PEMARKAHAN (PERINGKAT SEKOLAH) / PEPERIKSAAN STPM SEBENAR BAGI ESEI PENGAJIAN AM IDEA UTAMA : 5 M HURAIAN : 15 M BAHASA : 4 M FORMAT: 1 M JUMLAH 25 M Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan esei pengajian am 1. LARAS. Jawab dua soalan esei sahaja bagi semester 1. 2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA. 3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 300 – 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 300-350 patah perkataan. * Calon dibenarkan menulis esei sehingga 400 patah perkataan 4. PERENGGAN. Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan keenam untuk idea dan huraian. Perenggan ketujuh untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN) 5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap. 6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.
7. BAHASA – Bahasa disemak berdasarkan kesalahan tatabahasa dan struktur ayat. 8 kesalahan tatabahasa yang tidak berulang ditolak 1 markah dan 4 kesalahan struktur ayat ditolak 1 markah. Markah bahasa minima calon adalah 1 markah.
MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN 1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat. 2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi. 3. Merangka esei anda. KATA KUNCI SOALAN. 1.BINCANGKAN. Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut: a. b. c. d. e.
PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF PRO DAN LAIN-LAIN PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH MANAKAH Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu : a. PRO DAN KONTRA b. PRO DAN LAIN-LAIN c. PRO SAHAJA
3. HURAIKAN, BERI PENJELASAN/PENDAPAT, CADANGKAN DLL.
LANGKAH-LANGKAH,
HURAIKAN,
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki. 4. BERIKAN ULASAN Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.
5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan. UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN ADALAH BINCANGKAN.
Setiap soalan dalam pengajian am mempunyai kata kunci jawapan Pelajar mesti menganalisis kehendak soalan dengan cara mengenai pasti kata kunci dan petunjuk jawapan
( 1 ) Bentuk soalan esei 1. Bentuk Tunggal ( Satu set jawapan yang sama ) o Pusat sumber sekolah menyediakan banyak kemudahan kepada guru dan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Bincangkan kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks merealisasikan minat membaca. SKEMA : ( 5 +0)
o
Mata Pelajaran Sejarah adalah subjek teras yang diajar kepada semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Bincangkan kepentingan mata pelajaran Sejarah. SKEMA : ( 5 + 0 )
o
Kos pembikinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan filem tempatan kurang bermutu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan diatas SKEMA : ( 1 + 4 )
o
Hukuman merotan boleh menjadi satu alternatif kepada pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Pendekatan psikologi dan cara lain juga mampu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Jelaskan. SKEMA : 1 + 1 + 3 ( Mana - mana 3 daripada cara-cara lain
2. Bentuk Berkembar ( dua set jawapan berasingan ) o Sumber tenaga nuklear memberi banyak manfaat kepada manusia walau bagaimanapun sumber alternatif ini juga boleh mengancam kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan. SKEMA : ( 2 + 3 @ 3+2 )
o
Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram seperti " Along " mendapat sambutan kerana wujud permintaan daripada orang ramai yang memerlukannya. Namun ramai peminjam menghadapi risiko apabila gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. SKEMA ( 2 + 3 @ 3+2 )
o
Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca fenomena ini semakin meningkat dan kesannya kepada negara. SKEMA ( 2 + 3 @ 3+2)
( 2 ) Memahami kata kunci soalan Kata Kunci Soalan - Bincangkan Maksud / Ulasan Kata Kunci 1. Jika di awal ayat - skema jawapan 5+0 o Hasil sawit merupakan bahan komoditi negara yang diusahakan secara individu, syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Bincangkan kepentingan minyak sawit kepada pembangunan negara. 2. Jika di awal ayat - skema jawapan 5 + 0 o Taraf kesihatan dan kehidupan masa kini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan menambah bilangan warga tua dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan implikasi peningkatan warga tua di negara ini. 3. Jika di akhir ayat - skema 2 + 3 @ 3+2 o Sumber buruh asing dari Indonesia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kemasukan tenaga buruh tanpa kawalan akan menimbulkan masalah sosioekonomi kepada penduduk tempatan. Bincangkan. o Industri pelancongan menyumbang kepada kemajuan negara. Namun, Sumbangan positif industri tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatif. Jelaskan Kata Kunci Soalan - Jelaskan Maksud / Ulasan Kata Kunci 1. Jika di awal ayat - skema jawapan ( 5 + 0 ) o Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks pernyataan ini. o Bahan toksik boleh boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya bahan buangan ini tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan buangan toksik kepada hidupan dan alam sekitar. Kata Kunci Soalan - Huraikan Maksud / Ulasan Kata Kunci 1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 3 @ 3+2 o Jalan raya adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dan merupakan sumber utama perhubungan darat antara bandar-bandar utama dan juga kawasan-kawasan lain. Huraikan. o Tugas mendidik anak-anak merupakan tugas utama ibu bapa, namun kesibukan mereka memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Huraikan.
Kata Kunci Soalan - Ulaskan Maksud / Ulasan Kata Kunci 1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 3 + 2 @ 2+3 o Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Ulaskan.
Nota tambahan :
Isi ikut keutamaan