Kek Lapis Evergreen Kukus resepi: DayangJack@DapurkuSayang Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci) Lapisan Hijau 10 biji kuning telur A 225g mentega berkualiti tinggi 1/3 cawan gula halus 1/4 tin susu pekat manis 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar) 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat) 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan) Lapisan Putih : 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak) 225g mentega berkualiti tinggi 10 biji putih telur A 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa) 1/2 tin susu pekat manis Cara-cara Lapisan Hijau : Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6) Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna. Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas. ***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih) ***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama ***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5" Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/05/kek-lapis-evergreenkukus.html#ixzz2ON1kAHD0
Kek Lapis Tembikai Bahan-bahan ( tidak terhad ) 10 bj Telur 16oz Butter (sy guna golden churn butter) 200gm Gula halus (kalau x nak manis bole kurangkan) 300gm Tepung Hong Kong (tepung gandum pun bole) 1 tin kecil Seri Kaya 1 tin kecil Susu Manis 1 paket Serbuk Santan (50gm) 1 botol Chocolate Chips (utk di jadikan biji Tembikai) 1 sd mkn Ovallate 1 sd kecil Esen Vanilla Sedikit pewarna Hijau, Kuning & Merah Cara-cara 1. Pukul butter dan susu manis sehingga putih dan kembang. ketepikan. 2. Di tempat yg berasingan, pukul telur, ovallete, gula halus dan esen vanilla hingga sebati. 3. Satukan kedua2 adunan butter tadi dan telur. Pukul hingga betul2 sebati yer.. 4. Masukkan seri kaya dan serbuk santan, pukul hingga adunan sebati. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga betul2 sebati. 6. Selepas itu, adunan di bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan 1 (letak warna hijau), sebanyak 3 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 6 senduk utk lapisan hijau. Adunan 2 (letak wana kuning), sebanyak 2 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 4 senduk utk lapisan kuning. Adunan selebihnya letak warna merah, setiap lapisan 2 senduk. adunan di habiskan utk adunan warna merah. 7. Lapiskan adunan hijau dulu, bila masak buat lah begitu sehingga adunan seterusnya. warna hijau sebanyak 3 lapisan. 8. Kemudian lapiskan adunan kuning, sehingga lapis ke dua.
9. Akhir sekali lapiskan adunan merah, bakar berlapis2. Setiap lapisan di taburkan chocolate chips. Buatlah sehingga adunan habis.
Kek Lapis Asam Manis Kukus bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5) 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali 4 biji telur A (sejuk) 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis) 4 sb susu pekat manis 1 sb ovalette 2 sb horlicks - optional 125 ml susu segar (sejuk) 1 sk esen vanilla 80 ml minyak jagung kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen) sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok) Cara-cara : Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak
sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
KEK LAPIS HORLICKS-MILO Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 oz mentega 220 gm gula kaster ( blh gunakan 200 gm)240 gm tepung gandum (blh gunakan tepung Hong Kong) 200 gm Horlicks (blh gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)1 tin susu pekat (397gm) Cara:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.