TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL (15 MARKAH) 4a. Soalan Kemahiran Berfikir/Soalan Kajian Sastera (7 markah) 4b. Soalan Kajian Sastera/Soalan Perbandingan Dua novel (8 markah) Strategi menjawab soalan novel 1. Baca dan fahami kehendak serta bentuk soalan 2. Tentukan novel yang anda pilih
3. Jawab soalan mengikut kehendak soalan dan teknik penulisan jawapan yang betul. 4. Jawapan dalam bentuk esei iaitu ayat berperenggan. 5. Jawapan mesti ada ayat isi dan ayat contoh berdasarkan novel yang anda kaji. 6. Beri jawapan yang logik bagi soalan KBKK 7. Tulis isi mengikut jumlah isi yang diperlukan dengan merujuk markah.
Soalan Bentuk Kemahiran Berfikir CONTOH 1 Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan manfaat yang anda peroleh setelah membaca novel tersebut. (7 markah) (Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3) Jawapan
NOVEL Bukit Kepong
MANFAAT
menambahkan pengetahuan tentang sejarah negara (1 m)
CONTOH
perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong
daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara
dapat menyemai semangat cinta akan negara (1 m)
perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota
polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan
pembaca (1m)
Saya telah mengkaji novel Bukit Kepong. Manfaat yang saya peroleh semasa membaca novel ini ialah saya dapat menambahkan pengetahuan tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia. (1m: isi) Sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah
Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.(1m: contoh) Manfaat yang lain ialah, saya dapat menyemai semangat cinta akan negara kepada diri sendiri.(1m: isi) Contohnya, perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca. (1m: contoh)
CONTOH 2 Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? (7 markah) (Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3) Saya telah mengkaji novel Bukit Kepong. Peristiwa menarik dalam novel ini ialah ketika Othman Yusof mempertahankan
Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis.(1m: isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca tertanya-tanya akan kesudahan cerita dalam pertempuran itu. (1m: contoh) Peristiwa lain yang menarik ialah ketika Othman Yusof mendapati isterinya telah sakit jiwa atau gila akibat mendengar berita tentang kematiannya. (1m: isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca mengetahui perkembangan peleraian cerita yang memaparkan ketabahan Othman Yusof. (1m: contoh)
CONTOH 3 (SPM 2007) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah (7 markah) (Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)
JAWAPAN Saya telah membaca novel Bukit Kepong. Peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel ini ialah ketika Limah, Zainab, Mek Nah dan Leha enggan menanggalkan pakaian mereka walaupun telah diarahkan beberapa kali oleh komunis semasa serangan bas di Pagoh. Mereka malu dan peristiwa tersebut dapat dikaitkan dengan maruah diri. ( 2m: ayat isi +ayat contoh)
Peristiwa lain ialah ketika Taukeh Muda ladang getah enggan memberi bantuan kewangan kepada Tucksai dan Lam Fong kerana ladang getah tersebut milik keluarga. Demi menjaga maruah keluarga dan negara, beliau tidak mahu bersubahat dengan perjuangan komunis. (2m :ayat isi + ayat contoh)
SOALAN LATIHAN (a) Ketabahan watak utama dalam sebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas?
Jawapan: Saya telah mengkaji novel ……………………………………….. Ketabahan watak utama dalam novel ini ialah …………………. …………………………………………………………. Contohnya ………….. ………………………………………………………………………………………….
Ketabahan watak utama yang lain ialah …………………….. ……………………………………………………. Contohnya ……………….. ……………………………………………………………………………………
NOVEL Bukit Kepong
PERNYATAAN Tabah menjalani latihan (1 m)
PERISTIWA Mampu menjalani latihan polis yang berat sehingga tamat (1m)
Tabah menghadapi cabaran (1 m)
Konseto Terakhir
Tabah menghadapi cabaran hidup (1 m)
Tetap tabah menghadapi cabaran hidup terutama apabila mengetahui isterinya menjadi gila akibat tekanan perasaan (1m) Hilmi sanggup bersusah payah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.
(1m) Tabah menghadapi masalah untuk mengubah hidupnya. (1m)
Sanggup bekerja sebagai tukang kebun dengan gaji yang tidak setimpal (1m) Sanggup berulang alik ke rumah Encik Bakar untuk mempelajari alat muzik (1m)
Soalan 4b (perbandingan 2 novel) Contoh soalan SPM 2007 Berdasarkan 2 buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan konflik yang dihadapinya. JAWAPAN:
Saya telah mengkaji novel …………………… semasa tingkatan …. Dalam novel ini ………….. ……………………………………………… Cara mengatasinya ialah ……………………………. Semasa tingkatan …. saya telah mempelajari novel ……………………… Dalam novel ini, watak utama, ……………. menghadapi konflik dengan ….. …………………………………………………..
Cara mengatasinya ialah…………………………………. NOVEL Bukit Kepong
PERNYATAAN Konflik semasa diarahkan bertugas di Bukit Kepong
PERISTIWA Menghantar Limah balik ke kampung
Konserto Terakhir
Konflik antara Hilmi dan Datin Salmah yang sentiasa menghinanya
Hilmi bertindak melarikan diri dari rumah Datuk johari dan bekerja di Stesen Minyak Shell Jalan Setapak