PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL Aktiviti p&p di dalam bilik darjah dapat memupuk perpaduan di dalam bili darjah dengan adanya aktiviti yang menarik dan berkesan kepada murid-muird di dalam bilik darjah. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah ialah Pertandingan Pakaian Tradisional yang boleh dijalankan semasa mata pelajaran Pendidikan Sivik atau Bahasa Melayu yang berkaitan dengan tema perayaan pada minggu tersebut. Di Malaysia, terdapat pelbagai perayaan yang berbeza yang disambut oleh kaum yang berbeza seperti perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai. Pakaian dan perhiasan tradisional terdiri daripada pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Ini menjadikan ianya sesuatu yang unik dan tersendiri kerana pada masa kini, masyarakat Malaysia sama ada Cina, Melayu, India atau kaum lain dapat memakai dan memperagakan perhiasan tradisional ini tanpa mengira kaum. Keunikan budaya berpakaian masyrakat Malaysia ini jelas terserlah dari segi budaya persekitaran yang dimainkan peranan oleh orang dewasa melalui pemakaian mereka yang pelbagai bangsa dan kaum. Ini menunjukkan kita dapat hidup bersatu padu dalam sebuah masyarakat majmuk hanya melalui penyatuan pada pakaian. Oleh itu, aktiviti pertandingan pakaian tradisional juga boleh diadakan di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, setiap murid dapat berkongsi adat-adat yang diamalkan di dalam kaum masing-masing di samping memperkenalkan pakaian yang terdapat dalam kaum mereka kepada rakan-rakan yang lain. Melalui cara ini, murid-murid yang lain dapat mengetahui dan mengenal budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Selain itu, melalui cara ini setiap murid akan lebih menghargai keunikan dan adat-adat yang terdapat dalam kaum sendiri. Hal ini kerana, generasi muda pada masa kini semakin melupakan adat-adat dan budaya yang terdapat dalam kaum sendiri malah mengamalkan budaya barat yang bertentangan dengan adat dan budaya kaum sendiri terutama dari segi pemakaian. Di samping itu, dalam aktiviti pertandingan pakaian tradisional, makanan tradisional dalam kaum masing-masing juga boleh dibawa semasa aktiviti ini. Makanan yang dibawa juga mestilah berkaitan dengan tema perayaan. Misalnya, murid-murid boleh membawa kuih-muih yang dihidangkan semasa perayaan masing-masing. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman juga turut menyatakan, makanan pelbagai citarasa yang dinikmati rakyat Malaysia mencerminkan kumpulan etnik dan budaya yang terdapat di dalam negara ini. Oleh itu, jelas menunjukkan makanan merupakan salah satu cermin bagi setiap etnik atau kaum di Malaysia dan seterusnya dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan murid-murid semasa pertandingan pakaian tradisional ini diadakan. Justeru, peserta-peserta bagi pertandingan tradisional akan
memperkenalkan juga makanan bagi kaum mereka di samping pakaian tradional yang mereka pakai bagi kaum mereka pada hari perayaan masing-masing. Aktiviti pertandingan tradisional ini juga dapat menggalakkan interaksi antara rakan sebaya di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti soal-jawab yang boleh diadakan semasa aktiviti ini dijalankan, setiap murid akan dapat berkongsi budaya kaum sendiri dan seterusnya dapat mengetahui budaya kaum sendiri seterusnya dapat menimbulkan rasa cinta akan budaya kaum masing-masing. Oleh itu, untuk mengetahui pemenang bagi pertandingan ini, guru boleh mengadili mereka dengan kriteria seperti pengetahuan mereka mengenai budaya dan adat mereka mengenai kaum mereka. Jika guru kurang mengetahui adat dan budaya bagi kaum lain, guru boleh meminta bantuan guru lain dari kaum tersebut bagi membantu mengadili pertandingan ini. Natijahnya, aktiviti ini akan menimbulkan perasaan hormatmenghormati dalam kalangan murid-murid mengenai budaya kaum lain supaya tidak timbul pergaduhan atau perkauman dalam kalangan murid-murid di sekolah. Oleh itu, melalui aktiviti ini, penerapan nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid.