BAHAGIAN A – ESEI LARAS SAINS 1 .Nuklear seringkali dikaitkan dengan kesan negatif iaitu sebagai alat pemusnah yang membawa ( kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Namun, perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains kini telah menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Jelaskan bagaimana tenaga nuklear berperanan dalam pembangunan sesebuah negara yang membangun. Pendahuluan: • Perkembangan sains nuklear telah memenuhi peranannya yang penting dalam bidang perubatan, penjanaan tenaga, perindustrian, pertanian, pertahanan dan sebagainya. Isi: 1 Nuklear sebagai sumber tenaga untuk pembangunan sesebuah negara. • Penjanaan tenaga nuklear dapat menjimatkan tapak binaan kerana tidak mengambil ruang yang besar. • Sumber tenaga nuklear dijadikan sumber tenaga alternatif kepada sumber tenaga tradisional yang semakin berkurangan. 2
Tenaga nuklear berperanan penting dalam pembangunan fizikal • Teknologi nuklear digunakan dalam kerja-kerja binaan dan pembuatan seperti tapaktapak pembinaan, bangunan, jalan raya dan landasan kereta api dengan menggunakan sinaran tertentu daripada tenaga nuklear. • Teknologi penyurihan bahan sinaran radioaktif dapat mengenal pasti kebocoran paip di bawah tanah.
3
Tenaga nuklear berperanan penting dalam bidang pertanian. • Usaha-usaha MARDI dan PUSPATI telah berjaya dalam kejuruteraan genetiknya serta dapat menghasilkan pelbagai jenis tanaman yang dapat meningkatkan hasil pertanian. • Sinaran gama digunakan untuk mengurangkan ancaman serangga perosak dan mengawetkan bahan makanan.
4 Tenaga nuklear berperanan dalam bidang perubatan. • Teknologi nuklear digunakan untuk mengesan dan merawat beberapa jenis penyakit yang berbahaya. Misalnya, kobalt-60 mengeluarkan sinaran gama untuk merawat penyakit barah. • Sinaran radioaktif juga digunakan bagi tujuan pensterilan peralatan perubatan dan bilik pembedahan serta sebagainya. Penutup: • Tenaga dan teknologi nuklear berperanan besar kepada manusia jika digunakan secara terkawal bagi tujuan kebaikan
2.
Meskipun penciptaan peralatan komunikasi satelit dikatakan mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan peralatan itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupa manusia. Ulaskan pernyataan tersebut.
Kebaikan: 1 Memudahkan komunikasi. • Penciptaan alat-alat komunikasi satelit • memudahkan perhubungan untuk menghantar maklumat dengan cepat dan secara langsung seperti telefon, telefaks dan sebagainya. • Siaran televisyen dapat dipancarkan melalui satelit seperti Cable News Network (CNN), Al-Jazeera dan British Broadcasting (BBC) dapat dinikmati oleh masyarakat dunia. 2 Melancarkan urusan perniagaan dan perdagangan. • Urusan perdagangan dan perniagaan dapat dilakukan dengan lancar sama ada di dalam mahupun luar negera. • Komunikasi satelit yang cepat membolehkan ahli-ahli perniagaan merancang strategi dalam urusan perniagaan mereka. Keburukan: 3 Penyebaran dakyah dan ideologi politik. • Pihak-pihak yang menguasai peralatan komunikasi satelit menyebarkan maklumat dan ideologi politik yang sukar dikawal. • Kebesaran dan keegoan kuasa Amerika Syarikat disiarkan melalui alat-alat komunikasi satelit yang dimiliki oleh mereka dengan memutarbelitkan maklumat untuk siaran ke negara-negara lain demi kepentingan mereka. 4 Pengintipan dan penggeledahan strategi pertahanan. • Pihak musuh negara atau mereka yang menjadi musuh kepada pemilik alat-alat satelit boleh melakukan pengintipan dan penggeledahan strategi pertahanan bagi mencetuskan sengketa. Misalnya, Amerika Syarikat mengintip strategi pertahanan Iraq dalam Perang Teluk menyebabkan keruntuhan negara dan ramai yang menjadi korban. Penutup: Penciptaan alat-alat komunikasi satelit banyak membawa keistimewaan dan kebaikan kepada manusia. • Namun, penyalahgunaan alat-alat ini telah mendatangkan kesan buruk dalam kehidupan manusia pada hari ini. •
3.Malaysia banyak mengimport bahan makanan dari luar negara. Jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan keadaan ini dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan kepada bahan makanan yang diimport.
Pendahuluan: Negara kita masih banyak bergantung kepada import makanan dari negara luar. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pergantungan kepada import makanan. Pelbagai cara wajar dilakukan untuk mengurangkan import makanan.
• • •
I si: Faktor-faktor: 1 Kuantiti makanan tidak cukup. • Bahan makanan seperti beras tidak cukup. • Tanah-tanih, bentuk muka bumi tidak sesuai untuk sesetengah tanaman. • Ciri-ciri iklim yang tidak sesuai untuk sesetengah tanaman. 2 Mempelbagaikan bahan makanan. • Pelbagai bahan makanan yang tiada atau kurang di negara kita seperti epal, anggur, susu, gandum, keju, oren dan sebagainya. Cara-cara: 3 Meningkatkan penyelidikan. • Meningkatkan penyelidikan dalam sektor pertanian. • Peningkatan penyelidikan dalam pengeluaran penternakan. 4 Teknologi yang canggih. • Penggunaan teknologi untuk menghasilkan bahan makanan yang banyak dan berkualiti. • Penanaman secara hidroponik, aeroponik dan penggunaan jentera. Penutup: Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan negara kita bergantung kepada import bahan makanan Pelbagai usaha digiatkan untuk mengurangkan pergantungan kepada import bahan makanan
•
4. "Penemuan dan penjanaan sumber tenaga alternatif telah banyak member! faedah kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penghasilannya menyebabkan sesebuah negara menghadapi risiko". Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? I Pendahuluan: Sumber tenaga alternatif ialah sumber-sumber tenaga tradisional, iaitu sumber tenaga yang | berasaskan kayu-kayan, minyak dan arang batu. I • Namun begitu sumber tenaga alternatif ini juga boleh menimbulkan risiko kepada sesebuah negara yang menjananya. •
Isi: Faedah: 1 Mengatasi krisis tenaga. • Dapat menambah sumber tenaga sedia ada. • Mempelbagaikan sumber tenaga untuk menghadapi krisis tenaga. j 2 Sumber tenaga yang tidak pupus (boleh diperbaharui) • Sumber tenaga alternatif tidak akan pupus selagi ada matahari di alam ini. • Terdapat jaminan penggunaan yang lebih lama. 3 Menghasilkan faedah-faedah sampingan. • Sumber tenaga nuklear menghasilkan bahan sampingan sinar gama yang berguna untuk 2 rawatan kanser. • Tenaga hidro elektrik mewujudkan persekitaran baru untuk rekreasi dan penternakan ikan. Risiko 4 Menjejaskan ekologi dan kesihatan. • Pembinaan kawasan empangan untuk tenaga hidro elektrik akan menjejaskan ekologi kawasan tersebut. • Kebocoran loji nuklear akan membebaskan bahan radioaktif yang boleh mencemari alam sekitar dan mengancam kesihatan manusia. Penutup: •
Sumber tenaga alternatif lebih banyak memberi faedah berbanding risiko terhadap persekitaran fizikal dan kehidupan manusia. • Penggunaan secara terkawal tenaga nuklear untuk mengelakkan risiko.
5. Kebelakangan ini, peranan ahli-ahli teknologi makanan seolah-olah telah berubah daripada menghasilkan makanan yang berkhasiat dan mencegah penyakit kepada penghasilan makanan bagi tujuan komersial semata-mata. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Pendahuluan: Teknologi makanan merupakan satu bidang yang merangkumi kajian membuat dan menghasilkan pelbagai jenis makanan. • Ahli-ahli teknologi makanan ialah pakar yang berperanan untuk menjalankan penyelidikan dan penghasilan makanan bagi tujuan komersial, baik dan berkhasiat kepada manusia. •
Isi: 1 Sikap ingin mengejar keuntungan yang maksimum bagi tujuan komersial. • Ahli-ahli teknologi makanan ingin mengejar keuntungan yang maksimum, maka mereka kurang memberikan penekanan kepada penghasilan makanan yang berkhasiat dan selamat. • Mereka lebih mementingkan wang daripada memenuhi tanggungjawab dan moral kepada manusia. 2 Ahli-ahli teknologi lebih cenderung mencipta makanan bagi tujuan komersial. • Makanan ringan membanjiri pasaran pada hari ini hasil daripada ciptaan ahli-ahli teknologi makanan bagi tujuan komersial. • Makanan ringan ini boleh mengancam kesihatan manusia terutamanya kanak-kanak kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan perisa dan pewarna tiruan yang berbahaya. 3 Berlakunya penyelewengan dalam penciptaan jenis-jenis makanan yang baharu. • Penghasilan jenis-jenis makanan yang baharu pada hari ini melibatkan penggunaan bahan pengawetyang berlebihan seperti asid borik dan asid benzoik di dalam mi dan bebola ikan. • Kadar penggunaan bahan-bahan kimia yang melebihi tahap yang dibenarkan akan membahayakan kesihatan manusia seperti keracunan makanan dan penyakit kanser. 4 Kajian dan penyelidikan makanan turut membantu menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit. • Hasil kajian menunjukkan susu tepung berkalsium penting untuk meningkatkan kandungan kalsium tambahan dalam badan bagi pertumbuhan tulang dan gigi kanakkanak. • Pengambilan susu tepung berkalsium dalam kalangan orang dewasa dapat mencegah penyakit osteoporosis. Penutup: • Makanan yang dicipta pada hari ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk kerana penciptaan makanan dan minuman itu lebih bermotifkan keuntungan daripada memikirkan aspek kesihatan terhadap manusia.
6. Malaysia telah mengorak langkah untuk memperkembang industri bioteknologi dan teknologi genetic dalam usaha memajukan negara. Aplikasi bioteknologi dan teknologi genetik terhadap tumbuhan,haiwan dan manusia semakin penting dalam kehidupan manusia. Jelaskan kesan-kesan perkembangan industri bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia. Pendahuluan: Kini industri bioteknologi dan teknologi genetic semakin berkembang di negara ini. Aplikasi bioteknologi dan teknologi genetic mendatangkan pelbagai kesan positif dan di kesan-kesan negatif.
• •
Isi: 1 Merevolusikan bidang pertanian. • Bioteknologi dapat menghasilkan baka- baka tanaman yang baik dan berkualiti membolehkan pembiakan secara besar- besaran dilakukan. • Kaedah kultur tisu dan mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang baik serta mempercepat pembiakan tanaman. Hal ini dapat mempertingkatkan produktiviti pertanian. 2 Meningkatkan taraf kesihatan manusia. • Genetik seseorang boleh diubahsuai untuk mengelakkan warisan yang berpenyakit genetik. • Teknologi genetik boleh mengubah seseorang yang berpenyakit jiwa kepada generasi yang normal dengan pengubahsuaian maklumat pada kromosom dalam gen induk. 3 Membantu usaha pengenalan diri seseorang. • Teknologi genetik dapat membantu pihak forensik dan polis untuk mengenal pasti identiti mangsa kemalangan maut dan dalam kes-kes jenayah melalui ujian terhadap tisu, rambut serta tulang mayat. • Ujian DNA juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti penjenayah dan perogol supaya lebih mudah untuk mendapatkan bukti untuk mensabitkan kesalahan jenayah. 4 Teknologi boleh disalahgunakan. • Aktiviti pengklonan manusia boleh dijalankan oleh segelintir saintis untuk menjadikan bahan komersial, hamba seks dan sebagainya. • Manusia tidak perlu berkahwin untuk mendapatkan zuriat kerana penghasilan bayi tabung uji mudah didapati dan hilangnya fungsi hubungan seks sebagai lambang cinta suci dan fitrah manusia. Penutup: • Industri bioteknologi dan teknologi genetic banyak membantu dalam kehidupan manusia pada hari ini. Namun, kemajuan ini tidak harus disalahgunakan dalam mengejar pembangunan.
7.Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan satu kejayaan Malaysia untuk mencapai satu tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan dalam setiap Rancangan Lima Tahun menunjukkan betapa pentingnya peranan R&D dalam usaha membangunkan negara. Dengan berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaskan sumbangan R&D dalam memajukan sektor pertanian di negara ini. Pendahuluan: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengutamakan penyelidikan untuk dilaksanakan bagi memperoleh hasil pengeluaran yang optimum. • R&D telah memberikan sumbangan yang besar dalam usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara ini. •
Isi: 1 Sumbangan R&D melalui bidang bioteknologi. • Bioteknogi melibatkan kajian tentang baka baru tanaman dan ternakan tertentu bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti tanaman serta ternakan. Usaha ini dijalankan oleh pihak RRI, PORIM, MARDI dan sebagainya. 2 Penciptaan alat-alat berteknologi canggih. • R&D telah menyumbang kepada penciptaan peralatan pertanian berteknologi canggih dan telah membolehkan kerja-kerja bertani dilakukan dengan mudah dan cepat. 3 Industri berasaskan pertanian. • R&D turut menyumbang untuk membentuk industri berasaskan pertanian dengan pelbagai produk melalui kajian pemprosesan bahan mentah pertanian. • Teknik-teknik pembungkusan makanan dan pengawetan supaya bahan makanan tahan lebih lama untuk pasaran. • 4 R&D membentuk industri agro pelancongan. • R&D juga memberikan sumbangan dalam usaha membentuk pertanian untuk pelancongan. • Penyelidikan juga dijalankan dalam bidang pertanian bagi meningkatkan pendapatan negara menerusi aktiviti pelancongan yang digabungkan dengan kegiatan pertanian. Penutup: • R&D memberikan sumbangan yang besar dalam usaha untuk memperkembang dan memajukan sektor pertanian.
8. Kini, terdapat lebih 8000 spesies tumbuhan herba telah ditemui di hutan Malaysia dan mempunyai nilai perubatan. Spesies tumbuhan ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu, Cina, India, dan Orang Asli untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Malahan, pakar-pakar perubatan kini turut mengesyorkan penggunaan ubat-ubatan herba untuk mengubati sesuatu penyakit. Jelaskan bagaimana perubatan herba dapat diperluas di Malaysia.
Pendahuluan: • •
Dalam hutan di Malaysia terdapat banyak spesies flora dan fauna yang bernilai untuk tujuan perubatan. Amalan perubatan tradisional yang menggunakan herba telah lama digunakan sejak zaman silam dan harus diperluas pada zaman moden ini.
Isi: 1 Spesies tumbuhan herba harus dilindungi. • Tumbuhan hutan yang mempunyai nilai perubatan harus dilindungi dan dikekalkan dengan mengadakan hutan simpan dan taman herba. • Tumbuhan yang berpotensi untuk ubat- ubatan herba hendaklah dibiakkan dan dipelihara. 2 Pemesatan penyelidikan tentang perubatan tradisional. • Selama ini ksberkesanan ubat-ubatan herba hanya mengikut kepercayaan dan kurang dijalankan kajian saintifik terhadapnya. • Kajian-kajian terhadap herba perlu dijalankan, dianalisis dan hasilnya boleh dimanfaatkan untuk rawatan kepada penyakit-penyakit tertentu. 3 Penggunaan teknologi moden untuk produk ubatan herba. • Ubat-ubatan herba perlu dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden • Ubat-ubatan herba ini perlu dihasilkan dalam bentuk cecair, kapsul pil atau tablet supaya lebih mudah untuk pengambilan ubat. 4 Penggunaan bioteknologi untuk pembiakan herba. • Usaha perlu dipergiat untuk membiakkan herba-herba terpilih untuk rawatan sesuatu penyakit. • Kaedah kultur sel dan pengklonan amat penting untuk menghasilkan spesies tumbuhan herba secara besar-besaran dan dapat menjamin ubat tradisional tidak pupus. Penutup: • Kepelbagaian biologi dalam hutan di Malaysia harus diterokai di samping penyelidikan kepada rawatan herba diperluas. •
Rawatan herba menjadi alternatif untuk merawat sesuatu penyakit.
9. Penyakit kanser ialah penyakit yang semakin serius berlaku setelah dunia bertambah maju dan telah membawa maut kepada penghidapnya. Jelaskan punca-punca penyakit kanser yang berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan dunia pada hari ini. Pendahuluan: Penyakit kanser disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal pada bahagian kulit atau bahagian tisu badan. Penyakit ini lebih banyak dihidapi oleh masyarakat di negara-negara maju daripada negara membangun. ISI 1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang. • Makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara. • Amalan makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun dipercayai dapat mengurangkan kadar penghidap kanser ini. 2. Pencemaran alam sekitar. Industri yang membebaskan bahan klorofluorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin tipis. • Ozon yang tipis telah membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi dan akan menyebabkan kejadian kanser kulit terutamanya kepada para peladang dan kelasi kapal. •
3. Bahan kimia industri.dan cat boleh mengakibatkan kanser pundi kencing. • Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan negara, tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja- pekerja. 4. Faktor kerjaya dan usia seseorang. • Wanita zaman moden lebih mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat. • Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama pada lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser payudara dan kanser serviks. Penutup: Penyakit kanser boleh membawa maut jika langkah pencegahan dan rawatan awal tidak diambil walaupun terdapat pelbagai kaedah rawatan.
10 Fenomena El Nino bukanlah satu-satunya faktor yang mencetuskan krisis air yang berlaku di Sebahagian besar negeri terutamanya di kawasan Lembah Klang. Jelaskan sebab-sebab lain yang mengakibatkan krisis itu dan langkah yang sesuai untuk menanganinya. Pendahuluan: Kemarau panjang yang disebabkan oleh fenomena El Nino bukanlah satu-satu penyebab krisis air di Lembah Klang. Terdapat sebab-sebab lain yang menyumbang kepada masalah itu dan pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Isi: Sebab-sebab: 1 Pencemaran sumber air. • Bekalan air di kawasan tertentu terpaksa dihentikan kerana air telah tercemar dengan bahan kimia pertanian, bahan toksik industri dan sebagainya. • Sumber air menjadi tidak selamat untuk digunakan. • Loji memproses air dari sungai yang terlibat terpaksa ditutup. 2 Penebangan hutan untuk pembangunan. • Penebangan hutan dan proses meratakan bukit boleh menyebabkan aliran permukaan air hujan lebih cepat dan menyebabkan hakisan. • Kandungan simpanan air bawah tanah berkurangan dan kesan yang buruk kepada kelembapan bumi. • Kawasan tadahan hujan menjadi musnah akibat hakisan dan kekurangan air. Cara-cara menangani: 3 Pentadbiran dan pengurusan yang lebih sistematik. • Penggubalan dasar air negara. Penubuhan Majlis Air Negara untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengagihan air di seluruh negara. • Pembekalan air tidak terhad pada sempadan negeri sahaja. Tindakan yang segera perlu dilakukan apabila timbul masalah kekurangan air di sesebuah tempat. 4 Mengadakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D). • Penghasilan teknologi yang canggih untuk mendapatkan sumber-sumber air dan mempercekap pemprosesan air. • Sumber air permukaan semakin berkurangan, tetapi permintaan semakin meningkat. • Sumber air lain perlu dicari seperti air bawah tanah, sulingan air laut dan sebagainya. Penutup: Masalah kekurangan bekalan air bukan sekadar akibat kemarau panjang, tetapi juga adalah masalah sikap manusia yang tidak menguruskannya dengan baik dan sistematik. • Pelbagai usaha haruslah dijalankan untuk menangani masalah kekurangan air di sesuatu kawasan •