Kek Lapis Horlicks Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 oz mentega 220 gm gula kaster 240 gm tepung gandum (saya gunakan tpg HK) 200 gm Horlicks 1 tin susu pekat (397gm) Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung dan horlicks. Kacau/gaul ratarata. Bakar dgn suhu abt 200 darjah Celsius (api grill je) selapis-selapis hingga selesai.
KEK LAPIS EVERGREEN Bahan-Bahan 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 gelas tpg gandum (I based on 120 gm) 1 gelas gula kasar (I based on 240 gm) 1 botol kecil pandan paste 1 tin susu pekat (kecil) 1 tin sekaya (sama sukatan susu) 1 peket santan serbuk sedikit vanilli CARA:PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG. LEPAS ITU, MASUKKAN TELUR SATUPERSATU HINGGA HABIS.MASUKKAN SUSU, SEKAYA, PASTA PANDAN DAN SERBUK SANTAN KE DALAM ADUNAN TADI. GAUL SEBATI. TERAKHIR, MASUKKAN VANILIN DAN TEPUNG GANDUM. GAUL HINGGA SEBATI. SEDIAKAN LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN SEDIKIT MENTEGA DI SEKELILINGNYA. LAPIS SETIAP LAPISAN ADALAH MENGIKUT SUKATAN 1 CAWAN KOPI BAGI SETIAP LAPISAN. BAKAR LAPISAN PERTAMA DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS. BEGITULAH SEHINGGA ADUNAN HABIS. SETELAH HABIS ADUNAN DILAPIS, BAKAR SEKEJAP DENGAN MENGGUNAKAN API ATAS SEHINGGA KECOKLATAN DAN FINALLY BARULAH DIPASANG API BAWAH BAGI MENGEMBANGKAN LAGI ISI KEK ITU NANTI.
Nota: Peraturan ini 'wholesale' dari yg empunya resipi. Saya akan cuba ubahsuaikan dgn cara saya sendiri later, Insya'allah.
KEK LAPIS HORLICKS-MILO Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 oz mentega 220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm) 240 gm tepung gandum (saya gunakan tepung Hong Kong) 200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo) 1 tin susu pekat (397gm) Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.
Bahan A 20 biji kuning telur 6 biji putih telur 200 gm gula kaster 50 gm tepung roti tunjuk (biskut jejari) 150 g tepung hong kong 1 sudu makan ovellete Coklat rice Pewarna hijau Pewarna kuning Pewarna merah Bahan B 450 gm mentega 4 sudu makan susu pekat 1 tin kecil serikaya Cara 1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga putih. 2. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian (a) pewama hijau. (b) pewarna kuning. (c) pewarna merah. 3. Bakar adunan kuning sebanyak 3 lapis. Diikuti dengan adunan hijau sebanyak 3 lapis. 4. Kemudian masukkan 5 sudu makan adunan merah dan ratakan. Taburkan sedikit coklat rice. Bakar. 5. Lakukan proses yang sama pada adunan merah sebanyak lapan lapisan atau sehingga habis. 6. Lapiskan pula adunan kuning sebanyak 3 lapis dan diikuti pula lapisan hijau sebanyak 3 lapis.
BISKUT GAJUS
250g mentega 100g tepung jagung 100g Top flour 225 tepung gandum 100g icing sugar 1 biji kuning telur 60g gajus, dibakar dan di kisar 1 biji kuning telur untuk di sapu diatas telur secukup kacang gajus untuk hiasa 1/2 sudu teh vanilla essence
Gaul rata mentega, telur, icing sugar, vanilla dan gajus kisar. Masukkan ketiga-tiga jenis tepung yang sudah diayak dan kacau lagi sehingga menjadi doh yang lembut. Citak mengikut citarasa anda Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan hiaslah dengan sebiji gajus diatasnya. Bakar sehingga kuning dan masak.
Kek Lapis Tembikai
[email protected] Cantik, sedap & Mudah
Created on : 16-10-2008
Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" ) • • • • • • • • • • •
10 Biji Telur 500gm Mentega 1 gelas gula 3 gelas tepung 1 gelas horlicks 1/2 tin susu pekat 1 tin kecil sri kaya 1 sudu makan perasa tembikai Pewarna merah Pandan paste Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya
Cara-cara 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Gula + mentega di pukul hingga kembang Masukkan telur satu persatu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata. masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi. masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah 7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah. 8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.
KEK BUAH LEMBAB Submitted by deidadeida on Tue, 10/28/2008 - 09:23.
Lagi kek buah.. kali ni SL guna resipi Diana lak.. tapi amik dari blog chetam. memang best la resipi ni. manis ok, tapi dah biar semalaman, makin terasa manis lak.. pas tu kek naik gebu je. SL buat separuh adunan dari resipi asal dan SL guna loyang 7". Resipi Kopipes je.. Sumber: Diana Bahan-bahan: 250gm butter 300gm tepung gandum 200gm mixfruits 1 cawan gula halus 3 biji telur 1 sudu teh bicarbonate of soda 1 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat x letak Untuk Gula Hangus 1 cawan gula suku cawan air Cara membuatnya: - Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. - Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. - Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus. - Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan. - Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. - Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati. - Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. - Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.
- Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega. - Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. - Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati. - Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. - Masukkan sedikit demi sedikit air dan kacau gula sehingga ia larut. - Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. - Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri. - Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus. - Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu
Resepi kek buah ni khas buat Kak Lina dan kawan-kawan, dah lama Kak Lina minta sekarang baru na kasi. Kat atas tu na abadikan sekali gambar kek yang na buat anak Kak Fatimah. Kalau Kak lina ada dia bagi link ni sekali kat Kak Fatimah. Kepada sesiapa yang terasa nak makan kek buah yang sedap boleh cuba resepi ni...na kek ni memang sedap dan lembab aje. Tak rugi mencuba...baru pertama kali na buat ikut resepi ni ternyata tidak menghampakan.
Bahan-bahannya 600 gram tepung gandum 300 gram gula halus 5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji) 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS (na pakai butter) 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran 2 sudu teh bicarbonate of soda 1 1/2 sudu teh cream of tartar (na tak letak) 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat (na tak letak) 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus kertas kuih aluminium foil Cara-caranya 1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus. 2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan. 3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati. 4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega. 5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri. 7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buahbuahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus. 8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.
KEK LAPIS PELANGI SENJA
Bahan-Bahan 27 biji kuning telur 480 gm mentega 230 gm gula kaster 160 gm tepung gandum 1 sudu makan penstabil 4 sudu makan susu pekat manis 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh serbuk penaik coklat cip secukupnya pewarna merah, hijau dan kuning Cara 1. Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. 2. Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata. 3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning. 4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit. 5. Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4. 6. Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan. 7. Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.
VANILLA SPONGE Bahan-bahan: 120gm gula castor 120gm tepung gandum 4 biji telur Grade B 10gm super sponge or ovalette 20gm air 20gm minyak jagung or butter dicairkan 1 st esen vanilla Cara-cara: 1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air. 2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit. 3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata. 4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.
Chocolate Sponge Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco.
Devil’s Food Cake [chempaka_ku] Bahan: 1 1/3 cups plain flour - Yume pakai tepung blue key ~ superfine (Sebab tepung biasa tak de) 2/3 cup cocoa powder - Yume pakai 3 sudu serbuk koko + 1sd teh emulco 1 teaspoon bicarbonate of soda
1 cup caster sugar 2 eggs, lightly beaten 1 cup buttermilk (or skim milk) - Yume pakai susu cair F&N 1 teaspoon vanilla essence 125g unsalted butter, softened
1 cup cream, whipped - make sure cream benar-benar sejuk sebelum dipukul.
60g white chocolate, coarsely chopped
Feathered icing 60g unsalted butter 60g dark chocolate - Combine butter and chocolate in small pan; stir over a low heat until melted; remove from heat. Cool. Buat ni apabila nak arrange cake. Cara: 1. Preheat oven to 180C. Brush a deep 20cm round tin with melted butter or oil, line base and side with paper, grease paper. 2. Sift flour, cocoa and soda into a large mixing bowl. Add sugar. 3. Pour the combined eggs, buttermilk, essence and butter onto dry ingredients, beat on low speed for 3 minutes or until just moistened. 4. Beat the mixture on high speed for 5 minutes or until mixture is free of lumps and increased in volume. Pour mixture into prepared tin, smooth the surface. Bake 40 to 50 minutes or until skewer comes out clean when inserted in centre of cake. Leave cake in tin for 15 minutes before turning onto wire rack to cool. 5. Cut the dome off the cake to level the surface. Cut cake in half horizontally. Spread whipped cream over half of the cake from which dome was sliced. Sandwich with the other layer. Spread icing over top using flat-bladed knife. Melt white chocolate (double boiler). Cool slightly. 6. White chocolate buat design atas dark chocolate tadi
KEK COKLAT SRI CAIRO Gandum - 2 Mug
Gula - 3/4 Mug (mesin halus) Corona - 1 Kotak (kalau Koko Timbang Setengah Mug Sahaja) Susu Nido - 1 Paket Kecil Backing Powder - Setengah Paket Kecil Soda - 1 Sudu Teh Telur - 3 Biji Minyak 3/4 Mug Air Suam - 1 Mug
########################################## -RICH CHOCOLATE MOIST CAKE -{Kak NorHannah}
6 oz butter (170.1gm) 14 oz gula castor (396.9 gm)1 1/2cwn 3 biji telur ayam BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA: 1 sudu teh NESCAFE 1 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA: 8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) 2cwn 2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm) 1/2 cwn 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh soda bicarbonate 1 1/2 sudu teh baking powder 7 oz air sejuk - air dlm peti ais 1 3/4 cwn CARA MEMBUATNYA: 1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2. 4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker. Inilah cara yang kak hannah ajarkan pada kak salasi tempuhari... Sesiapa tak faham, sila kak hannah... 5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit. 7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
UNTUK LEBIH MOIST - SILA KUKUS SAHAJA SELAMA 1 1/2 JAM DAN TUTUP LOYANG DENGAN FOIL BAHAN2 ICING: 1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis sgt 1 sudu teh esen vanila 1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah 1/3 cawan serbuk koko sedikit garam CARA MEMBUAT ICING: (sentiasa kacau sehingga selesai) 1. Campurkan susu, koko dan minyak. 2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan 3. Masukkan garam dan vanila. 4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia. 5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.
##########################################
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE { modife Dari Kak Azah}
200 gm butter 400 gm gula 4 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA: (Bahan A)
1/2 sudu teh NESCAFE 65 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA (Bahan B) 100 gm tepung HIGH PROTEIN 130 gm tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate 1 1/2 sudu teh baking powder
1 cawan air atau susu segar (ikut kesukaan masing2)
CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. 3. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam adunan. 5. Masukkan Bahan A dan kacau rata. 6. Masukkan air dan kacau lagi. 7. Bakar dengan suhu 170C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak. 8. Saya menggunakan kaedah "steam bake", dan boleh juga dikukus.
BAHAN2 ICING: 1 tin susu pekat 1 sudu teh esen vanila 1/2 cawan minyak jagung 1/3 cawan serbuk koko sedikit garam CARA MEMBUAT ICING:
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat. 3. Masukkan garam dan vanila. 4. Tuangkan ke atas kek rata2
Chocolate Moist Cake 50 gm coco powder 3/4 tsp nescafe 1/2 tsp coffee esen 1/2 tsp chocolate paste/emulco/compound 350 ml air sejuk (Campur semua bahan dan tapis. Letak dalam peti ais 10 minit) 300 gm tepung superfine 1 1/2 tsp b.powder 3/4 tsp bikarbonat soda (ayak 3 kali) 200 gm butter 350 gm gula kastor 1/2 tsp glycerine 5 eggs Putar mentega dan gula kastor sampai gebu. Masukan telor satu-persatu sehingga habis. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan bancuhan koko sehingga habis. Tuang dalam acuan 9" x 9" yang dialas kertas dan disapu butter. Bakar 40-50 minit. Chocolate Fudge 160 gm gula kastor 45 gm tpg jagung 30 gm coco powder 1/4 tsp salt 1 tsp nescafe 2 egg yolk 125 ml air sejuk 250 ml susu cair (ideal/carnation) 50 gm butter (2 sd makan) Campur semua bahan diatas kecuali butter......kacau secara double boilder sampai pekat. Kemudian masukkan butter. Kepekatan adunan mestilah seperti membuat kuih cara. Belah kek secara melintang dan sapu chocolate fudge ini. Tangkupkan kek. Sapu baki chocolate fudge. Perhatian/Nota: Sekiranya tidak menyediakan chocolate fudge (topping) boleh gantikan 350 ml air sejuk kpd 350 ml susu cair (untuk adunan kek). Sekiranya tidak memasukan coffee esen /coklat paste/glycerine tidak akan menjejaskan texture kek.
##########################################
KEK COKLAT WALNUT
Bahan 230 gm butter 300 gm gula kastor atau gula perang 1 s/k esen vanilla 3 biji telur 1/2 cawan serbuk koko ] 1 cawan air panas suam ] bancuh 235 gm tepung naik sendiri ] 1 s/k soda bikarbonat ] ayakkan 1/2 s/k garam 1/2 cawan walnut cincang Cara 1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang dan gebu. 2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla juga. Kacau rata lagi. 3. Masukkan tepung,garam berselang seli dengan air koko. 4. Gaulkan rata dan masukkan walnut. 5. Sapukan amjerin dalam loyang dan taburkan juga tepung [supaya kek tidak lekat pada dasar loyang]. 6. Masukkan adunan dan bakar dalam suhu 180'C selama 1 jam. 7. Sejukkan dan baru hiaskan dengan icing coklat. ICING COKLAT bahan 150 gm coklat cooking 3 s/b whipping cream atau fresh cream 3 s/b butter Cara 1. Masukkan coklat dan fresh cream dalam bekas double boil. 2. Masakkan dengan api perlahan. 3. Bila coklat dah cair tutup api. 4. Angkat dari api dan masukkan butter. Kacau rata. 5. Curahkan perlahan2 atas kek yg telah sejuk dan hiaslah ikut kretibiti sendiri.
##########################################
KEK COKLAT KUKUS LIZA Bahan A 220 gm tepung gandum 1 s/k baking powder 1/2 s/k soda bikarbonat 50 gm serbuk koko 180 gm gula perang Bahan B 2 biji telur 1 s/k esen vanila Bahan C 200 ml susu cair 200 ml minyak mazola 200 mi air panas Cara 1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata. 2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata. 3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata. 4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam. 6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek. 7. Hiaskan dengan cream coklat.
Cream Coklat Bahan 300 gm coklat masakan [potong kecil] 50 gm fresh cream Cara. 1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling. 2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api. 3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk 4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.
##########################################
Resepi mousse Chocolate cake. (speed cari.com)
Bahan2 625 gm Cooking Chocolate 225 gm Marjerin/butter 325 Tepung Naik sendiri 500 ml air sejuk secubit garam 250 gm gula - boleh kurangkan gula kalu tak suka manis sgt 3 biji telur. Cara-caranya:Masak coklat bersama marjerin hingga cair masukkan air sejuk dan kacau sehingga rata. Biarkan ia sejuk. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang. Masukkan garam. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan coklat tadi berselang seli. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 45 minit/sehingga masak. Anda akan dapat sebuah kek coklat yang teramatlah lazatnya.
##########################################
Rich Chocolate Moist Cake 200g butter 300g gula castor 3 biji telur ayam 200ml air sejuk (air dr peti ais) bahan dibancuh bersama 1 sudu teh nescafe 1 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh chocolate/coffee Emulco bahan diayak bersama 230g tepung gandum 80g serbuk koko
1/2 sudu teh garam 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder cara: 1. pukul butter dan gula hingga kembang dengan menggunakan mixer, masukkan telur satu persatu. 2. masukkan campuran nescafe dan esen tadi. 3. masukkan tepung yg diayak bersama tadi ke dalam adunan berselang seli dengan air sejuk, kacau sehala dengan menggunakan senduk kayu. 4. tuang dalam acuan yg telah dilapis dgn kertas minnyak dan sapu dgn butter. 5. tutup acuan dgn aluminium foil, kukus selama 1 jam. 6. bila sudah angkat dr loyang, sejukkan sebelum letak topping.
##########################################
KEK COKLAT KUKUS BEPOB 375 GM BUTTER 2 CAWAN GULA HALUS 1 TIN SUSU CAIR 1 SUDU TEH ESEN VANILLA 4 BIJI TELOR 2 CAWAN TEPUNG GANDUM 1 CAWAN KOKO 1 SUDU TEH BAKING POWDER 1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT CARA 1. CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. 2. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. 3. SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. 4. SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, 5. KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. 6. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM. (ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)
##########################################
CHOCOLATE OIL CAKE Bahan-bahannya 2 cawan gula 3 cawan tepung serbaguna 2 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan serbuk koko 1 sudu makan chocolate emulco 2 cawan air 1 cawan minyak sayuran 1 sudu teh esen vanilla Cara-caranya Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk
koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuang dalam acuan 9 x 13 inci dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Gambar dibawah pula adalah kek yang Diana bakar menggunakan bundt pan, tetapi telah dibelah mendatar dan salutkan dengan coklat topping dan potonb bite sizes dapat 68 keping.
TOPPING COKLAT Sumber: Misleha 300GM WHIPPING CREAM 400GM CHOCOLATE Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair. Resipi nie just nice utk satu buku chocolate cake. Note : Seeloknya kalau nak sapu kek esok, hari dah kena buat toppingnya lah maka just nice pekatnya tak perlu simpan dalam freeze.
########################################## Kat sini kalau mahu mencuba kek coklat tanpa telur..klu emergancy takder telur kt umah lehlah try...
KEK COKLAT TANPA TELUR { 1 } 4 cwn Tepung gandum serbaguna (All purpose Flour) 1 cwn cocoa powder (tanpa gula) 1 cwn minyak masak (boleh juga pakai cairkan butter) 3 cwn gula 3 cwn air 3 sdt baking powder 1 sdt garam 3 sdm vanilla essence Cara: Panaskan oven pada suhu 175 deg Celsius Ayak tepung, cocoa powder, garam dan baking powder ke dalam sebuah bekas besar dan campurkan gula.. dan gaul rata. Campurkan minyak, air dan vanilla essence dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang pembakar yg telah di minyakkan dan bakar untuk 1 jam
##########################################
KEK COKLAT TANPA TELUR { 2 } BAHAN2 Bahan A: 200 gm @ 1 cawan tepung gandum 10 gm @ 2 sudu teh serbuk penaik 5 gm @ 1 sudu teh soda bikarbonat 60 gm @ cawan serbuk susu skim Bahan B 5 gm @ 1 sudu teh serbuk kopi segera atau nescafe 140 gm @ cawan gula kastor 25 gm @ 2 sudu besar madu 150 ml @ 4/5 cawan air panas
Bahan C 180 gm @ cawan marjerin 5 ml @ 1 sudu teh esen vanilla 30 gm @ 3 sudu besar serbuk koko CARA2 1.ayak bahan A dan ketepikan 2.campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut biarkan sejuk 3.pukul marjerin, esen vanilla dan serbuk koko (bahan C) sehingga berkrim dgn pengadun elektrik 4.masukkan pulak sebahagian bahan A ke dlm campuran bahan C ( Cuma sebahagian je jgn abis kan semua) . dan bancuh jugak gunakan pemutar elektrik tu 5.kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh juga (separuh je;jgn perabihkan terus) biar sempurna acuan tu so kena sikit2 6.ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan jadi sebati 7.curah ke dlm tin acuan empat segi( 20sm)yg telah dilapik kertas minyak 8.bakar dlm ketuar pada 1 selama 45 minit atau sehingga masa
########################################## nie plak kek coklat tanpa tepung....agak2 ada tk kek coklat tanpa coklat plak aarrr
Kek Coklat Tanpa Tepung Bahan bahan : 250gram Almond nuts 250gram caster sugar 250gram cooking chocolate 5 biji putih telur 5 biji kuning telur 175gram butter sedikit garam Camne nak masak ? 1. Rendam almond nut, kupas kulit and bakar pada suhu 180c for 20 minit. 2. Kisar halus almond nut tadi. Tapi kalau tak halus pun takpe. 3. Cairkan butter, caster sugar dan cooking coklat di atas air mendidih. 4. Masukkan kuning telur ke dalam campuran butter, gula dan cooking coklat tadi. 5. Pukul putih telur dengan sedikit gaaram sehingga kembang. PAstikan bekas digunakan untuk memukul telur tuh betul betul kering dan telur tu dipukul betul betul kembang. 6. Masukkan bancuhan kuning telur = coklat = gula = butter ke dalam putih teluryang dah kembang. 7. Panaskan ketuhar. 8. Kacau adunan hingga sebati. 9. Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. 10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selma satu jam . tapi korang jenguk jenguk laa oven tuh yer? kot kalau loyang yang jenis leper jer .. rentung pulak kek tuh kang .. jangan lupa tengok!! Petua sapu icing: Coklat, butter, air: a) Barang nak guna sikit jer.. cairkan bahan bahan kat atas di atas air mendidih .. b) Bila kek dah sejuk, sapu satu lapisan pada kek .. tak yah elok sangat pun tak pe . Sejukkan dalam fridge
c) Bila lapisan pertama dah keras. sapukan lapisan kedua. hasilnya, kek pasti licin .. cam beli kat kedai! heheh Selamat mencuba!
##########################################
KEK COKLAT SUPER GEBU
Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan serbuk koko 2 cawan gula 3/4 cawan mentega 3 biji telur 1 3/4 cawan susu UHT perasa coklat 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh esen vanilla 1/2 sudu soda bikarbonat Cara - Masukkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung dan ratakan. Kemudian masukkan serbuk koko dan kemudian susu segar. - Masukkan serbuk penaik, vanilla dan bikarbonat dan kacau hingga sebati, kemudian bakar. TOPPING 3/4 cawan serbuk chocolate 1/4 cawan susu pekat 1/2 cawan gula Masak kesemua bahan tadi di atas api yang kecil. Kacau dan kemudian ratakan di atas kek tadi..
##########################################
KEK HITAM MANIS Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum 1 cawan soft margarine 1 cawan gula 1 sudu ovellete 3 biji telur ayam 1 sudu esen vanilla 2 sudu serbuk coklat van houten Cara : Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan). Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat . Masuk adunan dalam bekas Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..
##########################################
KEK COKLAT LEMBAB
Bahan A. 1 cawan air 1 cawan coklat / koko (Van Hountan) 1/2 cawan gula halus Bahan B. 250 gm Buttercup (1 Ketul la..) 2 cawan gula halus 2 cawan tepung kek 6 biji telur ayam 1 sudu teh vanilla Cara: Bahan A. 1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk 2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat 4. Biarkan seketika Bahan B. 1. Pukul butter sama gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi.. 3. Masukkan esen vanila 4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi 5. Kacau hingga sekata 6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana
##########################################
Kek Coklat Walnut Bahan-Bahan: 145 gm mentega 185 gm gula perang 3 biji telur 30 ml trickle hitam (black trickle) 1 sudu kecil esen vanila 225 gm tepung gandum ½ sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik Sedikit garam 225 ml susu segar 57 gm coklat cair 100 gm walnut, cincang dan panggang Coklat cair dan baki walnut cincang yang dicincang lagi hingga halus (bahan hiasan) Cara : Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu hingga habis sambil dipukul. Campurkan trickle hitam serta esen kacau rata.
Kemudian campurkan pula tepung yang siap berayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan sebahagian dari walnut cincang, kacau lagi. Tuangkan coklat cair diikuti susu dan gaul hingga sebati. Isikan adunan ke dalam dua bekas pembakar yang sama besar yang telah dilenser mentega serta ditabur tepung. Bakar berasingan hingga masak. Apabila sejuk, sapu atas kek dengan coklat cair, tabur sedikit walnut cincang sandwic dengan sekeping lagi kek dan salut kek dengan lebihan coklat cair, tabur atasnya dengan walnut cincang. Hias mengikut cita rasa sendiri.
##########################################
Kek Coklat Urai Bahan-Bahan: 200 g tepung beserbuk penaik diayak Secubit garam bersama 200 g marjerin lembut 200 g gula kastor 4 biji telur ayam 1 camca teh serbuk penaik ½ camca teh esen vanila 60 g coklat urai (chocolate rice) Cara : Satukan kesemua bahan kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Masukkan coklat urai. Tuangkan adunan terus ke dalam tin pembakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15-20 minit.
##########################################
KEK COKLAT BUTTER Bahan-Bahan: 5 biji telur ayam 1 ¼ butter 11 oz tepung gandum (diayak) 500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak) 3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung) 350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila 1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung 2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung Cara : Pukul butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.
Brownies
**GAMBAR & RESEPI DR KAK MAS CARI.COM.MY** BROWNIES
A/ 150gm unsalted/salted butter 220gm cooking chocolate B/Gaul 260gm brown sugar (tak nak manis boleh kurang pada 240g) 2 telur besar 100g fresh milk 1tsp esen vanilla C/Ayak 220gm tepung gandum 50gm serbuk cocoa 1 tsp baking powder 1/2tsp baking soda 150gm walnut/pecan/almond/macadamia (optional)
Cara 1. Ayak C. Jika bubuh kacang, gaul dalam tepung yg dah diayak. Masukkan dalam mangkuk. 2. Potong kecik2 A-butter dan chocolate, double boil atau cairkan dalam microwave. 3. Bahan B gaul dalam mangkuk sampai bercampur/combined (jangan pukul kuat, sekadar bercampur sahaja). 4. Bila A cair, tutup api dan tepikan dalam 2 minit. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati. 5. Tuang campuran B dan C ke dalam A tadi. Gaul guna hand whisk sampai bercampur (jangan terlebih gaul). 6. Tuang dalam bekas yang dilapik, jika mahu brownies tebal guna 9x9, brownies nipis 10x10. 7. Bakar 170C selama 55minit-1jam5minit untuk 9" dan 45-55minit utk 10". Kalau atas keras tapi dalam belum masak tutup dgn foil. 8. Atas boleh dia tuang chocolate ganache apabila brownies sejuk dan deco ikut suka. (Anak2 tak suka kacang jd no kacang) Nota: masa bakar bergantung juga pada oven masing2, mungkin lebih pendek/lebih lama. Selain tray square boleh juga guna tray rectangle. Ini gambar brownies yg dibuat 2 hari lepas, 2 resepi guna tray 11" jadi tebal, so atas tu keras (tapi no hal cover dgn chocolate topping) jd lain kali nak guna tray 12".
##############################################
**GAMBAR& RESEPI EHSAN DR 1mas2ra**
MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES 250g butter - potong kecik 400g chocolate - potong kecik 6 eggs 340g brown sugar 2tsp esen vanilla 20g chocolate emulco 80g tepung gandum 60g cocoa powder 140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan 1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. 2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit. 3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair. 4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata. 5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama. 6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven). 7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad… Nilah hasilnya setelah ditrial and tested 3 kali, 1st try, rasa okay but still cake like, 2nd try rasa okay but tak puas hati gak sebab tak dapat texture yang dense, so after the 3rd try alhamdulillah, good but if rajin nak try lagi sikittttt dense… tapi yang ni pon mas buat habis in a flash…guna 11X11 tray jadi nipis around 1” , if nak guna 10X10 akan jadi lebih tinggi dan tambah masa dalam 10-15minit masa bakar.. Tapi utk this type of brownies, it should not be too thick, kena potong pon small squares je, (jadi kedekut) bukannya apa, pasal dense and chewy and gooey, u try and u know wat I mean…ceh wah confident je….tapi please give me your so that mas boleh tahu apa yang perlu diperbaiki lagi on this recipe……. Beza dgn yang first resepi haritu ialah ada tiga bahan tak diguna iaitu fresh milk, baking powder dan baking soda…….
##############################################
Brownies Bahan-Bahan : 175 gram dark cookingchocolate,dipotong-potong 100 gram marjerin 3 biji telur 250 gram gula pasir 1/4 sudu teh garam 200 gram tepung gandum 20 gram serbuk koko 1/4 sudu teh baking powder Cara2 Membuat 1. Panasakan dark cooking chocolate dan marjerin ketepikankan. 2.Pukul telur dan gula hingga kental. 3. Masukkan tepung, cokelat, dan baking powder sambil diayak dan diaduk rata.Kemudian masukkan cooking chocolate dan marjerin tadi 4. Tuang adonan ke dalam loyang brownies 11 x 22 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas roti. 5.Bakar selama 1 jam dengan suhu 160 Celsius.
##########################################
NUT BROWNIES
Bahan A 2 cawan susu full cream suam 1 cawan butter cair 2 cawan gula perang [brown sugar] 50 gram cooking coklat
Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B 1 s/k esen vanilla
Bahan C [ayakkan] 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 s/k baking powder 1 s/k soda bikarbonat 3 s/b roasted badam cincang
Cara 1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit. 2. Cairkan cooking coklat dalam susu suam dan masukkan mentega cair. 3. Kacau semua bahan A supaya sebati. 4. Masukkan bahan B. Kacau rata. 5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati. 6. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci. 7. Bakar selama 50 minit.
KERIM COKLAT Bahan 250 gm cooking coklat 1 s/b butter/majerin 1 s/k susu cair Cara 1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil. 2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati. 3. Masukkan susu cair dan kacau lagi. 4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
BROWNIES 50 g coklat masakan, dihiris halus 110 g mentega 2 biji telur, dipukul sedikit 225 g gula pasir 50 g tepung gandum 1 camt serbuk penaik 1/4 camt garam 110 g kekacang (badam, gajus dll), dibakar & dicincang halus
Cairkan mentega dan coklat dlm mangkuk tahan panas yg diletak di atas periuk air mendidih perlahan. Angkat kemudian masukkan sema bahan lain dan ratakan di dalam tin 18 x 28 cm yg dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin (pastikan kertas di sekelilingnya setinggi 5 cm). Bakar pada 180 C selama 30-35 min atau hingga masak (jangan terlebih masa kerana ia akan mengeras semasa sejuk). Biar brownie di dalam tin selama 10 min sebelum dipotong menjadi 15 kepingan empatsegi dan diletak di atas redai
*****************************************
TIP BROWNIES 1.Kalau lebih telur,kek lebih ringan dan lebih terasa brownie . 2. kalau kurang telur , lebih padat dan kek brownie terasa lekit. 3. lebih telur dan lebih tepung dalam recipe, kek seperti terlebih tekstur brownie 4.Butter lebih dari ratio tepung, fudgier brownie 5.gula yang lebih ,lebih lekit / (macam bersakar) brownie. 6.Penggunaan chocolate bar lebih menyedapkan brownie.
MARBLE KEK
Kek Marble 1
315 gm Gula castor 380 gm Butter (biasanya saya guna brand Bonlac boleh dibeli kat Makro) 170 gm Tepung gandum 100 gm Tepung cake/superfine 6 biji Telur Grade A 1 sudu kecil Baking powder 1 sudu kecil Vanilla 3 sudu besar susu pekat Pewarna - pink, hijau & coklat paste 1. Masukkan butter, gula , baking powder & vanilla putar hingga putih/ kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. Diikuti dgn susu pekat. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4. Bahagikan kepada 4 bahagian i.e. pink, hijau, coklat & asli(vanilla)5. Masukkan dalam acuan berukuran 9" bulat atau empat segi . Bermula dgn coklat, hijau, pink dan warna asli vanilla)berselang seli, gunakan sudu dan corakkan separti marble. 5. Bakar pada suhu 175 C selama 45 - 1 jam .
Kek Marble 2 Bahan A 2 buku mentega 4 sdm susu manis 1 sdm vanilla essence Bahan B 10 biji telur ( putih dan kuning asingkan ) 16 oz gula 1 sdm ovalette 16 oz tepung naik sendiri 4 sdm koko powder Pukul semua bahan A hingga kembang dan putih. Masukkan susu dan vanilla dan pukul dgn high speed hingga kembang. Asingkan. Pukul putih telur sebentar lalu masukkan gula sikit-sikit hingga kembang. Masukkan kuning telur sikit-sikit dan ovalette sehingga kembang dan warnanya putih. Slowkan speed mesin. Campurkan bahagian A. Masukkan tepung sikit-sikit sehingga rata. Asingkan menjadi 2 bahagian yg mana satu tu untuk ditambah dgn koko. Bakar pada suhu 150OC dgn menggunakan loyang 10"x10"x3"
MARBLE KEK Sumber:Resepi dari kak Liza (cari.com.my) BAHAN: bahan A 250 gm butter 40 gm majerin 210 gm gula kastor/halus 5 biji telur ayam bahan B 230 gm tepung gandum......] 1 sudu teh baking powder....] ayak bersama 30 gm serbuk koko 80 ml susu segar/fresh milk
Cara 1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang. 2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu. 4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati. 5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan. 6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal. 7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit. 8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak. 9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang. 10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.
##########################################
Kek Marble Cik Sal Bole (CARI.COM.MY)
Bahan-bahannya : 270 gm mentega 250 gm gula halus 210 tepung gandum 1 sudu besar chocolate emulco 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla essence 7 biji telur Cara-caranya: 1. Mentega, susu dan vanilla di pukul sehingga putih & pekat dalam 1 bekas. 2. Telur, gula, baking powder, tepung gandum dan ovalette di pukul hingga pekat dan putih dalam bekas yang lain. 3. Adunan 1 & 2 dijadikan satu. Gaul rata. 4. Jadikan 2 adunan. Yang satu chocolate emulco dan yang lagi satu plain aje. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang 8' x 8' atau 9' x 9' selang seli adunan putih & cocoa. 6. Bakar adunan dengan suhu oven 160°C selama 1 jam ################################################
MARBLE CAKE BEST BAHAN A 250gm butter 1 tsp serbuk vanilla 30gm susu tepong ...Bahan2 nie dijadikan satu dan dipukul kelajuan tinggi..sampai adunan sebati dan butter berkilat...kemudian asingkan dalam bekas yang lain... BAHAN B
160gm gula kastor 7 biji kuning telor 6 biji putih telor 1 sudu makan ovalette ...masukkan bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan nie kembang..kira2 15-20 minits.. BAHAN C 200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak 200gm tepong optima (yang nie tak yah diayak) 3 sudu makan susu cair... selepas bahan2 B dipukul kembang...pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair...then...masukkan tepong-tepong tu...di pukul sebentar saja hingga sebati...then stopped the machine...masukkan bahan A dan kacau hingga rata dengan senduk kayu. ...selepas tu..bahagikan pada dua bahagian...satu bahagian add cocoa powder... ...tin pembakar digilap ngan sedikit butter....then alas ngan kertas pembakar...oven set kepanasan dia to 190 degrees...tin pembakar gunakan yang 11" x 11".....bakar selama kira2 45 minit - 1 jam...
TIP MABLE KEK Selepas satu jam...bila korang nak keluarkan kek tu and korang prasan yang bila korang angkat jer tin pembakar...kek tu macam "bergoyang-goyang" di bahagian tengah2...korang tak mo angkat dulu...bley bakar lagi selama 20-30 minit lagi...nie sebab kadang2...different oven...dia pey temperature ada lain sikit darrrr....and usually happens kalau korang pakai tin pembakar yang kecil than 11"...then bila nak pasti dah betul2 masak...korang cucuk arr ngan lidi satay tu...kalau lepas dicabut lidi tu kering...dah masak lah tu... ok selamat mencuba............ *********************************** Teknik melapisklan/buat belang apabila adunan telah dibahagi 2.. 1 warna asal dan 1 lagi di masukkan serbuk koko atau coklat emulco.. sendukkan warna koko dan letakkan ditengah acuan/loyang kek.. ambil adunan warna asal dan letakkan atas warna koko tu.. ambil lagi adunan koko dan letakkan juga atas warna asal.. buat begini sehingga adunan habis dimasukkan dalam loyang tu.. adunan tu akan bergerak ketepi apabila kita meletakkan adunan seterusnya.. ##############################################
Marbled Honey and Chocolate Cake 185g mentega 1/2 cawan brown sugar 1/4 cawan caster sugar 2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 1 1/2 cawan self-raising flour, di ayak 2/3 cawan susu (fresh)
1 sudu makan madu. 1 sudu makan cocoa, di ayak 1 sudu makan drinking chocolate,(serbuk) Cara: 1. Panaskan oven ke 180 Celcius.Sapu acuan dng minyak beserta dng tepung,guna acuan bulat 22 or 23 cm. 2. Beat mentega dan gula until light dan creamy. Masukkan telur sedikit sedikit. Add vanilla, dan pukul hingga sebati. 3. Transfer campuran mentega tadi ke mixing bowl yang besar, dan fold tepung alternately with milk. Stir until just combined. 4. Bahagi campuran tepung kepada dua; masukkan madu kepada satu bahagian dan cocoa dan drinking chocolate ke satu bahagian lagi. 5. Masukkan ke dalam acuan alternately dan swirl untuk buat marbled effects. Bakar selama 35 minit. Stand cake in tin selama 10 minit sebelum disimpan ke wire rack.
##############################################
BUTTER MARBLE CAKE (A) 250 GM BUTTER 150 GM GULA 210 GM TEPUNG GANDUM 1 TSP BAKING POWDER 1 sudu besar serbuk coklat 1 sudu teh choc emulco (B) 5 BIJI TELOR (PUKUL SEHINGGA KEMBANG) CARA PUKUL MENTEGA DENGAN GULA SEHINGGA KEMBANG,MASUKKAN TEPUNG YG DIAYAK BERSAMA BAKING.KEMUDIAN MASUKKAN TELUR YG TLH DIPUKUL KEMBANG TERLEBIH DAHULU.. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA DUA BAHAGIAN SATU DICAMPUR EMULCO DAN SERBUK KOKO BAKAR DLM ACUAN 9" SELAMA 50/60 MINIT SUHU 60C
************************************************* Cara nak memarble kek nie boleh jg dibuat cam nie :STEP 1
STEP 2
##############################################
Kek Marble Lembut (K_azah/ cari.com.my) BAHAN-BAHAN
8 oz mentega = 225 gms 6 oz tepung gandum 170 gms 6 oz gula castor (3/4 cawan sahaja) 170 gms) 5 biji telor dari fridge - asingkan 3 sudu makan susu pekat (utk nak perisa oren tukar kepada 2 sudu sunquick) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu makan ovalette 3-4 sudu makan serbuk koko - diayak atau 2-3 sudu teh strawberry jem 1.Tepung diayak bersama baking powder sebanyak 2 kali. Ketepikan. 2. Pukul mentega,susu dan esen vanilla hingga kembang. 3. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. 4. Masukkan telur kuning sebiji-sebiji ke dalam adunan putih telur dan gaul rata. 5. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata. 6. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul satu arah. 7. Apabila telah rata, bahagikan dua bahagian, satu plain dan satu lagi warna pilihan. Lebihkan sedikit adunan pada yang plain. 8. Gunakan loyang 8 inci persegi atau bulat, disapukan sedikit mentega pada dasar dan disekeliling loyang dan ditaburkan sedikit tepung gandum. 9. Ambil 3 sudu makan adunan plain dan letakkan ditengah-tengah loyang. Kemudian, ambil 2 sudu makan yang warna ditimpakan ke atas yang plain tadi. Ulang lagi dengan cara yang sama hingga habis. 10. Ketuk-ketukkan di bawah dan tepi loyang supaya adunannya kena di setiap penjuru. 11. Bakar pada suhu 180*C selama 45 minit atau hingga masak. Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika menggunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang dan rata.
KEK MARBLE PELANGI Bahan2:-
250 gm mentega 230 gm tepung naik sendiri 130 gm gula halus 3 biji kuning telur 3 biji putih telur 3 sdb susu segar 1/4 sdt garam 6 jenis pewarna [merah/jingga/kuning/hijau/biru/ungu] Cara2:# Putar mentega dan gula hingga kembang. # Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji.Putar hingga gebu.Ketepikan. # Putar putih telur bersama garam sehingga kental. # Kaup balikkan tepung secara berselang seli dgn putih telur sampai adunan rata. # Masukkan susu segar. # Bahagikan adunan kepada 8 bahagian dan warnakan 6 darinya mengikut warna pelangi. # Sudukan secara berselang seli ke dalam tin bulat berukuran 20 cm. [Mulakan dan sudahkan adunan dgn adunan biasa-plain] # Bakar adunan pada suhu 190 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.
Tips :# Sejukkan dahulu kek sebelum dikeluarkan. # Biarkan selama 5 minit lagi kek di dalam oven walaupun kek sudah masak.
Tips tu bukan utk kek nie saja..tapi boleh guna utk pelbagai jenis kek yg kita buat..
ada kawan saya ajar, kalau nak buat kek sponge ni, masa kek tu nak dimasukkan ke dalam oven, kita kena hentak2 kan dulu loyang kek tu supaya tak de gelembung2 udara selepas kita bakar kek tu.
Chiffon Cake
Chiffon Pandan Cake Bahan A 300 ml Putih telur 5biji 150 grm Gula pasir ½ sdt Garam halus 1 sdt Cream of tartar Bahan B 50 grm Gula pasir 20 grm Susu tepung 20 grm Tepung jagung 140 grmTepung gandum 100 ml minyak jagung --->minyak biasa pun boleh 100 ml Air daun pandani ---> boleh ganti susu + pasta pandan Kuning telur1 sdt lk flavour--> optional 1 sdt P double acting pandan pasta secukupnya Cara Membuat 1.. Kuning telur dan gula dipukul terlebih dahulu sampai kental, lalu masukkan tepung yang telah dicampur dengan double acting Baking Powder, corn oil, air dan bahan B lainnya . 2.. Putih telur, gula dan cream of tartar didipukul sehingga kembang lalu masukkan bahan A lain dan diaduk sampai rata 3.. tuang adonan putih telur secara bertahap kedalam adonan kuning telur, aduk perlahan hingga benar rata. 4.. Kemudian tuang dalam loyang chiffon. Lalu dibakar selama kurang lebih 45 menit dengan panas oven lebih kurang 180C, hingga masak NOTA..Sesudah masak terus telangkupkan sejuk baru dilekangkan dari acuan..
##############################################
KEK OREN CHIFFON BAHAN 115g tepung kek 3/4 tsp baking powder 85ml jus oren suam kulit limau dari 1.5 biji ADUNAN INI PERLU DISIAP2 SELALU:-
5 biji kuning telur + 30g gula castor + ¼ sudu teh garam 5 biji putih telur + 50gm gula castor + ½ sudu teh cream of tartar 60ml minyak jagung ½ sudu the esen vanila Cara: 1. Ayak tpg ngan baking powder 2. Pukul kuning telur dgn whisk tangan sampai berkrim & putih. Masukkan minyak jagung, orange juz dan esen. 3. Masukkan tepung ke dlm adunan kuning telur sedikit demi sedikit. Kacau perlahan. Masukkan kulit orange. 4. Pukul putih telur hingga berbuih kemudian taburkan cream of tartar dan pukul lagi sampai putih.Tambahkan gula (50gm) sedikit2 (3x) dan pukul lagi sampai "keras" (kental) 5.Masukkan ½ adunan putih telur dlm adunan kuning telur tadi dan kaup balik perlahan-lahan 6.Masukkan semula adunan tadi dlm lebihan putih telur & kaup balik hingga sebati 7.Bakar 175C selama 45 minit. 8.Keluarkan dari oven terbalikkkan sehingga sejuk baru keluarkan dr acuan
##############################################
KEK CHIFFON PANDAN Bahan A 175 g tepung naik sendiri + secubit garam (ayak) 120 g gula kastor 90 g minyak jagung 4 biji kuning telur 90 ml jus pandan sedikit pewarna hijau & pandan paste/esen Bahan B 5 biji putih telur 120 g gula kastor 1/4 camt garam Lengser tin chiffon (berlubang tengah) dgn marjerin cair. Putar bahan A hingga sebati. Dlm mangkuk lain, putar B hingga kental. Kaupbalikkan 1/3 bahagian B ke dalam A hingga rata. Kemudian bubuh pula 1/3 lagi, ulang hingga habis putih telur tadi. Masukkan ke dalam tin dan ratakan permukaannya. Bakar pada 190 C selama 25-30 min (bergantung pada oven).
KEK CHIFFON PANDAN
Bahan A 175 g tepung naik sendiri + secubit garam (ayak) 120 g gula kastor 90 g minyak jagung 4 biji kuning telur 90 ml jus pandan sedikit pewarna hijau & pandan paste/esen
Bahan B 5 biji putih telur 120 g gula kastor 1/4 camt garam
Lengser tin chiffon (berlubang tengah) dgn marjerin cair. Putar bahan A hingga sebati. Dlm mangkuk lain, putar B hingga kental. Kaupbalikkan 1/3 bahagian B ke dalam A hingga rata. Kemudian bubuh pula 1/3 lagi, ulang hingga habis putih telur tadi. Masukkan ke dalam tin dan ratakan permukaannya. Bakar pada 190 C selama 25-30 min (bergantung pada oven).
Aneka Kek Orange Chicago Orange Cake Bahan-Bahan: 5 Biji Telur Saiz Sederhana 1 ½ Cawan Gula Halus 1 ½ Cawan Marjerin 2 Cawan Tepung Naik Sendiri 1 Sudu Teh Esen Orange 1 Biji Limau Sunkist Cara: 1) Parut kulit limau (ambil bahagian yang berwarna oren sahaja)dan jemur atau goreng tanpa minyak supaya cepat kering. Ketepikan seketika. 2) Putar marjerin dan gula sehingga lembut.
3) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memutar sehingga kembang. 4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus putar. 5) Akhir sekali masukkan esen orange dan putar seketika. Masukkan kulit limau yang telah diparut tadi dan kacau. 6) Bakar di dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin. sebaiknya bakar di dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah-tengah. 7) Bakar sehingga bahagian atasnya berwarna agak keperangan. Untuk memastikannya sudah masak, cucuk dengan lidi kecil dan rasa dengan jari. Sekiranya tidak melekit, ia sudah masak. Cadangan Hidangan: Taburkan sedikit gula icing dengan cara mengayaknya di atas kek. Tambahan: Sukatan cawan pada resepi menggunakan cawan kopi arcorroc...
##########################################
KEK OREN MAMA ZIEZA Sumber: Mama Zieza Bahan-bahannya 300 gram butter 300 gram gula 5 biji telur (guna 4 biji putih dan 5 biji kuning telur) 320 gram tepung gandum 1 sudu teh baking powder 2 sudu besar fresh orange juice 2 sudu besar sunquick (optional) 1 sudu teh orange paste setitik warna oren atau pun kuning telur Cara-caranya 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dengan kelajuan tinggi. 3. Masukkan jus oren, orange paste dan juga pewarna kuning/ oren. Gaul rata. 4. Masukkan tepung dan kaup dan balikkan pusing satu arah dengan spatula sehingga sebati. 5. Lenser loyang dengan mentega dan salutkan dengan tepung. 6. Tuang adunan tepung kedalam loyang. 8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.
##########################################
KEK OREN WARNA-WARNI Bahan 1 cawan butter 1 cawan gula kastor 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 1/2 cawan jus oren [ 1 biji limau sunkist] 1 s/b kulit limau parut 1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan 1 cawan tepung kastad ] 1 s/k coklat paste/emulco pewarna merah Cara 1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul rata. 3. Masukkan parutan kulit limau dan jus oren. Gaulkan rata. 4. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad. Gaulkan rata. 5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk. 6. Masukkan coklat pats/emulco dalam 1 mangkuk. Gaulkan rata. 7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi. Gaulkan rata juga. 8. Masukkan adunan warna asal dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. 9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah. 10. Masakkan dlam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit. 11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
##########################################
KEK OREN KISMIS Bahan 250 gm butter 200 gm gula kastor 4 biji telur gred A 1 s/k esen vanilla 270 gm tepung gandum ] ayak 1 s/k baking powder ] 100 gm kismis 1 biji buah oren [parut kulit dan perahkan airnya] 3 s/b oren sunquick Cara. 1. Butter dan gula di pukul sehingga gebu. 2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata. 3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayakkan berselang seli dengan kismis. Kacau rata. 4. Masukkan jus oren dan oren sunquick. Kacau rata. 5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. 6. Bakarkan dalam suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 7. Sejukkan dan potong.
##########################################
Orange Yogurt Cake [sarah/ cari.com.my] Bahan2nya: 125g butter 1 sudu teh parutan kulit oren 190g gula castor 3 biji telur (asingkan kuning & putihnya) 220g self-raising flour (diayak) 60ml jus oren 280ml yogurt Caranya: Pukul butter, parutan kulit limau & gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu-persatu. Pukul lagi adunan hingga kembang. Masukkan tepung, jus oren dan yogurt. Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kental (soft peaks form). Masukkan putih telur ke dlm adunan tadi.
Bakar selama 1 jam, 170 darjah Celsius.
##########################################
KEK LEMBAB OREN Sumber; [hanieliza/cari.com.my] Bahan-bahan Kek 155 gm butter 2 s/k parutan kulit oren 2/3 cawan gula kastor 3 biji telur 1 cawan tepung naik sendiri Cara 1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukulkan dengan kelajuan rendah. 2. Kemudian tinggikan kelajuan selama 5 minit atau sehingga adunan gebu atau putih. 3. Tuangkan aduanan dalam acuan beralas kertas minyak. 4. Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170'C . 5. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari acuan. 6. Letakkan topping aising oren Bahan Aising Oren 1 cawan gula aising 1 s/b butter yg dilembutkan 1 s.b jus oren 1 s/b kelapa parut Cara 1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa dalam emsin dan pukulkan sehingga gebu. 2. Sapukan pada kek dan taburkan kelapa.
##########################################
Orange Cake Gambar dan resepi dari 1mas2ra (cari.com.my) 280g butter 240g gula caster 6 telur kuning 1 1/2 sudu besar orange paste parutan oren dr sebiji orange 65g jus dari satu orange 250g tepung gandum ) ayak bersama 1 sudu teh baking powder ) 6 telur putih ) 1/2 sudu teh cream of tartar ) Dipukul hingga betoi kembang Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu, kemudian parutan dan paste orange. Masukkan setengah tepung, gaul dgn senduk,kemudian orange juice diakhiri dng tepung semula. Pukul egg white dgn cream of tartar sampai kembang. Masukkan dalam adunan tadi dan gaul rata. Bakar dalam tin 10" bulat yang dilapik kertas gris 170C/50-55minit. (Kalau taknak tinggi guna 11" square) Kalau kukus 1 1/2 jam..
##########################################
Kek Oren simple Bahan-Bahan: 500 gm mentega 2 cawan gula kastor 6 biji telur ayam 2 ½ cawan tepung naik sendiri 1 gm parutan kulit limau 3 sudu besar jus oren Cara: Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul. Masukkan tepung, jus oren dan kulit oren, gaul rata. Sediakan acuan yang disukai, gris dan tabur tepung. Tuangkan adunan bakar selama 40-45 minit dalam ketuhar yang panasnya 150'c.
##########################################
KEK LEMON SALJI 1 cwn (225) mentega tampa garam...biarkan suhu bilik 1 cwn (200) gula pasir 4 biji telur 1 susu teh esen vanilla 1 parutan lemon 2 cwn (280) tepong serba guna 2 sudu besar baking powder 60ml jus jus lemon 1 susu teh garam Aising 1 cwn gula aising (115) 2 susu besar jus lemon segar cara panaskan ketuhar suhu..180c..sapukan sedikit mentega diatas kerts minyak, alas didlm acuan yg tlh disapu merjerin supaya utk mendptkan kek tidak berkeras dalam acuan 23' 9(inci). pukul gula dan mentega hingga betul kembang(krim) lebih kurang 3 minit..masukan telur sambi memukul setiap satu..masukkan esan vanilla dan juga parutan limau. ayak tepung ,baking dan garam masukan kedalam adunan mentega tadi bersama dng lemon jus.sebatikan.. masukkan kedalam acuan bakar 45 minit.Sapu aising diatas kek. cara membuat aising pukul gula dng jus..sehingga kembang sekiranya agak2 kurang terlalu tebal tau nipis boleh ditambah jus atau gula..kek ini boleh thn lam ttp didlm bekas kedap..
KEK CARROT
sumber gambar dr sarah cari.com.my
KEK CARROT sifu suria 4 biji telur ( diasingkan) 1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil 150g gula castor 150g brown sugar 1 1/2 cawan carrot (diparut) diayak 250g tepung gandum 1 sudu teh serbuk kayu manis 1 1/2 sudu teh baking soda 1 sudu teh garam 100g walnut ( dicingcang, wajib ada baru sedap) Cara 1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis tu) dan carrot. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan2 kering yg diayak tadi. Kacau perlahan guna senduk kayu. 2. Pukul putih telur sampai betul2 kembang, soft peak form(ni penting!) & masukkan dlm adunan kek. 3. Bakar pada suhu 180c selama 45 min. ***************************************************** TIP kalau ikut resepi t tu, tak yah pukul lama2 adunan tuh. bila nak masukkan adunan tepung tu, jangan kacau laju2, slow & steady jer. pastu masa pukul putih telur tu, make sure telur tu betul2 putih & stiff. Ini penting untuk menjadikan kek tu lembut, kalau tidak kek akan jadi bantat. Mengikut (pengirim resepi ni), carrot tu diparut menggunakan pemarut yg berlubang2 tu, bukannya pemarut kelapa tau! Kacang walnut tu pulak tak payah dipanggang terlebih dahulu, terus cincang halus & masukkan ke dlm adunan.
##############################################
CAKE CARROT n PRUNES bahan 250 gm butter 100 gm gula kastor atau gula perang [brown sugar] 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 100 gm carrot parut [dikukuskan] 100 gm prune cincang 100 gm walnut[cincang] atau kismis 220 gm tepung gandum ] 1 s/k sodah bikarbonat ] ayakkan bersama 1 s/k serbuk kulit kayu manis ] Cara 1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla. Pukul sehingga gebu. 3. Masukkan carrot, prune, kismis atau walnut cincangdan gaul rata. 4. Masukkan tepung dan gaul lagi. Masukkan dalam loyang ydg dialaskan kertas minyak. 5. Bakarkan dlam oven suhu 180'C selama 1 jam. 6. Sejukkan dan hiaslah dengan kerim keju. CHEESE CREAM TOPPING bahan 250 cheese cream 50 gm gula kastor 100 gm fresh cream atau whipping cream Cara 1. Pukul sebua bahan sehingga gebu. 2. Sapukan rata dikeliling kek.
##############################################
KEK KAROT BAKAR 240 g Tepung Blue Key superfine ( ayak bersama dgn 1 sudu teh baking powder-lebih kurang membuat kek biasa) 250 g gula icing 3 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 240 g karot yg diparut
180 ml minyak masak 60 g kismis 60 g walnut dicincang cara2nya satukan semua bhn2.. gaul2 lebih kurang sampai sebati.. tuang dalam loyang dan sedia utk dibakar.. bakar mcm biasa kita buat kek biasa tu.. **BOLEH DITAMBAH CREMM CHEES DIATAS**
##############################################
KEK COKLAT LOBAK MERAH Sumber: Majalah SAJI, February 2005.
Bahan-bahan: 250gm mentega 250gm gula perang 300gm lobak merah(parut kasar) 200gm coklat chips 260gm tepung high protein 4 biji telur 1 sk serbuk kayu manis 1 sk serbuk penaik 1/2 sk soda penaik Cara menyediakannya: 1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang 2. Masukkan telur, lobak merah dan coklat chips 3. Ayak tepung high protein, kemudian masukkan dalam adunan tadi 4.Kemudian masukkan serbuk penaik, soda penaik dan serbuk kayu manis. Pukul rata dan sebati. 5. Bakar adunan pada suhu 175 C selama 45 minit. InsyaAllah kalau ikut betul2, menjadi dan sedap pula.
KEK JAGUNG
KEK JAGUNG 1/2 CWN MINYAK MASAK 2 BIJI TELUR 1 CWN GULA,+1/3 CWN UNTUK TOPING 1/2 CWN JUS OREN 1 1/4 CWN TEPUNG SERBA GUNA 1/2 CWN JAGUNG KRIM 2 SUDU TEH BAKING POWDER 1SUDU TEH GARAM PARUTAN KULIT LIMAU DR SEBIJI LIMAU CARA, PANAS KETUHAR SUHU 180C,SAPU SEDIKIT MERJERIN DIATAS KERTAS MINYAK,ALAS DIATAS ACUAN YG TLH DISAPU MARJERIN,SUPAYA MNDPTKAN KEK YG TIDAK BERKERAK... GUNA ACUAN 8' PUKUL MINYAK DNG TELUR SEHINGGA KEMBANG KEMUDIAN MSKKAN GULA DAN JUS LIMAU,AYAK TEPUNG BERSAMA BAKING GARAM,MSKKAN DIDLM ADUNAN TELUR, TADI BERSAMA PARUTAN LIMAU DAN JAGUNG KRIM,GAUL RATA 1/3 GULA DILETAKAK DIATAS KERTAS MINYAK..KEMUDIAN MSKKAN ADUNAN,BAKAR SELAMA 45 MINT..SEJUK BARU TANGGALKAN
###########################################
KEK JAGUNG RASPBERRIES 1 cwn jagung biji segar (2 tonggol) 6 sudu besar mentega tampa garam...cairkan 1/3 cwn air 2 sudu tea jus limau 2 sudu tea esen vanilla 2 biji telur besar 2 cwn tepung serbaguna
1 1/4 gula 2 sudu tea baking powder 1 sudu tea garam 1/2 sudu tea soda bikarbonat 2 cwn rasberry segar @ apa2 jem disukai +2 sudu besar tepung serbaguna +1 sudu besar gula halus (option) cara, panas ketuhar 325c. sedikan acuan bulat 9'..letak kertas minyak @ sapu acuan dng minyak.. satukan jagung dngan 5 bahan diatas bersam dngan telur blender sehingga hancur..dan rata mskkan tepung,satukan bersama baking(ayak kedua2 dahulu)garam dan soda didlm bekas besar..gaul rata dengan spatula mskkan kedalm aduanan jagung, gaul lg.. gaul rata.. rasberry bersama 2 sudu tepung..mskkan kedalam adunan tadi. bakar selam 1 jam hias dngn gula halus tadi
###########################################
KEK JAGUNG Sumber,penyulawa/cari.com.my Bahan-bahan 4 biji putih telur ] pukul hingga 50 gm gula halus ] kembang dan putih 180 gm majerin ] pukul hingga 100 gm gula halus ] kembang 250 gm tepung gandum ] di ayak 1/4 st serbuk penaik ] bersama 4 biji kuning telur 1/2 tin jagung berkerim 1/2 tin bijirin jagung rebus 1/4 sudu teh esen vanilla Cara-caranya Pukul majerin bersama 100gm gula halus hingga kembang, masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan pukul adunan hingga menjadi putih. Masukkan jagung berkerim, tepung gandum berserbuk penaik yang telah diayak. Gaul hingga sebati. Pukul putih telur bersama 50gm gula halus sehingga ringan, kemudian masukkan kedalam adunan yang telah disediakan tadi. Gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan taburkan bijirin jagung di permukaan adunan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 50-60 minit. ############################################
PINEAPPLE UPSIDE-DOWN CAKE sumber : Chef Wan.
Lapisan Bawah 1/4 cawan mentega 1/2 cawan gula perang 8 bulatan nenes (dalam tin - pineapple rings) 6 biji ceri merah Lapisan Atas 2 cawan tepung cake
2 sudu teh serbuk penaik 1/4 sudu teh garam 1/2 cawan mentega tanpa garam, dilembutkan 1 cawan gula kaster 2 biji telur 2 sudu teh esen vanilla 1 cawan jus nenas Cara-caranya 1. Untuk lapisan bawah, griskan loyang 22cm dengan mentega dan taburkan gula perang di dasar loyang. Susun bulatan nnas dan letakkan buah ceri di tengah nenas yang berlubang itu. 2. Untuk lapisan atas, ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk yang berlainan pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan bahan yang diayak, telur, esen vanilla dan jus nenas. Gaul hingga sebati. 4. Tuang adunan keatas dalam loyang dan bakar pada suhu 175 darajah C selama 45 minit. Kek telah masak bila lidi penguji keluar bersih.
############################################
Pineapple Upside Down Kek. Bahan bahan: 200 g gula kastor 180 g mentega 4 bij telur 300g tepung kek 1 cawan jus nenas secubit garam 1 camca teh esen vanilla 6 keping nenas tin ½ cawan gula perang 6 biji ceri merah. Cara penyediaan: Gula,mentega di pukul sehingga kembang. Masukan esen vanilla serta telur sebiji sebiji sehingga sebati. Kemudian masukan tepung kek, jus nenas serta garam . Alaskan acuan dengan kertas dan lenserkan mentega dan sedikit tepung. Bakar pada suhu 180 oc selama 40 minit. Nota: Semasa memukul gula n mentega make sure kembang sehingga nampak gebu. ( Barulah kek nanti akan naik dengan elok ) Selepas acuan siap di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung....sebelum aturkan kepingan nenas taburkan gula perang dahulu. Untuk mendapatkan warna keperangan bila di bakar nanti. ############################################
***KEK BUAH VERSI BAKAR***
DARK MOIST FRUIT CAKE 450 g kismis kecil (currants) 175 g sultanas 175 g kismis 50 g ceri, dibersihkan, lap & cincang halus 50 g kulit limau campuran/mixed peel 3 camb jus epal 225 g tepung gandum 1/2 camt garam 1/4 camt serbuk pala 1/2 camb rempah kek 50 g badam, dicincang halus 225 g gula perang lembut/soft brown sugar 1 camca makan black treacle (dlm tin/botol) 225 g mentega 4 biji telur, dipukul sedikit parutan 1 biji lemon parutan 1 biji oren
Campur semua buah dengan jus epal dalam mangkuk. Tutup dengan tuala dan biar selama 12 jam. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan. Masukkan 1 camb telur dan pukul sebati. Ulangi memasukkan 1 camb setiap kali. Jika adunan nampak tidak halus, masukkan sedikit tepung.
Bila semua telur sudah dimasukkan, kaupbalikkan tepung dan rempah lain (jangan pukul). Kemudian bubuh semua bahan lain, kacau rata. Ratakan ke dalam tin 20 cm bulat atau 18 cm empatsegi yg sudah dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
Balut keliling kek dengan 2 kepingan kertas brown paper/kertas minyak, ikat kemas. Tutup bahagian atas kek dengan 2 lapisan kertas kalis minyak tetapi hendaklah buatkan lubang bulat sebesar 2.5 cm di tengahnya. Bakar kek pada rak bawah oven pada 140 C selama 4 1/2 - 4 3/4 jam dan jangan buka oven sehingga 4 jam sudah berlalu.
KEK BUAH-BUAHAN (Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)
8 biji telur ayam - asingkan putihnya 340 g mentega 340 gm gula halus 425 g self raising flour 340 gm kismis kuning 340 gm kismis hitam yang kasar 170 gm ceri merah - belah dua 170 gm kulit limau 2 sudu teh esen oren Peraturannya: 1. Cuci buah-buahan yang disenaraikan di atas dan tuskan selama 10 jam. 2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan kuning telur sebiji-biji hingga habis, pukul sehingga pekat. 4. Masukkan tepung, kacau rata. 5. Masukkan buah-buahan, gaul hingga rata ketepikan. 6. Pukul putih telur hingga kembang dan pekat. 7. Masukkan putih telur yang tlah dipukul tadi ke dalam adunan buah-buahan dan masukkan esen oren dan kacau rata. 8. Masukkan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar di dalam oven yang dengan kepanasan 160c. Nota kaki Puan Halimah : Kalau buat kek ni Kak limah selalu gunakan 500 gm butter kerana kak limah sukakan kek buah yang moist dan untuk mengelakkan buah-buahan daripada tenggelam kak limah campurkan semua buah-buahan dan semua tepung dan gaul rata sebelum dimasukkan ke dalam adunan, kerana kak limah kerap juga mengalami buahan mendak ke bawah walaupun telah digaul dengan sedikit tepung. Nampaknya cara ni berjaya untuk menyebarkan buah-buahan keseluruh kek.
KEK BUAH MUDAH BAHAN-BAHANNYA: 2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM 1 1/2 CAWAN GULA 1 CAWAN AIR SEJUK 2 BIJI TELUR 250 GM MENTEGA (BUTTERCUP) 2 CAWAN MIX FRUIT (KAK NUR SUKA KISMIS SAJE) 2 SUDU KECIL BICARBONATE 1 SUDU KECIL CREAM OF TARTAR SEDIKIT GARAM CARANYA: 1. AYAK TEPUNG DAN AMBIL SEGENGGAM DAN GAUL BERSAMA BUAH DAN LETAK TEPI. 2. AMBIL 3 SUDU GULA (DARI 1 1/2 CAWAN TU) DAN BAKAR DALAM PERIUK UNTUK JADIKAN
GULA HANGUS DAN MASUKKAN AIR DAN KACAU. 3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI MENTEGA, GULA, GARAM DAN MIX FRUIT KE DALAM PERIUK TU. BILA GULA DAN MENTEGA DAH CAIR, MASUKAN BICABONATE DAN CREAM OF TARTAR. KACAU-KACAU SEBAB IA AKAN MERUAP BILA KITA MASUKKAN BICABONATE TU. SUPAYA ADUNAN TAK KELUAR DARI PERIUK...GUNA PERIUK YANG TINGGI LEBIH KURANG 7 INCI. 4. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN SEBENTAR (AGAK-AGAK 10-15 MINIT). 5. MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEBATI. PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN KACAUKACAU (TAK PAYAH PUKUL SAMPAI NAIK) DAN MASUKKAN KE DALAM ADUNAN DAN KACAU HINGGA SEBATI. KALAU ADUNAN LEMBIK SANGAT TAMBAH TEPUNG DAN KALAU TERKERAS TAMBAH AIR. ADUNAN NI TAK BOLEH CAIR....KALAU CAIR NANTI BUAH MENDAP KE BAWAH...PANDAI-PANDAI AGAK LA YE... 6. PANASKAN OVEN DULU DALAM 170 F . MASUKKAN ADUNAN DALAM ACUAN YANG DISAPU NGAN PLANTA DAN TABURKAN SEDIKIT TEPUNG DAN BAKARLAH SEHINGGA MASAK (KALAU OVEN KAK NUR LEBIH KURANG 1 JAM) NOTA: KEK BUAH NI KENA BIAR 1 HARI BARU SEDAP DIMAKAN
Perbagai Resepi Cheese Cake
BLUEBERRY CHEESE CAKE resepi by k azah (cari.com.my) 250 gm cream cheese 140 gm gula caster 70 gm butter 5 kuning telur 5 putih telur 100 ml susu segar 1 tsp esen vanilla 50 gm tepung gandum/superfine } 30 gm tepung jagung} diayak 1 tsp cream of tartar 250 gm blueberry filling CARA 1. Pukul cheese, butter dan 100 gm gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan vanilla dan gaul rata. 2. Masukkan tepung gandum,tepung jagung dan sebahagian blueberry dan gaul rata. 3. Dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sampai jadi gebu dan masukkan cream of tartar dan 40 gm gula dan putar lagi hingga sebati. 4. Tuangkan putih telur telur dalam adunan tadi. 5. Sapukan butter pada acuan 7 atau 7.5 inci. 6. Tuangkan separuh adunan sahaja dan piping kan lebihan blueberry tadi atas aduan yang didalam acuan. Tuangkan baki adunan kedalam acuan. 7. Bakar secara steam bake pada suhu 160 C selama 1 jam atau 1 jam 10 minit
##############################################
CHEESE CAKE MUDAH Memule skali, hancurkan biskut chocolate & compresskan die dlm loyang. (campur ngan butter sikit utk bg die betul2 padat & melekat dlm loyang tu.) 2 cream cheese philladelphia 3 biji telur 3/4 cwn gula Beat seme bende kat atas tu. Lepas tu letak dlm loyang yang ade biskut tadi. Pastu, bakar utk 30-40 mins. Jgn sampai over baked. Nanti tak cantik permukaan cheese cake tu. okay, selamat mencuba...
##############################################
INSTAN CHEESE CAKE Sumber resepi kak liza Bahan: 250 gm cream cheese 75 gm gula kastor 100 gm fresh cream 100 gm agar-agar cair Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya Cara: 1. Pukul cheese dan gula hingga kembang. 2. Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata. 3. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan. 4. Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain. 5. Potong dan hidangkan.
##############################################
KEK KEJU MARBLE Bahan A 250 gm Krim Keju 30 gm mentega 30 gm gula kastor 3 biji kuning telur grade A 2 biji limau kasturi..ambil jusnya 1 s/k esen vanilla Bahan B 3 biji putih telur grade A 30 gm gula kastor 1/2 s/k cream of tartar 1 s/b tepung jagung 1 s/k coklat emulco Oven setting 140'C Masa Bakar 1 jam secara steam-bake
Cara: 1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang. 2. Masukkan telur kuning satu persatu. 3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus limau kasturi. 4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu. 5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata. 6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata. 7. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk. 8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahgian ndicampurkan coklat emulco. 9. Kacau adunan yg coklat supaya sama rata warnanya. 10. Lapikkan loyang dengan 2 lapis kertas minyak. 11. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat. 12. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air. 13. Bakar sehingga masak. 14. Bila nak potong gunakan pisau pelastik yg telah dicelupkan dalam air panas. 15. Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
Sumber gambar dari kak NoorHannah. cari.com.my
Bahan Bahan A 180 gm. Butter 20 gm. cocoa powder - ayak 170 gm. Gula castor 3 biji telor 120 gm. tepong naik Sendiri - ayak 1 tsp. baking powder - ayak Bahan bahan B 250 gm. cream cheese 60 gm. gula castor 1 tsp. vanilla essence 1 biji telor Cara cara nya :(1) Pukul butter and gula. (2) Masukkan telor sebiji demi sebiji. (3) Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. (4) Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
(5) Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. (6) Tuangkan baki adunan A. 7) Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. (8) Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang. (9) Selamat mencuba. ##############################################
NO BAKE CHEESECAKE (Restoren pak amir) Bahan-bahannya 1/2 cawan biskut graham (boleh juga gunakan biskut digestive) 1/3 cawan gula perang 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 1/3 cawan mentega, dicairkan 2 (8 oz) paket krim keju, gunakan brand Philadephia 2 sudu besar jus lemon 1 pint heavy whipping cream, (1 pint = 2 cawan) 1/3 cawan gula pasir (lebih sedap, doublekan sukatan gula) 1 (21 oz) tin ceri (boleh ditukarkan kepada blueberi, buah peach, atau pun cokelat) Cara-caranya 1. Dalam bekas kecil, campurkan biskut graham, gula perang dan serbuk kayu manis. Campurkan mentega cair dan gaul rata. Tekan adunan dan ratakan pada dasar loyang springform ukuran 8 - 10 inci. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga adunan tidak berderai. 2. Dalam bekas sederhana, pukul kirm keju bersama jus lemon sehingga kembang. Masukkan whipped cream dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu. Campurkan gula dan pukul sehingga kembang dan rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan springform yg berisi base biskut. Atas krim keju letakkan ceri (ataupun blueberi, buah peach, cokelat ikut mana yang suka). Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Semasa hendak dihidangkan, keluarkan dari acuan springform.
##############################################
Oreo Blueberry Cheesecake base 120 gram biskut oreo 120 gram mentega cair Inti (Filling) (1) 2 biji kuning telur 150 gram gula 160 gram susu Masak gunakan cara double boiler (2) 2 1/2 sudu besar gelating dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih (3) 250 gram krim keju 1/2 sude besar jus lemon
250 gram double krim - pukul sedikit HIASAN Blueberry untuk filling Gula aising Cara membuatnya Campurkan serbuk biskut hancur dengan mentega cair dan bentukkan di dalam acuan bulan 9" (loose base) - sejukkan Pukul krim keju sehingga licin, masukkan 1,2,3 serta double krim. Tuangkan ke dalam biskut yg hancur yg telah dibentuk tadi dan sejukkan selama 2- 3 jam Letak blueberri filling di atas cheesecake Hiaskan bahagian tepi dengan icing
##############################################
CHIPSMORE CHEESECAKE Bahan Base 150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus] 2 s/b butter [suhu bilik] Bahan Kerim 250 gm cheese cream philidephia 300 ml yogurt [perisa buah ] 100 gm gula halus [gula kastor] 100 gm ice-cream vanilla 100 gm biskut mini chipsmore Larutan agar-agar cair [panaskan] 130 ml air 1 s/b agar-agar serbuk Cara 1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok] 2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. 3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati]. 4. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata [gunakan whisker]. 5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati. 6. Masukkan pbiskut mni chipsmore dan kacau lagi perlahan2 supaya biskut tidak hancur. 7. Masukkan dalam loyang dan taburkan sedikit biskut yg dimesinkan. 8. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam. 8. Keluarkan dan hdan hidangkan 9. Hidangkan.
Resepi Simple Cheese Cake
1. Spong Cake Mix 500 gram Telur(B) 9 biji Susu UHT 100 ml 2. Cream Cheese 500 gram
3. Minyak Masak 100 ml
Prosese Kerja: 1. Adunkan (1) hingga menjadi kembang - High speed 2. Cairkan Cream Cheese(double Boiller) 3. Masukkan Cream Cheese kedalam (1)- Low Speed.Adun hingga sebati 4. Masukkan minyak hingga sebati - Low speed.adun jangan lama sangat, nanti kualiti kekak akan terjejas. 5. Masukkan ke dalam acuan, isikan acuan di didalam takungan yang berisi air, bakar pada suhu 150 C selama 45 minit pertama.
CHEESE CAKE Bahagian Base : 12 kpg biskut digestive 3-4 sudu besar butter 3 sudu besar gula
hancurkan/blend biskut menjadi serbuk
- cairkan butter ( guna api kecil ), campurkan gula sekali ( cukup sekadar kedua2nya cair ) - sediakan acuan ( sapu sedikit butter supaya tak melekat ) - cepat2 campurkan cairan tadi dgn serbuk biskut, then masukkan ke dlm acuan tekan sikit2 ) - bakar selama 5 minit
Bahagian Cheese : 1 bar Philadelphia cream cheese
4 biji telur 3/4 tin susu pekat manis 1/2 biji lemon jus ( 2 sudu besar ) - gunakan mixer, putar cheese, then masukkan telur sebiji demi sebiji - masukkan susu, sambil putar - masukkan lemon jus - tuangkan ke dlm acuan tadi ( atas base ) - bakar selama 40-45 minit - biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum masukkan ke dalam freezer.
KEK KEJU SEJUK
Bahan: 250 gm cream cheese 75 gm gula kastor 100 gm fresh cream 100 gm agar-agar cair
Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya
Cara: 1. Pukul cheese dan gula hingga kembang. 2. Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata. 3. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan. 4. Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain. 5. Potong dan hidangkan.
kak liza tak pernah gantikan ngan susu segar..
tapi maybe boleh gantikan ngan yogurt perisa buah2an tu..sedap...nanit kak liza cuba dan bagi report...
PEACH CHEESECAKE
Bahan Base 200 gm biskut Ore [mesinkan/hancurkan halus] 2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Kerim 250 gm cheese cream philidephia 300 ml yogurt [perisa buah mangga] 100 gm gula halus [gula kastor] 3 keping buah peach dalam tin [potong dadu keci]
Larutan agar-agar cair [bancuhkan] 130 ml air panas 1 s/b agar-agar serbuk
Cara 1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok] 2. Gaulkan biskut ore dengan butter dan tekankan dalam loyang. 3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati]. 4. Masukkan yogurt dan kacau rata [gunakan whisker]. 5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati. 6. Masukkan potongan buah peach dan kacau lagi perlahan2 supaya buah peach tidak hancur. 7. Masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam petisejuk beberapa jam. 8. Keluarkan dan hiaskan dengan buah peach. 9. Hidangkan.
Peach Cheesecake..Murah & Mudah!
Kita rasa nak kongsi resepi ni..Sesiapa yg rajin, bleh la buat..tempoh nak siapkan mixture lebih kurang 1 hour..Hasilnya sure memuaskan hati..InsyaAllah.. Kaedah : stim dalam periuk tingkat(steamer) - (double boil).
1. Alas patty tin dgn aluminium foil. 2. Hancurkan biskut marie (lebih kurang 20 keping). If suka halus, guna rolling pin utk hancurkan. Campur dgn 150gm butter (satu bar 250gm). Rasa dah ok, x terlalu lembab n x terlalu kering, tekankan dalam foil sebagai base. (by now, panaskan air dalam periuk tingkat (steamer))
3. Putar philadelphia cream cheese (2 bars), pastu masukkan gula 1 cawan penuh (if suka lagi manis letak 1 mug pun bole), putar lagi. Pastu masuk 1 sudu vanilla essence. masukkan peach yang dipotong dadu (dalam 2-3 halves). Putar semua sekali. 4. Last sekali, tuang bahan2 tadi dalam base biskut marie n butter tadi. Tutup dengan lebihan aluminium foil. Stim utk 45minit. (if lets say tgh stim air dalam periuk dah kurang, tambah air panas, jgn guna air sejuk ke air paip ke tau!) 5. After 45mins, biarkan sejuk dulu sket pastu masuk dlm fridge utk at least 2 jam.. lagi lama dlm fridge lami sedap sbb dia lagi padat n lagi sejuk.
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan Base 150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus] 2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Kerim 250 gm cheese cream philidephia 300 ml yogurt [perisa buah ] 100 gm gula halus [gula kastor] 100 gm ice-cream vanilla
Larutan agar-agar cair [panaskan] 130 ml air 1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati] Filling blueberry 1 s/b air suam
Cara 1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok] 2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. 3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati]. 4. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata 5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati. 6. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam. 7. Keluarkan dan letakkan filling blueberry. 8. Hidangkan.
CHILLED COFFEE CHEESECAKE KAKLIZA
Bahan Base 150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus] 2 s/b butter lembut [suhu bilik]
Bahan Kerim 250 gm cheese cream philidephia 300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor] 100 gm ice-cream vanilla 1 s/b coffee paste
Larutan agar-agar cair [panaskan sehingga mendidih] 130 ml air 1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan coklat rice
Cara 1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok] 2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. Bakar dalam suhu 180 selama 10 minit. 3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati]. 4. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata 5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati. 6. Masukkan coklat rice dan kacau rata. 7. Masukkan dalam loyang. Taburkan coklat rice sebagai hiasan. 8. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam. 9. Keluarkan dan hidangkan.
CREAM CHEESE STRAWBERRY LINOT
1 buku cream cheese ½ tin susu pekat Sedikit perahan lemon
BAHAN-BAHAN LAPISAN BISKUT :10 keping biskut wholemeal Sedikit mentega
BAHAN-BAHAN JELLY :1 peket agar2 biasa 1 peket agar2 perisa strawberi
BAHAN-BAHAN HIASAN :Strawberi (dihiris nipis)
CARA-CARA :1. Leraikan & ramas biskut hingga hancur. 2. Panaskan mentega & gaulkan dengan biskut sehingga sedikit melekit. 3. Masukkan ke dalam acuan & sejukkan ke dalam peti sejuk selama 15-20 minit. 4. Campurkan cream cheese, perahan lemon & susu pekat. 5. Kisarkan hingga lembut & halus. 6. Keluarkan biskut yang telah disejukkan & tuangkan campuran yang dikisar ke atas biskut. Ratakan. 7. Sejukkan semula selama 15-20 minit. 8. Sementara itu, masak agar2 biasa & berperisa hingga pekat. 9. Biarkan agar2 hingga hampir sejuk & tuangkan ke atas kek cheese. 10. Masukkan semula ke dalam peti sejuk. 11. Selepas 15 minit, keluarkan & hias dengan hirisan strawberi.
KEK KEJU (BAKAR) Lapisan Bawah 230 g serbuk biskut Digestive/marie 30 g gula kastor
75 g mentega (cair)
Lapisan Atas 250 g krim keju 125 ml krim putar 1 camb jus lemon 70 g gula kaster 3 biji kuning telur 1 camt vanila 2 camb tepung kastad 3 biji putih telur
Cara membuatnya: Campurkan semua lapisan bawah, ratakan di dalam tin spring form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. Putar krim keju hingga lembut, masukkan krim putar dan jus lemon. Kacau rata dan masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan vanila. Akhir sekali, masukkan tepung kastard.
Putar putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam adunan. Tuangkan ke atas lapisan biskut. Letak tin di atas tin pembakar (agar minyaknya tidak menitis ke atas lantai ketuhar). Bakar pada 175 C selama 30-35 minit. Jangan dibuka ketuhar semasa memasak. Bila kek keju telah masak, renggangkan pintunya dengan sebatang sudu. Bila kek sejuk, baru disimpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. Hias dengan buah-buahan pilihan di atasnya.
CHOCOLATE CHEESECAKE Lapisan Biskut 2 cawan serbuk biskut 'Digestive' 1/4 cawan mentega, dicairkan Lapisan Atas 250 g krim keju (Philadelphia) 125 ml krim putar 75g gula kastor
2 biji kuning telur 1/2 camt vanila 2 camb tepung gandum 150g coklat masakan, dicairkan atas 'double boiler' 2 biji putih telur} dipukul kental 25 g gula kastor}
Cara membuatnya: 1. Satukan serbuk biskut dan mentega cair, ratakan pada dasar tin dan tepi keliling tin 'springform' 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. 2. Pukul krim keju hingga halus. Masukkan gula dan putar hingga gebu. Tuangkan krim putar dan pukul lagi. Bubuh pula kuning telur dan vanila, kacau rata-rata. Campurkan pula tepung gandum dan coklat masakan. 3. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan krim keju dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. Bakar pada 180 C selama 35-40 minit (letak tin atas dulang pembakar). 4. Biar sejuk di dalam ketuhar (pintu hendaklah direnggangkan sedikit menggunakan sudu).
KEK KEJU GEBU 150 ml susu segar Bahan A 20 g serbuk gelatin halal 60 ml air suam Bahan B 4 biji kuning telur 150 g gula kastor Bahan C 250 g krim keju 250 g krim putar (double/whipping cream) 2 camt jus lemon/limau/oren
Cara membuatnya:
Larutkan A dan biar 10 minit. Pukul B hingga gebu. Panaskan susu segar pada suhu 80 C (tidak mendidih) dan kacau selalu. Perlahankan api, masukkan B dan kacau hingga sebati. Campurkan gelatin tadi dan kacau rata-rata. Pastikan gelatin larut sempurna. Padamkan api, kacau sekali-sekali hingga sejuk. Putar krim keju hingga kembang. Masukkan krim putar, jus limau dan campuran gelatin (yg sudah sejuk). Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam tin 22 cm. Biar dlm peti sejuk selama 3 jam supaya keras.
KEK KEJU DINGIN
Lapisan Bawah 1 kpg kek span coklat 22 cm
Inti: 6 biji pisang rastali/kelat siam 500 g krim keju 1½ camb serbuk gelatin 45 ml air 130 g gula kastor 100 ml susu cair, disejukkan
Cara membuatnya 1. Alas dasar tin springform 22 cm dengan kek span. 2. Letak air dalam mangkuk kecil (tahan panas), taburkan serbuk gelatin, biar 5 minit. 3. Letak mangkuk di dalam periuk air mendidih perlahan. Kacau hingga gelatin larut. Angkat dan biar suam. 4. Pukul krim keju hingga lembut dan halus. Bubuh gula kastor dan putar lagi hingga gebu. 5. Tuangkan susu cair kemudian pukul sebati. Campurkan gelatin tadi, pukul lagi. 6. Hiris pisang nipis-nipis. Letak di atas lapisan kek. Ratakan adunan krim keju supaya menutupi pisang. 7. Tutup kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5-6 jam atau hingga keras.
Light cheesecake [Chanel2004]
Bahan A : 250 gm cream cheese 50 ml whipping cream 100 ml milk 80 gm butter Bahan B : 25 gm corn flour 50 ml milk Bahan C : 150 gm egg white 100 gm sugar 10 gm corn flour 1 tsp cream tartar Bahan D :138 gm egg yolk 1 tsp vanilla essence (opt) Preheat oven to 150'c Lined botton and side of a 8 1/2 inch springform tin with baking paper. Melted all ingredient A over a double boiler(with slow fire) and stir all the time till smooth. Cooled the mixture. Add all ingredients B into the cooled creamcheese mixture and stir till wel mix, then add in the ingredients D and continue stir till smooth. Whisk all ingredients C till "SOFT" peak foam and fold slowly/gently into the cream cheese mixture (be carefull not to over mix it) Pour the mixture into the prepared tin and bake in the "lower rack" of the oven as "water bath" for abt 30 minutes till the surface of the cheesecake become lightly brown and turn the oven to 125 'c and continue bake for abt 55 to 1 hour. Cooled the cake in frigde before serve. Cut the cake with a "warm" sharp knife. #################################################
Continental Cheesecake[Chanel2004] NOTE:this cheesecake can be make with or without any base OR any kinds of base like pastry base or digestive biscuits base,if you are making it without using any base,then i suggest steam-bake the cake(so that the cheesecake tak terbakar at the bottom) the pic that i post below show without any biscuits or pastry base,also lined the bottom of the tin with baking paper and butter then dush with a little bit of flour,masa steam-bake tu jangan lupa wrap the bottom of the tin with aluminuim foil Pastry : 1 1/2 cup Plain flour 1 tsp grated lemon zest 1 egg yolk ( lightly beaten ) 1/4 cup sugar 1/2 cup butter 1/4 tsp Vanilla essence A little bit of cold water, about 2 table spoon Sieve the flour into a mixing bowl, stir in sugar and lemon zest. Cut the butter into the flour and rub it in lightly until the mixture assembles fine bread crumbs. Stir in egg yolk and vanilla essence and knead the dough until it is smooth. Rest the dough in fridge for about 30 minutes. Preheat oven to 180'c. Roll out the pastry and put into a 9 1/2 inch or 10 inch springform tin(bottom and side). Prick the pastry all over with folk to prevent it from raising. Bake the pastry for 10 to 15 minutes. Cool.
Cheese filling : 500 gm cream cheese,room temperature 4 large eggs (separate yolk and white) 1/4 pint or 150 gm of single cream (1 small can of Nestle cream) 1 lemon zest 2 tbsp raisin (opt) 5 oz sugar 2 tbsp of bread crumbs or 2 oz sponge mix/optima flour Method : Soften the cream cheese with K beaten and add in the egg yolks, 1/2 of the sugar and slowly pour in the single cream and mix till well blend. In another bowl whisk eggs white with remaining sugar till soft peaks then gently fold in the cheese mixture follow by bread crumbs, lemon zest and raisin. Pour the mixture into the baked pastry and bake at 180 for 55 to 60 minutes or till the top become brown. Switch off the oven. Cool the cheese cake in the oven. (Preferably overnight) Note:this recipe can be half and bake into a 8 inch tin for abt 40 minutes at 180'c Happy Baking
Kekadang kita mengelami masaalah oven dan kek sering kali bantat mahupun hangit...apakata kita beralih kepada cara mengukus kek pulak sekurang-kurang masaalah kita dapat dikurangi..dan rasanya tetap enak juga..Disini ada perbagai versi kek kukusan yg penah dicuba dan menjadi...
PERBAGAI KEK KUKUSAN ANEKA KEK COKLAT KUKUS
Kek Coklat Kukus Zaiima (cari.com)(very moist)
Bahan-Bahan: 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) ½ cawan susu manis 1 ¼ cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . TOPPING COKLAT dari Noor Masri (cari.com) Bahan-bahan: 250 g coklat masakan } potong kecil2 1 sudu besar majerin 130 ml double cream atau whipping cream sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli. ########################################
Kek Coklat Kukus Badariah Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)
Bahan-bahan:2 cwn tepung gandum 1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 2 biji telur (Gred A) 1 cwn gula pasir 1 cwn susu pekat manis 1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas Cara-cara: - ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko. - satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer ) - masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi - last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi. - adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam. Selalunya...Utk topping, saya buat camnie:- (buat double boil tau) 1/2 ketul buttercup 1/2 cwn serbuk koko 1/2 cwn susu pekat #########################################
KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI (ResepiNet)
2 cawan gula castor 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan koko powder 2 sudu teh bikarbonat soda 1/2 sudu teh baking powder 1 cawan minyak (mazola) 1 cawan susu cair 1 cawan air panas 1 sudu teh garam 3 biji telur 1 sudu teh esen vanilla Cara-cara Gula + Telur (pakai mixer boleh, pakai sudip pon ok) gaul sebati. Then masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & b.soda. Dah sebati, masukkan susu cair, diikuti minyak, biar bersatu dgn adunan tu. Pastu masukkan air panas, garam dan vanilla esen. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam. **** Kek Coklat Kukus Badariah dan Ain seakan-akan sama. Bezanya cuma jumlah telur yang digunakan dan susu. Kek Ain guna susu cair dan gula yang lebih manakala kek Badariah guna susu pekat dan gula dikurangkan.Kedua-duanya terasa coklatnya. Anda boleh juga meletak Whipped Cream untuk hiasan..Pasti nyummy
KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL
Bahan A 2 cawan tepung gandum ] 1 cawan serbuk koko ] 1 s/k baking powder ] ayakkan 1 s/k soda bikarbonat ]
Bahan B 1 cawan susu pekat 1 cawan butter cair 1 cawan air panas 2 cawan gula perang
Bahan C 4 biji telur ] 1 s/k esen vanilla ] kacau rata
Cara 1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak. 2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk. 3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan. 4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati. 5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit. 6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
Bahan krim keju: 250 gm keju cream philidephia 1/2 cawan gula halus 1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga 1 tin buah2 koktel 1/2 cawan air dalam buah2 koktel
Cara: 1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 2. Masukkan yogurt dan pukul lagi. 3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata. 4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. 5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. 6. Potong dan hidangkan.
Kek Coklat Mocha Kukus Bahan-Bahan: Bahan A 1 ketul butter 1 cawan serbuk koko 1 cawan brown sugar 1 cawan susu cair 1 packet nescafe 3 in 1 Rich (kaler hijau) ½ cawan susu manis 3 biji telur 1 tsp esen vanilla 1 ¼ cawan tepung gandum } 1tsp baking powder }di ayak bersama 1/2 tsp soda bicarbonate } Cara : Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Curah ke dalam adunan koko di atas. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati. Tuang dalam acuan dalam ¾ sahaja sebab nanti adunan akan naik. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek. Selamat mencuba!!!
############################################
Kek Kukus Chocolate chips Pisang Bahan-bahan: * 125g butter * 125g castor sugar * 2 biji telur * 150g tepung kek - ditapis (sieve) * 25g cocoa powder - ditapis * 2 sudu besar milk powder * 2 biji pisang - dilenyek * 50g chocolate chips 1) Pukul butter dan castor sugar sehingga kembang 2) Masukkan telur dan pukul lagi. 3) Masukkan tepung kek dan cocoa powder, dan kacau rata 4) Masukkan milk powder, choc chips, pisang dan kacau hingga sebati 5) Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil 6) Kukus selama 1 jam. sejukkan dan hidang bersama sos pilihan - cokelat/strawberi/coffee
KEK COKLAT KUKUS cream
Bahan-bahan 2 cawanTepung Gandum 1 cawan Serbuk koko [Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit] 1 sudu kecil Baking powder 1 sudu kecil Soda Bikarbonat 1 s/b nescafe
2 cawan Gula Halus/Brown Sugar 1 cawan butter cair 1 cawan Susu pekat manis 4 biji telur
1 cawan Air Panas Cara 1. Panaskan pengukus.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. 3. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. 4. Masukkan telur, gula, susu, butter cair dan kacau sebati. Kacar rata tetapi jangan terlalu lama. 5. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata lagi. 6. Masukkan dalam loyang yg dilapikkan kertas minyak atau acuan muffin. 7. Kukus selama 1 jam.
############################################
**ANEKA KEK BUAH KUKUS** ############################################
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH Sumbangan: Makcik Diana
Bahan-bahannya 600 gram tepung gandum 300 gram gula halus 5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji) 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran 2 sudu teh bicarbonate of soda 1 1/2 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus kertas kuih aluminium foil Cara-caranya 1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buahbuahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus. 2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan. 3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati. 4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati. 6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri. 7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus. 8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB Sumbangan: Makcik Diana
Bahan-bahannya 1 tin (16oz) mentega Golden Churn 600 gram tepung gandum 400 gram campuran buah-buahan 2 cawan gula halus 6 biji telur 2 sudu teh bicarbonate of soda 2 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown) kertas kuih aluminium foil Untuk Gula Hangus 2 cawan gula 1/2 cawan air Cara-caranya 1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buahbuahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus. 2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan. 3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati. 4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati. 6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri. 7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus. 8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.
Kek kukus buah (berat dlm 3 kg) Bahan2 2 buku mentega (buttercup) 2 tin gula (sukat guna tin susu yg sederhana) - 1 tin dibuat gula hangus 4 tin tepung gandum 8 biji telur gred A 1 kg mix fruit 1 sudu besar krim of tartar 1 sudu besar soda bicarbonat 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil esen oren
Cara2: -Pukul kembang mentega & 1 tin gula. Perlu kembang betul sehingga adunan menjadi agak "offwhite" warnanya. -Setelah kembang, masukkan 8 biji telur sedikit demi sedikit atau sebiji- sebiji -- Tidak perlu kacau terlampau kuat sekadar meratakan telur dlm adunan -Kemudian masukkan 2 jenis esen -Ayakkan tepung gandum bersama2 soda bikarbonat & krim of tartar. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit / masukkan 1-2 sudu besar then kacau..
-Tinggalkan sedikit tepung cukup untuk gaulkan mix fruit. Dah gaul rata tepung & mix fruit, masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit (ulang cara masukkan tepung) -Sementara itu, panaskan kuali, masukkan 1 tin gula yg tadi...dan masak hingga jadi cair & warna dark brown. Tidak perlu masukkan air dll. -Bila gula dah bertukar warna dark brown, sediakan adunan tadi dgn lubang di tgh2.. tuangkan gula hangus tadi..(kene cepat, kalau tak nanti gula jadi keras.).. tuang ke dalam adunan tadi .. dan kacau perlahan2 supaya gula tadi tidak melimpah. -Kacau rata adunan sehingga warna adunan bertukar menjadi kekuningan. Tuang adunan ke dalam bekas (cth periuk,loyang dll) tapi kenalah bekas itu ada ruang utk kek mengembang.. Selalunya kek akan mengembang 2 kali ganda. -Sementara itu, panas kan air dalam tempat mengukus. Bila air dah mendidih, baru letakkan adunan ke tempat mengukus. -Tips untuk adunan tidak rosak semasa dikukus, tutup kukusan dibalut dgn kain serap air (cth: napkin lama, kain kasa dll)... ini utk mengelakkan air titisan kukus jatuh ke atas adunan dan jadi rosak. -Kukus sehingga 4 jam. Periksa air kukusan..kalau dh sikit, tambah air panas sehinggalah kek masak.
**KUKUS SELAMA 4JAM UNTUK LEBIH TAHAN LAMA
KEK BUAH KUKUS Bahan2nya: 2 cawan gula halus 1 cawan gula (dihanguskan dgn 1 cawan air - prepare ni bila semua adunan dah siap ok)..... 600 gram tepung gandum 5 biji telur 500 gram butter (kalo taknak berminyak sgt,bleh dikurangkan...abt 300 gram pun ok...tapi kalo kering sgt pun tak besh..) 3 sudu kecil soda bikarbonat 3 sudu kecil cream of tartar (tak tarok pun takpe..) 2 sudu kecil esen of vanilla 1 paket mixed fruits
Cara2 membuatnya:
1. Terlebih dulu,ayak tepung bersama dgn soda bikarbonat n cream of tartar. Kemudian masukkan mixed fruits dan gaul rata. Ketepikan. 2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Dipukul lagi sampai naik n kembang. 3. Setelah itu,masukkan campuran mixed fruits tadi ke dlm adunan. Gaul rata. Tak perlu pukul...memadai gaul dgn senduk sebab takut pecah plak mixed fruits tuh. 4. Sementara tu,panaskan loyang. 5. Setelah adunan cukup rata,baru siapkan gula hangus.Jgn sampai hangus sgt ye nanti pahit plak. 6. Agak2 gula tu nampak kekuningan...masukkan air sket supaya tak pekat sgt. 7. Then,bleh lah masukkan gula hangus tu ke dlm adunan yg telah siap tadi. Kacau cepat2 sampai rata dan sebati semuanya. 8. Lastly,adunan ready utk dikukus. Jgn lupa,sapu acuan dgn mentega n taburkan tepung sket supaya bila masak nanti,ia taklah melekat pada acuan tuh. 9. Kukus adunan selama 3 jam dgn api yg sederhana.
KEK KUKUS BUAHAN CAMPUR
Baha-bahan 1 mangkuk telur [asingkan putih dan kuningnya] 3/4 mangkuk gula kastor 1 mangkuk tepung gandum 1 s/k baking powder 1 mangkuk buah campur
1 mangkuk butter 1 s/k esen vanila 6 s/b susu pekat pewarna hijau dan kuning
Cara 1. Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan. 2. Dalam mangkuk yg lain pukul kuning telur dan gula sehingga kembang. 3. Dalam mangkuk yg lain juga pukulkan butter sehingga kembang dan campurkan esen vanilla dan susu. 4. Masukkan kedalam mangkuk yg berisi kuning telur dan kacau rata. 5. Masukkan pula tepung yg telah diayakkan dan putih telur. Kacau rata. 6. Bahagikan adunan kepada 3 warna. 7. Warnakan 1 bahgian hijau dan 1 bahagian warna kuning. 8. Panaskan kukusan. 9. Lapiskan 1 warna dan kukuskan. 10. Bila dah 10 minit/masak taburkan buah2 dan lapiskan dengan warna yg lain. 11. Kukuskan semula dan buat saperti yg sama sehingga adunan dan juga buah habis.
KEK KUKUS BUAHAN
BAHAN-BAHAN 600 gm Tepung Gandum 340gm Mentega (Golden Churn 1 tin) 300 gm Gula Castor – Dihanguskan, perlahankan api & masukkan ? cawan air 300 gm Gula Pasir 5 biji Telur Gred A 2 sudu teh Vanilla 2 sudu teh Esen Oren
375 gm (1 kotak) Mix Fruit 2 sudu teh Soda Bikarbonat
CARA-CARA Pukul gula & mentega hingga kembang, Masukkan telur sebiji – sebiji & pukul lagi. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan mix fruit. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan & kacau sebati Masukkan gula hangus & kacau lagi. Masukkan vanilla & esen oren dan kacau sebati.
Sediakan loyang bulat yang besar, sapukan mentega di sekeliling loyang & taburkan tepung untuk mengelakkan kek melekat. Masukkan adunan ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil & lekatkan tepi foil – supaya air tidak masuk ke dalam adunan.
Didihkan air dalam kukusan, setelah mendidih, kecilkan api, letakkan loyang ke dalam kukusan. Kukuslah selama 4 jam.
KEK BUAH BERGALA
1 TIN MENTEGA 16OZ 1 TIN SUSU IDEAL MILK 1 1/2 TIN MENTEGA(16OZ) TEPUNG GANDUM 4 BUNGKUS MANISAN KERANJI 1 BUNGKUS MANISAN LIMAU 6 BUNGKUS CHERRY CAMPURAN WARNA 1 TIN MENTEGA(16oz) GULA HALUS 1 KATI KISMIS HITAM 3 KOTAK BUAH BIDARA/ BUAH RED DATES 6 BIJI TELUR AYAM
CARA MEMBUATNYA:
1. PUKUL GULA & MENTEGA SAMPAI KEMBANG 2. MASUKKAN TELUR 3. MASUKKAN SUSU IDEAL MILK 4. MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL SAMPAI RATA 5. KEMUDIAN MASUKKAN BUAH-BUAHAN TADI. 6. KUKUS 3 JAM ############################################
Kek Kukus Epal Bahan-bahan : 250gm mentega 200ml santan 1 biji telur 250gm tepung berserbuk penaik 1 biji epal (dikupas kulit & dipotong dadu) sedikit esen pandan sedikit pewarna hijau sedikit krim putar untuk hiasan cara : 1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.masukkan santan dan telur berselang seli dgn tepung 2. Masukkan epal, esen pandan & pewarna. kaup balikkan 3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilenser. 4. Kukus selama 1 jam
#########################################
Kek Nenas Kukus SUMBER RESEPI DR EONIS-BALQIS CARI.COM.MY
Bhn2 2 cwn gandum 1 s/t baking powder 1 buku butter 1 cwn gula 1 s/t vanila 6 biji telur 6-7 kpg nenes dlm tin... yg bulat tu buah ceri air nenas 1/3 tin.. cara 1. pukul telur n butter - kembang 2. masuk telor sebiji-sebiji + vanila 3. msk gandum ( yg tlh diayak ngan baking powder) - kacau sebati.. 4. masukkan air nenas td. putar 5. susun nenas dlm loyang ( sapu butter ckit kat loyang) n buh ceri kat tgh2 bulat tu.. 6. masuk adunan td dlm loyang. 7. kukus je 1 jam / bakar 45 minit
#########################################
KEK CARROT KUKUS Sumber:Hanieliza(cari.com.my)
Bahan 250 g butter 150 g gula perang 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 200 g carrot [parut halus] 100g prune cincang 50 g kismis 230 g tepung gandum ] 1 s/k baking powder ] ayakkan 1 s/k serbuk kulit kayu manis ] Cara. 1. Panasakan kukusan 2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu. 3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata. 4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi. 5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis. 6. Masukkan carrot, kismis dan prune. 7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 - 60 minit 9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju. Cream Keju Bahan 250 g cream keju 50 g gula halus 50 g fresh cream 1/2 cawan yogurt perisa buahan Cara. 1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk. #########################################
KEK ORANGE KUKUS 1 1/2 KETUL BUTTER 250GRM + SETENGAH 2 CAWAN GULA HALUS 1 TIN SUSU CAIR 405 grm 1 SUDU TEH ESEN VANILLA 4 BIJI TELOR 3 CAWAN TEPUNG GANDUM 1 SUDU TEH BAKING POWDER 1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT 2 SUDU BESAR MARMALADE OREN 2 SUDU BESAR PASTE OREN CARA 1. CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. 2. KEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. 3. PUKUL TELUR SEHINGGA KEMBANG,KEMUDIAN MASUKKAN PASTE ORANGE DAN MARMALADE GAUL RATA,KEMUDIAN MASUKAN KEDALAM ADUNAN BUTTER. 4. AYAK TEPUNG, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, 5. KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. 6. KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM. (ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)
#########################################
KEK MARBLE KUKUS BAHAN
*1 1/4 cawan tepung gandum *3 atau 4 sudu serbuk koko *2 titik esen vanilla *1 cawan gula *4 biji telur CARA *panaskan pengukus *telur dan gula dipukul hingga kembang *masukkan esen vanilla *1/3 dr adunan diasingkan dan dimasukkan serbuk koko yg telah diayak bersama1/4 cawan tepung *2/3 bahagian adunan lagi dimasukkan dgn secawan tepung *masukkan adunan putih dalam non stick loyang semudian diikuti dgn adunan yg mengandungi serbuk koko *kukus 15-20 minit #########################################
Brownies Kukus Bahan: - 4 biji telur - 120 grm gula pasir - 170 grm tepung gandum - 30 grm serbuk koko - 200 grm marjerin - 200 gmr dark cooking chocolate Cara Membuat: 1. Cairkan cokelat masak, ketepikan, 2. Cairkan marjerin, tunggu sehingga suam, masukkan cokelat cair, aduk rata, ketepikan. 3. Campur tepung gandum & serbuk koko, kemudian ayak 4. Pukul telur & gula pasir sampai mengembang (tak perlu sampai sebati) 5. Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak tadi, aduk sampai rata. 6. Masukkan marjerin & cokelat masak yang telah cairkan tadi, aduk rata. 7. Siapkan loyang yang telah disapui marjerin, masukkan adunan ke dalam loyang. 8. Kukus dalam pengukus yang sudah dididihkan airnya, bungkus pengukus dengan kain, lalu tutup rapat. Kukus sehingga masak.
##############################################
Brownies Kukus Hitam Putih Bahan : 200 gram tepung gandum 400 gram gula halus 8 bijir telur 300 ml minyak masak 60 grm serbuk koko 1/2 sdt vanila 1 sdm baking powder 1/2 sdt garam badam secukupnya Cara membuat : - Ayak tepung , vanila, garam dan baking powder ketepikkan. - Ayakserbuk koko di tempat berasingan,.
- Pukul telur dan gula sampai larut, masukkan campuran tepung aduk rata, masukkan minyak - Aduk rata, bahagi kepada 2 bahagian adunan - Sebahagian dimskkan serbuk koko, aduk rata. - Siapkan loyang ukuran 24 cm yang telah disapu marjerin nipis. - Masukan adonan putih, kukus selama 15 menit dengan api sedang, setelah permukaan agak keringtabur badam, - Masukkan adonan coklat, kukus +/- 20 menit. - Angkat. Dinginkan. ******************************************************
Tips: - tutup kukusan harus dilapisi kain atau foil supaya air tidak menitis ke atas kek yg menyebabkan kek tidak sekata dan berlubang. - kukusan jangan dibuka sebelum benar2 masak. #############################################
Kek Prune Kukus Leen Sumber resepi dari resipi.net/ cari.com
Bahan-bahannya 250 g butter 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan gula 1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup) 20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup) 5 biji prune (hiris kasar) 5 biji telur Cara : 1. Didihkan air dalam pengukus. 2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati. 3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi. 4. Masukkan prune yg telah dikisar. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. 6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai. 7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam. 8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan. Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2" Tips 1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik. 2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut. 3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini. 4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil) 5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa. Cadangan Hiasan 1. Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut. 2. Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color. 3. Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan kek dan letakkan di atas kek tu. ********************************************************************
Permasalahan Soalan : Kenapa buah prune yang saya susun di atas kek (untuk hiasan) apabila masak dia tenggelam? Jawapan : Brand sunsweet memang tiada masalah. Kalau brand ligo prunenya memang watery sket dan berat. That is one of the reason prune tu tenggelam. Satu lagi bila blend prune tersebut make sure air tu setakat cukup untuk putarkan mesin tu sahaja. Kalau banyak air pun boleh menyebabkan kandungan air dalam kek tu bertambah dan menyebabkan kek tu lebih lembap.Boleh juga cuba membelah dua buah prune tersebut supaya ia lebih ringan. Apabila meletakkan prune di atas adunan jangan ditekan dan insyallah ia tidak akan tenggelam. Soalan : Apasal apabila saya mengukus kek tersebut cuma kelilingnya aje yg bersarang, tengahtengah tak bersarang langsung. Jawapan : Pastikan aliran udara di dalam periuk kukus dapat mengalir dengan sekata. Sekiranya loyang menutupi sebahagian besar lubang-lubang periuk kukusan, dapatkan kaki atau tungku (besi bulat dalam 5 inci lebar yang digunakan untuk meletak kuali panas) dan letakkan adunan di atas kaki tersebut supaya udara boleh mengalir dengan sekata. Soalan : Hari sabtu buat kek prun you.... tapi mengapa dia tersenyum? Jawapan : Selalunya apabila kita overbeat adunan tersebut selepas masukkan tepung dia jadi tersengih camtu. Cukup sekadar gaul rata tepung tu dan masukkan ke dalam acuan. Selalunya untuk kek kalau masukkan tepung lebih baik jangan pukul laju menggunakan mixer pukul perlahan sahaja asalkan dia sebati. Sebaik-baik gunakan spatula atau senduk kayu dan gaul menggunakan tangan jadi kita boleh agak sebati adunan tepung tu. Kalau dipukul menggunakan mixer dia akan menyengih dan satu mungkin bila bakar besar kemungkinan kek akan bantat. Boleh juga prune tu diletakkan sedikit tepung supaya melekat bersama adunan... ********************************************************************
Beberapa PETUA Kek Prune 1) Jika menggunakan Tepung Naik Sendiri, kek akan naik 2 kali ganda dari adunan asal. Maaf berkata tapi ada beberapa ahli di RN bila menggunakan Tepung Naik Sendiri Nona, hasil kek mereka agak tidak memuaskan hati. Texture kek sepatutnya gebu dan lembut dan bukan padat.
2) Jika tak ada gula castor, gula yang buat air tu blender kasi halus jadi mudah untuk gula larut dapat adunan mentega. Untuk mengelakakn puncanya kenapa kek tidak naik 2 kali ganda. 3) Pukul hingga kembang bermakna mentega dan gula telah bersatu dan warnanya bertukar kuning cair sedikit. 4) 1/3 susu pekat dalam tin, kalau guna sudu makan 3 sudu makan bumbung penuh. 5) Selalunya tepung naik sendiri mempunyai bahan penaik yang cukup lengkap untuk menghasilkan kek yang diinginkan. Tetapi ada beberapa kali terangkan mereka yang menggunakan Tepung Naik Sendiri Nona agak menghampakan. Mutu tepung menjadi penyebab mungkin. Kalau guna tepung gandum ayak dengan 2 sudu teh baking powder untuk menghasilkan 2 cawan tepung naik sendiiri seperti resipi ini. Jika suka 1 cawan gula boleh digantikan 1/2 cawan gula caster dan juga 1/2 cawan gula perang untuk menghasilkan kek yang warnanya perang sedikit. Sebab kalau guna 1 cawan gula caster warna kek mungkin agak cerah. Terima kasih sudi mencuba resipi ini. Keterangan dr Diana Arsyad resipi.net...
Kek kukus prune Bahan2 : 1 ketul buttercup (250g) 1 cawan gula 8 biji telur 1 tin susu pekat 1 tin prune 1 botol horlick (kecil) @ 1 cawan 2 cawan tepung gandum
Cara : Potong prune kecil-kecil, gaul bersama tepung +horlick. Gaul hingga rata. Pukul butter bersama gula hingga kembang Masukkan telur satu persatu Masukkan susu Masukkan campuran prune (1) tadi ke dalam adunan. Kukus selama 4 jam Tutup dgn aluminium foil sebelum dikukus ye..
KEK KUKUS PRUNE SUNSWEET
Bahan : 1 1/3 tepung gamdum 1 sk soda bikarbonat 1 sk baking powder 1 cawan susu cair 1 peket prune dikisar (saya guna prune sunsweet 1 peket)
250gm buttercup 3 biji telur 1 cawan gula halus
Cara: panaskan pengukus dahulu 1. pukul buttercup dgn gula halus sampai kembang 2. masukkan telur pukul hingga sebati 3. ayakkan tepung + baking powder + soda bikarbonat dan masukkan dalam adunan yang dipukul tadi 4. masukkan prune yang dikisar 5.alaskan loyang dengan dengan kertas dan tuang adunan tadi dan tutup dengan kertas aluminium 6. kukus selama sejam dan taraaaaaaa dah jadik .......
KEK KUKUS LAPIS HOLIDAY INN
Bahan-bahannya: 10 biji telur 16 oz mentega 1 tin susu manis
1 tin kecil milo 1 botol kecil holick 2 gelas gula halus - (boleh kurangkan gula) 2 gelas tepung roti marie - (roti diblend) 1 sudu teh esen vanilla
Cara : 1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. 2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. 3. Masukkan susu, vanilla, tepung roti dan gaul hingga sebati. 4. Adunan ini dibahagi 2. Satu bahagian dicampurkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan holick dan warna kuning. 5. Kukus 4 senduk adunan milo hingga masak. Kemudian masukkan adunan hoilick. Kukus berselang seli sampai adunan habis.
KEK KUKUS MATA KUCING
Bahan-bahan:
10 biji telur 16 oz mentega 1 gelas gula 1 tin susu manis 1 tin sederhana sekaya 1 tin nestle cream 1 botol holicks 2 gelas tepung gandum 1 sd teh baking powder 1 sd teh esen vanilla
Browning sugar secukupnya(anggaran 2 sd teh)
Cara : 1. Pukul mentega + gula hingga kembang. 2. Masukkan telur satu-persatu 3. Masukkan sekaya + nestle cream + holicks +esen vanilla. 4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. 5. Baru bubuh browning sugar, gaul rata dan sebati. 6. Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak. (Anggaran satu jam atau lebih)
Kek Kurma Kukus [mrs_livingstone] BAHAN
300 gm buah kurma (dibuang biji dan dicincang) 1 cawan air suam ? cawan gula pasir ? cawan gula perang 250 gm mentega 2 biji telur 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik ? sudu teh garam ? sudu teh serbuk vanila CARA *campur dan gaul kurma+kurma+air suam+gula pasi+gula perang+mentega *masak campuran di atas api kecil hingga gula cair. Sejukkan sekurang-kurangnya empat jam. *Masukkan telur dan pukul bersama bahan di atas hingga kembang. *Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan serbuk vanila. Gaul hingga sebati. *Kukus selama 45 minit
KEK LABU KUKUS Bahan 1 cawan butter/marjerin 3/4 cawan gula halus 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 1 sudu besar susu pekat 1 1/2 cawan labu , diparut
sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis ) 2 cawan tepung gandum 1 s/k baking powder 1 sudu besar tepung kastad Cara. 1. Panaskan kukusan 2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu. 3. Masukkan susu pekat, kacau rata. 4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata. 5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi. 6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad. 7. Masukkan labu, dan kurma. 8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas 9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam
PERBAGAI RESIPI KEK LAPIS Tip Resipi Kek Lapis By Diana Arsyad Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Diana ingin berkongsi aneka jenis resipi kek lapis begitu juga dengan sedikit tips yang tidak seberapa ini agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Membuat dan membakar Kek Lapis memerlukan ketelitian dan juga kesabaran seseorang individu. Begitu juga dengan daya imaginasi dan creativiti masing-masing. Tidak dinafikan berbagai jenis kek lapis yang cantik-cantik dan juga sedap-sedap ada dipasaran. Tapi, kalau dah ada resipinya dan juga tahu caranya, cubalah membuatnya sendiri. Disini Diana berikan sedikit tips bila membuat Kek Lapis. 1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang. 2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya. 3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar. 4. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering. 5. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti. 6. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.
7. Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan. 8. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang. Kepada semua yuk kita kongsi resipi-resipi kek lapis yang telah dihasilkan.
Setiap lapis akan cuma memakan masa 3-4 minit saja dan ada masa nya 5 minit saja. **Kek lapis gunakan grill saja atau api yang sebelah atas saja. tak boleh tinggalkan kek lapis dalam ketuhar dan pergi buat kerja lain sebab dikhuatiri kek hangus/hangit... 1) lapik dulang kek dengan kertas minyak yang disapu mentega... sapu keliling acuan tin dengan mentega.....selain tu guna acuan spring form (acuan cheese cake yg boleh tanggal bontot tu )..... memang tiada masalah nak kuarkan kek tu...bila kek dah masak tolak bontot ke atas dan kek akan keluar dengan elok tanpa rosak 2) layer pertama kita MESTI bakar/grill guna api atas dan bawah supaya lapisan bawah dan atas kek masak serata dan sempurna 3) untuk layer terakhir pula MESTI bakar/grill api atas sahaja sehingga ia menjadi perang..... kemudian tutup acuan dengan aluminium foil dan grill/bakar pula guna api atas dan bawah selama lebih kurang 15 minit .bertujuan untuk menjadikan kek tahan lama (Tidak berkulat) 4)Klu guna oven jenis toshiba.suhu yg set ialah 160Ce.....suhu pembakaran sesuatu kek bergantung kepada jenis2 oven..... KEK LAPIS PRUNES Bahan 200 gm butter 100 gm gula icing 300 gm telur 1 s/k esen vanilla 150 gm tepung gandum ] gaul rata 1/2 s/k rempah kek lapis] 200 gm buah prunes [cincang] Cara 1. Pukulkan gula, butter dan telur sehingga ringan dan gebus. Masukkan esen vanilla. 2. Masukkan tepung gandum yg digaulkan ngan rempah kek lapis sedikit demi sedikit dan gaulkan rata. 3. Griskan loyang 4 segi 9 x 9 x 3 dan panaskan oven 180'C 4. Masukkan 1 senduk adunan dan bakar sampai masak [15 minit] dengan api
atas sahaja. 5. Taburkan potongan cincang buah prunes dan masukkan lagi 1 senduk adunan kek dan bakar lagi. 6. Ulang proses melapis sehingga habis adunan. 7. Satelah habis adunan, bakar lagi dengan api bawah dan atas selama 10 minit. NOTA: Boleh tukarkan prunes ngan kismis hitam atau coklat cip...
Kek Lapis Internet [budaks_comel] Bahan-Bahan: 10 biji telur 16 ozs mentega 300 gm gula halus 300 gm tepung gandum 1 sudu makan ovalette 1 peket santan segera 1 tin susu manis 1 sudu teh vanilla warna coklat, ungu, kuning,merah dan hijau 1 tin kecil kaya Cara: Pukul mentega dan susu sampai putih. Di tempat lain pukul telur, gula, ovallete dan vanilla sampai kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam acuan. Satukan kedua-dua adunan. Masukkan serbuk santan dan kaya. Kacau rata-rata hingga sebati. Bahagi adunan kepada lima bahagian seperti berikut dan setiap warna bahagi 14 sudu makan. a) Merah – 7 sudu makan untuk satu lapisan b) Kuning - sama --c) Hijau - sama-----d) Ungu – sama----e) Coklat – sama ---Selebih nya warna plain, di bahagikan untuk bahagian atas dan bawah. Bakar satu bahagian plain secara melereng. Gunakan api atas sehaja. Kemudian lapis dengan adunan warna tadi dan bakar selapis demi selapis secara melereng. Akhir sekali warna biasa secara lurus dengan api atas bawah. Tambahan: Boleh ditambah 50gm Horlicks jika suka dan gula halus boleh di kurangkan jika suka
KEK LAPIS OREO NESTUM Bahan2: 10 biji telur 12 oz mentega 1 tin sederhana kaya 1 tin susu manis 1 cawan gula castor 2 cawan biskut oreo yang telah dikisar halus 2 cawan nestum yang telah dikisar halus 2 sudu besar serbuk koko
Cara2: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Masukkan susu manis dan kaya dan gaul rata. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian: 1 bahagian campur biskut oreo dan serbuk koko 1 bahagian lagi campur nestum. 5. Masukkan 1 senduk adunan oreo ke dalam acuan (8 X 8) yang telah digris dan kukus selama 10 minit atau sehingga masak. 6. Setelah lapisan pertama masak,masukkan 1 senduk adunan nestum di atasnya dan kukus lagi sehingga masak dan begitulah seterusnya sehingga adunan habis.
Kek Buah Kukus [hanieliza] Bahan: 200 gm butter 200 gm gula halus 300 gm tepung gandum ] 2 s/teh baking powder ] ayak 1 s/teh soda bikarbonat ] 3 biji telur 1 s/teh esen vanila 100 gm gula....cairkan kekuningan 250 gm buah campur Cara: 1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. 3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur. 4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata. 5. Panaskan kukusan sehingga mendideh. 6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek. 7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan
Kek Kukus Lapis Buah [hanieliza] Bahan; 1 mangkuk telur...asingkan kuning dan putih 3/4 mangkuk gula 1 mangkuk tepung gandum ] 1 s/teh baking powder ] diayak 1 mangkuk buah campur 1 mangkuk butter 1 s/teh esen vanilla 6 s/b susu pekat pewarna hijau dan kuning Cara: 1. Pukulkan putih telur sehingga kembang dan ringan. 2. Dalam mangkuk yg lain masukkan gula & kuning telur dan pukul sehingga kembang. 3. Pukul butter sehingga gebu dan ringan dan campurkan esen vanilla dan susu. 4. Tuangkan kedalam mangkuk gula dan kuning telur. 5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan putih telur dan kacau rata lagi. 7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan. 8. Kukuskan sebahagian sehingga masak. 9. Taburkan buah campur dan tuangkan sebahagian lagi adunan. 10. Buat sehingga adunan habis.
KEK LAPIS HORLICKS 8 biji telur (asing putih dan kuning) 1/2 cawan gula castor 2 cawan horlicks 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh baking powder 350 gm mentega Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan mentega dan horlicks,gaul hingga sebati. Dalam bekas lain,pukul kuning telur dan gula hingga kembang. Campurkan adunan putih telur dan gaul rata. Masukkan esen vanilla,baking powder dan tepung,gaul hingga sebati. Bakar selapis selapis dengan menggunakan api atas sahaja. (acuan 8 X 8)
Kek Lapis Hawflakes (Maklang) Bhn 1 cwn mentega 1 cwn gula halus 2 sb susu pekat 4 biji telur 1 cwn tepung gandum } ayakkan sekali dengan b/powder 1 st baking powder } 1 1/2 cwn serbuk biskut marie 2 paket asam Hawflakes (asam duit2 tu ler) Esen vanila Pewarna ikut suka Cara Pukul mentega + gula hingga kembang. Mskkan telur dan esen vanila - pukul Mskkan pula tepung gandum + serbuk biskut marie - gaul rata Bahagi kepada 2, 1 merah dan 1 lagi biasa (nak tambah warna2 lain pun buleh) Sapu loyang dengan minyak @ alas dengan kertas.Masukkan adunan biasa di dalam loyang, masakkan sekejap lebih kurang 4 min, keluarkan loyang dari kukusan dan susun asam hawflakes atas adunan dan curahkan adunan merah dan masukkan kembali dalam kukusan dan buatlah berselang seli sehingga adunan habis. SELAMAT MENCUBA. P/S - jap lagii maklang tempek gambo yerk! Resepi ni biras maklang kasi, kat mana dia amik, tak taulah..so pd tuan punya resepi, tq so much sbb sudi share resepi.
KEK KUKUS LAPIS ASAM FLAKES Bahan-bahan 1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur) 2 1/2 cawan gula castor/halus 1 cawan susu pekat manis 3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus] 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil baking powder Pewarna (merah/hijau/kuning) Asam / haw flakes Cara membuatnya 1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan. 2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda. 3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata. 4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan. 5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis.
KEK LAPIS ASAM MANIS... Bahan2 nya 2 cawan marjerin 8 biji telor 1/2 kilo biskut cream crackers (300gm) ->dikisar halus 3/4 tin susu pekat -> sut buat 1/2 tin ajer...(tin kecik) 1 1/4 gelas gula halus -> sut buat 1 gelas aje.. 3 paket asam manis 1 camca teh esen vanilla. Cara caranya; ~ Marjerin dipukul hingga putih dan masukkan susu pekat. Asingkan seketika. ~ Kepok telor hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla. ~ Satukan marjerin dan telor tadi. Masukkan biskut yang dikisar tadi. Pukul lagi.. ~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut pilihan masingmasing... ~ Kukus lapis demi lapis..jangan lupa letak asam manis di setiap lapisan yg diperlukan...
KEK MASAM MANIS MAKLANG 10 biji telur tin kecil sekaya 1 tin susu pekat(biasa letak 1/2 je,manis sgt) 3 cwn tpg biskut marie (kisar halus) 1 tin butter sedang(majerin) 10 paket asam gambir baking powder esen vanilla warna hijau dan kuning cara: butter dan gula pukul sampai kembang. masukkan telur satu persatu
ayak tpg biskut dan baking powder bila sebati masukkan tpg biskut,kacau. masukkan sekaya,susu dan esen. kacau lagi bahagi kepada 2 adunan satu letak warna hijau,satu lagi warna kuning panaskan periuk kukus sapukan loyang ngan butter sendukkan adunan warna kuning,kukus 5 minit angkat,susun buah asam,sendukkan warna hijau ulang hingga habis bila dah habis kukus selama 1 jam (pastikan air dlm pengukus tidak kering,tambah dgn air panas) bakar dlm oven selama 15 minit (tujuan supaya air dlm kek kering so kek tahan lama) ***semasa membuka tudung pengukus pastikan air tak me
KEK LAPIS PRUNES{HANIELIZA} Bahan 200 gm butter 100 gm gula icing 300 gm telur 1 s/k esen vanilla 150 gm tepung gandum ] gaul rata 1/2 s/k rempah kek lapis] 200 gm buah prunes [cincang] Cara 1. Pukulkan gula, butter dan telur sehingga ringan dan gebus. Masukkan esen vanilla. 2. Masukkan tepung gandum yg digaulkan ngan rempah kek lapis sedikit demi sedikit dan gaulkan rata. 3. Griskan loyang 4 segi 9 x 9 x 3 dan panaskan oven 180'C 4. Masukkan 1 senduk adunan dan bakar sampai masak [15 minit] dengan api atas sahaja. 5. Taburkan potongan cincang buah prunes dan masukkan lagi 1 senduk adunan kek dan bakar lagi. 6. Ulang proses melapis sehingga habis adunan. 7. Satelah habis adunan, bakar lagi dengan api bawah dan atas selama 10 minit. NOTA: Boleh tukarkan prunes ngan kismis hitam atau coklat cip...
KEK LAPIS ASAM MANIS ( HAW FLAKES ) / KEK LAPIS PRUNE
Bahan-Bahannya : 5 putih telur 25 kuning telur 500gm mentega 180gm all purpose cake flour 220gm gula caster 4 sudu makan susu pekat 2 sudu besar ovalette 1 sudu makan pure esen vanilla Haw flakes secukupnya 1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan
kertas kek Cara Membuatnya : Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100gm gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan 120gm gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata. Cara Membakarnya : Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat. Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan haw flakes, jangan terlalu banyak. Selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat. Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi haw flakes, sehingga adunan habis. Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 °C. Bakar lagi selama 10 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong. Nota: Haw Flakes boleh digantikan dengan buah prune tanpa biji yang dihiris halus, lalu kek dinamakan Kek Lapis Prune.
KEK LAPIS (PUAN SRI) 500gm /15 biji telur putih 60ml susu cair 1/2 sudu teh butter oil Sedikit pewarna merah,kopi and hijau 225gm gula pasir/caster 300gm tepung gandum 150gm minyak masak mazola 1 sudu makan ovellete(quick 75') Cara nya:-pukul telur,masukkan gula (beat first) than add milk,butter oil.ovalette,teopung,sampai pekat Masukkan minyak slowly kacau rat. Lepas tu bahagikan adunan kepada 4 ikut warna.Last adunan tu warna putih(original) Masukkan bahan dalam loyang mengikut warna secara berselang-selang.Kukus selama 1/2 jam.
KEK LAPIS HAPPY DAY 16 oz mentega 10 biji telur 2 gelas gula halus----400 grm 3 gelas tepung gandum---300GRM 1 tin susu pekat 1 tin besar serikaya 4 camca teh Nescafe 1 camca teh vanilla Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis Cara-caranya:
1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata. 2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati. 3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata. 4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian. setiap satu diberi warna hijau, merah & kuning. Bahagian yg tak bewarna dibubuh Nescafe. 5. Kukus setiap lapisan warna, kuning, merah (ditabur sedikit kismis), hijau, putih(adunan nescafe) hingga habis. 6. Setiap lapisan masukkan 2 senduk @ kalau malas nak lapis bnyk, masuk 1 bancuhan warna & kukus. & masukkan warna seterusnya hingga habis. *Kalau x suka manis sgt, boleh kurangkan gula kpd 1 1/2 gelas & kurangkan sedikit serikaya.
KEK LAPIS HORLICKS Bahan A 300 gm butter 150 gm horlicks 300 gm kaya 194 gm susu pekat manis 180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder) Bahan B 10 biji telur 100 gm gula castor Bahan C 1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu 1/2 sudu teh pes coklat Cara : Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan. Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan . Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain. Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan. Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya. Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.
KEK LAPIS ASAM MANIS [twelve12] bahan2: 5 biji telur 1 cawan ising sugar 1/2 tin susu pekat 1 s/k esen vanilla 2 1/2 cawan biskut marie yg tlh dikisar halus
1 1/2 cawan butter 1 s/k baking powder hawflakes(ikut suka letak bape byk) cara: putar butter hingga kembang n masukkan telur yg tlh dipukul kembang terlebih dahulu. campurkan hingga sebati.kemudian masukkan biskut marie, susu pekat, baking powder n kacau sebati. bahagi 2 adunan. satu bhg warna asal n lagi satu ikut suka. loyang disapu butter n lapik dgn kertas.panaskan kukus.lapis pertama dgn adunan warna asal n kukus hingga masak n lapis dgn warna yg lagi satu n susun hawflakes atasnya n kukus lagi hingga masak n ulang semula hingga masak.
Kek Asam Manis Bahan-Bahan: 5 biji telur 1 tin gula 1 tin marjerin 1 tin tepung biskut (Biskut 4 segi tawar) 10 bungkus asam manis Sedikit vanila Cara: Mentega di pukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Lepas itu masukkan vanila & tepung biskut, gaul rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna biasa. Mula-mula letakkan warna biasa 1 senduk tepung dalam acuan, kukus di atas dapur apabila agak masak angkat dan terus aturkan asam manis sebaris demi sebaris sampai penuh. Bila siap masukkan tepung warna hijau 1 senduk ke atas asam manis tadi dan kukuslah. Buatlah begitu sampai habis.
KEK LAPIS MASAM MANIS Bahan-Bahan 200 g mentega 300 g telur 150 g tepung gandum 50 g gula aising 5 sudu kecil esen vanila 3 g rempah kek lapis 200 g kepingan masam-masam manis (haw flakes)
Cara: Campurkan tepung dengan rempah kek Buah prun dibuang biji dan dibelah tiga Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang dan berkrim Masukkan tepung, rempah dan esen vanila dan gaulkan hingga rata Griskan acuan kek (bentuk 4 segi) Masukkan sesenduk adunan kek ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 C hingga masak Taburkan buah prun ke atas lapisan kek yang sudah masak Masukkan sesenduk lagi adunan kek ke atasnya dan bakar semula sehingga masak Ulangi proses itu sehingga habis semua adunan Bagaimanapun untuk lapisan ketiga dan seterusnya, gunakan api bahagia atas sahaja Setelah semua lapisan kek siap dibakar, panaskan semula api bahagian bawah dan juga atas dan bakar kek selama 10 minit
SPONGE CAKE /KEKSPAN
Kalau gunakan sponge mix, untuk sebiji kek bersaiz 8 atau 9 inci boleh gunakan 250gm spong mix, 3 biji telur, 50ml air & 75gm minyak jagung or butter dicairkan.
Caranya sama dengan resepi di bawah.
VANILLA SPONGE Bahan-bahan: 120gm gula castor 120gm tepung gandum 4 biji telur Grade B
10gm super sponge or ovalette 20gm air 20gm minyak jagung or butter dicairkan 1 st esen vanilla Cara-cara: 1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air. 2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit. 3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata. 4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.
Chocolate Sponge Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco.
Tips: 1. Selepas bakar, terus keluarkan kek daripada acuan dan sejukkan.
SPONGE CAKE / KEK SPAN
250 gm tepung sponge mix 4 biji telur 50 ml air 80 gm butter cair
1. Pukul tepung sponge mix dgn telur hingga pekat. 2. Masukkan air dan pukul hingga sebati. 3. Pukul adunan hingga gebu dan lembut. 4. Gaulkan butter kedlm adunan. Kali ini anda hanya perlu mengaul butter
dengan scraper sahaja. Tidak payah menggunakan mixer. Gaul sebati. 5. Tuang adunan kedalam acuan bulat 9" dan bakar pada suhu 180 C selama 30 minit.
Kek SPONGE (COKLAT)
220 gm tepung gandum 30 gm cocoa powder/serbuk koko 1/2 sudu teh baking powder 10 biji telur 250 gm gula castor 60 gm ovelet (SP75) 120gm marjerin (dicairkan)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx TIP
Resepi untuk kek bersaiz 7 1/2 inci .Dari kek sponge vanilla ni boleh buat:
1. mousse cake + ada campuran coklat le 2. black forest 3. blueberry 4. fresh fruit cake 5. lychee cake 6. pandan layer
banyak lagi le. kalo nak senang, buat fresh fruit cake.
Kek dibelah 3. antara lapisan, sapu dengan fresh cream. nak atur buah2 pun boleh. atas sekali susun dengan fresh fruit macam peach, kiwi, strawberry, cherry, lychee, nenas. kemudian, keliling cake sapu dengan fresh cream. tips: kek yang dihias guna freh cream.
1. sebelum letak fresh cream pada setiap lapisan, sapu dahulu kek dengn syrup. kalau blueberry kek boleh sapu dengan lemon syrup. kalau pandan kek, sapu dengan syrup yang dimasukkan dnegan daun pandan. 2. sapu setiap lapisan dengan syrup supaya tekak tak kering masa makan kek tu. kek yang dihias guna creamwell 1. sapu dengan jem pada setiap lapisan. lapisan nipis je.
KEK SPAN MUDAH 3 biji telur 90 g gula kaster 100 g tepung naik sendiri 2 camb air Alas 2 tin bulat berukuran 20 cm dengan kertas kalis minyak. Lengser dengan mentega. Putar telur dan gula hingga kembang dan pucat. Kaup balikkan tepung berselangseli dengan air. Ratakan ke dalam tin dan bakar pada 190 C selama 20-25 min.
KEK SPAN 4 biji putih telur 6 biji kuning telur 200 g gula kastor 1 camt ovalette/Quick 75/SP Emulsifier 130 g tepung paling halus 2 camb susu segar 1 camt vanila 2 camb mentega, dicairkan
Pukul 4 bahan pertama hingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tambah susu, vanila dan mentega ke dalam adunan dan kacau rata/ Ratakan adunan ke dalam tin 22 cm yg sudah dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin. Bakar pada 180 C selama 30-35 min atau hingga masak
KEK SPAN OREN 6 biji telur 175g gula kaster 1 camt Quick 75 or Ovalette 225g tepung paling halus/tepung kek, diayak 60g mentega cair atau minyak jagung 30ml jus oren 1 camt parutan kulit oren (jgn parut bahagian putih kerana kek akan berasa pahit) 20 ml air sejuk
Cara membuatnya: Alas dua tin bulat 20cm dengan kertas kalis minyak. Pukul telur, gula dan Quick 75 hingga pucat dan kembang. Kaupbalikkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan. Jangan dikacau kuat. Masukkan jus oren, air dan kulit oren, gaul rata. Tuangkan mentega cair atau minyak dan kacau sebati. Jika terlalu kuat memukulnya, kek akan menjadi keras kerana tiada gelembung udara.
Tuang ke dalam tin2 tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 25-30 minit atau hingga permukaannya menganjal bila ditekan. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sebelum disapu dengan jem/aising mentega dan disajikan.
Jangan dibakar dalam satu tin saja kerana ia akan lambat masak. Gunakan 2 tin dan bakar sekaligus kerana jika dibiarkan di luar terlalu lama, gelembung udara akan hilang dan kek akan menjadi keras. Bila sejuk, sapu krim dan tangkupkan kek.
VANILLA SPONGE
Bahan-bahan:
120gm gula castor 120gm tepung gandum
4 biji telur Grade B 10gm super sponge or ovalette 20gm air 20gm minyak jagung or butter dicairkan 1 st esen vanilla
Cara-cara:
1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air. 2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit. 3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata. 4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.
Chocolate Sponge Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco. Tips: 1. Selepas bakar, terus keluarkan kek daripada acuan dan sejukkan. custard cream (instant custard) 100gm instant custard 200gm air masak atau jus oren 5 sudu whipping cream yang telah dipukul caranya: kacau sebati hingga licin vanilla cream/custard cream A 375gm fresh milk 50gm sugar 1 ts vanilla
B 125gm fresh milk 25gm sugar 40gm corn flour 3 nos egg yolk C 40gm whip cream
caranya: 1. didihkan A dengan api sederhana 2. Satukan kesemua bahan B dan kcau rata. Tuangkan ke dalam A dan kacau hingga mendidih. sejukkan 3. akhir sekali masukkan C ke dalam adunan & kacau sebati. Buat kek seelok-eloknya sehari sebelum nak hias.
1. kek dibelah 2. 2. sapukan custard cream di atas kek. ratakan. 3. letak hirisan peach atau sebarang buah (laici or longan or mangga or kiwi dsb) 4. tangkup dengan 1 lagi kek 5. tutup seluruh kek dengan cream sutard 6. di atasnya boleh hias dengan buah-buahan segar.
kalo tak mo taruk custard cream, boleh guna non-dairy cream or fresh cream yang dah dipukul.
KEK SPAN{Kak Liza} Bahan 175 gm butter 200 gm gula akstor 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 280 gm tepung gandum ] 1 s/k baking powder ] ayak
Cara 1. Pukulkan butter dan gula sehingga gebu. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Masukkan esen vanila dan akcau lagi. 4. Masukkan tepung dan kacau rata. 5. Masukkan dalam acuan dan masakkan selama 30 minit dalam suhu 170'C
KEK SPAN [minyak] Bahan-bahan: 4 biji putih telur 6 biji kuning telur 140 g gula kastor 80 g tepung naik sendiri 40 g tepung jagung Jem (ikut suka jenisnya) Cara 1. Alaskan loyang dengan kertas kalis minyak (lengser dengan sedikit marjerin). 2. Pukul kuning telur dengan separuh gula hingga kembang, 3. Dalam mangkuk & pemutar bersih, putar putih telur dan baki gula hingga kental. 4. Kaupbalikkan putih telur ke dalam kuning telur, diselangseli dengan bahan ayak (tepung naik sendiri & tepung jagung). 5. Tuangkan ke dalam tin. Bakar selama 15 minit pada 180'C **Kek Span ni boleh digunakan semasa membuat Kek Keju**
Resipi Orange Choc Chip Cake, D guna resipi Kek Zebra tapi tambah 2 sudu besar orang paste... dan taburkan 2 gengam choc chip last part gaul adunan... dan atas tabur choc chips gak... rasanya lembut, gebu dan sedap... yang penting mudah untuk membuatnya... resipi sponge cake yang gebu boleh guna resipi ini... 1 loyang bulat 9" buat 1 1/2 adunan....
KEK MOIST KEK PANDAN MOIST 250 g mentega 350 g gula kastor 6 biji kuning telur 4 biji putih telur 320 g tepung gandum } ½ camt soda bikarbonat } diayak 1 camt serbuk penaik }
Bahan A 150 ml santan (½ kelapa) pewarna hijau 8 helai daun pandan } dikisar 250 ml air } & tapis
Cara membuatnya 1. Alas tin empatsegi 20 cm dengan kertas kalis minyak. Lengser dengan sedikit mentega. 2. Putar mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati. 4. Satukan bahan A. Bubuh berselangseli dengan bahan ayak ke dalam adunan kek. Kacau rata-rata. 5. Tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar pada suhu 190 C selama 1 jam atau hingga masak.
KEK ZEBRA TIP Mari kita buat KEK ZEBRA Diana nak beri mengenai Zebra Cake yang telah dicuba. Hasilnya memang sedap, gebu
dan ringan. Kek manisnya sederhana memang sesuai untuk hidangan minuman teh pada waktu petang. Zebra Cake ini adalah sejenis sponge cake, cara membuatnya memang mudah tapi kena buat dengan teknik yang betul. Diana berikan gambar yang dapat memberi contoh untuk semua dapatkan hasil sponge kek yang ringan dan gebu. Lihat gambar dan perhatikan adunan kek yang telah Diana sediakan. Diana ada membuat kesilapan bila membahagikann adunan kepada dua bahagian dan hasilnya warna coklat lebih dari warna plain. Lebihan warna coklat dibakar dalam loyang muffin. Sepatutnya hasil kek ini akan lebih tinggi dari apa yang Diana tunjukkan dalam gambar. Adunan dipukul pada kelajuan tinggi selama 10 minit
KEK ZEBRA
ZEBRA CAKE Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat Bahan-bahannya 6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B) 110 gram gula kaster 150 gram tepung kek 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu besar ovalette 100 gram mentega, dicairkan 30 gram susu pekat manis 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu teh serbuk koko 3 - 4 sudu besar air 1 sudu teh coklat emulco Hirisan badam/ badam cincang Cara-caranya 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8". 2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan. 3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental. 4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan
perlahan sehingga sebati. 5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian. 6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain. 7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit. 8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar. Nota: 1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis. 2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar. 3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit. 4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair. 5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.
Kek zebra nih kalau dah bakar terus keluarkan dari loyang... sebaiknya guna loyang springform jadi mudah nak tanggalkan ring dia... kalau tak keluarkan dari loyang nanti kek pancit, terus mengecut... ini pantang bila buat kek sponge... Pukul guna mixer kenwood kelajuan tinggi selama 10 minit... masukkan telur, tepung yang telah diayak dengan baking powder, gula kaster dan ovalette... Ovalette nih penting sebab inilah yang akan kasi adunan tu stabil.. dan hasilnya patut dapat macam nih.. tengok gambar bawah nih. Bila angkat adunan tu melekat dan tak jatuh... Jika adunan tak memekat.. sebaiknya ovalette tu di simpan dalam peti sejuk, dan telur pun cuba gunakan yang telah sejuk... it helps untuk lebih mantapkan adunan..
then baru kita masukkan mentega cair... ada perubahan pada adunan tengok adunan tu mula cair sikit dan ia jatuh kan...
Then tips lain bila menggaul adunan dengan coklat emulco jangan terlalu menggaul nanti adunan cair susah nak melapis... tapi kalau dah cair boleh la design jadi marble ke masih boleh dimakan... bila melapis tu boleh gunakan senduk nasi jadi line belang tu tebal sikit... kalau nak tipis boleh guna 4 sudu makan setiap lapisan.... Tips bakar pula... walaupun resipi cakap bakar selama 35 minit, boleh bakar lama sikit
agar outer layer kek tu masak betul.. kalau tak masak betul mata kasar kita tengok macam dah masak tapi bila kita angkat nanti atas permukaan tu melekit2... haa itu tanda kek belum really masak betul... Ini satu contoh kek tak masak dengan betul... ... so bakar ikut masa... kalau tengok kat belah atas permukaan tu ada nampak lembab sikit... bila lepas bakar dia ok tau tapi kalau dah biarkan 3 jam keatas nanti atas tu melekit bila kita pegang dengan jari dia melekat permukaan terus tanggal... so bakar lama sikit... uji test dengan lidi cucuk tengok masih basah tak...
ni cara step by step untuk membuat lingkaran pada kek zebra. Harap dapat menolong semua
I think steps camni......di simplify 1. adunan bahagi 2: 1 plain, 1 with chocolate 2. yang plain dan chocolate tu bahagi 2 lagi...tapi kat atas nie tak bagi dua... 3. ambil one portion of plain and chocolate, 1st layer 3 sudu plain, tompok & bulatkan, 2nd 3 sudu chocolate tengah-tengah, 3rd tompok lagi 3 sudu dengan putih, selang seli 3 sudu hingga habis... 4. sudah habis di atas, portion yang di ketepikan tadi bahagi lagi 2 5. ulang lagi lapisan, ambil satu portion, tapi kali ni 2 sudu besar saja, selang seling macam atas.... 6. last portion, buat macam di atas kali ini 1 sudu besar saja..
Ter Kek Zebra guna Bundt Pan. Hari ini untuk minum petang buat Sponge Cake Mix perasa strawberi. Diana snap step by step kasi semua tengok, Diana beli Super Sponge Cake Mix kat Phoon Huat guna 250 gram tepung mix tersebut yang telah mengandungi gula, bahan penaik dll, campur dengan 5 biji telur, 50 gram air dan mix speed laju selama 10 minit sehingga ia pekat dan kental. Kemudian masukkan 50 gram mentega yang telah dicairkan, satu bahagian
biar plain dan satu bahagian letak perasa strawberi. Hasilnya kek yang gebu lembut dan kemanisannya pun tak keterlaluan.
##########################################
KEK ZEBRA (Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)
750 c putih telur 310 gm mentega 450 gm gula halus 340 gm tepong hongkong 4 sudu makan susu pekat 1 sudu makan rempah kueh 1 sudu makan koko 1 sudu teh cream of tartar Peraturannya: 1. Pukul mentega bersama susu hingga putih. Ketepikan. 2. Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga kembang.
3. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis dan pukul hingga pekat. 4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi kacau hingga sebati. 5. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan kacau rata. 6. Adunan ni dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan koko dan rempah kueh dan satu bahagian lagi dibiarkan begitu sahaja. 7. Susunkan kedua-dua adunan ini berselang-selang hingga habis. 8. Bakar di dalam loyang bulat 10" yang telah dilengser dengan kepanasan 180c.
PERBAGAI KEK GULONG KEK GULUNG MENTARI 340 g gula kastor 15 biji kuning telur 8 biji putih telur 2 camt vanila 1½ camb Quick 75 165 g tepung gandum 15 g susu tepung 1½ camt serbuk penaik 210 g mentega, dicairkan 1 camt strawberi emulco Sed pewarna merah 1 camb serbuk koko 1½ camt coklat emulco peanut butter (halus) secukupnya
Cara membuatnya 1. Pukul 4 bahan pertama hingga kembang. 2. Masukkan Quick 75 dan pukul lagi selama 5 min. 3. Bubuh pula tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik. Kacau sebati. Tuangkan mentega cair dan gaul perlahan. 4. Ambil (300 g) adunan, masukkan strawberi emulco dan pewarna merah. Letak adunan merah dan (300 g) adunan biasa di dalam beg aising berasingan. 5. Ratakan adunan coklat ke dalam 2 tin berukuran 22.5 cm yang sudah dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin. 6. Picitkan jalur adunan merah berselangseli dengan jalur biasa di atas jalur coklat. 7. Bakar dengan api atas dan bawah selama 20-25 min pada 180 C atau hingga masak. 8. Bila kek masak, terbalikkan ke atas kertas minyak dan sapu peanut butter di atasnya kemudian gulung kemas. Bungkus dengan plastik nipis.
Kek Gulung Nanas
Bahan-Bahan: 10 biji telur 100 gm tepung gandum 150 gm gula halus 60 gm tepung jagung 1 sudu kecil serbuk penaik 1½ sudu kecil Quick 75 70 gm mentega cair 50 gm air sejuk Sedikit pewarna kuning dan merah Bahan-bahan krim: 5 sudu besar gula pasir 1½ sudu besar tepung jagung Sedikit krim segar
Cara :
Pukul semua bahan hingga kembang dan rata kecuali mentega cair, pewarna kuning dan pewarna merah. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diberi pewarna merah dan satu bahagian diberi pewarna kuning. Sediakan dulang empat persegi yang beralaskan kertas minyak. Masukkan adunan berwarna merah hingga rata, kemudian bakarlah hingga masak. Setelah masak, tuangkan adunan berwarna kuning pula di atas kek tadi. Kemudian bakar lagi sehingga masak. Apabila kek telah sejuk, sapukan jem nanas berselang-seli dengan krim hingga rata. Kemudian gulungkan kemas-kemas. Apabila hendak dihidang, bolehlah dipotong mengikut kesukaan anda.
Cara membuat krim:
Masak semua bahan-bahan di atas api hingga pekat dan sejukkan. Kemudian bolehlah digunakan.
Kek Gulung Pandan
Bahan-Bahan
Untuk Span Pandan: 10 biji telur 180 gm gula 175 gm tepung gandum 12 gm tepung jagung 62 gm mentega cair 2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan: 250 liter susu segar 60 gm gula
3 biji kuning telur 30 gm serbuk santan 250 gm krim putar 10 gm serbuk gelatin 2 helai daun pandan
Cara : Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama. Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair. Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit). Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan. Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin. Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang. Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.
MINI SWISSROLL kak mastura
250gm sponge mix 50ml water 4 Grade B eggs 50ml butter 1. Resepi ni sama dgn any sponge mix recipe, ikut je kat packet tu, cth atas ni sponge mix Chang Thung. Kalau nak buat sponge cake sendiri pun boleh, yang ni utk warga2 yg suka shortcut aka las las... 2. Guna resepi sponge mix ikut mana2 kedai utk 250g, then instead of buh dalam tin buh dalam tray 14" x 14", so that sponge cake tu nipis. 3. Utk color2 pulak, once dah beat sponge mixtu, bahagikan dalam mangkuk pada seberapa banyak color yang nak, then scoop 2 sudu atas tray, biar color tu merata2, then scoop color lain pulak sampai habis, kalau boleh jangan bagi same color dekat sangat, dah habis , bakarlah macam biasa dalam 180C/12-15 minit depending on oven.
4. PENTING: TRAY LETAK KERTAS MINYAK DAN GRISKAN. once masak, straight away kuarkan dari tray dan bubuh atas rack. ada 2 choice sama ada nak swiss roll biasa atau mini, if nak mini, potong 2 kek tu jadi 14" x 7". 5. ambik kertas minyak lagi dan terbalikkan, biar bahagian bawah tadi (warna lebih terang) disebelah bawah kertas pasal belah bawah ni akan jadi bahagian luar swissroll. 6. bab menggulung ni leceh tapi once dah biasa no hal punya (bertahun punya practice to get it right). now sapulah cream or jem atau apa2 saje as filling, haritu ada balance buttercream so guna je, jangan banyak sangat nanti terkeluar isi perut. 7. now dengan ada kertas minyak bawah kek (make sure saiz kertas minyak extra2 dari kek), start dari hujung and roll, sekali roll, tekan2 skit kat dalam, roll lagi, repeat sampai habis. 8. buat sama pada kek satu lagi. transfer dalam cling wrap, wrap ketat2 dan simpan dalam fridge sampai nak guna.
yang belang2 tu pulak, emmmm macamni ceritanya, masa buat ni buat 2 satu vanilla dan satu chocolate. mula2 beat vanilla, the n buat chocolate, then ambik 1 mangkuk dari chocolate nak buh kat vanilla, dan ambil 1 bowl dari vanilla utk chocolate (tukar suka sama suka) jadi utk yang belang2 tu, guna vanilla tadi, buh piping bag, potong bawah dan pipe serong atas kertas minyak yang dah digris. tepikan kejap dalam 10 minit, pastu ambik yang chocolate sponge tadi dan tuang slowly atas belang2 dan bakar. Harap2 fahamlah coz I pun pening tak tahu nak cerita.....
Swiss Roll - Vanilla Sponge Mix SHIDAAZIZ Swiss Roll
6 biji telur 4 biji kuning telur 190gm gula castor 1sk serbuk penaik 1 sudu besar ovalette 30gm air 100gm tepung 60gm tepung jagung 60gm mentega cair
1sk vanilla
sedikit jem untuk inti
caranya:
1. campurkan semua bahan kecuali mentega cair ke dalam mangkuk pembancuh. 2. putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang & kental 3. kaup balikkan mentega cair ke dalam adunan sehingg rata 4. tuang adunan ke dalam dulang pembakar hingga masak dengan suhu 190C
250gm Vanilla Sponge Mix 6 kuning telur 4 putih telur 80ml air 75gm butter (cair) 1 st ovallete 1 st baking powder 1 st vanilla essence
Caranya: 1. Satukan semua bahan kecuali butter cair. 2. Pukul hingga kental 3. Akhir sekali masukkan butter cair dengan cara kaup balik.
Buttercream UNTUK DI SAPU DI SWEET ROOL
1. 200gm Butter 2. 100gm Krimwell
3. Sus pekat manis - yang ni kena rasa manisnya
Pukul ketiga-tiga bahan sehingga gebu. Boleh buat banyak & simpan dlm peti ais
250gm sponge mix vanilla 80gm air 4 biji telur 75 gm minyak or butter cair 1 sudu ovallete (saja gatai pi tambah pasal nak kasi gebu) 1 sudu teh vanilla
1. Campurkan sponge mix, air, telur, ovallete & vanilla 2. Pukul hingga adunan menjadi kental 3. Masukkan minyak dan kaup balik guna scrapper or senduk kayu 4. Bahagikan kepada beberapa bekas & masukkan pewarna 5. Sediakan loyang 14 x 14 dan lapik dengan kertas minyak 6. Sudukan ke atas loyang. Buat jarak2. 7. Bakar suhu 180 selama 15 minit. Guna api atas bawah 8. Lepas masak keluarkan dr loyang & sejukkan 9. Ratakan cream & boleh digulung.
Tiger Roll Cake Bahan-Bahan : 75 gram Margarin
50 gram Mentega 9 butir Kuning telur 2 butir Putih telur 80 gram Gula pasir 65 gram Tepung terigu 15 gram Tepung maizena 10 gram Susu bubuk
Cara Mengolah : 1.Kocok mentega dan margarin hingga lembut, sisihkan. 2.Kocok telur dan gula hingga kaku, masukan campuran terigu, maizena, dan susu bubuk dan diaduk rata. 3.Tuang adonan telur ke dalam adonan mentega, sambil diaduk perlahan. 4.Tuang kedalam loyang persegi 27 cm, yang telah dialasi kertas dan diolesi mentega. 5.Oven dengan suhu 160°C selama 20 menit. 6.Angkat dan keluarkan dari cetakan, dinginkan, oles dengan selai stroberi lalu gulung.
Kek Gulung Blueberry Sumber: Majalah Jelita Ogos 1993
Bahan-Bahan: 3 biji kuning telur 6 biji putih telur 50 gm air sejuk 150 gm gula 1 camca sedang Quick 75 1 camca teh serbuk penaik 100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung 1 camca teh esen vanila 75 gm mentega cair Pewarna merah Cara: Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Putar rata. Masukkan mentega cair. Putar lagi. Masukkan pewarna merah. Kacau rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan ke dalam dua loyang pembakar. Bakar hingga masak. Apabila kek masak, sejukkan baru dipotong enam jalur berlainan ukuran. Ambil satu lagi kek dan letakkan di dalam acuan berbentuk V yang dilapik dengan kertas minyak. Sapu krim mentega di tengah-tengah kek di dalam bekas V tadi. Sapukan pula inti blueberry pada krim tadi. Letakkan jalur kek terkecil sekali di atas blueberry. Tindih jalurjalur kek yang dipotong tadi selapis demi selapis di atas krim mentega dan inti blueberry hingga penuh bekas berbentuk V. Kemudian balut kek dan simpan di dalam peti sejuk. Tambahan: Tin inti blueberry (boleh dibeli dipasar raya) dimasak bersama 1 camca sedang tepung jagung dan sedikit air. tips: 1. biasanya swiss roll kita memerlukan loyang yang lebar & agak besar. untuk buat swiss roll, jangan bakar terlalu lama. kek ni kena masak cepat. gunakan api yang agak kuat. agak2 dalam 10-13 minit sahaja. 2. kalau nak buat perasa koko, kurangkan 20gm tepung dan tambahkan 20gm serbuk koko.
KEK BUTTER
Bahan-Bahan:
150 gm butter 230 gm gula halus 3 biji telur ayam 220 gm tepung gandum (diayak) 1 s/k baking powder (diayak bersama tepung) 250 ml susu (susu segar) 1 s/k esen vanila
Cara: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang, 2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. 3. Masukkan tep. gandum + B/powder sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Kacau sebati. 4. Bakar dalam oven bersuhu 180°C hingga masak [dalam 30 minit] 5. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim aising
PLAIN BUTTER CAKE By Bebop
(A) 250 GM BUTTER 200 GM GULA 210 GM TEPUNG GANDUM 1 TSP BAKING POWDER (B) 5 BIJI TELOR TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAM 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.
Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama. Selamat Mencuba...
Kek Butter Lapis Oleh SitiSlam 3/4 cawan gula 1 cawan butter 3 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila Tepung diayak ngan baking powder sebanyak 3 X Pukul gula ngan butter sampai kembang Masukkan telur dan esen vanila , putar sampai sebati Masukkan tepung sikit demi sedikit sampai abis Bakar dalam suhu 180 darjah C dalam 45 minit atau bila cucuk ngan lidi takder melekat. dah masak biarkan sejuk bahan-bahan guna jem kegemaran ambil dalam 1/2 cawan..putar sampai lembut nak buat layer kek ambil benang,ukur ketinggian layer yang kita nak cara potongnya dengan menjerut secara perlahanlahan. pastu sapu filing tadi. Coating 1/4 cawan butter 1/2 cawan fresh cream 1/2 cawan jem kegemaran 1/2 cawan gula ising Semua ni putar sebati.
KEK MENTEGA (versi kurang manis) 250 g mentega100 g gula kastor3 biji kuning telur3 biji putih telursecubit garam 230 g tepung naik sendiri, diayak2 camb susu cair/segar1 camt vanilaPutar mentega dan gula hingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur. Dalam mangkuk dan pemutar bersih, pukul putih telur dan garam hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan
tepung. Kacau rata dan bubuh vanila serta susu cair. Isikan ke dalam tin 20 cm yg dialas dan dilengser dengan mentega. Bakar pada suhu 190C selama 50 min atau hingga masak.
Kek Butter Maklang (sempoi)
Bahan-bahan 1 cawan mentega 1 cawan gula halus 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastard 1 sudu besar susu pekat manis 4 biji telur 1 sudu the vanilla dan serbuk penaik Cara membuatnya 1. 2.
Pukul telur dan mentega hingga kembang
Masukan telur satu demi satu, vanilla, susu pekat manis dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati. 3.
Masukan tepung gandum, tepung kastard dan gaul sebati. 4.
Masukan ke dalam acuan dan bakar hingga masak. 2 sudu teh air 1 sudu teh esen vanila
CARANYA 1. Pukul telur dan gula hingga kembang. 2. Masukkan SP75 dan tepung 3. Kemudian masukkan marjein cair, air dan esen vanila 4. Bakar selama 30 minit suhu 180 darjah celcius
KEK BUTTER MELLA (Sumber : Puan Hajah Zainab Khamis)
250 gm mentega 180 gm gula halus 100 gm tepung mella sand biscuit 100 gm tepung hongkong 75 gm tepung jagung 8 biji telur ayam 1 sudu teh warna kuning 1/2 sudu teh vanilla Peraturannya 1. Mentega dipukul hingga putih. Ketepikan. 2. Satukan gula, tepung mella, tepung hongkong, tepung jagung dan telur, lalu dipukul hingga rata. 3. Masukkan vanilla dan warna kuning, pukul lagi hingga pekat. 4. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi, kacau rata. 5. Masukkan dalam acuan 9' X 9" yang telah disapu dengan mentega lalu dibakar dioven 180C. Sejukkan sebelum dipotong. Nota kaki Puan Halimah : Kek ni belum pernah dicuba, kalau ada sesiapa yang dah cuba tolong bagi . Nota kaki Chetam : Ada dari ResepiNet yang bertanya tentang tepung mella sand biscuit. Puan Halimah bagitahu yg biskut mella ni boleh didapati di pasaraya tapi sekiranya tak jumpa boleh digantikan dengan biskut MARIE yang ditumbuk halus.
KEK BUTTER TEPUNG OPTIMA
Bahan-bahan A 300 gm mentega 2 sudu makan susu pekat 2 sudu teh kulit limau sunkist - diparut 1 sudu teh air esen oren 1 sudu teh garam Peraturannya Semua bahan-bahan A dipukul sehingga putih. Bahan-bahan B 7 biji telur 500 gm tepung optima 150 cc air 1 sudu makan ovalette 30 gm tepung hongkong )campurkan menjadi 30 gm tepung susu )satu Sedikit warna kuning dan badam yang dihiris untuk ditaburkan di atas kek. Peraturannya: 1. Pukul telur, ovalette, tepung optima dan air sehingga pekat. 2. Masukkan tepung hongkong, tepung susu dan warna kuning dan pukul selama satu minit. 3. Masukkan adunan (A) dan kacau rata. 4. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan roti dan taburkan badam yang telah dihiris di atasnya ratarata. 5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 160c.
Prune Butter Cake [alin_raaz] 250 gm butter 250 gm gula castor 250 gm tepung gandum- diayak bersama 1/2 s/t baking powder 100 gm pitted prune - direndam dalam air panas sebentar then toskan 5 biji telur Esen vanila Pukul butter and gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu, kendian masukkan esen vanila. Gaul rata, masukkan pulak prune tadi. Last masukkan tepung. Kaup balikkan sampai rata. Masukkan dalam loyang 9" bakar selama 40-45 minit
SUPERSOFT BUTTER CAKE Sumber: Halimah Anang (Resipi.Net)
Bahan A 10 biji telur sejuk 50 gm air sejuk 30 gm ovalette 1 ? sudu tea baking powder 350 gm gula 400 gm tepung gandum Bahan B 350 gm butter 2 sudu tea susu manis Caranya
Pukul telur hingga putih. Masukkan ovalette, gula, baking powder dan air. Pukul lagi hingga pekat, kemudian masukkan tepung. Pukul mentega hingga putih, masukkan susu. campurkan kedua-dua bahan kacau perlahan hingga rata. Tuangkan dalam acuan kecil-kecil dan bakar hingga masak
KEK BLACK FOREST KEK BLACK FOREST [hanieliza] Kek Span Coklat Bahan-Bahan: 250 gm tepung coklat sponge mix [selalunya kak liza beli tepung ni kat kedai bahan kek] 3 biji telur A 100 gm air 100 gm minyak jagung 1 s/k coklat paste Cara: 1. Panaskan oven. 2. Pukul semua bahan hingga gebu..anggaran 10 minit dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan ke dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 170'C selama 30 minit. 4. Setelah masak, sejukkan dan potong dua lapis. Krim segar: 250 gm fresh cream sejuk[beli dari kedai bahan kek] hiasan..buah ceri/strawberry/kiwi coklat rice/hirisan cooking coklat Cara: 1. Pukulkan fresh cream sehingga gebu dan ringan [bila diterbalikkan ..tak jatuh] 2. Sapukan sedikir cream ni pada bahagian yg telah dipotong sebagi lapisan tengah. 3. Sapukan lebihan cream ni disekeliling kek san juga atas kek. 4. Susunkan potongan bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri. utk melapis black forest camni caranya..[ninoZ] bahan2 yg diperlukan : kek span whip cream/fresh cream gula icing dark pitted cherry [toskan then asingkan airnya] plain syrup [campur dgn jus dark pitted cherry] chocolate shave/ chocolate rice morachino cherry kek span tu kene biar dulu overnight then baru dipotong kepada 2 atau 3 lapisan. pukul cream dgn pemutar kek sampai kembang then tambahkan sedikit demi sedikit gula icing sampai adunan tu jadi cam soft peak kalau kita cedok letak satu lapis kek then sprinkle bhgn atasnya dgn plain syrup, pastu sapukan cream yg telah dipukul then susunkan dark pitted cherry diatasnya.. ulang proses di atas sampai abih lapisan kek. then ratakan krim ke seluruh permukaan tepi n atas.
paipkan rossette atau ape2 hiasan cream yg kita nak..then taburkan choc shave/rice letakkan morachino cherry kat atas rossette simpan dlm peti sejuk 3-4 jam..then siap utk dihidangkan *plain syrup : satu cawan air di masak dgn satu cawan gula hingga larut pastu di sejukkan Variasi Filling selain dari guna dark pitted cherry..kita boleh gunakan cherry pie fillings yg dah siap dlm tin..kan kedai2 bahan kek biasanya ade dijual pie filling ni
Resepi German: Black Forest Gateau
[dindazZz]
Bahan2 Kek Span: - 6 biji telur kuning - 200g telur - 1 cawan gula caster - 80g tepung (diayak) - 20g serbuk koko - 35g tepung gandum - 40g coklat cair - 40g mentega cair (x pasti sukatan betul) - Kertas minyak utk membakar Syrup: - 300g air - 150g gula caster - 70g minuman ceri berkarbonat Inti: - 400g ceri dalam tin - 1 liter whip cream - Tepung jagung - 70g gula caster - 1/2 sudu teh vanillin - 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis - Kulit Lemon yg dikeringkan dlm oven (jadikan serbuk) - 80g minuman ceri berkarbonat - 100g sirap (lihat resipi sirap) Topping hiasan: - chocolate rice - Shaved chocolate (boleh buat dgn vegetable peeler) - Maraschino cherry Cara2 Panaskan telur dan gula caster dlm periuk kecil utk beberapa minit 'till dlm suhu 50'c. Angkat periuk dari api dan pukul lagi campuran itu sehingga pekat dan gebu, kira2 10 minit.
Tambahkan tepung dan serbuk koko dan gaul rata perlahan2. Masukkan mentega cair dan kacau berhati2. Masukkan campuran dlm tin pembakar yg sudah digris dan dilapik dgn kertas minyak. Ratakan permukaan dan bakar dlm oven dgn suhu 180'c selama 25-30 minit. Keluarkan kek yg sudah dibakar. Rehatkan 24jam atau semalaman. Asingkan ceri dlm tin dari jusnya; ambil 2 sudu besar minuman ceri berkarbonat ke dlm mangkuk, jus ceri dipanaskan didlm periuk. Kemudian, 1 sudu besar tepung jagung yg sudah dicairkan ke dlm jus ceri utk memekat dan megilatkan inti. Masukkan pula campuran 1 sudu besar gula caster dan serbuk kulit lemon bakar serta serbuk kulit kayu manis. Masukkan campuran jus ceri ke dlm minuman ceri berkarbonat dan kacau seketika. Kemudian, tambahkan buah ceri dan panaskan sebentar. Angkat dan tuang dlm mangkuk. Sejukkan. Bahagikan kek span kpd 3 lapisan dan tuangkan coklat cair di atas setiap lapisan dan ratakan sehingga meliputi seluruh atas kek. Sejukkan dlm peti ais (not freezer). Sementara kek sejuk, pukul whip cream hingga kembang bersama2 dgn gula dan vanillin. Untuk syrup, masukkan air dan minuman ceri berkarbonat dlm gula caster. Kacau hingga larut. Keluarkan kek dari peti ais dan berus syrup tadi. Ratakan dgn campuran ceri diatas, kemudian whipped cream. Letak lapisan ke-2 diatasnya. Beruskan syrup di atas kek. Ratakan whipped cream. Lapisan ketiga, beruskan syrup kemudian ratakan keseluruhan kek dgn lebihan whipped cream. Hias mengikut selera..
Kek gula hangus Kek gula hangus 1 cwn gula 1 cwn air panas 1 cwn tepung gandum 1 cwn susu pekat 2 camt soda bikarbonat 4 biji telur 2 camb mentega 1) Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. 2) Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. 3) Masukkan mentega. Sejukkan. 4) Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. 5) Masukkan susu pekat, kacau sebati. 6) Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan. 7) Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk 8) Perap adunan selama lebih kurang 3 – 4 jam. 9) Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
KEK GULA HANGUS aka SARANG LEBAH / SEMUT [hanieliza]
bahan 5 biji telur ayam 1 gelas/mug gula pasir ] 1 geals/mug air ] dihanguskan dn sejukkan 1 gelas/mug tepung gandum ] 1 sudu teh soda bicarbonate ] ayakkan bersama 1/4 tin susu pekat 180 gm butter Cara: 1. Pukulkan susu dan butter sehingga naik dn kembang. 2. Pukulkan telur dalam mangkuk yg lain sehingga kembang dan gebu juga. 3. Campurkan adunan telur kedalam adunan susu & butter. 4. Masukkan teoung dn gula hangus berselang seli. Kacau rata. 5. Masukkan dalam acuan yg telah dilumurkan majerin dan ditaburi tepung. 6. Bakardalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit. atau... 200 gm gula pasir 200 gm air 60 g majerin 5 biji telur 200 gm susu pekat manis 1 s/k esen vanilla 120 gm tepung gandum 1 s/k soda bikarbonat Cara 1. Panaskan kuali [sebaiknya kuali non-stik] dan amsukkan gula sikit demi sikit dan kacau sehingga perang. 2. Masukkan air dan kacau sehingga larut dan menjadi gula hangus. 3. Sejukkan dan timbangkan 200 gm sahaja untuk digunakan. 4. Cairkan majerin dan sejukkan 5. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan susu pekat. Kacay rata. 6. Masukkan majerin cair dan gula hangus. Kacau rata dan amsukkan esen vanilla. 7. Masukkan tepung yg telah diayakkan bersama soa bikarbonat. Kacau rata. 8. Tapiskan adunan kedlam acuan kek yg telah dilenserkan majerin. 9. Bakar sehingga masak [45 minit] pada suhu 170'C.
KEK GULA HANGUS (paja) Bahan2: 250 gm mentega 5 biji telur 1 cawan gula 3 cawan tepung 1 sudu kecil serbuk penaik 1 cawan gula(untuk buat gula hangus) 1 cawan air(untuk buat gula hangus) Cara: 1) Masak gula hingga hangus, masukkan air dan tutup api.Biarkan sejuk. 2) Pukul mentega dan gula hingga kembang. 3) pastu masukkan telur satu persatu. 4) pukul sampai betul-betul kembang.
5) masukkan tepung dan serbuk penaik, kacau hingga sebati. 6) masukkan gula hangus dan kacau. 7) Bakar @ kukus hingga masak.
KEK KARAMEL CHEF WAN [MAKLANG] Bahan Bahan 2 cawan gula 1 cawan air 1 1/4 cawan tepung 2 s/kecil bikarbonat soda 6 biji telur (dipukul) 180 gm mentega Cara Menyediakannya 1. Cairkan gula, setelah ia cair campurkan perlahan - lahan dengan air, letakkan sebelah dan biarkan ia menyejuk. 2. Cairkan mentega di dalam periuk yang dididihkan di atas air, letakkan sebelah dan biarkan ia menyejuk. 3. Ayakkan tepung dan bikarbonat soda ke dalam mangkuk. 4. Curahkan mentega cair bersama telur ke dalam mangkuk berisi tepung yang telah diayak tadi, campur dan gaulkan rata. 5. Masukkan sirap karamel ke dalam bancuhan dan gaul rata. 6. Tuangkan bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dan panaskan pada suhu 180 darjah selsius
PERBAGAI VERSI KEK LAIN-LAIN
KEK HATI PARI [ninoZ] Bahan-bahan 454 gm mentega 10 biji telur
2 gelas tepung gandum 3 gelas gula kasar ( 1 gelas dijadikan gula hangus) 1 Kati kismis hitam/ buah prunne ( Di kisar halus bersama 1 gelas air ) 1 tin susu pekat manis 1 sudu besar browning 1 sudu teh vanilla Cara Membuat Pukul gula bersama mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan susu pekat manis , vanilla dan kacau hingga sebati. Masukkan gula hangus dan browning. Seterusnya masukkan kismis/prunne yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga sebati. Masukkan kedalam acuan dan kukuslah selama 8 jam.
Kek Kelapa [hayu_huduh] Bahan-Bahan: 6 butir telur ayam 2 ? cawan tepung gandum 1 cawan gula putih 1 biji kelapa Sedikit air daun pandan (yang dimesin) Cara: Kelapa di buang kulit airnya dan di sagat. Telur di pukul dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan kelapa tadi kacau hingga rata masukkan air daun pandan tadi secukupnya. Apabila adunan tersebut telahlembut bolehlah di canai dan di bakar.
"Dulu saya ada bagi resepi kek gula hangu di ruangan ni. Saya dapat banyak dan pertanyaan. Saya juga ada mendapat satu tip dari seseorang yang saya tak ingat namanya. Katanya adunan kek gula hangus tu kena perap dulu selama 3-4 jam sebelum bakar untuk mewujudkan sarang pada kek tu nanti. Saya dah cuba tip tu hari ni dan hasilnya cukup baik. Terima kasih sekali lagi pada yang memberi tip tersebut. Di sini saya sertakan resepi dan cara membuatnya dengan detail sekali lagi dan pada yang belum cuba, silalah cuba, insyallah, hasilnya memuaskan.
COFFEE OIL CAKE [hanis00] 9 biji telur 200 gm gula caster 1 sudu besar Q75 @ ovalette 1 sudu besar coffee oil 1 sudu vanilla 80gm tepung jagung 220gn “ gandum /– supersoft 80 gm coklat parut 150 gm minyak Mazola/butter cair Cara membuatnya 1. Alaskan loyang dengan kertas minyak...kena alas kalu tak coklat akan melekat kt loyang. 2. Putar telur hingga kembang + gula, putar lagi kemudian masukkan bahan
ovalette, terus putar dan masukkan pula coffee oil dgn vanila. 3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit, kacau perlahan2 sampai sebati. akhir sekali masukkan butter cair/minyak mazola dan coklat yang telah diparut. 4. Tuang kedalam acuan , paipkan coklat cair (corakkan ia) dan bakar selama 1jam, suhu 180. Nota. 1. Resepi asal guna tepung supersoft, tapi hanis guna tepung gandum cap sauh tu saja, sbb tak tau tepung supersoft tu camna....
Kek Durian [ashra] 185 gram tepung naik sendiri 185 gram buttercup 155 gram gula halus 4 biji telur (asingkan kuning dan putih) Isi Durian Cara membuatnya 1) Putar gula dan buttercup hingga kembang. 2) Masukkan kuning telur dan pukul perlahan. 3) Setelah itu, masukkan putih telur dan tepung sedikit demi sedikit. 4) Masukkan isi durian. (Untuk kelihatan sebati, mesin isi durian bersama majerin). 5) Bakar selama 20-30 minit dengar suhu 180C
Kek Kurma & Walnut [dindazZz] Kek kurma & walnut yg lembap dan kurang lemak! bahan2 1 c. kurma (atau prune), dicincang 2 sb butter atau marjerin 1 st bicarbonate of soda 2 st baking powder 1 c. air panas 2/3 c. gula perang 2 c. tepung gandum 2 biji telur 1 st allspice 1/2 c. walnut, bakar & cincang secubit garam cara2 Rendam kurma, butter/marjerin dan bicarbonate of soda dlm air panas. Biarkan sejuk. Panaskan oven 180'c. Griskan tin pembakar. Pukul gula & telur hingga kembang. Masukkan campuran kurma diselangselikan dengan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder, allspice & garam. Kemudian gaulkan kedlm adunan dgn walnut cincang. Tuang dlm tin pembakar dan bakar selama 45-50 minit.
Kek Pandan Berlapis [bb_nessa] Bahan-Bahan: Bahan-Bahan (Kek): 115 gm tepung halus 1 sudu kecil serbuk penaik 3 biji telur 115 gm gula 60 gm mentega (Cairkan) Sedikit esen vanila Sedikit garam Bahan-Bahan (Kastad): 1000 ml air 600 gm santan siap 255 gm gula 90 gm tepung kastad 1 ? sudu besar agar-agar segera Pewarna Cara: 1. Pukul telur, masukkan gula. 2. Masukkan tepung dan mentega cair. 3. Bakar dengan suhu 180°C selama 20 minit. 4. Apabila masak dibelah 3 melintang. 5. Untuk kastad, santan dibancuh dengan air. Campurkan kesemua bahan kastad dan masakkan di atas api yang kuat. 6. Lapiskan kek tadi dengan kastad dan hidangkan.
Pandan Layer Cake [ninoZ] Ingredients For the sponge cake: (A): 375g Optima flour 7 eggs 60ml water (B): 2 tbsp pandan juice A few drops of green colouring (C): 90g butter, melted For the pandan kaya: 700g pati santan 100g fresh cream 1 packet Hoen Kwe flour (85g) 1 1/2 tsp instant jelly 1/2 tsp sa1t 1/4 tsp pandan essence 2 tbsp pandan juice 1 tsp green colouring Method To make the sponge cake: Whisk up ingredients (A) until almost stiff, add in (B) and continue to beat. When mixture is stiff, add in (C) on low speed. Lastly, use a spatula to stir well. Pour mixture into a 23cm loose-bottomed square tin. Grease and line the tin. Bake the sponge at 150 degrees C for 45 minutes.
Cut the "skin" or top off the sponge cake, then slice the cake into three layers of equal thickness. To make the pandan kaya: Put all ingredients into a heavy saucepan and cook over medium heat. Stir constantly using a hand whisk to prevent sticking. Do not overcook. Turn off the flame when mixture thickens. Assembling the layers: Pour one big ladle of pandan kaya mixture into a cake tin, level out evenly. Place first layer of sponge cake on it. Pour in another pandan kaya layer and level off. Do the same for all layers and cover up with more pandan kaya mixture. Keep aside for 30 minutes before chilling the whole cake in the refrigerator. Sprinkle the sides of the cake with desiccated coconut. Cut cake into slices and serve. note : tepung optima - Campuran tepung khas utk kek yg telah ditambah dgn gula tepung hoen kwee - tepung kacang hijau keluaran dari indonesia yg telah diperisakan Variasi : kalau takmo buat kek asas dgn tepung optima..bleh gunakan resepi kek span pandan spt di bwh...
Kek Span Pandan 6 biji telur [guna telur baru n pada suhu bilik] 175g gula kaster/halus 1 camt Quick 75 or Ovalette 225g tepung paling halus/tepung kek, diayak 60g mentega cair atau minyak jagung 50ml jus pandan Cara membuatnya Alas acuan kek bulat/squre 20/23cm dengan kertas kalis minyak. Pukul telur, gula dan Quick 75 hingga pucat dan kembang. Kaup n balikkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan. Jangan dikacau kuat. Masukkan air, gaul rata. Tuangkan mentega cair atau minyak dan kacau sebati. Jika terlalu kuat memukulnya, kek akan menjadi keras kerana tiada gelembung udara. the rest bleh follow je resepi kat atas
Whipping Cream Pound Cake 1 cup butter 3 cups white sugar 6 eggs 3 cups cake flour 1 cup heavy whipping cream 2 teaspoons vanilla extract 1 teaspoon almond extract (optional)
Panaskan oven 325 degrees F (165 degrees C) Gris dan taburkan tepung pada loyang. Seeloknya 10 inch tube pan. Dalam mangkuk besar, krimkan butter selama 2 minit. Tambahkan gula dan teruskan memukul selama 5 minit. Tambahkan telur satu persatu. Teruskan memukul. Masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream. Masukkan vanila dan almond extract. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 325 degrees F (165 degrees selama 1 jam 10 minit. Letakkan tuala di atas rak penyejuk. Letakkan kek atas tuala. Bila kek dah sejuk, taburkan serbuk gula. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan buah-buah &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
CHOCOLATE TOPPING [tarbiah] Di sini saya nak kongsi ngan kawan2 kat sini cara2 nak wat toping coklat dgn menggunakan serbuk koko.Memang prosesnya agak meletihkan tapi hasilnya memang puas hati.Resepi dibawah memang banyak boleh guna utk 3 biji kek tp boleh simpan lam peti sejuk dan ia tidak akan mengeras spt chocolate cooking. Bahan2nya: Gula-300gram Tepung Jagung-100gram Serbuk koko-75gram Susu tepung-50gram (kesemua bahan diatas dikacau hingga beul2 rata) Air-secukupnya Marjerin/butter-4oz Cara membuatnya: Bahan yang telah dikacau rata tadi dimasukkan air secukupnya dan kacau lagi hingga larut.Pas tu tapis ke dalam periuk supaya adunan tu betul2 licin dan tidak berbintil-bintil.Kacau di atas doubleboiler hingga agak pekat.Stlh kelihatan pekat dan terasa berat mengacaunya masukkan marjerin dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat.Perlu diingatkan semasa proses mengacaunya api mestilah sederhana dan jgn sesekali berhenti mengacaunya krn ini akan menyebabkan coklat itu tidak cantik dan licin.Proses mengacau ni memang memerlukan kesabaran dan ambil masa yang lama jugak.Tapi hasilnya memang cantik dan sedap.Resepi ni saya dapat dr sebuah cake house di Medan Mara.Cubalah,pasti tak menyesal.
choc topping...[juya79] single cream coklat yg dicairkan a little bit of sugar (kalau nak letak la) then panaskan together... pour over the cake... yummy... senang je... heheh..
Choc Topping [hanieliza] 2 s/b serbuk koko 1/2 tin susu pekat 2 s/b minyak
Kacaukan dalam doble boiler sehingga sebati dan berkilat. ATAU 250 gm cooking coklat 3 s/b whipping cream [boleh juga gantikan ngan susu cair] 3 s/b butter Panaskan semua bahan dalam doubler-bioler. Bila nampak coklat nak cair tutup api dan teruskan mengacau dalam double-boiler sehingga coklat dan semua bahan sebati. Chocolate Filling or Topping [chempaka_ku] 200g dark chocolate, melted 90g butter, melted Combine chocolate and butter in small bowl, stir until smooth, stand until spreadable (or use double boiler's method).
TALAM CENDOL Bahan Lapisan Bawah 600 ml santan cair (saya gunakan 300ml santan kotak + 300 ml air) 100 tepung beras 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan tepung Hoon Kwee 2 sudu makan gula 1 sudu teh garam 80 gm jagung biji dalam tin (whole kernel corn) 80 gm kacang merah /red kidney bean- rebus hingga empuk atau beli yg dlm tin jer 80 gm cendol Cara: Gaul rata kesemua bahan di atas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak dgn api perlahan sehingga adunan pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak bergentel-gentel. Masukkan jagung, kacang merah dan cendol lalu kacau sebentar. Matikan api dan bubuh dalam loyang yg telah disapu sedikit minyak. Ratakan. Kukus hingga masak (kira2 10-15 minit). Sesudah itu, tuang adunan lapisan atas ke atas permukaan lapisan bawah tadi. Kukus hingga masak (kira-kira 15-20 minit) Bahan Lapisan Atas 450 ml santan pekat 4 biji telur (grade A)-kalau kecil gunakan 5 biji 4 sudu makan (bumbung) tepung gandum 1 sudu teh tepung jagung 200 gm gula garam secukup rasa. 1/2 sudu teh vanilli sedikit pewarna merah jambu Gaul semua bahan-bahan dan masak sebentar di atas api yg kecil sehingga naik wap sket.
RESEPI -1 cawan tepung beras -3 cawan air pandan -1 sudu kecil air kapur -secubit garam -sedikit pewarna hijau -masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat -kacau selalu supaya tidak hangit -sediakan bekas yang berisi air sejuk -masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk -kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang -simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.... * kacang merah rendam semalaman..pas tu rebus hingga lembut...pas tu letak gula *santan- masak jangan sampai pecah minyak...lepas tu letak secubit garam (mariam masak supaya tahan lama skit) *jagung-beli dalam tin je... (option) *air gula melaka *pulut(option) *tapai (option)
Cendol
Bahan-bahan ( 4-5 orang ) • • • • •
1 cawan tepung beras 3 cawan air pandan secubit garam 1 sudu kecil air kapur sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara 1. 2. 3. 4. 5. 6.
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat kacau selalu supaya tidak hangit sediakan bekas yang berisi air sejuk masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....
CENDOL - resepi oleh Masriyah..terima kasih byk2.... Bahan-Bahan: 2 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil kapur makan dan dibancuh dgn sedikit air 6 cawan air pewarna hijau(guna daun pandan lagi sedap) perasa pandan Untuk kuahnya. Masak 2cawan santan pekat, dicampurkan dgn sedikit garam. Masak gula melaka sebagai pemanisnya. Cara. 1.Bancuh tepung beras +tepung gandum dan tepung jagung, dengan air kapur dan air biasa. 2.Masukan warna hijau dan perasa pandan, tapis terlebih dahulu. 3.Masukan dlm kuali yng besar, dan kacau sampai nampak berkilat.. dan tak lekat pada kuali. 4.Angkat dan terap dalam bekas yang berisi air sejuk. 5. Sejat.. airnya dahulu sebelum dihidang,masukan santan,air gula merah dan kacang merah yg telah direbus.
Bahan-bahan ( semangkuk ) • • • • • •
40 g tepong hoen kwee 320 g air pandan 1/2 sk garam 1 sk air kapur pewarna hijau dan kuning acuan cendol atau acuan muruku
Cara-cara 1. Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali. 2. Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi. 3. Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais. 4. contoh acuan ade di glosarry...http://www.myresipi.com/top/glossary/282
APAM SERI AYU
Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Ayu di FRD, resipi asal dari Kak Hanieliza. Mengikut kata Ayu, Apam Seri Ayu ini telah beliau buat 2 kali. Kali pertama beliau gunakan susu segar sebab tak ada stok santan dan kali inin beliau buat gunakan santan pula. Dari segi rasa tak ada beza tapi yang menggunakan santan rasanya lemak sikit. Dan rasa Apam Seri Ayu Kak Liza ini memang superb. Terima kasih Ayu dan Kak Hanieliza sudi panjangkan resipinya kepada kita semua. APAM SERI AYU Sumber : Kak Hanieliza BAHAN-BAHAN: 3 biji telur 240 gm gula 240 ml santan atau fresh milk 1 s/b jus pandan (Ayu tambah sekali esen pandan dan pewarna hijau) 270 gm tepung gandum 1 s/k ovallate 1 s/b tepung kanji ] kelapa parut muda] [ gaulkan garam ] CARA-CARA: 1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang. 2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. 3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. 4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. 5. Tuangkan adunan tepung tadi. 6. Kukus hingga masak selama 15 minit.