Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) 1 cawan mentega ¾ cawan gula kastor 3 biji telur ¼ cawan susu pekat ¼ cawan serikaya 1½ cawan tepung gandum 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil vanila Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran Cara membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. 3. Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan. 4. Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. * Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.
Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Sumber :Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn) Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek 1 cawan butter 3/4 cawan gula castor 3 biji telur gred B 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak) 1 sdb baking powder (ayak) 1 sdt esen vanilla 3 sdb susu pekat manis 2 sdb serbuk koko. (guna loyang saiz 6@7) Nampak moist tekstur kek marble ni kann.. Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan 1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. 2. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan. 3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko. 4. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak. 5. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga. 6. Ulang hingga habis adunan tersebut. 7. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
8. Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.Gunakan api atas dan bawah.(Sebaiknya juga ikut kepanasan oven masing-masing ya). Step by Step buat Kek Marble Moist Sukatan Cawan Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu adunan yang asal, adunan kedua pula yang sudah dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan satu senduk/sudu besar adunan asal kemudian diikuti satu senduk adunan yang mengandungi serbuk koko tadi.Tak payah gaul atau ratakan, biarkan je.Buat step ni sehingga selesai.
Ini hasilnya bila kita dah masukkan semua adunan tadi
Baki adunan dengan serbuk koko tadi letakkan sedikit di atas permukaan adunan
kemudian, lorekkan dengan lidi mengikut corak yang disukai.
Ini hasilnya selepas di bakar:) Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Resepi dari Rozmaliza Omar Sumber: Azlina Ina Bahan-bahan:1 1/2 ketul butter (SCS) 3/4 cawan gula kastor 5 biji telur gred A 1 sudu (kecil) esen vanila 1/2 cawan susu pekat 2 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu (kecil) baking powder 3 sudu (besar) serbuk koko Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan 1. Masukkan Gula,butter,esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit. 3. Kemudian masukkan susu dan putar sebati. 4. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko. 6. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis. 7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama.
8. Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
kek marble hasil resepi Azlina Ina yang dibuat oleh Rozmaliza Omar (fb) Harapnya kepada readers yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehlah cuba buat sendiri kat rumah ya.Kalau ikutkan, banyak versi resepi kek marble yang kita boleh jumpa khasnya kalau kita google dalam internet, pilihan di tangan anda.Kalau pertama kali kita mencuba sesuatu resepi, kita kena rajin dapatkan banyak tips dan info berkaitan pembuatan kek marble supaya kita dapat menyediakan kek yang betul dan sedap, yang penting tidak membazir:)
!
Wah2!...panjang lebar pulak coretanku hari nih...heheh...jom kita semak resepinya ye...jika berminat, boleh lah try... tak berminat, cuci2 mata jelah ye...terima kasih byk2 krn sudi singgah ke teratak buruk hamba ni...
Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5") 5 biji telur A (dari peti ais) 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali) 150 ml susu cair 180g gula halus 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1/4 sudu kecil garam 125 ml minyak jagung perisa dan pewarna : coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren pes pandan / pandan emulco pes bluberi + pewarna ungu pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink perisa esen vanilla
Cara-cara : Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas) Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja) Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam) Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.
KEK MARBLE SUSU OLEH : SURIANTI RAMLI BAHAN-BAHAN : 1 KETUL BUTTER (SUE GUNA PURE BUTTER ANCHOR) 3/4 CAWAN GULA KASTOR 1/2 CAWAN SUSU PEKAT 4 BIJI TELUR (SUE GUNA SAIZ A) 2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM * 1 SK BAKING POWDER
* 2 SB SERBUK KOKO BAHAN BERTANDA * DISATUKAN DAN DIAYAK CARA PENYEDIAAN : -PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG DAN PUTIH. -MASUKKAN SUSU PEKAT. -MASUKKAN TELUR SATU DEMI SATU SAMBIL DIPUKUL LAGI. -MASUKKAN BAHAN AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN KAEDAH KACAU SECARA KAUP BALIK HINGGA SEBATI. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA DUA BAHAGIAN , SATU PADA WARNA ASAL DAN SATU LAGI DICAMPUR SERBUK KOKO. – PANASKAN OVEN TERLEBIH DAHULU,
GRIS KESELURUHAN LOYANG BULAT BERSAIZ 8INCI, ALAS LOYANG DENGAN BAKING PAPER DAN GRIS SEKALI LAGI . -MASUKKAN ADUNAN KE BAHAGIAN TENGAH LOYANG BERSELANG SELI HINGGA HABIS. TAK PERLU RATAKAN KERANA ADUNAN AKAN SENDIRI MEREBAK KE BAHAGIAN TEPI MEMENUHI LOYANG. HENTAKKAN LOYANG 2 ATAU 3 KALI DAN BOLEH DIBAKAR HINGGA MASAK MENGIKUT OVEN MASING-MASING.
(OVEN SUE SUHUNYA 160' C SELAMA 50 MINIT) NOTA : -WAKTU PEMBAKARAN DAN SUHU ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP JENIS OVEN. - SUKATAN DI ATAS ADALAH SEPENUHNYA MENGGUNAKAN CAWAN DAN SUDU METRIK .