BLUEBERRY CHEESE(http://rozzan.blogspot.com/search/label/KEK-KEK%20LAPIS) Bahan-Bahan 450 gm mentega 250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft) 1 sudu makan ovalette 170 gm gula halus 10 biji telur 1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis 300 gm tepung Hong Kong 100 gm Horlick 250 gm blueberry pie filling 1 sudu teh esen blueberry (optional) sedikit pewarna ungu Cara : 1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. 2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. 3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. 4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar. 5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata. 6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu. 7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. 8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi. 9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan. Nota: Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE Bahan-Bahan 450 gm mentega 250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft) 1 sudu makan ovalette 150 gm gula halus 10 biji telur 1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis 300 gm tepung Hong Kong 100 gm Horlick 180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis) 1 sudu teh esen strawberry sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk) Cara : 1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. 2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. 3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. 4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar. 5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata. 6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah. 7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. 8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi. 9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan. Nota: Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
KEK LAPIS OREO Bahan-Bahan 10 biji telur (saiz besar) 500 gm mentega 200 gm gula halus 300 gm susu manis 100 gm keju cheddar, diparut (optional) 50 gm horlicks 50 gm santan serbuk (peket) 100 gm biskut Marie (ditumbuk halus) 180 gm tpg Hong Kong 1 sudu teh serbuk vanilli 1 sudu teh pes pandan (optional) secukup biskut Oreo (dibuang krimnya) pewarna hijau dan merah Cara: 1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang. 2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati. 3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus. 4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan. 5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian: a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional) b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal) 6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius. 7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit). 8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit) 9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai. Nota: 1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai. 2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya. 3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk
MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE Sumber: Rohayah Bahan A 180 gram mentega 20 gram serbuk koko, diayak 170 gram gula kaster 3 biji telur 120 gram tepung naik sendiri, diayak 1 sudu teh baking powder, diayak Bahan B 250 gram krim keju 60 gram gula kaster 1 sudu teh esen vanilla 1 biji telur Cara: Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
Bahan-bahannya: 10 biji telur 150gm gula halus 2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm) 1 sudu ovallette 100gm horlick 450gm mentega 1 tin susu pekat manis 250gm cream cheese chocolate chips Cara: 1) Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat. 2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian. (a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan. (b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan. (c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips) Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.
Nota: Untuk melihat camner rupa kek lapis tembikai ni, cuba lihat di sini http://keklapisswk.blogspot.com/ . Buat ju dan mereka2 yg sedang dan masih menantikan empunya blog memberikan resipi kek lapis tembikai tu, mungkin anda boleh cuba resipi dari Iena18 ini ya!!