Minggu lepas ketika membeli belah barangan dapur, saya ternampak bungkusan roti pita di celahan rak-rak roti. Terbayangkan kebab yang kat pasar malam tu tapi mengenangkan pasar malam kat area umah saya baru lepas hari yang sebelumnya, maka datanglah idea nak buat kebab sendiri. Ni dia roti pita yang saya maksudkan...
Roti Pita Gandum
Roti tu saya belah dua dan bakar sekejap atas kuali leper. So macam ni lah rupanya roti yang dah dibakar...
Rupa roti pita selepas di bakar
Lepas tu, saya siapkan pula intinya. Ni resepi yang saya guna : Bahan inti : 1 ulas bawang merah (dimayang) 1 ulas bawang putih (dimayang) 3 keping daging burger (dicincang - saya guna ayam) 250g daging ayam cincang sedikit rempah kari sedikit garam sedikit serbuk perasa sedikit lada sulah
Bahan sayur : setengah batang timun - disagat setengah batang lobak merah - disagat Caranya : 1. Tumis bawang putih + merah hingga agak garing. Masukkan sedikit rempah kari. 2. Setelah naik bau, masukkan daging cincang bersama daging burger yang telah dicincang tadi. 3. Masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah. Goreng sehingga daging masak. 4. Campurkan dengan sayur-sayuran tadi. Inilah rupanya inti yang telah digaulkan dengan sayur-sayuran tadi...
Setelah itu, bolehlah inti tadi disumbat ke dalam roti tadi. Sebelum masukkan inti, lapiskan dengan sos cili dan mayonis dan ulang semula selepas inti dimasukkan.
Inilah hasilnya. Selamat mencuba!