputer untuk memberi nombor
ii. Persampelan Sistematik - Langkah-langkah: a. Pengiraan sela --- Dalam teknik persampelan ini, rawakan dibuat ke atas nombor pertama sahaja. --- pemilihan nombor permulaan menetapkan nombor-nombor yang berikutnya. --- ambil jumlah populasi dan dibahagikan dengan dengan sampel untuk mendapatkan selanya. --- cth: jumlah populasi 1500 dan bil. Sampel yang dikehendaki ialah 150 --- sela = jumlah populasi = 1500 = 10 Bil. Sampel 150 b. Pemilihan nombor permulaan --- tulis no. 1 hingga 10 dan cabut salah satu no secara rawak dan katakan dapat no. 3 --- maknanya no. 1 hingga 2 dan no.4 hingga 10 sudah tidak ada peluang lagi dan no. 3 itu menjadi sampel kita yang pertama. c. Menentukan sampel seterusnya --- Untuk mencari sampel yang kedua kita tambahkan no. Sampel yang pertama dengan bilangan sela kita. Jadi no. 13 menjadi sampel kita yang ke 2. --- begitulah seterusnya hingga mencapai bilangan sampel yang kita kehendaki.
_____________________________________________________________________ 35 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kelemahan Persampelan Sistematik 1. Ada nombor tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih – dari itu, ada sedikit kepincangan disebabkan oleh ketika kita memilih nombor pertama, ianya rigid. 2. Pemilihan satu subjek bergantung kepada yang lain
iii. Persampelan Berlapis --- diasingkan mengikut jantina ( kumpulan lelaki dan perempuan) --- Untuk mengurangkan ralat persampelan dan menambah ketepatan dengan tidak menambah saiz sampel. --- Untuk memastikan semua lapis (strata) diwakili dan tidak berbeza daripada populasi. --- Dalam strata populasinya lebih berbentuk homogenous ( cirinya hampir sama) ---- Contoh: status sosio ekonomi , jantina, tahap kecerdasan, tahap kerisauan --- Varian dikurangkan dan dari itu ralat persampelan juga berkurangan ---- bila varians kurang, variasi ralat persampelan pun berkurangan. Oleh itu lebih baik untuk sesuatu research.
Langkah-Langkah Persampelan Berlapis: a. Pastikan kadar antara lapis --- tengok bilangannya atau nisbah. b. Pastikan bilangan sampel yang perlu diambil --- saiz sampel yang perlu diambil. c. Bahagikan bilangan sampel mengikut kadar lapisan asal d. Pilih sampel mengikut kaedah merawak sampel --- macam rawak biasa.
iv. Persampelan Kelompok - Persampalan mengikut kumpulan / kelompok dan bukan individu --- cth: rangka persampelan senarai semua sekolah bukannya individu. - Dilakukan jika individu-individu yang hendak disampel tidak diketahui - Kaedah ini mengekalkan prinsip rawakan --- tetapi individu tidak dirawak, Cuma sekolah dirawak. - Setiap individu tidak perlu diketahui - Jika kelompok-kelompok dalam populasi berjauhan - Amat sesuai dan lebih tepat jika banyak kumpulan kecil di-ambil --- boleh menyerupai populasi
_____________________________________________________________________ 36 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Cth:
Kelompok kecil
Populasi
- Kumpulan kecil ini lebih menyerupai populasi.
Kelompok Besar
Populasi.
- Kumpulan besar tidak menyerupai populasi sebab ada kemungkinan taburannya tidak sekata Kelemahan Persampelan Kelompok: a. Kurang sesuai jika mengambil satu kelompok yang besar kerana mungkin tidak mewakili populasi b. Ralat tinggi jika kelompok adalah besar dan homogeneous
_____________________________________________________________________ 37 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
PENGUKURAN & INSTRUMENTASI Skala Pengukuran - Data yang dikumpul adalah hasil daripada sesuatu pengukuran - Pengukuran merupakan proses memberi nilai kepada perkara yang diukur (pembolehubah) - Pengelasan cara mengukur pembolehubah = skala pengukuran --- perlu tahu apa yang hendak diukur dan apa skala yang digunakan. - Terdapat empat skala: 1. Skala Pengukuran Nominal, 2. Skala Pengukuran Ordinal, 3. Skala Pengukuran Sela, 4. Skala Pengukuran Nisbah
1. SKALA PENGUKURAN NOMINAL - Pengukuran secara nama, kategori atau label --- cthnya: lelaki dan perempuan (jantina) --- label sahaja yang diberikan dan ianya tidak memberi erti samada besar atau tidak. --- tetapi jika disusun, dia akan menjadi ordinal kerana nominal tidak mempunyai urutan atau turutan. - Kod / kategori yg diberi boleh mengambil nilai nombor / abjad - Digunakan untuk mengukur pembolehubah kualitatif - Cth : jantina, ras, program pengajian, jenis rumah, jenis kereta - Merupakan pengukuran yg paling rendah
2. SKALA PENGUKURAN ORDINAL - Pengukuran ini juga mengikut label / kategori tetapi berpangkatan / berurutan --- ada rating. - Setiap pemberian nilai menunjukkan kedudukan berpangkat - Sesuai untuk pembolehubah kualitatif & kuantitatif - Cth : darjah persetujuan – rendah (1) ke tinggi (5); pendapatan – rendah (1) sederhana (2) tinggi (3)
3. SKALA PENGUKURAN SELA - Pengukuran jenis ini adalah dalam bentuk kuantitatif atau skor/nilai - Kuantiti yang diberi/diukur boleh mengambil nilai +ve / -ve - Sesuai utk. Pembolehubah kuantitatif - Cth : prestasi menulis karangan, tahap IQ, tahap konsep kendiri, tahap kepuasan kerja --- suhu terletak dalam skor sela sebab tidak ada nilai 0 mutlak. --- bila ada skor, ia adalah pengukuran sela. --- tidak wujud nilai sifar sebenar di dalam skor berbanding dengan pengukuran nisbah.
_____________________________________________________________________ 38 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
4. SKALA PENGUKURAN NISBAH - Pengukuran kelas ini adalah dalam bentuk kuantitatif atau nilai. - Bagi semua pembolehubah, boleh mengambil nilai sifar sebenar (absolute) - Kuantiti yg diberi/diukur boleh mengambil nilai +ve, -ve serta sifar - Cth : masa berlatih, bilangan kesalahan mengeja, tempoh berlari 100m, berat badan, jarak perjalanan
Kuliah ke 10 24 / 09 / 2004 TABLE 10-1 Levels Of Quantitative Description
Level
Skala Pengukuran
4
Ratio (nisbah)
3 Interval (sela)
Process (cara hendak proses data)
Data treatment
Measured equal Intervals True zero Ratio relationship
Measured equal Intervals No true zero ( tidak ada sifar mutlak) (blh dipecahkan kepada kumpulan2)
Some Appropriate Tests ( ujian yg boleh digunakan)
t- test ( ujian hendak membandingkan 2 min sampel) Parametrik digunakan dalam data jenis selanjar.
Analysis of variance (Anova) ( Melihat perbezaan min sampel untuk 2 atau lebih min) Analysis of (ancova)
covariance
Factor analysis Pearson’s r ukuran korelasi)
2
1
Ordinal
Nominal
Ranked in order
Classified and counted ( kalau dikira , ikut frekuensi atau kelaskan dia)
Nonparametrik ( ujian-ujian yang diklasifikasikan sebagai data diskriptif)
(adalah
Spearman’s rho ( ) (utk ujian korelasi bagi data jenis ordinal) Mann-Whitney Wilcoxon Chi square (kalau data jenis nominal) Median sign
_____________________________________________________________________ 39 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
PROSES PENGUMPULAN DATA - Memerlukan: i. Subjek untuk memberi maklumat ii. Instrumen untuk mendapatkan maklumat daripada subjek INSTRUMENTASI / PENGUKURAN - Digunakan untuk mendapat maklumat tentang perkara (pembolehubah) yang dikaji. --- cth: Kajian sikap, oleh itu alat ukurnya hendaklah mengukur sikap.
PENGUKURAN - Proses memberi nilai (dalam bentuk nombor atau kategori) kepada perkara (pembolehubah) yang diukur dengan mengikut aturan-aturan tertentu --- cth: 1 = lelaki 2 = perempuan - sama dengan proses mengukur perkara yang perlu diukur INSTRUMEN/ALAT UKUR - Alat yang digunakan untuk mengukur - Jika penyelidik hendak mengukur pencapaian – sediakan ujian pencapaian - Jika penyelidik hendak mengukur keperluan profesional guru – sediakan inventori atau skala keperluan profesional guru
Contoh Instrumen/Alat Ukur Dalam Pendidikan i. Ujian pencapaian ii. Ujian kreativiti – ada ujian kreativiti iii. Ujian kecergasan fizikal iv. Inventori personaliti v. Skala sikap vi. Skala minat vii. Skedul temu bual
Ujian Pencapaian - mengukur „mastery & proficiency‟ dalam bidang ilmu menggunakan „paper-andpencil tests‟ untuk mengukur objektif kognitif. - mengukur apa yang individu ketahui.
Ujian Prestasi - Teknik pemerhatian dan mentaksir (access) prestasi individu melaksanakan sesuatu tugas dan /atau mengadili hasil prestasi. - Mengukur apa individu boleh lakukan.
_____________________________________________________________________ 40 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Ujian Bakat - Mengukur kemahiran dan pengetahuan (ilmu) dalam sesuatu bidang khusus. - cuba mengukur kebolehan subjek untuk mengpersepsikan hubungan, menyelesaikan masalah dan menggunakan pengetahuan dalam konteks berlainan. - Ujian kecerdasan, scholastic aptitude tests ( untuk meramal prestasi akademik).
Contoh instrumen / alat ukur dalam pendidikan: i.
Inventori - subjek dikemukakan senarai ekstensif pernyataan pola tingkahlaku dan disuruh menandakan samada setiap pernyataan mencerminkan ciri tingkahlaku masing-masing dengan menandakan „ya‟ atau „tidak‟ atau „tidak pasti‟. - mengukur hanya satu „trait‟ (personaliti, paranoia)
ii.
Teknik Projektif - Ukuran di mana individu diminta membuat response kepada sesuatu rangsangan yang tidak berstruktur atau ambiguous. - dipanggil projektif = individu dikehendaki projek ke dalam rangsang keperluan sendiri, ketakutan, kerisauan dan lain-lain. - berasaskan interpretasi subjek dan responnya, penilai cuba membangunkan satu gambaran komprehensif struktur personaliti individu.
SKALA - Alat ukur yang membenarkan diletak / diserahkan simbol atau angka kepada individu, atau tingkah lakunya. - Penyerahan nilai ini memberi gambaran bahawa ind. Itu mempunyai „nilai‟ apa yang diukur oleh skala
Jenis skala a. Jenis Likert atau summated rating scale (jumlahkan semua score) – mengandungi satu set item, kesemuanya mempunyai „value loading‟ yang sama --- bila kita beri skor kepada skala Likert, ianya bergantung kepada pernyataan positif atau negatif. Oleh itu skalanya terbalik bergantung kepada sesuatu pernyataan.
_____________________________________________________________________ 41 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
b. Semantic differential (pembezaan semantik) – Bipolar ( dwi kutub) --- dua kutub yang berlawanan (ada soalan positif dan negatif) --- cth: pleasant
unpleasant 8
7
6
5
4
3
2
1
1
2
3
4
5
6
7
8
rejecting
accepting
c. Skala Pemeringkat (rating). - Skala yang mengemukakan pernyataan-pernyataan tentang sesuatu tingkahlaku, sesuatu aktiviti atau fenomenon dan diikuti dengan suatu skala kategori. - cth: pemerhati @ responden spt. Guru diminta membuat pentaksiran ke atas tingkahlaku kepemimpinan pelajar dengan menandakan sesuatu „poin‟ pada „continuum‟ atau memilih sesuatu kategori respon.
ALAT UKUR - Perlu sah - Perlu boleh dipercayai
KESAHAN PENGUKURAN - Kesahan merujuk kepada sejauh manakah alat ukur mengukur perkara yang diukur dengan tepat
1. Kesahan permukaan: (face validity) - Sekadar dari segi rupa (surface) instrumen kelihatan memuaskan.
2. Kesahan kandungan (yang penting sekali) - Adakah kandungan mencukupi, mencakupi dan sesuai? Adakah format dan kandungan selaras dengan keupayaan respondan? - Bagaimana menentukan kesahan? Rujuk kepada pakar atau sesiapa yang boleh menilai kesesuaian butiran yang digunakan Cara menentukan kesahan - Para hakim (pakar) mengesahkan bahawa item yang dibina memerlukan keupayaan menaakul - Para hakim mengesahkan format, arahan, saiz dan tahap bacaan menjurus kepada keupayaan menaakul oleh responden - Para hakim mengesahkan bahawa item yang dimasukkan boleh menjawab objektif kajian
_____________________________________________________________________ 42 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
3. Kesahan konstruk/gagasan ( spt. Gugusan buah anggur) - Setakat mana konsep atau teori diambil kira dalam membentuk sesuatu gagasan/konstruk --- ada pecahan-pecahan soalan daripada soalan dasar. - Setakat mana prestasi keseluruhan individu dalam menjawab instrumen mencerminkan trait/kualiti konstruk yang diukur --- contoh: keperluan profesional.
Cara menentukan kesahan konstruk a. Dengan menggunakan hakim (yang pakar) b. Dengan analisis faktor (untuk menyemak kesahan) --- Dalam analisis ini, komputer akan mengira nilai eigen bagi setiap faktor dalam instrumen dan dari nilai-nilai itu penyelidik boleh menolak item-item tertentu daripada instrumen
4. Kesahan kriteria - Merujuk kepada hubungan / korelasi antara skor yang diperoleh daripada alat ukur dengan skor yang diperoleh daripada alat ukur lain yang standard --- = pekali kesahan (rxy) -Hubungan yang positif dan teguh menunjukkan alat ukur mempunyai kesahan kriteria yang tinggi
KEBOLEH PERCAYAAN - „measures that are free from error and therefore yield consistent result‟ (alat ukur mesti bebas daripada kesilapan dan memberikan keputusan yang tidak berbeza) - Pengukuran yang tekal ( „consistant‟) bermaksud ukuran yang akan menghasilkan ukuran yang sama setiap kali ukuran dibuat. - Sebagai contoh, pita ukur diguna mengukur jarak lompatan, jam randik diguna untuk mengukur kepantasan menyelesai masalah, ujian yang mengukur dengan baik prestasi dalam matematik.
Pekali Kebolehpercayaan bertambah jika: a. Ujian panjang b. varian skor tinggi – banyak variation ( ada yang tinggi dan ada yang rendah)
_____________________________________________________________________ 43 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Jenis kebolehpercayaan i.
Uji dan uji semula (test re-test) menyemak pekali kestabilan (coefficient of stability). --- Korelasi dicari antara keputusan dalam dua ujian yang diberi berturutturut selepas sesuatu ketika (ujian yang sama dan inst yang sama).
ii.
Alternate forms/bentuk alternatif = mengukur coefficient of equivalence --- (instrumen yang setara) – ukur untuk equivalence. - Korelasi dicari antara keputusan dalam dua ujian yang setara atau selari (parallel) diberi berturut-turut selepas sesuatu ketika
iii.
Bahagi dua (split half)- (coefficient of internal consistency) - Membahagi dua item-item dalam instrumen kepada dua bahagian yang setara. - Formula spearmen-brown digunakan untuk mengestimet kebolehpercayaan ujian sepenuhnya --- cth: yang ganjil dikorelasikan dengan yang genap. - Formula Spearmen-Brown (korelasi antara setiap individu) r sepenuh = 2 r separuh 1 + r separuh.
@ r sepenuh = nr separuh 1+ (n-1)r separuh
formula kecil. Cth: katakan r separuh = 0.7, kira r sepenuhnya. r sepenuh = 2 r separuh 1 + r separuh = 2 (0.7) 1 + 0.7 = 1.4 1.7 = 0.824
_____________________________________________________________________ 44 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Ukuran Kebolehpercayaan - Bagi menyemak kebolehpercayan „internal-consistency‟ (homogeneity): a. Cronbach alpha – mengukur setakat mana skor bagi setiap item bersetuju di antara satu sama lain. b. Menggunakan kuder richardson formula 20 atau 21 --- Formula 21 kurang tepat tetapi lebih mudah untuk dikira. --- Kalau multiple choice – gunakan formula 21 ----- lebih senang tetapi kurang tepat. --- Kalau „ya‟ atau „tidak‟, gunakan formula 20. Formula 21 Kuder Richardson (formula besar) r(KR-21) = (k)(s2) - min(k - min) (s2) (k – 1)
Dimana: K – bil. item dalam keseluruhan ujian s2 – varians skor ( varian = sisihan piawai 2 ) Min – min skor-skor Contoh: K = 100 s = 10 min = 60 , kirakan nilai r r (KR – 21)
= (100)(102) - 60 (100 – 60) (102)(100 – 1) = 10 000 – 2400 9900 = 7600 9900 = 0.7676
_____________________________________________________________________ 45 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kaitan antara kebolehpercayaan dan kesahan - Bagi ujian untuk meramal sesuatu kriterion, kesahan prediktif atau kriteria adalah lebih penting daripada kebolehpercayaan. Jika kesahan kriteria memuaskan, kebolehpercayaan yang rendah sedikit tidak menjadi masalah (con. Ujian kreativiti) - Jika dua ujian mengukur kriterion yang sama, ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang lebih tinggi akan juga mempunyai pekali kesahan yang lebih tinggi.
_____________________________________________________________________ 46 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah ke 11 1/10/2004 PEMBOLEHUBAH SELANJAR - Pembolehubah yang tidak mempunyai unit nilai minimum --- cth: Umur – tahun boleh dipecah-pecahkan kepada angka perpuluhan. - Secara konsep, nilai objek boleh wujud hingga infiniti. --- tiada nilai minimum --- tidak kira sampai berapa titik perpuluhan – dikira selanjar. - cth: ukuran panjang, markah/skor, masa dan umur. PEMBOLEHUBAH DISKRIT - Pembolehubah yang menggunakan unit nilai minimum yang „finite‟ (terhad), kebanyakannya menggunakan angka bulat. - Tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi - Tidak ada perpuluhan @ nisbah (bahagi) - cth : Bilangan anak, bilanangan kesalahan dan bilangan kereta.
STATISTIK - Suatu teknik matematik atau proses mengumpul , mengurus, menganalisis dan mentafsir data numerik yang diperolehi daripada kumpulan yang dicerap (sampel) untuk kumpulan yang dikaji ( populasi ). - kadangkala digunakan untuk memerihalkan data numerik yang dikumpul. - kita panggil statistik diskriptif (perihalan). - data diskrit kita boleh perihalkan dalam data seperti: --- carta palang --- histogram --- carta pai.
DATA STATISTIK - Menjelaskan tingkahlaku lkumpulan atau ciri-ciri kumpulan yang diperolehi melalui penerhatian ke atas individu-individu yang dikumpulkan , agar pengitlakan (generalisasi) dapat dilakukan - Cth: Min pendapatan = RM 3 000.00 Min umur pelajar Darjah 4 = 10 tahun
_____________________________________________________________________ 47 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
KAITAN ANTARA POPULASI & SAMPEL
POPULASI
SAMPEL
(terlalu besar. Cth semua guru matematik)
Data drpd sampel Data daripada Populasi ( jika populasi kecil)
STATISTIK INFERENSI
PENJELASAN TENTANG POPULASI Peringkat 1
: Populasi sasaran sangat besar Cth: semua guru-guru matematik
Peringkat 2
: Populasi senang diperolehi - kecil sedikit Cth: Negeri – semua guru matematik di Selangor
Peringkat 3
: Sekolah mengikut daerah Cth: Semua guru matematik di sekolah Menengah di Daerah Petaling. - boleh digeneralisasikan di Selangor sahaja.
- Min, mod boleh memberikan maklumat yang lebih baik. --- boleh buat graf --- blh buat jadual ------ untuk memudahkan pemerihalan data menjadi lebih bermakna.
_____________________________________________________________________ 48 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Statistik terbahagi kepada dua iaitu: i.
Statistik Deskriptif - bertujuan untuk memerihalkan ( menjelaskan) sesuatu kumpulan yang dikaji sahaja (sampel atau populasi). - Cth: Mengkaji sikap guru terhadap kaedah mendisiplinkan pelajar.
ii.
Satatistik Inferensi - Bertujuan untuk memerihalkan (menjelaskan) sesuatu kumpulan populasi berdasarkan pengumpulan data daripada sebahagian ahli ( sampel)
STATISTIK DESKRIPTIF (Statistik Perihalan) - Kaedah bagi memerihal data yang telah dicerap, diproses dan di analisis (tidak kira populasi atau sampel) --- mungkin dibuat kumpulan (SELA A E atau E A) - Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan gambaran atau perihal tentang data yang dicerap. --- susun taburan skor. - Juga bertujuan supaya data menjadi bermakna dan ringkas. - Terdapat 2 cara memerihalkan data iaitu: 1. Cara Kuantitatif - Memerihaldengan mengguna nilai, nombor atau kuantiti --- Menggunakan angka - Mengandungi teks yang dihuraikan dengan menggunakan analisis data secara kuantiti. 2. Cara Kualitatif - Memerihal secara gambaran, secara ayat dll. --- cth: carta pai - mengandungi penjelasan pernyataan / teks (penerangan mengikut teks) - Pengurusan data untuk ia lebih mudah difahami (kuantitatif). --- jadual ( ada angka, frekeuensi) --- ukuran kecenderungan memusat ( Min, mod , median / measure of tendency) - Penggunaan penggambaran (kualitatif) --- carta pai / palang --- histogram ( untuk data selanjar) --- poligon frekuensi ( daripada titik tengah carta histogram )
_____________________________________________________________________ 49 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Cth: histogram ( data selanjar ) - ada had atas dan had bawah
Y
Poligon frekuensi
X
Cth: Carta Palang. ( Data Diskrit) - Berbeza setiap satu dan tiada had atas dan bawah. Y
X
_____________________________________________________________________ 50 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Teknik Memperihalkan Data - penggambaran
DATA NOMINAL ATAU ORDINAL 1. 2. 3. 4.
DATA SELA ATAU NISBAH
Jadual Frekuensi Carta palang Carta pai Jadual silang
1. 2. 3. 4. 5.
Jadual Frekuensi KEPUTUSAN A B C D E JUMLAH
L
Contoh Jadual Kontigensi ( Jadual Silang) B. Ed. TESL Bersetuju Dendaan 120 Tidak Bersetuju Dendaan
Jadual Frekuensi Histogram Poligon Frekuensi Scatter diagram Garisan Regresi
P
B. Ed. (G & C) 18
138
20
98
118
140
116
256
_____________________________________________________________________ 51 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Kuliah 12 8 Okt 2004 TEKNIK MEMPERIHAL DATA – UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT 1. MOD - Data nominal --- ikut frekuensi sahaja. - Ukuran bagi yang paling kerap berlaku ( terbanyak) - Ukuran lazim (ukuran yang biasa digunakan). 2. MEDIAN - Data ordinal - Ukuran tengah --- membahagi dua data separuh-separuh --- pembahagi dua data --- data disusun dahulu baru dikira. - Sesuai bagi taburan pencong ( kalau ada „extreme cause‟) - cth: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 8, 20 median =5+6 2 = 5.5
cth keluk normal.
Cth keluk pencong
_____________________________________________________________________ 52 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
- jika taburan data adalah pencong, jangan gunakan min tetapi gunakan median. - jika taburan normal, gunakan skala biasa. 3. MIN - Data sela atau nisbah - ukuran „typical‟ -Ukuran purata --- campuran semua data dan dibahagikan dengan frekuensi. - Sesuai untuk analisis lanjutan --- sebagai tambahan - Cth: Min = 55 Sisihan piawai untuk populasi ialah 10 Bina satu taburan normal. +1( σ ) = +1 (10) = 10 +1 σ = 10 + 55 = 65 dan seterusnya.
50% daripada keseluruhan berada di bawah 55 dan 50% daripada keseluruhan berada di atas 55.
_____________________________________________________________________ 53 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
STATISTIK PENTAKBIRAN ( Statistik Inferensi) - kaedah membuat kesimpulan ke atas kumpulan yang dikaji (populasi) berdasarkan cerapanke atas sebahagian daripada kumpulan (sampel). - Cth: Banding Min ( ANOVA @ t – Test ) Analisis Hubungan - Proses menerang atau menganggar ciri-ciri populasi dengan menggunakan ciriciri sampel yang mewakili populasi tersebut --- sampel mesti boleh mewakili populasi.
STRATEGI MEMBUAT PENTAKBIRAN - Penganggaran – menganggar nilai parameter ( ciri-ciri populasi ) berdasarkan statistik sampel. - Pengujian hipotesis – menguji sejauhmana nilai yang dicerap daripada sampel KETEPATAN PENTAKBIRAN - Saiz sampel --- lebih tepat jika sampel lebih besar. - Kebolehubahan data pada populasi --- kalau banyak variasi populasi sampel sama - Kerepresentatif sampel yang dicerap dengan mengambil kira teknik persampelan yang sesuai. --- kalau lebih mewakili populasi lebih tepat.
TEKNIK INFERENSI - Ujian parametrik menggunakan banyak andaian terhadap populasi dari mana sampel dipilih. - Lebih „powerful‟ daripada non parametrik dan dapat menunjukkan perbezaan / hubungan yang lebih tulin. - Ujian non parametrik kurang menggunakan banyak andaian terhadap populasi dari mana sampel dipilih. - Kelebihan – lebih selamat digunakan jika penyelidik tidak memenuhi andaian terdapat untuk ujian parametrik. --- jika data bukan data sela / nisbah. --- kalau data x melebihi tiga andaian.
_____________________________________________________________________ 54 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
ANDAIAN UJIAN PARAMETRIK - Memerlukan data yang sekurang-kurangnya: i. Data Sela ( dari nisbah sahaja) ii. Taburan data berbentuk normal iii. Melibatkan ujian statistik dan hipotesis KEBOLEHUBAHAN - Konsep serakan / sebaran --- homogen --- heterogen 1σ 2σ 3σ 4σ
= 68.26% = 95.44% = 99.72% = 99.98%
- Untuk sampel atau populasi ( nilai taburannya sama sebab taburan normal)
- semakin kecil sisihan piawai, semakin tirus graf dan ini menunjukkan data itu adalah lebih homogen. - Semakin besar sisihan piawai, graf semakin terserak (landai) dan ini menunjukkan data itu semakin heterogen. - Selalunya bila disebut Min, kita kena beritahu sisihan piawai samada (σ) atau (s) kerana sisihan piawai yang menentukan bentuk grafnya, dan juga menentukan samada heterogen atau homogen.
_____________________________________________________________________ 55 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
Keluk Normal - Taburan kebanyakan ukuran psikologi dan fizikal mengambil bentuk penampang loceng jika diplot sebagai poligon frekuensi. - poligon menunjukkan taburan normal adalah menyerupai poligon teori keluk normal. - Jumlah kawasan di bawah keluk normal = 1 sebab semua pengiraan adalah dalam bentuk peratus (%). - Bila kita menganggar, kita ada 2 kaedah menganggar: 1. Kaedah poin 2. Menggunakan Sela
Kaedah poin. - Cth: Katakan keputusan seorang pelajar, kita poinkan. --- lebih sukar --- kena tepat
Menggunakan Sela - Kalau anggaran menggunakan sela lebih tepat sebab kita boleh katakan letakkan titik di mana sahaja dan anggarkan.
Tahap kepercayaan 95%
- Keluk yang digunakan untuk membuat hipotesis tidak berarah. Cth: 5% yang tidak berarah = 5 = 0.05 = α (nilai alpha) / keertian 100 - Kalau nilai α = 0.01, bererti tahap keboleh percayaannya ialah 99.99%
_____________________________________________________________________ 56 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
PENGUJIAN HIPOTESIS - Menguji hipotesis nol dengan menggunakan ujian-ujian yang berlainan berdasarkan jenis skala dan data. - membuat keputusan ke atas hipotesis nol - membuat keputusan ke atas hipotesis alternatif
---- Jika Hipotesis Berarah --- jika hendak melihat peningkat atau penurunan (ada arah)
--- Cth: Penurunan
Kawasan penerimaan Hipotesis Nol ( Ho )
--- Bila kita terima Ho , kita tolak HA. --- Luar kawasan itu ialah kawasan penerimaan HA --- Kawasan Penerimaan HA = Kawasan Penolakan HO Teknik Inferensi -
Ujian parametrik ---- terdapat 3 andaian. Ujian non parametrik.
_____________________________________________________________________ 57 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730
EDU 5900 REKA BENTUK PENYELIDIKAN ____________________________________________________________________________________________________________
SKEMA RALAT JENIS I DAN II HO BENAR
HO PALSU
Ralat Jenis I
Tindakan yang betul
Tindakan yang betul
Ralat jenis II
Cth: HO , Tidak terdapat perbezaan pelajar yang menggunakan kaedah KLSR & KBSR Data
= berbeza Dan kita buat keputusan untuk: --- Keputusan = Tolak Ho sedangkan sebenarnya tidak terdapat perbezaan. Jadi kita telah buat ralat jenis 1. --- Keputusan = Menerima HO - tidak bebeza tetapi sebenarnya ada berbeza. Jadi kita telah buat ralat jenis II.
RALAT JENIS I DAN II Ralat Jenis I: - Penolakan hipotesis nol yang benar -- cth; Penolakan HO = tidak terdapat hubungkait antara kedua-dua pemboleh ubah ---- yang benar. Ralat Jenis II - Penerimaan Hipotesis Nol yang palsu --- Cth: Penerimaan HO = tidak terdapat hubungkait antara kedua-dua pembolehubah ---- yang palsu.
_____________________________________________________________________ 58 ABU BAKAR MAMAT
GS 13730