SOALAN ESEI TATATERTIB SOALAN 1 Hukuman Tatatertib dikenakan ke atas seseorang pegawai yang di dapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman bergantung kepada keseriusan kesalahan itu. a) b)
Nyatakan jenis hukuman tatatertib yang boleh dikenakan ke atas seseorang kakitangan di Jabatan anda. Huraikan 2 daripada jenis hukuman tatatertib berikut: i. Tangguh pergerakan gaji ii. Turun gaji
Jawapan : a)
1. Amaran 2. Denda 3. Lucut hak Emolumen 4. Tangguh Pergerakan gaji 5. Turun Gaji 6. Turun Pangkat 7. Buang Kerja
b)
i.
Tangguh pergerakan gaji : Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh: a) b) c) d)
tiga bulan enam bulan sembilan bulan atau dua belas bulan.
Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Jawatankuasa Tatatertib . Tidak berhak menerima apa-apa pergerakan gaji dalam tempoh hukuman sedang berkuatkuasa. Pergerakan gajinya hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman itu dan kekal sehingga gaji maksimum.
B
ii. Turun gaji a) gaji hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama. b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji dan c) Tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih daripada 36 bulan pada satu-satu masa. d) Dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. e) Tarikh pergerakan gaji diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat.
SOALAN 2 I. II. III.
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang pegawai sebelum boleh dipertimbangkan pengesahan dalam jawatannya? Terangkan perbezaan di antara Perlanjutan Tempoh Percubaan Tanpa berdenda dan Perlanjutan Tempoh Percubaan dengan berdenda. Pegawai yang sedang dalam tempoh percubaan boleh ditamatkan perkhidmatannya. Dalam keadaan bagaimanakah seseorang itu boleh ditamatkan perkhidmatannya?
Jawapan I.
A. B. C.
Hadir dengan jayanya kursus Induksi. Lulus peperiksaan yang disyaratkan Diperakukan oleh ketua jabatan
II.
Perlanjutan tempoh percubaan tanpa denda bermaksud pegawai dibenarkan menerima kenaikan gaji semasa dalam tempoh lanjutan percubaan tersebut. Perlanjutan tempoh percubaan dengan berdenda bermaksud pegawai dikenakan penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh lanjutan percubaan tersebut. Bererti hanya menerima gaji akhir sebelum tempoh perlanjutan itu dan juga hilang kekananannya sebanyak tempoh masa dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda.
III.
Memberi Akuan Sumpah Palsu semasa melapor diri. Menyembunyikan maklumat tentang kesihatannya. Tidak lulus peperiksaan yang ditetapkan setelah peluang yang mencukupi diberi.