PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
1
LOCAL PUBLICATION
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Bil Tajuk Esei 1. Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik 2. Faedah penempatan RTC dan UTC di bawah satu bumbung kepada rakyat 3. Aspek-aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam. 4. Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam 5. Ciri-ciri penjawat awam yang berkualiti 6. Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa 7. Usaha meningkatkan daya saing negara 8. Faktor-faktor yang mempengaruhi daya saing negara 9. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam 10. Faktor individu dan budaya yang menjejaskan integriti 11. Pendekatan mengukuhkan sistem integriti 12. Cabaran dalaman dan luaran sistem penyampaian perkhidmatan awam 13. Persepsi negatif anggota masyarakat dan pendekatan mengatasi masalah sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan 14. Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat 15. Kepentingan keamanan kepada masyarakat dan negara serta langkah memeliharanya 16. Hak pengguna 17. Kelebihan dan usaha menggalakkan Inap Desa 18. Perniagaan atas talian yang semakin diminati dan kesan negatifnya 19. Sebab menular pinjaman Ah Long dan akibatnya 20. Sebab terancam dan sebab perlu dilindungi hidupan liar 21. Manfaat aktiviti sukan 22. Sebab masyarakat leka dengan telefon bimbit dan kesan buruknya 23. Kebaikan dan keburukan gajet kepada anggota masyarakat 24. Kesan dan tindakan kerajaan menangani peningkatan kadar pencemaran alam 25. Sebab semangat kejiranan semakin dilupakan 26. Sebab semangat kejiranan tidak diamalkan dan kesan negatif 27. Kepentingan dan aktiviti membentuk perpaduan kaum
2
M/S 3–4 5–6 7–8 9 – 10 11 – 12 13 – 14 15 – 16 17 – 18 19 – 20 21 – 22 23 – 24 25 – 26 27 – 28 29 – 30 31 – 32 33 – 34 35 – 36 37 – 38 39 – 40 41 – 42 43 – 44 45 – 46 47 – 48 49 – 50 51 – 52 53 – 54 55 – 56
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
SOALAN 1 : Tadbir urus yang baik akan dapat memacu setiap penjawat awam ke arah pemantapan sistem penyampaian awam yang efektif dan berkesan.Jelaskan kesan yang akan wujud jika penjawat awam tidak mengamalkan tadbir urus baik ini. Tadbir urus baik akan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.Namun,kelemahan dalam tadbir urus akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik ialah kos operasi meningkat.Kecuaian dan kesilapan menyebabkan sesuatu tugas perlu dilakukan berulang kali dan ini akan meningkatkan kos operasi.Pertambahan tempoh menyiapkan kerja akan meningkatkan perbelanjaan berikutan terpaksa membayar kos tambahan seperti upah pekerja pada tempoh yang lebih panjang.Kos operasi yang meningkat akan menyebabkan sesuatu projek akan dinilai semula dan ini akan menyebabkan projek yang dijalankan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik ialah peningkatan aduan dalam komuniti.Aduan orang awam terhadap perkhidmatan awam semakin meningkat terutama dari segi sikap kakitangan awam.Dalam hal ini ada sesetengah kakitangan awam yang tidak mengamalkan ciri-ciri tadbir urus baik sebaliknya lebih kepada perlakuan negatif. Misalnya,tidak mengambil tindakan segera dan salah guna kuasa. Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik ialah menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.Sikap penjawat awam yang tidak mengamalkan tadbir urus baik menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awam.Sikap kakitangan awam seperti tidak telus menguruskan perbelanjaan urus tadbir negara akan menyebabkan rakyat mungkin dikenakan cukai yang tinggi dalam menampung kesan daripada ketidaktelusan yang berlaku.Sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan awam mungkin akan merosot akibat sikap tidak telus ini. Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik ialah menjejaskan usaha pembangunan negara.Penjawat awam yang tidak akur kepada polisi dan dasar tadbir urus baik akan menyebabkan setiap program pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Penjawat awam yang tidak mengikut polisi dan amalan tadbir urus baik mungkin tidak mampu menyampaikan maklumat berkenaan projek pembangunan negara dengan baik.Rakyat mungkin keliru kerana tidak mendapat maklumat yang tepat tentang projek pembangunan yang dijalankan dan mungkin mudah terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab dalam membantah projek tersebut.
3
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Kesan tidak mengamalkan tadbir urus baik ialah menjejaskan imej perkhidmatan awam.Rungutan dan perasaan tidak puas hati masyarakat tentang kelemahan tadbir urus akan menjejaskan imej perkhidmatan awam.Gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam kalangan penjawat awam juga menjejaskan imej perkhidmatan awam.Misalnya,kes penyelewengan wang projek air di Sabah yang menggemparkan Malaysia kerana melibatkan jutaan ringgit Kesimpulannya,perkhidmatan
awam
merupakan
institusi
penting
yang
bertanggungjawab bagi melaksanakan dasar dan peraturan kerajaan ke arah pembangunan negara.Oleh itu,usaha berterusan untuk membudayakan tadbir urus baik dalam sektor awam menjadi agenda utama negara.
4
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 2 :Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung seperti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat transformasi Bandar (UTC) mendatangkan pelbagai faedah kepada rakyat. Huraikan. (LP Teks 163)
Kerajaan telah mengumpulkan pelbagai jabatan di bawah satu bumbung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).Menerusi usaha kerajaan tersebut,rakyat dapat menikmati pelbagai faedah. Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung memberikan faedah kepada rakyat dengan menjimatkan masa.Setiap urusan yang dilakukan tidak mengambil masa yang lama dan dapat diselesaikan dengan cepat.Dalam hal ini urusan permohonan dan pembaharuan kad pengenalan dapat diselesaikan pada hari yang sama.Sebelum ini,semua urusan tersebut mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan. Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung memberikan faedah kepada rakyat dengan menjimatkan kos.Kos minyak kenderaan dan kos perjalanan dapat dijimatkan jika RTC dan UTC berada pada tempat yang sama.Dalam hal ini rakyat yang ingin berurusan dengan pihak kerajaan tidak perlu pergi jauh untuk berurusan dengan jabatan kerajaan yang berbeza.Penggunaan pengangkutan awam juga dapat dikurangkan yang ternyata menjimatkan kos kerana tidak perlu bergerak ke pelbagai tempat. Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung memberikan faedah kepada rakyat dengan masa perkhidmatan yang mesra pengguna. Waktu operasi jabatan kerajaan di UTC dan RTC dilanjutkan sehingga pukul 10.00 malam.Pihak kerajaan turut menetapkan yang premis di UTC dan RTC dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.Masa perkhidmatan yang fleksibel ini membolehkan pengguna yang bekerja menyelesaikan urusan mereka selepas waktu pejabat. Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung memberikan faedah kepada rakyat dengan menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap.Kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan melalui kerjasama strategik antara pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bangunan yang sama.Karenah birokrasi yang sering memberi gambaran negatif tentang tahap penyampaian awam kepada pengguna dapat dikurangkan berikutan urusan dapat diselesaikan dengan cepat.Karenah birokrasi yang kurang membolehkan pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada rakyat. 5
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Tindakan kerajaan mengumpulkan pelbagai jabatan kerajaan di bawah satu bumbung memberikan faedah kepada rakyat dengan menyediakan pusat maklumat setempat.Pihak kerajaan ada menyediakan kios Informasi 1 Malaysia sebagai pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan kerajaan.Para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan pihak kerajaan untuk melaksanakan pelbagai transaksi secara dalam talian.Perkhidmatan yang disediakan pihak kerajaan adalah seperti kemudahan wifi dan internet percuma semasa mereka menggunakan kios Informasi 1 Malaysia untuk berurusan. Kesimpulannya,seluruh rakyat di negara ini hendaklah memanfaatkan dengan sebaikbaiknya kemudahan yang disediakan di RTC dan UTC agar setiap urusan dengan pihak kerajaan dapat berjalan dengan lancar.
6
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 3 : Bagi meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam,kerajaan telah memberi penekanan kepada beberapa aspek penting.Huraikan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan telah memberi tumpuan khusus kepada beberapa aspek penting. Aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam adalah membangunkan sumber manusia.Kakitangan kerajaan harus diberikan kursus dan latihan bagi meningkatkan profesionalisme masing-masing.Kerajaan perlu mempergiat usaha menarik bakat melalui penubuhan ‘Talent Corporation’bagi menambahkan kakitangan yang lebih berbakat.Hal ini akan meningkatkan tenaga kerja yang berbakat,kreatif dan inovatif dalam arena global. Aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam adalah memantapkan sistem dan prosuder kerja.Proses dan prosuder kerja yang selari dengan kehendak semasa dapat mengurangkan karenah birokrasi.Dalam hal ini kerajaan perlu menyeragamkan
peraturan
dan
polisi
dalam
organisasinya
bagi
meningkatkan
kecekapan.Sebagai contoh,manual perekayasaan dan proses prosuder kerja (PPPK) sektor awam yang diperkenalkan oleh MAMPU boleh dijadikan panduan oleh sektor awam mengenai tatacara kerja yang efisien. Aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam adalah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.Penggunaannya yang bersesuaian berupaya memberi manfaat dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.Dalam hal ini ICT dapat digunakan untuk memperluas pelaksanaan perkhidmatan dalam talian melalui Portal Perkhidmatan Awam bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.Penggunaan ICT mampu memendekkan masa dan mudah untuk dicapai pelanggan. Aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam adalah memantapkan sistem kewangan awam.Pihak kerajaan boleh memantapkan pengurusan kewangan awam melalui aplikasi sistem elektronik ‘online’.Misalnya, dengan mendedahkan penjawat awam tentang cara penggunaan’ online banking’ seperti CIMB cliks, RHBNOW dan Maybank2u.Penggunaan aplikasi ini akan meningkatkan kecekapan pembayaran kerajaan dan pelanggan berbanding beratur di kaunter yang perlu mengambil masa panjang. 7
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Aspek penting meningkatkan amalan tadbir urus baik dalam sektor awam adalah mengemas kini peraturan dan akta.Pihak kerajaan perlu mengkaji semula terma dan keperluan kawal atur dan selia yang tidak sesuai dipraktikan.Dalam hal ini kerajaan boleh mengorganisasikan dan menstrukturkan peraturan mengeluarkan permit dan lesen.Penilaian semula peraturan yang ditetapkan akan membolehkan seseorang individu yang ingin mendapatkan permit dan lesen menjadi lebih mudah tanpa perlu menghadapi karenah birokrasi. Kesimpulannya,kerajaan perlu memberi penekanan kepada beberapa aspek penting agar dapat memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berkesan dan memenuhi ekspektasi pelanggan
8
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 4 : Salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam adalah dengan mengikuti latihan dari semasa ke semasa.Bincangkan manfaat program latihan kepada agensi kerajaan dan kakitangan kerajaan. Program latihan merupakan program yang direka untuk menambah baik prestasi di peringkat individu, kumpulan,dan organisasi.Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh daripada program latihan ini. Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam kepada agensi kerajaan adalah dapat meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.Program latihan ini dapat melahirkan sumber manusia berkualiti dan dapat menguasai bidang tugas ditetapkan.Penjawat awam yang dapat menguasai bidang tugas mereka dengan baik akan dapat menjalankan tugas dengan sempurna.Produktiviti agensi kerajaan juga akan meningkat jika penjawat awam berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam kepada agensi kerajaan adalah dapat meningkatkan imej agensi.Tenaga pengajar di dalam program latihan terdiri daripada kakitangan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam membimbing penjawat awam.Bimbingan yang diperolehi dapat membantu penjawat awam untuk mengurangkan kesilapan dan memenuhi harapan pelanggan.Penjawat awam yang berkualiti akan menjadi pilihan pelanggan untuk berurusan. Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam kepada agensi kerajaan adalah dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan.Program latihan dapat membantu penjawat awam untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan kerja secara berpasukan.Semangat kerja berpasukan yang dimiliki penjawat awam akan menghindari mereka dari sikap mementingkan diri sendiri.Penjawat awam yang tidak mementingkan diri akan memberi keutamaan kepada jabatan dan agensi kerajaan berbanding kepentingan sendiri. Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam kepada kakitangan awam adalah dapat meningkatkan motivasi untuk melaksanakan tugas.Ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dari program latihan akan membolehkan penjawat awam memperoleh keyakinan untuk melakukan kerja yang diarahkan.Keyakinan penjawat awam akan timbul jika didorong oleh peningkatan pengetahuan dan kebolehan terhadap tugas yang dilakukan. Penjawat awam yang mempunyai keyakinan akan merubah tingkah laku mereka daripada negatif kepada lebih positif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 9
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Manfaat program latihan dalam kalangan penjawat awam kepada kakitangan awam adalah dapat peluang kenaikan pangkat.Fokus program latihan lebih kepada latihan professional dan persediaan bagi kenaikan pangkat.Dalam hal ini penjawat awam akan lebih bersedia untuk melakukan tugasan baru melalui latihan yang diperolehi.Penjawat awam yang memiliki persediaan yang baik akan berpeluang mengembangkan kerjaya dan meningkatkan kelayakan untuk jawatan yang lebih tinggi. Kesimpulannya, program latihan ini berupaya untuk membangunkan kemahiran dan kebolehan kakitangan agensi kerajaan untuk melakukan tugas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
10
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 5 : Penjawat awam yang berkualiti mampu meningkatkan kecemerlangan tadbir urus baik sektor awam negara.Huraikan ciri-ciri yang perlu ada pada penjawat awam tersebut. Bagi meningkatkan kecemerlangan tadbir urur baik sektor awam,semua anggota perkhidmatan awam perlu memiliki ciri-ciri tertentu yang dapat menyumbang kepada pencapaian visi dan misi sektor awam negara. Ciri penjawat awam yang berkualiti adalah berilmu pengetahuan.Penjawat awam perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas supaya dapat bertindak balas dengan yakin dan cepat semasa membuat keputusan.Dalam hal ini penjawat awam perlu terus-menerus mencari ilmu sepanjang hayat bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.Penjawat awam yang berilmu pengetahuan mampu menjadi ‘figura contoh’ kepada anggota masyarakat. Ciri penjawat awam yang berkualiti adalah mengamalkan prinsip kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mengamalkan prinsip ini akan menjalankan tugas dengan jujur dan menjauhi amalan rasuah.Penjawat awam jenis ini akan mengutamakan nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat.Pelanggan juga akan lebih yakin jika berurusan dengan penjawat awam yang mempunyai ciri ini. Ciri penjawat awam yang berkualiti adalah memiliki semangat patriotik.Penjawat awam yang memiliki semangat patriotik akan mempunyai semangat cinta akan negara yang tidak berbelah bagi.Penjawat awam yang patriotik akan terus berjuang dalam bidang tugas masing-masing bagi memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara.Penjawat awam yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara akan sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman. Ciri penjawat awam yang berkualiti adalah membudayakan kreativiti dan inovasi.Penjawat awam yang mempunyai ciri ini akan melaksanakan tugas secara kreatif dan inovatif bagi memenuhi jangkaan rakyat yang pelbagai.Mereka akan berani bereksperimen dengan menggunakan idea-idea baru untuk menghasilkan perkhidmatan berkualiti.Budaya pemikiran mereka juga melangkaui tahap kebiasaan sehingga mampu mewujudkan persekitaran kerja yang dinamik dan berdaya saing.
11
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Ciri penjawat awam yang berkualiti adalah mengutamakan pemuafakatan kerja.Penjawat awam jenis ini akan menjalankan tugas secara muafakat.Mereka akan meninggalkan amalan kerja secara individu.Penjawat awam yang mempunyai ciri ini akan mengutamakan amalan budaya kerja berpasukan kerana bagi mereka amalan ini mampu meningkatkan mutu kerja mereka. Kesimpulannya, setiap penjawa awam perlu memiliki ciri-ciri pekerja yang berkualiti agar dapat meningkatkan prestasi kerja mereka.
12
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 6 : Bagi meningkatkan kecekapan dan kerbekesanan penyampaian perkhidmatan awam, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan usaha ke arah pembentukan penjawat awam yang berwibawa.Jelaskan. Penjawat awam yang berwibawa dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.Pihak kerajaan telah menggalakkan usaha-usaha untuk melahirkan penjawat awam seperti yang dihasratkan itu. Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa adalah dengan mempergiat program latihan dan kemahiran.Kerajaan perlu meningkatkan kemahiran penjawat awam menerusi latihan dan kemahiran yang diadakan dari masa ke masa.Setiap penjawat awam digalakkan mengikuti kursus latihan dan kemahiran sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.Penjawat awam yang mengikuti kursus ini akan dapat memahirkan diri tentang bidang tugas masing-masing. Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa adalah dengan meningkatkan penghayatan agama dan moral.Aspek rohani dan moral perlu ditekankan untuk melahirkan penjawat awam yang berwibawa.Pihak kerajaan dilihat mengadakan program-program kerohanian dan ceramah bagi memupuk sifat jati diri dan integriti kepada penjawat awam dalam menunaikan tanggungjawab.Kekuatan aspek rohani dan moral yang dimiliki penjawat awam akan membolehkan mereka menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa adalah dengan menitikberatkan kemahiran berkomunikasi.Kerajaan perlu menggalakkan pemilihan pekerja yang memiliki kemahiran berbahasa dan komunikasi yang baik dalam sektor awam. Dalam hal ini pihak kerajaan perlu menangani penjawat awam yang kemahiran komunikasinya lemah agar setiap penjawat awam mempunyai kemahiran komunikasi baik.Penjawat awam yang memiliki kemahiran komunikasi yang baik akan berupaya menyampaikan dasar kerajaan kepada pelanggan dengan jelas. Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa adalah dengan menggalakkan penjagaan kesihatan diri.Penjawat awam digalakkan untuk menjaga kesihatan diri dan menjauhi tabiat yang memudaratkan kesihatan.Pihak kerajaan ada menyediakan pelbagai kemudahan dan program supaya penjawat awam sentiasa sihat dan cergas dalam melaksanakan tugas harian.Penyediaan kemudahan dan program kesihatan mampu membantu penjawat awam menangani masalah obes dan darah tinggi. 13
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Usaha kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang berwibawa adalah dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.Kerajaan dari semasa ke semasa harus menyediakan persekitaran tempat kerja yang selesa dan selamat.Peningkatan tahap persekitaran kerja yang kondusif dan penyediaan prasarana pejabat yang canggih menjadi satu daripada komponen penting kepada pembentukan penjawat awam yang produktif.Suasana tempat kerja yang kondusif boleh meningkatkan tahap kesihatan penjawat awam dan motivasi untuk menjalankan tugas. Kesimpulannya,usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan mampu melahirkan penjawat awam yang berkualiti dan berwibawa agar dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia
14
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 7 : Kejayaan untuk meningkatkan daya saing negara banyak bergantung kepada usaha-usaha yang sedang dilaksanakan.Jelaskan. Daya saing ditakrifkan sebagai satu institusi,dasar dan faktor dalam menentukan tahap produktiviti sesebuah negara.Oleh itu bagi memastikan Malaysia terus berada pada kedudukan daya saing yang baik,berbagai-bagai usaha perlu dilakukan. Usaha meningkatkan daya saing negara adalah menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.Penambahbaikan proses dan prosuder kerja akan menjadikan agensiagensi kerajaan lebih telus dan tersusun.Dalam hal ini pihak kerajaan boleh menyediakan persekitaran yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui penambahbaikan proses dan prosuder kerja dalam aktiviti pelaburan dan komersil.Penambahbaikkan ini akan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan ekonomi negara menjadi lebih berinovatif dan proaktif. Usaha meningkatkan daya saing negara adalah meningkatkan penyertaan sektor swasta.Pihak kerajaan harus menggalakkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk menggerakkan ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.Dalam hal ini pihak kerajaan perlu melaksanakan penambahbaikan supaya sektor swasta dapat menerajui pertumbuhan ekonomi negara.Penglibatan sektor swasta dapat membantu sektor awam untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan meningkatkan prestasi sektor awam setanding dengan sektor swasta. Usaha meningkatkan daya saing negara adalah menggalakkan penggunaan teknologi moden.Kerajaan perlu mempertingkatkan lagi infrastruktur saintifik dan teknologi bagi memenuhi keperluan ekonomi yang kompetetif.Dalam hal ini pihak kerajaan perlu menambah baik kesediaan teknologi moden di negara ini.Sebagai contoh, menyediakan rangkaian internet yang lebih berkuasa tinggi di kawasan bandar dan luar bandar.Penyediaan rangkaian internet berkelajuan tinggi secara meluas akan membolehkan semua rakyat Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan. Usaha meningkatkan daya saing negara adalah meningkatkan modal insan berkualiti.Kerajaan perlu meneruskan usaha pembangunan sumber manusia berkualiti bagi memudahkan transformasi kepada negara perindustrian moden.Dalam hal ini pihak kerajaan perlu membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh.Usaha ini akan menambah bilangan tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan berpengetahuan.
15
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Usaha meningkatkan daya saing negara adalah meningkatkan pendidikan negara.Pihak kerajaan perlu melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan supaya releven dengan keperluan semasa.Dalam hal ini pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.Misalnya,memartabatkan profesion perguruan dengan menghantar guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran. Kesimpulannya,kedudukan prestasi daya saing negara yang baik akan menjadikan Malaysia satu destinasi pelaburan yang menarik yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
16
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 8 : Bagi memastikan Malaysia terus maju dan seiring dengan negara-negara lain,negara harus memperkukuh daya saing dalam semua bidang.Bincangkan faktorfaktor yang mempengaruhi daya saing tersebut.
Daya saing Malaysia adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu.Faktor-faktor tersebut hendaklah dititikberatkan supaya negara mempunyai kesanggupan dan kekuatan untuk terus bersaing. Faktor yang mempengaruhi daya saing negara adalah sumber dalam negara.Sumbersumber yang terdapat dalam negara menjadi penentu tinggi atau rendahnya daya saing negara.Sumber-sumber yang mempengaruhi daya saing negara merangkumi sumber manusia,modal dan infrastruktur yang lengkap.Sumber-sumber ini mampu menarik pelaburpelabur asing untuk datang melabur di negara Malaysia. Faktor yang mempengaruhi daya saing negara adalah permintaan domestik. Permintaan dalam negara terhadap produk tempatan mempengaruhi arah perkembangan sektor industri.Permintaan domestik yang tinggi terhadap produk tempatan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.Permintaan domestik yang tinggi terhadap produk tempatan membuktikan yang produk tempatan berkualiti dan mampu bersaing dengan produk-produk antarabangsa. Faktor yang mempengaruhi daya saing negara adalah kewujudan industri hiliran. Peningkatan penyertaan usahawan tempatan dalam industri hiliran
dapat meningkatkan
kapasiti pengeluaran negara.Dalam hal ini penglibatan usahawan tempatan yang terdiri daripada nelayan semakin mendapat permintaan di peringkat antarabangsa melalui produk nilai tambah mereka.Sebagai contoh, keropok lekor dan belacan.Kemampuan industri hiliran sebagai produk perdagangan yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa akan meningkatkan daya saing negara. Faktor
yang
mempengaruhi
daya
saing
negara
adalah
peluang
yang
wujud.Perkembangan yang berlaku di luar industri turut mempengaruhi daya saing negara.Perkembangan politik luar negara dan perubahan dalam permintaan pasaran asing dapat membantu industri dalam negara untuk berkembang maju.Sebagai contoh.penarikan sekatan terhadap minyak kelapa sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) membolehkan Malaysia kembali mengeksport minyak kelapa sawit ke benua eropah. 17
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Faktor yang mempengaruhi daya saing negara adalah dasar-dasar kerajaan.Dasardasar yang diwujudkan oleh kerajaan membolehkan Malaysia kekal berdaya saing dalam pasaran global.Dasar kerajaan ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan dan dasar industri mampu meningkatkan daya saing negara.Sebagai contoh,dasar menggalakkan penyertaan pihak swasta bagi menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Kesimpulannya,kemampuan ekonomi negara untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi dan berterusan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor domestik dan luar negara.Semua pihak hendaklah memainkan peranan untuk memastikan negara terus berdaya saing.
18
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 9 : Pengamalan prinsip integriti semasa melaksanakan tugas merupakan suatu keperluan dalam kalangan semua penjawat awam.Jelaskan.
Integriti adalah antara prinsip yang perlu menjadi amalan setiap penjawat awam semasa melaksanakan tugas mereka.Pelaksanaan tugas secara jujur dan amanah merupakan satu keperluan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam semasa melaksanakan tugas adalah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.Penjawat awam yang berpegang teguh kepada prinsip amanah dan telus akan melonjakkan kualiti perkhidmatan awam.Penjawat awam yang mempunyai ciri-ciri ini akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.Perkhidmatan awam akan lebih cekap dan terhindar daripada pelbagai masalah jika penjawat awam sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam semasa melaksanakan tugas adalah dapat meningkatkan imej jabatan dan agensi kerajaan.Budaya kerja berteraskan prinsip integriti akan meningkatkan nama baik jabatan dan agensi kerajaan.Kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang mempamerkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri integriti akan memberi keyakinan kepada pelbagai pihak untuk berurusan dengan kerajaan.Pelabur-pelabur asing juga akan lebih yakin untuk datang melabur di Malaysia jika setiap jabatan dan agensi kerajaan mempamerkan budaya kerja unggul yang berintegriti. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam semasa melaksanakan tugas adalah dapat meningkatkan keyakinan pelanggan.Urus tadbir baik yang bertunjangkan integriti akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan awam.Pelanggan akan memilih perkhidmatan kerajaan untuk menyelesaikan segala urusannya jika perkhidmatan
kerajaan
berintegiriti.Pemilihan
perkhidmatan
kerajaan
berbanding
perkhidmatan swasta oleh pelanggan akan membuktikan yang perkhidmatan kerajaan setanding atau lebih baik berbanding perkhidmatan swasta. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam semasa melaksanakan tugas adalah dapat mengurangkan pembaziran dan ketirisan wang.Penjawat awam yang berintegriti akan menguruskan kewangan kerajaan dengan adil dan amanah.Segala peruntukan kewangan akan disalurkan kepada pihak yang sepatutnya tanpa berlaku ketirisan atau
19
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
kebocoran.Pembaziran dapat dielakkan kerana wang awam dibelanjakan mengikut peraturan dan kaedah yang betul. Keperluan pengamalan prinsip integriti oleh penjawat awam semasa melaksanakan tugas adalah dapat mengelakkan pembaziran masa.Penjawat awam yang berintegriti akan mematuhi ketepatan masa ketika bekerja.Penjawat awam yang mematuhi ketepatan masa ketika bekerja tidak akan membuang masa dengan berbual kosong ketika bekerja.Tugasan dan kerja yang diberikan juga akan siap mengikut masa yang ditetapkan jika masa dipatuhi penjawat awam. Kesimpulannya,usaha meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam hendaklah sentiasa diperkukuh supaya perkhidmatan awam sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan.Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mana-mana penjawat awam yang melanggar prinsip integriti.
20
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 10: Integriti merupakan perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai-nilai murni.Namun,integriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam didapati semakin merosot disebabkan oleh faktor individu dan budaya.Huraikan. Banyak rungutan telah didengari berkaitan dengan sikap anggota perkhidmatan awam yang tidak berintegriti.kemerosotan integriti tersebut adalah disebabkan oleh faktor individu dan budaya. Faktor individu yang menjejaskan integriti penjawat awam adalah kurang penghayatan agama dan nilai-nilai murni.Penjawat awam yang kurang penghayatan agama dan nilai-nilai murni tidak akan mempunyai benteng dalaman yang mampu menghalang mereka daripada terlibat dengan perbuatan yang melanggar prinsip integriti.Penjawat awam akan gagal membezakan antara tindakan yang benar dengan yang salah dan akan kerap bertindak menurut hawa nafsu sehingga menyalahi prinsip integriti. Faktor individu yang menjejaskan integriti penjawat awam adalah sikap tamak. Penjawat awam yang tamak akan sanggup melanggar prinsip integriti kerana mahu menjadi kaya dengan cepat.Dalam hal ini mereka akan berlumba-lumba untuk mencari wang walaupun terpaksa melakukan rasuah.Sikap tamak ini akan menyebabkan penjawat awam bertindak tanpa memikirkan peraturan dan undang-undang serta hak orang lain bagi memperoleh apa yang dihajati. Faktor individu yang menjejaskan integriti penjawat awam adalah tidak nampak kelemahan sendiri.Penjawat awam yang mempunyai sifat ini tidak akan bertanggungjawab dan mengaku kesalahan yang dibuat.Dalam hal ini mereka akan suka meletakkan kesalahan yang dilakukan kepada pihak lain yang tidak bersalah.Kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan anggota perkhidmatan awam tersebut juga boleh menjadi rendah. Faktor budaya yang menjejaskan integriti penjawat awam adalah enggan melaporkan kesalahan pihak lain.Penjawat awam sebegini akan mempunyai budaya takut untuk melaporkan atau menegur apabila melihat sesuatu kesalahan dilakukan.Individu yang mempunyai maklumat mengenai sesuatu salah laku tidak akan membuat aduan kerana bimbang akan keselamatan dirinya jika membuat aduan.Kengganan melaporkan kesalahan yang dilakukan menyebabkan lebih banyak perbuatan menyalahi integriti berlaku. Faktor budaya yang menjejaskan integriti penjawat awam adalah sikap tidak ambil peduli.Penjawat awam yang mempunyai sikap ini tidak akan mengambil tahu segala perbuatan 21
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
yang menyalahi prinsip integriti walaupun menyedari perbuatan tersebut dilakukan oleh individu di sekililingnya.Dalam hal ini mereka akan mengamalkan sikap individualistik dan hanya menjalankan tugasan sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain.Sikap individualistik ini akan menyebabkan mereka berpegang kepada prinsip iaitu masing-masing perlu menyelesaikan tugas sendiri tanpa perlu campur tangan tugasan orang lain. Kesimpulannya,kesemua faktor individu dan faktor budaya yang menjejaskan pelaksanaan prinsip integriti dalam perkhidmatan awam hendaklah ditangani dengan sebaikknya agar perkhidmatan yang berintegriti dapat diberikan kepada pelanggan.
22
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 11 : Mengenakan tindakan disiplin yang tegas bukan merupakan satu-satunya pendekatan untuk mengukuhkan sistem integriti dalam sesebuah organisasi perkhidmatan awam. Bincangkan. Integriti adalah asas kepada tadbir urus yang baik.Oleh itu,pendekatan tertentu perlu dilakukan untuk mengukuhkan sistem integriti dalam sesebuah organisasi perkhidmatan awam. Pendekatan mengukuhkan sistem integriti dalam organisasi perkhidmatan awam adalah dengan mengenakan tindakan disiplin yang tegas.Anggota perkhidmatan awam yang melakukan perbuatan rasuah ataupun salah guna kuasa harus dikenakan tindakan disiplin yang tegas.Tindakan menahan gaji atau turun pangkat boleh dikenakan kepada penjawat awam yang tidak berintegriti.Tindakan menahan gaji atau turun pangkat ini mampu memberi kesedaran kepada penjawat awam yang tidak bertintegriti untuk tidak mengulangi kesalahan mereka. Pendekatan mengukuhkan sistem integriti dalam organisasi perkhidmatan awam adalah dengan memberikan ganjaran.Ganjaran harus perkhidmatan
awam
yang
berintegriti
tinggi
dalam
diberikan kepada anggota melaksanakan
tugas
yang
diberikan.Ganjaran yang wajar diberi termasuklah kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.Ganjaran seperti ini akan menjadi contoh terbaik kepada anggota perkhidmatan lain untuk mengutamakan integriti ketika menjalankan tugas. Pendekatan mengukuhkan sistem integriti dalam organisasi perkhidmatan awam adalah dengan mengadakan sistem kerja yang teratur dan jelas.Organisasi perkhidmatan awam harus mengadakan tatacara kerja yang jelas,telus dan mempunyai mekanisme ‘check and balance’.Dalam hal ini organisasi perkhidmatan awam perlu menyediakan dasar,prosuder dan tugasan yang jelas serta mudah difahami oleh semua kakitangan.Prosuder kerja yang terperinci dan penentuan tanggungjawab yang jelas membolehkan semua kakitangan menjalankan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan teratur. Pendekatan mengukuhkan sistem integriti dalam organisasi perkhidmatan awam adalah dengan menyediakan kod etika anggota perkhidmatan awam.Kod etika anggota perkhidmatan awam merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua anggota perkhidmatan awam semasa menjalankan tugas.Kod etika tersebut hendaklah dijelaskan kepada semua anggota perkhidmatan awam agar wujud keseragaman dari segi pemahaman dan pengamalannya.Kewujudan kod etika ini akan membolehkan semua penjawat awam menjadikannya sebagai panduan untuk menjalankan tugas dengan lebih berintegriti.
23
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Pendekatan mengukuhkan sistem integrit dalam organisasi perkhidmatan awam adalah dengan meningkatkan sistem pengurusan aduan.Organisasi perkhidmatan awam harus mengawal tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar mengikut nilai dan etika yang ditentukan oleh organisasi.Satu platform bagi orang awam menyalurkan maklumat berhubung kes penyelewengan terhadap organisasi perkhidmatan awam harus diwujudkan.Platform ini dapat membantu organisasi perkhidmatan awam mengambil tindakan ke atas semua aduan mengenai salah laku dalam kalangan penjawat awam. Kesimpulannya,perlaksanaan sistem di dalam organisasi awam harus ke arah mewujudkan suasana dan budaya integriti agar usaha untuk melahirkan generasi penjawat awam yang berintegriti mampu direalisasikan.
24
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 12: Selain daripada berdepan dengan pelbagai cabaran luaran,sistem penyampaian perkhidmatan awam masa kini turut berdepan dengan cabaran dalaman tertentu. Bincangkan.
Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin pembangunan negara.Namun,cabaran tertentu terpaksa dihadapi oleh sistem penyampaian perkhidmatan awam. Cabaran luaran sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah memenuhi kehendak pelanggan.Kehendak pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah semakin meningkat.Dalam hal ini pelanggan kini lebih sedar tentang hak-hak mereka dan kewajipan penjawat awam.Pelanggan kini berani menyuarakan rasa tidak puas hati jika perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai kehendak mereka. Cabaran luaran sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah pembangunan pesat sains dan teknologi.Kepesatan dan perkembangan sains dan teknologi memerlukan perubahan cara bekerja.Penjawat awam kini dilihat masih mengamalkan cara kerja lama dan tidak menerokai cara-cara kerja baru yang lebih efisyen.Situasi ini merisikokan penjawat awam berdepan dengan pelbagai gejala jenayah siber dan serangan terhadap laman sesawang kerajaan. Cabaran luaran sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah kualiti perkhidmatan pihak swasta yang lebih baik.Pihak swasta menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mematuhi standard antarabangsa berbanding sektor awam.Pelanggan kini dilihat menuntut kualiti perkhidmatan yang terbaik berbanding dengan harga yang perlu dibayar.Tawaran perkhidmatan pihak swasta yang menarik menyebabkan pelanggan lebih berminat memilih penyedia perkhidmatan swasta berbanding penyedia perkhidmatan awam. Cabaran dalaman sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah meminimakan karenah birokrasi.Proses atau urusan kerja mengambil masa yang sangat lama kerana terpaksa melalui pelbagai peringkat sebelum dapat dilaksanakan.Ketiadaan pemantauan menyebabkan karenah birokrasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam sukar untuk diminimakan.Karenah birokrasi jika terlalu banyak akan menyukarkan
pelanggan dan
membazirkan kos mereka yang boleh menyebabkan mereka tidak mahu berurusan dengan perkhidmatan awam.
25
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Cabaran dalaman sistem penyampaian perkhidmatan awam adalah menyediakan perkhidmatan berkualiti.Pelanggan sering menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.Perasaan tidak puas hati ini wujud kerana perkhidmatan yang ditawarkan tidak selari dengan piagam pelanggan yang ditetapkan. Realitinya sistem penyampaian perkhidmatan awam lambat dan tidak mesra pelanggan berbanding perkhidmatan pihak swasta. Kesimpulannya, setiap penjawat awam hendaklah membuat perubahan yang positif supaya sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih efisien,professional dan cemerlang.
26
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 13 : Persepsi anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan terus negatif.Oleh itu,pendekatan tertentu perlu dilakukan bagi membetulkan persepsi tersebut. Bincangkan. Persepsi anggota masyarakat terhadap perkhidmatan awam masih kurang baik.Usaha bagi memperbaiki persepsi kurang elok anggota masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan bukan mudah kerana perlu mengambil masa yang lama. Persepsi negatif anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana penuh dengan karenah birokrasi.Pelanggan masih melabel sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dikongkong oleh karenah birokrasi.Proses atau urusan kerja terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan dan peringkat kelulusan sebelum diluluskan.Karenah birokrasi boleh menghalang penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu. Persepsi negatif anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana perkhidmatan tidak mesra pelanggan.Pelanggan kerap menerima layanan kurang memuaskan terutamanya semasa berurusan di kaunter.Dalam hal ini penjawat awam dilihat bersikap sambil lewa,sukar senyum dan tidak sabar melayan karenah pelanggan.Sikap negatif ini ternyata tidak memenuhi piagam pelanggan yang mengutamakan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Persepsi negatif anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kerana perkhidmatan tidak cekap.Penjawat awam kini selalu dilabel memberi perkhidmatan yang tidak cekap dan tidak professional ketika menjalankan tugas.Pelanggan diarahkan ke sana ke mari ketika membuat urusan oleh penjawat awam yang bersikap sambil lewa.Sikap sambil lewa ini boleh menjejaskan mutu perkhidmatan awam secara keseluruhannya. Pendekatan membetulkan persepsi negatif anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian
perkhidmatan
kerajaan
adalah
dengan
mengurangkan
karenah
birokrasi.Pasukan petugas menangani karenah birokrasi (PPMKB) telah ditubuhkan di setiap kementerian untuk mengurangkan karenah birokrasi.Pasukan ini akan menambah baik sistem dan prosuder kerja sedia ada di agensi dan jabatan kerajaan.Karenah birokrasi yang berjaya diminimumkan akan melincinkan perlaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
27
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Pendekatan membetulkan persepsi negatif anggota masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan adalah dengan mempercepatkan proses membuat keputusan.Semua jabatan kerajaan perlu mewujudkan pusat membuat keputusan bagi membolehkan kes-kes
kecil
diluluskan serta-merta
tanpa perlu
dirujuk
ke ibu
pejabat.Penyerahan kuasa membuat keputusan perlu diberikan kepada lebih ramai pegawai yang layak tanpa perlu merujuk dan mendapat kelulusan pihak atasan.Tindakan ini akan mengurangkan lambakan kes apabila tidak semua keputusan dilonggokan kepada pegawai tertentu sahaja. Kesimpulannya, setiap penjawat awam hendaklah mengambil pendekatan yang sewajarnya bagi menangkis persepsi negatif terhadap perkhidmatan kerajaan agar usaha-usaha pembangunan negara tidak akan terjejas.
28
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 14 : Kerajaan mengutamakan sistem penyampaian perkhidmatan yang menepati aspirasi,kehendak dan piawaian rakyat.Oleh itu,kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan perkhidmatan yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Jelaskan.
Rakyat memerlukan perkhidmatan awam yang menepati kehendak mereka.Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat adalah dengan menggalakkan keterbukaan minda,Penjawat awam hendaklah menerima idea dan kritikan membina yang diutarakan oleh rakyat dengan hati dan minda terbuka.Idea dan kritikan yang diterima harus diambil kira untuk memperbaiki kelemahan dan menambah baik perkhidmatan awam sedia ada.Sikap positif penjawat awam ini akan membuktikan kesungguhan penjawat awam dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat. Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat adalah dengan meningkatkan amalan turun padang.Penjawat awam diseru keluar dari pejabat dan mendekati rakyat bagi melihat sendiri masalah mereka dan menyelesaikannya dengan secepat mungkin.Pendekatan ini membolehkan penjawat awam mendengar dan melihat sendiri keperluan dan permasalahan rakyat.Penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat jika mereka memahami permasalahan rakyat. Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat adalah dengan mengutamakan perundingan.Pihak kerajaan perlu mengambil kira pandangan dan penglibatan rakyat dalam mencorakkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.Sebelum memperkenalkan sesuatu inisiatif baharu,penjawat awam perlu mengadakan rundingan dengan rakyat agar pandangan rakyat difahami terlebih dahulu.Melalui rundingan,sesuatu keputusan dapat dibuat dengan tepat dan dapat meminimumkan perbezaan pendapat. Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat adalah dengan mementingkan keseimbangan rohani dan jasmani.Setiap penjawat awam perlu memiliki keseimbangan dari aspek kerohanian dan fizikal semasa menjalankan tugas.Dalam hal ini setiap penjawat awam perlu mempunyai pegangan yang pekerjaan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan gaji namun adalah sebagai ibadah.Pegangan ini akan membantu penjawat awam mewujudkan pekerjaan yang cemerlang. 29
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat adalah dengan menggalakkan semangat kerjasama.Semangat kerjsama semasa melakukan tugasan haruslah diterapkan dalam diri setiap penjawat awam supaya matlamat yang dirancang dapat dicapai dengan mudah.Penjawat awam perlu bersedia untuk melakukan kerja dalam satu pasukan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih proaktif dan efisien.Perkongsian sumber dan kepakaran antara agensi akan memantapkan perkhidmatan awam. Kesimpulannya,kesemua langkah tersebut yang berteraskan tadbir urus baik perlu dihayati dan dipratikkan oleh semua penjawat awam agar dapat memberi kebaikkan kepada rakyat termasuk diri penjawat awam sendiri
30
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 15 : Keamanan negara banyak membawa kepentingan kepada masyarakat dan negara.Oleh itu,perlu langkah-langkah yang boleh mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara.Bincangkan. Keamanan sesebuah negara amat penting.Pelbagai langkah perlu diambil bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara. Kepentingan keamanan negara kepada masyarakat adalah dapat menjalankan tugas harian.Negara yang aman akan membolehkan masyarakat menjalankan aktiviti harian dengan bebas.Dalam hal ini masyarakat boleh bekerja sepanjang waktu tanpa bimbang ada perintah berkurung atau tidak seperti di negara-negara yang berperang.Produktiviti masyarakat juga meningkat berikutan masyarakat berpeluang untuk bekerja lebih masa dalam mencari rezeki. Kepentingan keamanan negara kepada negara adalah pertumbuhan ekonomi negara.Negara yang aman akan menarik minat ramai pelabur untuk datang melabur.Dalam hal ini sektor ekonomi akan dapat berkembang berikutan pelabur-pelabur ini akan membuka kilang dan perusahaan dalam pelbagai bidang di negara kita.Pembukaan kilang dan pelbagai perusahaan akan meningkatkan taraf hidup penduduk berikutan peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan kepada penduduk-penduduk tempatan. Langkah mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara adalah dengan mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar.Kerajaan Malaysia perlu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara jiran dan antarabangsa bagi mewujudkan keamanan.Dalam hal ini negara boleh menjalinkan hubungan baik secara bilateral atau multilateral dengan negaranegara lain dalam menjaga keamanan negara.Sebagai contoh,negara Malaysia ada menjalinkan hubungan bilateral dengan negara Thailand dalam membanteras aktiviti lanun di Selat Melaka yang mengancam kemamanan negara. Langkah mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara adalah dengan memantapkan pasukan keselamatan negara.Pasukan keselamatan negara perlu mendapat latihan dan kursus yang terkini bagi meningkatkan kemampuan diri.Dalam hal ini pihak kerajaan boleh mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan tentera-tentera negara lain seperti dari Amerika Syarikat bagi mengetahui ilmu ketenteraan terkini.Pengetahuan dan ilmu ketenteraan yang diperolehi dapat digunakan tentera Malaysia untuk memantapkan lagi pertahanan negara. Langkah mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara adalah dengan melengkapkan alatan pertahanan.Alatan pertahanan yang lengkap dan canggih dapat membantu pasukan 31
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
keselamatan untuk menangani musuh negara.Dalam hal ini pihak kerajaan perlu membeli peralatan ketenteraan terkini yang canggih agar dapat menangani penjenayah dan musuh negara yang turut menggunakan teknologi dalam melakukan jenayah.Sebagai contoh, pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia berjaya membantu negara untuk menangani masalah penyeludupan manusia dan masalah lanun di perairan Selat Melaka. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara agar kedaulatan Malaysia akan terus terpelihara.
32
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 16 : Dalam perniagaan ada pengguna dan peniaga.Hak pengguna dibentuk untuk menjaga pengguna daripada ditipu oleh peniaga.Jelaskan hak-hak pengguna. Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana.Terdapat lapan pengguna yang perlu diketahui. Pengguna mempunyai hak untuk membuat pilihan.Pengguna tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan untuk membeli.Dalam hal ini pengguna perlu mendapatkan maklumat yang mencukupi terlebih dahulu sebelum membeli barangan yang dikehendaki dengan membuat perbandingan harga dengan kedai-kedai lain.Maklumat ini penting dalam memberi pengguna pilihan dalam membuat keputusan untuk membeli barangan yang terbaik dari pelbagai segi agar dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.Pengguna harus diberitahu isi kandungan barangan yang dibeli dengan betul.Dalam hal ini pengguna perlu tahu isi kandungan barangan yang mereka beli agar tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka.Sebagai contoh,ada pengguna yang mempunyai alahan pada produk-produk makanan yang mengandungi kacang dan ada juga pengguna yang tidak boleh makan makanan yang mengandungi alkohol.Maklumat ini penting agar dapat membantu individu yang mempunyai masalah untuk membeli barangan makanan yang betul. Pengguna mempunyai hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan. Pendidikan kepenggunaan akan menjadikan seseorang pengguna itu bijak dan rasional dalam membuat keputusan ketika membeli barangan dan perkhidmatan.Pengguna yang mempunyai pengetahuan mengenai kepenggunaan dapat mengelak daripada ditipu oleh peniaga.Pengguna yang menyedari mereka ditipu peniaga akan mengetahui saluran yang sesuai untuk mereka membuat aduan agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa terhadap peniaga-peniaga yang tidak jujur dengan pengguna. Pengguna mempunyai hak untuk bersuara.Pengguna mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan aduan jika mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh peniaga.Dalam hal ini segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak beretika.Sebagai contoh,ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang atas alasan dikenakan ‘Sales and service Tax’ (SST) walhal barangan tersebut tidak dikenakan SST. 33
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan keselamatan.Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan keselamatan apabila menggunakan barangan.Peniaga boleh memberikan elemen keselamatan kepada pengguna dengan merujuk pakar terlebih dahulu berkenaan barangan yang mereka hendak jual.Sebagai contoh,setiap peniaga yang ingin menjual ubat di Malaysia wajib mendaftarkan ubat mereka dengan Kementerian Kesihatan untuk diperiksa dan semua ubat hanya boleh diiklankan dengan kebenaran kementerian itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Pengguna akan berasa lebih selamat untuk menggunakan ubat-ubat tersebut. Sebagai pengguna,kita mesti mempunyai pengetahuan tentang kepenggunaan supaya tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
34
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 17- Masyarakat kini lebih berminat tinggal di Inap Desa apabila mereka bercuti pada musim cuti sekolah.Pelbagai usaha perlu dibuat bagi menggalakkan lagi kewujudan Inap desa di seluruh Malaysia.Bincangkan. Inap Desa semakin berkembang dewasa ini disebabkan oleh pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia.Keadaan ini semakin rancak terutamanya pada musim cuti sekolah. Kelebihan Inap Desa adalah menghayati kehidupan bersama dengan masyarakat in-situ.Pelancongan Inap Desa mengggalakkan setiap pelancong yang datang tinggal bersama keluarga angkat.Dalam hal ini mereka akan makan ,minum dan menjalani kehidupan seharian bersama keluarga angkat.Sebagai contoh,pelancong yang tinggal di Inap Desa di Rantau Kemiding akan diajar berburu dan menyumpit seperti keluarga angkat mereka. Kelebihan Inap Desa adalah kos percutian yang lebih rendah.Harga sewa penginapan di Inap Desa lebih murah berbanding dengan harga sewa hotel.Kelengkapan di Inap Desa juga sempurna sama seperti di hotel seperti katil.kipas dan tandas.Tempat penginapan di Inap Desa lebih selesa berikutan jauh daripada bunyi bising dan udara yang kotor seperti di bandar Kelebihan Inap Desa adalah mengenali budaya tempatan.Pelancong akan lebih memahami budaya tempatan berikutan mereka tinggal dan bergaul dengan tuan rumah serta penduduk tempatan.Dalam hal ini mereka akan mengetahui budaya dan pantang larang masyarakat tempatan yang boleh dipelajari semasa tinggal bersama.Sebagai contoh,mereka boleh mempelajari pantang larang kaum Iban seperti larangan dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok ketika ingin tidur. Usaha menggalakkan kewujudan Inap Desa di seluruh Malaysia adalah dengan mempelbagaikan
aktiviti
kemasyarakatan.Aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan
perlu
dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan.Dalam hal ini pihak pengurusan Inap Desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi yang bersifat kemasyarakatan.Sebagai contoh,mereka boleh mengadakan pertandingan tarian tradisional dan aktiviti menuai padi.Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing,aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka. Usaha menggalakkan kewujudan Inap Desa di seluruh Malaysia adalah pihak kerajaan memberi bantuan modal kepada pengusaha Inap Desa.Bantuan kewangan amat penting untuk pengusaha menaik taraf bilik tidur,tandas dan kemudahan rekreasi.Bantuan ini 35
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
juga dapat dijadikan sebagai modal pusingan atau permulaan untuk membiayai kos pengiklanan, tenaga kerja dan tempat pameran peralatan serta pakaian budaya bagi menarik pelancong.Penyediaan modal ini akan dapat mengelakkan pengusaha Inap Desa dari dibebani masalah kewangan dan mereka juga dapat menyediakan infrastruktur pelancongan Inap Desa yang baik untuk pelancong. Kesimpulannya,kerjasama antara ahli persatuan amat penting untuk menjayakan program Inap Desa agar dapat memberi pulangan lumayan kepada pendapatan negara melalui kedatangan pelancong-pelancong asing yang ramai.
36
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 18: Perniagaan atas talian semakin diminati oleh masyarakat. Sungguhpun begitu, perniagaan ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna.Huraikan. Perniagaaan atas talian menjadi pilihan utama dalam urusan membeli barangan pada masa ini.Di sebalik itu,terdapat juga risiko dalam perniagaan atas talian. Perniagaan atas talian semakin diminati berikutan kaedah mudah membeli produk dan perkhidmatan.Pembeli boleh menggunakan internet untuk membeli di atas talian.Penggunaan internet untuk membeli secara atas talian amat diminati berikutan bayaran dapat dibuat dengan pantas oleh pembeli dan peniaga juga dapat memperolehi bayaran tanpa menunggu lama berbanding transaksi yang dibuat di bank sebelum ini.Penggunaan kaedah pembayaran menggunakan internet juga lebih selamat berikutan ada bukti transaksi dan mudah dikesan. Perniagaan atas talian semakin diminati berikutan pengurusan masa lebih efektif.Pembeli tidak perlu membuang masa untuk mencari barangan yang hendak dibeli di kedai.Dalam hal ini pembeli hanya perlu merujuk kedai-kedai secara atas talian yang turut menyediakan katalog barangan bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.Kewujudan platform perniagaan atas talian seperti ‘Shoppe’ memudahkan lagi pembeli untuk membeli barangan yang mereka minati dengan hanya menggunakan “click” internet dalam telefon untuk membuat bayaran. Perniagaan atas talian semakin diminati berikutan harga lebih murah.Harga barangan yang dijual di atas talian juga lebih murah berbanding di kedai.Dalam hal ini harga barangan di atas talian lebih murah berbanding di kedai berikutan penjual tidak menanggung kos penyewaan tempat seperti yang dibuat peniaga-peniaga yang membuka kedai.Keadaan ini menyebabkan pembeli dapat membeli barangan yang mereka minati dengan lebih murah yang sama kualitinya seperti di kedai. Kesan negatif perniagaan atas talian adalah kualiti barangan yang tidak sama.Barangan yang dihantar tidak sama dengan barangan yang dijanjikan di dalam katalog merupakan kesan negatif yang selalu disebut di media massa. Dalam hal ini penjual mungkin tidak menyatakan yang barangan tersebut adalah tiruan gred tinggi kepada pembeli yang mungkin beranggapan mereka membeli barangan tulen.Pembeli mungkin trauma untuk membeli secara atas talian atas sikap tidak bertanggungjawab sebilangan peniaga atas talian ini.
37
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Kesan negatif perniagaan atas talian adalah penipuan atas talian.Terdapat peniaga yang tidak jujur dalam urus niaga mereka menyebabkan masyarakat memandang negatif perusahaan perniagaan atas talian ini.Dalam hal ini peniaga tersebut mungkin menerima duit yang dibayar pembeli secara atas talian tetapi tidak menghantar barangan yang dibeli.Pembeli yang tertipu ini mungkin sukar mendapat ganti rugi berikutan pembelian atas talian yang tidak rasmi seperti ‘facebook’ sukar untuk disiasat dan dikenakan tindakan. Kesimpulannya,perniagaan atas talian mempunyai banyak faedah dan kesan negatifnya harus diatasi pihak bertanggungjawab agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dengan tugas.
38
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 19 : Gejala pinjaman Ah Long semakin menular dan sekiranya peminjam tidak dapat menyelesaikan hutang mereka,banyak akibat akan dihadapi.Bincangkan. Ah long menjadikan wang sebagai barang dagangan dengan orang yang terdesak dalam kewangan.Untuk menjayakan misi,mereka memberi tawaran istimewa. Sebab menular pinjaman Ah Long adalah disebabkan pinjaman mudah diperoleh. Peminjam haram memberikan tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera tanpa sebarang dokumen.Syarat pinjaman yang ketat dan masa panjang yang diambil untuk meluluskan pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang berlesen menyebabkan peminjam haram mendapat sambutan.Pinjaman Ah Long yang mudah diperoleh berbanding Bank menyebabkan ramai peminjam-peminjam yang memerlukan wang segera menjadikan Ah Long sebagai alternatif mendapatkan wang. Sebab menular pinjaman Ah Long adalah disebabkan masalah kewangan peminjam. Rakyat mengalami kesusahan dalam menampung keperluan kehidupan mereka yang mengatasi kemampuan berikutan kos hidup yang semakin tinggi.Untuk mengatasi keadaan ini, mereka mengambil jalan singkat dengan memimjam wang dengan peminjam haram tanpa mengira kesan masa depan.Tindakan tersebut boleh merosakan masa depan mereka dan keluarga berikutan mereka akan sentiasa berhutang kerana tidak mampu melunaskan hutang pada Ah Long yang mungkin akan mengenakan kadar bunga yang tinggi berbanding Bank. Sebab menular pinjaman Ah Long adalah disebabkan penguatkuasaan yang kurang.Faktor penguatkuasaan sering menjadi isu dan mendorong berleluasanya kegiatan pinjaman Ah Long.Dalam hal ini hukuman yang diadakan dilihat tidak berat sehingga Ah Long tidak takut dan berani mencabar undang-undang negara.Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga tidak bertindak secara agresif dalam menangani masalah peminjam Ah Long sehinggakan mereka bebas bergerak tanpa pemantauan. Akibat membuat pinjaman Ah Long adalah kesejahteraan hidup keluarga terganggu.Peminjam yang membuat pinjaman dengan Ah Long akan terikat terhadap apa yang dikenakan kepada mereka sebagai syarat pinjaman.Peminjam akan tertekan kerana setiap kali gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan kerana jumlah hutang akan bertambah. Peminjam haram Ah Long akan menjadi pemeras kepada peminjam yang tidak dapat membayar balik dengan menganggu peminjam dan keluarganya.
39
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Akibat membuat pinjaman Ah Long adalah bebanan kewangan dan hutang. Kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi dan biasanya dikira mengikut hari,minggu atau bulanan. Hal ini menyebabkan kebanyakan peminjam cuma mampu membayar balik sebahagian daripada faedah dan pokok pinjaman.Akibatnya,hutang mereka tidak akan dapat dibayar habis sampai bila-bila. Kesimpulannya,semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani kegiatan peminjam haram Ah Long yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat agar dapat mengelakkan lebih ramai rakyat Malaysia terjerumus ke dalam kancah hutang yang tidak berkesudahan.
40
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 20 : Hidupan liar semakin terancam sejak kebelakangan ini.Hidupan ini perlu dilindungi demi masa depan generasi akan datang.Bincangkan. Habitat hidupan liar jika diganggu akan menyebabkan bilangannya kurang.Terdapat beberapa sebab kehidupan liar terancam dan disebabkan beberapa sebab inilah kita perlu melindungi hidupan liar. Sebab terancam hidupan liar adalah pembukaan kawasan baharu. Penebangan hutan untuk membuka kawasan baharu memang tidak dapat dielakkan.Dalam hal ini dalam membina penempatan kepada manusia seperti rumah dan tempat-tempat pelancongan bagi menarik kedatangan
pelancong
penebangan
pokok
di
kawasan-kawasan
tertentu
terpaksa
dibuat.Sebagai contoh,penebangan hutan terpaksa dilakukan bagi mewujudkan tempat pelancongan seperti Cameron Highlands.Tindakan ini boleh mengancam hidupan liar kerana penebangan hutan memusnahkan habitat mereka. Sebab terancam hidupan liar adalah pencemaran alam sekitar. Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hidupan liar seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.Laut yang tercemar boleh menyebabkan hidupan akuatik ini tidak mendapat oksigen yang cukup yang boleh membawa kematian kepada spesis akuatik ini. Sebab terancam hidupan liar adalah pemburu haram.Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu sebab yang menjurus kepada kemusnahan habitat hidupan liar.Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.Sebagai contoh, spesis Harimau Malaya semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sedikit sahaja. Sebab hidupan liar perlu dilindungi adalah untuk menjamin hidupan liar terus wujud.Dalam menjamin hidupan liar terus wujud pihak kerajaan perlu memperbanyakan dan menjaga hutan simpan.Hutan-hutan simpan harus dijaga
agar tiada sebarang tindakan
pembalakan dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan.Sebagai contoh,Taman Negara yang merupakan tempat perlindungan yang baik dan selamat bagi hidupan liar kerana dilindungi undang-undang.Tindakan undang-undang akan diambil kepada sesiapa yang menceroboh hutan untuk tujuan berburu. 41
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Sebab hidupan liar perlu dilindungi adalah untuk sumber rujukan kajian dalam bidang sains dan penyelidikan.Hidupan liar ini harus dipelihara agar penyelidik-penyelidik dapat membuat penyelidikan bagi mengenal pasti spesies-spesies hidupan liar yang hampir pupus.Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai
ketahanan
dalam
menyesuaikan
diri
dengan
perubahan-perubahan
persekitaran.Hasil positif kajian ini diharapkan dapat menambah baik habitat hidupan liar agar haiwan seperti Orang Utan dan Burung Kenyalang tidak akan pupus. Kesimpulannya,semua pihak harus menjaga habitat hidupan liar ini agar generasi akan datang boleh mengenal dan melihat binatang liar yang unik ini dengan jelas.
42
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 21 : Sukan adalah wadah perpaduan.Selain itu,pelbagai manfaat lain turut diperoleh daripada aktiviti sukan.Jelaskan. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.Sukan adalah salah satu cara untuk eratkan perpaduan.Banyak manfaat diperoleh daripada aktiviti sukan. Manfaat aktiviti sukan adalah dapat menjadi wadah perpaduan.Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama ketika bersukan. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman atau bermain bola di padang kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Manfaat aktiviti sukan adalah dapat menjaga kesihatan.Sebarang aktiviti sukan pasti akan menyebabkan seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku.Kesannya, badan kita akan menjadi lebih sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika melakukan sebarang pekerjaan. Manfaat aktiviti sukan adalah menggalakkan kedatangan pelancong.Rakyat dari luar negara datang ke Malaysia untuk melihat kejohanan sukan atau menyertai kejohanan sukan sebagai atlet.Sebagai contoh,penglibatan Malaysia dalam menganjurkan kejohanan sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan MotoGP berjaya menarik kedatangan atlet dan penyokong negara bertanding untuk berkunjung ke Malaysia.Kedatangan mereka ini secara pelancongan sukan memberi banyak manfaat kepada negara dari segi peningkatan pendapatan negara. Manfaat aktiviti sukan adalah memberi peluang pekerjaan.Sukan akan mewujudkan pelbagai profesion lain selain penglibatan atlet dalam sukan yang disertai.Dalam hal ini seseorang atlet memerlukan jurulatih yang baik bagi melatih mereka untuk meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi.Keperluan atlet ini akan memberi peluang pekerjaan kepada bekas atlet untuk membimbing atlet-atlet muda sebagai jurulatih.Sebagai contoh,Datuk Misbun Sidek yang merupakan bekas jaguh bton negara telah dilantik sebagai jurulatih bton Malaysia bagi melatih atlet-atlet bton negara termasuk Dato Lee Cong Wei. Manfaat aktiviti sukan adalah menjana ekonomi negara.Negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dan 43
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
serantau.Jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa dan serantau mampu membawa pulangan yang lumayan kepada pendapatan negara.Hasil jualan tiket ini dapat digunakan sebagai dana untuk pembangunan sosial dan pembangunan infrastruktur negara. Kesimpulannya,sukan membawa banyak manfaat kepada penduduk.Oleh itu,kita patut mengamalkan sukan untuk kebaikkan diri,masyarakat dan negara.
44
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 22 : Kebanyakan rakyat Malaysia leka dengan telefon bimbit masing-masing sehingga mereka lalai dengan tanggungjawab.Jika dibiarkan berlarutan boleh memberi kesan buruk.Bincangkan.
Ramai rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit,kerana merupakan keperluan dalam kehidupan seharian.Namun terdapat kesan negatif jika kita terlalu asyik dengan telefon bimbit. Rakyat Malaysia leka dengan telefon bimbit kerana menganggap telefon bimbit sebagai alat hiburan.Telefom bimbit mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik dan mudah digunakan.Pengguna telefon bimbit boleh mendengar lagu,menonton video,mengambil gambar dan bermain permainan video.Sebagai contoh, ramai pengguna telefon bimbit suka bermain permainan video ‘PUBG’ yang ternyata melalaikan kerana mengambil masa terlalu lama. Rakyat Malaysia leka dengan telefon bimbit kerana menganggap telefon bimbit sebagai alat perhubungan.Telefon bimbit memudahkan kita untuk berhubung dengan ahli keluarga yang berjauhan.Pengguna telefon bimbit tidak perlu ke sesuatu tempat untuk berhubung dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.Kemudahan yang ada di dalam telefon bimbit memudahkan seseorang berkenalan dengan kawan-kawan baru menggunakan aplikasi ‘Whatsapp’ dan ‘Wechat’ tanpa perlu pergi berjumpa dengan orang tersebut. Rakyat Malaysia leka dengan telefon bimbit kerana menganggap telefon bimbit sebagai alat untuk mendapatkan maklumat.Pengguna telefon bimbit seperti pelajar boleh menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Dalam hal ini.pelajar boleh menggunakan internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mudah kerana semua maklumat berada di hujung jari.Sebagai contoh, pelajar boleh mengakses laman web yang bersifat pendidikan seperti ‘Eduweb.tv’ dan ‘Tutor.Tv’. Kesan buruk penggunaan telefon bimbit adalah melalaikan dan membuang masa.Banyak keperluan dalam telefon bimbit menyebabkan orang ramai menggunakannya berjam-jam.Pengguna telefon bimbit akan banyak menghabiskan masa untuk bermain ‘games’ ,melayari laman sosial dan untuk ‘chatting’.Laman sosial yang menarik seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’ menyebabkan pengguna telefon bimbit leka memuat turun gambar dan video yang menarik. Kesan buruk penggunaan telefon bimbit adalah penyebaran khabar angin.Banyak berita palsu boleh disebarkan dalam masa yang singkat melalui telefon bimbit.Dalam hal ini 45
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
penyebaran boleh dibuat dalam bentuk mesej (sms).Penyebaran khabar angin seperti ini akan merosakkan kepercayaan rakyat kepada golongan tertentu seperti pihak kerajaan tanpa menyiasat kebenaran khabar angin tersebut terlebih dahulu. Kesimpulannya,perkara yang baik jika disalahgunakan boleh membawa keburukkan kepada pengguna telefon bimbit.Justeru,pihak yang bertanggungjawab harus merencanakan langkah-langkah yang sesuai bagi membendung kesan negatif penggunaan telefon bimbit.
46
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 23 : Pelbagai gajet terdapat dalam pasaran pada hari ini.Gajet semakin popular digunakan dalam kalangan kanak-kanak.Bincangkan kebaikan dan keburukan gajet kepada anggota masyarakat sekarang. Gajet adalah alat teknologi yang semakin meluas digunakan oleh masyarakat.Terdapat kebaikkan dan keburukan penggunaan gajet. Kebaikan gajet adalah ibu bapa dapat mengawal pergerakkan anak-anak.Anakanak akan duduk diam apabila mereka mendapat sebuah telefon bimbit.Dalam hal ini ibu bapa dapat membuat urusan masing-masing tanpa diganggu oleh anak-anak. Anak-anak yang menggunakan telefon bimbit kebiasaannya tidak akan bergerak ke merata-rata tempat dan ini akan memudahkan ibu bapa mengetahui di mana anak-anak mereka berada. Kebaikan gajet adalah memperoleh berita dengan cepat.Semua maklumat di hujung jari jika seseorang itu mempunyai telefon bimbit dan komputer riba.Dalam hal ini mereka boleh memperoleh maklumat dan berita melalui Whatsapp atau Telegram dengan cepat.Penggunaan aplikasi ini akan dapat membantu pelajar dan pekerja untuk menyiapkan tugasan dengan cepat dan efisien. Kebaikan gajet adalah dapat menjana pendapatan.Pengguna telefon bimbit boleh menggunakan internet untuk menjalankan perniagaan tanpa perlu mempunyai kedai.Urus niaga juga lebih efektif kerana setiap urusan jual beli yang melibatkan peniaga dan pembeli boleh dilakukan secara atas talian.Sebagai contoh,ramai peniaga dan pembeli masa kini menjadikan platform seperti Shopee untuk berurus niaga.Penggunaan platform seperti ini ternyata lebih menjimatkan masa dan memudahkan peniaga-peniaga untuk menjual barangan mereka. Keburukkan gajet adalah kesihatan terganggu.Pengguna telefon bimbit mungkin kurang produktif sebab lambat menyiapkan sesuatu kerja.Dalam hal ini pengguna telefon bimbit mungkin terlalu asyik bermain permainan video dan ‘chatting’ di media sosial seperti Instagram dan Whatsapp.Pengguna telefon bimbit yang selalu fokus kepada skrin boleh menyebabkan kerosakkan mata kepada pengguna telefon bimbit jika bermain terlalu lama. Keburukkan gajet adalah menggalakkan sifat antisosial.Pengguna telefon bimbit akan kurang pergaulan dengan masyarakat luar kerana terlalu bergantung kepada telefon bimbit untuk berkomunikasi.Dalam hal ini mereka akan hanya duduk di rumah sahaja kerana setiap komunikasi boleh dibuat menggunakan telefon bimbit tanpa perlu mereka bergerak.Semangat
47
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
kejiranan dan hubungan silaturahim sesama masyarakat boleh terjejas jika sifat antisosial ini wujud. Kesimpulannya,peralatan teknologi ini boleh mendatangkan kebaikkan atau keburukkan bergantung kepada penggunaannya oleh masyarakat.Justeru,masyarakat kita perlulah dididik untuk menggunakan gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba secara positif.
48
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 24 : Peningkatan kadar pencemaran alam mendatangkan kesan kepada penduduk dan alam sekitar.Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan sebaliknya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera.Huraikan.
Pencemaran alam sekitar boleh mengancam kehidupan flora dan fauna.Tindakan perlu diambil untuk mencegah pencemaran ini. Kesan peningkatan kadar pencemaran alam adalah kesihatan terjejas.Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen yang boleh membawa pelbagai penyakit. Kesan peningkatan kadar pencemaran alam adalah jerebu.Asap kilang,asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak,bertaburan dan terapung di udara maka ini akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi.Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan manusia. Kesan peningkatan kadar pencemaran alam adalah peningkatan suhu.Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon akan menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara akibat pencemaran udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas yang boleh menyumbang kepada penyakit strok haba kepada manusia. Tindakan kerajaan menangani peningkatan kadar pencemaran alam adalah melalui Konsep 3R.Amalan kitar semula iaitu pengurang,guna semula dan kitar semula dapat mengelakkan daripada membazir sumber dan menangani pencemaran alam sekitar.Dalam hal ini individu yang menggunakan semula barang tersebut dapat mengelakkan barang itu dibuang sebagai sampah.Sebagai contoh,barangan seperti beg plastik dan botol air yang dapat digunakan semula tanpa perlu membuangnya.
49
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Tindakan kerajaan menangani peningkatan kadar pencemaran alam adalah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera.Dalam hal ini kurikulum berkenaan alam sekitar boleh diselitkan ke dalam mata-mata pelajaran yang diajar di sekolah.Pendedahan awal berkenaan pendidikan alam sekitar kepada murid dan pelajar di bangku sekolah mampu mengajar mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Kesimpulannya, pencemaran boleh memusnahkan alam sekitar.Tindakan yang berkesan boleh mengurangkan masalah ini agar alam sekitar terpelihara untuk dilihat generasi masa hadapan.
50
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 25 :Semangat kejiranan dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza di negara ini. Namun,sikap anggota masyarakat kini menyebabkan semangat kejiranan semakin dilupakan. Bincangkan. (LP Teks M/S 163) Hubungan yang era tantara kaum yang berbeza dapat diwujudkan melalui semangat kejiranan.Namun,semangat kejiranan semakin dilupakan berpunca daripada sikap anggota masyarakat kini. Sebab semangat kejiranan mengeratkan hubungan antara kaum kerana masyarakat lebih memahami antara satu sama lain.Jiran yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dapat mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain.Dalam hal ini amalan ziarah-menziarahi jiran tertangga membolehkan setiap kaum mengetahui adat dan tradisi kaum lain.Amalan ziarah-menziarahi akan membolehkan mereka lebih memahami sensitiviti kaum lain dan seterusnya mengukuhkan hubungan antara kaum yang berbeza. Sebab semangat kejiranan mengeratkan hubungan antara kaum kerana mewujudkan hubungan yang harmoni.Jiran yang saling menghormati dan bertegur sapa antara satu sama lain dapat mewujudkan suasana yang tenang dan aman.Dalam mewujudkan suasana yang tenang dan aman ini setiap jiran harus mempunyai sikap keprihatinan dan kesepakatan antara jiran tentangga.Sikap ini akan melahirkan ketenangan,kedamaian dan kasih sayang sesama jiran. Sebab semangat kejiranan mengeratkan hubungan antara kaum kerana memupuk sikap kerjasama.Semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk sikap kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang kaum.Penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktviti yang diadakan di kawasan kejiranan dapat mempertemukan semua jiran untuk saling membantu tanpa membezakan warna kulit,bangsa dan kepercayaan.Penglibatan dalam aktiviti kejiranan ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara jiran. Sikap anggota masyarakat yang menyebabkan semangat kejiranan semakin dilupakan adalah sibuk dengan kerjaya.Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan semangat kejiranan.Kos sara hidup yang tinggi dan tekanan hidup dunia moden sering memaksa anggota masyarakat untuk bekerja sepanjang hari.Hal ini menyebabkan mereka tiada masa terluang untuk bergaul dengan jiran tertangga.
51
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Sikap anggota masyarakat yang menyebabkan semangat kejiranan semakin dilupakan adalah menghabiskan masa dengan peralatan elektronik.Setiap masa terluang atau pada hujung minggu,anggota masyarakat kini lebih suka berehat di rumah bersama pelbagai peralatan elektronik seperti telefon pintar,gajet dan komputer riba.Dalam hal ini mereka akan menggunakan masa tersebut untuk bersembang di alam maya menerusi aplikasi Facebook,Whatsapp,Twitter dan Telegram.Hal ini menyebabkan anggota masyarakat merasakan tidak perlu keluar rumah untuk berjumpa dan bergaul dengan jiran tetangga. Kesimpulannya,kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur,jantina,bangsa dan agama.Hubungan era tantara jiran dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti.
52
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 26 : Semangat kejiranan semakin tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia.Jika perkara ini dibiarkan berterusan akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan. (LP Teks M/S 165) Dalam era globalisasi ini dapat dilihat semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin kurang dititikberatkan.Situasi ini akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Sebab semangat kejiranan tidak diamalkan kerana masyarakat sekarang sibuk dengan urusan masing-masing.Masyarakat sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan aktiviti sekolah sehingga masa untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga semakin terbatas.Pelajar pada masa kini juga dilihat banyak menghabiskan masa di sekolah dan kelas tambahan sehingga membataskan pergaulan mereka.Kesibukan dengan tugas masing-masing menyebabkan mereka tidak mengambil berat tentang hubungan sesama jiran tetangga sehingga tidak mengenali siapa jiran mereka. Sebab semangat kejiranan tidak diamalkan kerana perkembangan teknologi moden.Masyarakat kini lebih suka menghabiskan masa lapang dengan menggunakan peralatan elektronik seperti telefon pintar,gajet dan permainan video.Mereka akan terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut yang tidak memerlukan mereka keluar rumah menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan.Keadaan ini akan menyebabkan mereka hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah,sebaliknya hanya mampu berinteraksi melalui teknologi. Sebab semangat kejiranan tidak diamalkan kerana perubahan gaya hidup.Budaya kunjung-mengunjungi dan mengenali jiran tetangga khususnya pada musim perayaan juga semakin kurang diamalkan.Pada hujung minggu pula mereka lebih suka berehat di rumah atau keluar beriadah bersama ahli keluarga.Hal ini menyebabkan jiran tetangga semakin tidak diperlukan dalam kehidupan anggota masyarakat. Kesan negatif tidak mengamalkan semangat kejiranan adalah meningkatknya gejala sosial.Sikap tidak mahu campur tangan urusan orang lain membuatkan masyarakat kini tidak menghiraukan gejala sosial yang berlaku di sekeliling mereka.Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak mahu menganggotai Program Rukun Tetangga bagi memastikan kawasan perumahan bebas daripada segala gejala sosial dan kejadian jenayah.Tindakan mereka ini akan menyebabkan gejala sosial terutamannya dalam kalangan remaja akan meningkat di kawasan kejiranan mereka. 53
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Kesan negatif tidak mengamalkan semangat kejiranan adalah menyukarkan usaha memupuk perpaduan.Sikap sesetengah masyarakat yang berlainan kaum yang menganggap mereka sahaja yang terbaik menyebabkan mereka tidak menganggap semangat kejiranan ini penting.Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara jiran yang berbilang kaum.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Kesimpulannya,semua anggota masyarakat mempunyai tugas berat dalam usaha mengekalkan semangat kejiranan di negara ini.Ketiadaan semangat kejiranan boleh menyebabkan pelbagai masalah berlaku.
54
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Soalan 27 :Penduduk bersatu,negara berdaulat.Kepentingan bersatu antara kaum dapat menjamin keharmonian negara. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh masyarakat ke arah membentuk perpaduan kaum.Jelaskan (LP Teks M/S 165) Penduduk yang bersatu padu dapat menjamin keharmonian negara.Aktiviti tertentu perlu dilakukan untuk menwujudkan perpaduan kaum. Antara kepentingan perpaduan kaum adalah dapat menjamin keamanan negara. Perpaduan menjamin keharmonian antara penduduk yang berbilang kaum.Keharmonian mampu mewujudkan keamanan dan mengelak daripada berlakunya huru-hara di dalam negara. Perpaduan juga turut mendorong rakyat untuk menghargai keamanan dan menolak sebarang usaha campur tangan asing.Hal ini akan menyebabkan keselamatan negara sentiasa terjamin dengan adanya perpaduan antara penduduk. Seterusnya,perpaduan kaum juga amat penting dalam menjamin pembangunan negara.Integrasi kaum dapat menjamin arus pembangunan negara yang baik dan stabil. Kerajaan juga berupaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap agenda pembangunan kerana keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat.Dengan ini,rakyat dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan negara kerana tidak terlibat dalam kancah rusuhan dan pertelingkahan antara kaum. Selain itu,perpaduan kaum penting dalam menjana ekonomi negara.Keamanan yang dicapai melalui perpaduan kaum mendorong kemasukan pelaburan asing dan pengaliran wang masuk ke dalam negara. Keyakinan pelancong asing terhadap keamanan negara menyebabkan industri pelancongan dan industri sokongan berkembang pesat.Peningkatan jumlah pelabur dan pelancong mampu menjana ekonomi negara. Aktiviti yang dapat membentuk perpaduan kaum ialah aktiviti bersukan.Semua kaum dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang dijalankan.Pergaulan dan hubungan secara langsung dapat mengeratkan kerjasama serta menyemarakkan semangat perpaduan lagi.Sukan MSSM dan SUKMA mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum melalui penglibatan atlet-atlet yang berbilang bangsa.Mereka dapat berkenalan antara satu sama lain dan dapat bertukar-tukar pendapat dan kemahiran dalam bidang sukan yang diceburi. Aktiviti yang dapat membentuk perpaduan kaum ialah aktiviti pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) haruslah mengambil inisiatif untuk mewajibkan pengajaran subjek yang mengandungi isu bersatu padu seperti mata pelajaran Sejarah dan 55
PENGAJIAN AM P1
SMK KANOWIT
LOCAL PUBLICATION
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah dan sekolah menengah.Aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan antara murid yang berbilang kaum di sekolah.Pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti persatuan,unit beruniform,dan sukan.Penyertaan murid yang berbilang kaum dalam aktiviti sebegini dapat memupuk perpaduan. Kesimpulannya, kita patut menjaga keamanan negara supaya dapat hidup dalam keadaan sejahtera.
56